Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 14 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat lwn Himpunan Merebut Beras



500 atau 700 ribu orang yang hadhir di KL112, bukan lagi isiu besar. Yang penting ialah rakyat pelbagai bangsa disatukan oleh azam menumbangkan UMNO/BN yang korap dan menzalimi rakyat. UMNO dan Najib tidak ada jawapan kepada kebangkitan rakyat. Yang boleh mereka lakukan ialah bermain2 dengan angka jumlah himpunan. 

Ratusan Ribu berhimpun di Stadium Merdeka untuk membaskan diri dari kerajaan yang korap, dan rasuah. Pada masa yang sama, Najib menghimpunkan kaum India di Semenyih merasuah mereka dengan sekampit beras dan ole2. Najib pun bangga melihat kekuatan mereka yang menghulurkan tangan dan berebut rebutan.

Himpunan Kebangkitan Rakyat! Hanya 20 ribu orang sahaja!

Orang Cina bergaul dengan orang Melayu dan mendapati orang Melayu juga manusia seperti mereka- ada perasaan takut dan ada harapan menggunung inginkan kerajaan yang baik. Orang Melayu bergaul dengan Cina dan India dan dapati mereka juga manusia biasa. Ada rasa takut dan ada harapan. Mereka saling faham memahami. Setiap yang hadir memberi kekuatan kepada satu sama lain. Kekuatan inilah yang akan menumbangkan kerajaan yang angkuh. 
Tidak ada masaalah seperti yang selama ini digambarkan oleh UMNO. Kenapa pemimpin UMNO berniaga dengan orang Cina tapi orang Melayu kebanyakan diajar untuk benci dan kelahi dengan orang Cina?Tiu Nia Seng!
20 ribu orang berarak ke stadium Merdeka!

Ratusan Ribu manusia menghulur tangan mahukan beras!


No Bus No Come


Orang India dan Cina hairan mengapa UMNO hilang akal. Jika PR memerintah, yang jadi PM tetap orang Melayu. Tatap ba!. Bukan Guan Eng atau Kit Siang. Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi. Ugama Islam tetap agama rasmi dan tetap dianuti oleh orang Melayu. Kesemua kepentingan Melayu ini tidak diancam pun. India dan Cina tidak mahu mengubah ini semua.Mereka tidak boleh ubah pun.
Raja2 Melayu tetap Raja Melayu bukan Raja Cina atau India. Mereka tetap muslim yang baik, menjaga kesucian agama Islam dengan menjadikan diri mereka ummatan wasatho- umat pertengahan yang jadi contoh teladan. Mereka manusia teladan yang tidak berzina dan tidak minum arak.
Yang diubah ialah UMNO disingkirkan digantikan dengan orang Melayu lain. Kalau UMNO lawan PAS, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau PAS menang, UMNO kalah, orang Melayu jugak yang menang. Kalau saya menang PRU13, saya kalahkan seorang Cina MCA. Yang menang ialah Melayu. Melayu saya tidak kurang dari Melayu orang UMNO.
Jadi apa masaalah? Yang berdepan dengan masaalah ialah pemimpin Melayu dari UMNO yang rasuah dan korap yang sudah menyamun harta benda rakyat. Mereka yang takut dan cemas. Yang rasa takut ialah Shahrizat Jalil, Raja Ropiaah, Zahid Hamidi, Syed Mokhtar Bukhari, ketua2 bahagian UMNO yang rasuah dan sapu tanah rakyat. Yang takut ialah Najib bila kita kemukakan Deepak Jaikishan dan suruh menyanyi macam burung kenari. Yang takut ialah tauke2 Cina yang bersekongkol dengan pemimpin UMNO untuk samun negara ini. Tauke India juga.
Apa yang perlu nya majoriti orang Melayu ratapkan apabila segelintir kaki busuk bangsa Melayu ini ditumpaskan? Rakyat Melayu yang menang!
Najib kata dia gembira melihat ramai manusia datang bertemu dengan nya di Tesco Semenyih. Memang itu perasaan orang feudal yang melhat hamba abdi berpusu pusu dan bersyusyun syusyun menadah tangan mendapatkan ole2 yang dibawa nya.
Ribuan kaum India dikerah oleh IPF untuk bertemu dengan Najib. Mereka diangkut dengan bas dan dijanjikan akan mendapat ole2 dari Najib. Najib bilang, terus sokong dia, maka banyak masaalah kaum India akan selesai. Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?
Saya setuju. Kaum India mesti terus beri Najib nambikei mereka dan apa apa lagi yang mahu diberi. Berikan Najib tairu, apom dan tosei. Najib akan terus memperlakukan kaum India terutama yang susah sebagai peminta sedekah. Keadaan jadi kelam kabut apaila orang ramai berpusu pusu mendapatkan kampit hamper yang disediakan sebagai penarik kehadiran kaum India. Penyibar nombor wahid propaganda dan pembohingan UMNO merasakanlebih wajar menyiarkan himpunan merebut beras daripada himpunan kebangkitan rakyat. Bersedialah kamu mencari perkerjaan baru. Mengikut kiraan Rais Yatim, lebih 50,000 datang. Tesco hampir habis semua barangan mereka. Bil akan dihantar ke JPM untuk mendapat bayaran.
Inlah yang boleh UMNO tawarkan. Jangan tanya apa UMNO boleh buat, tanya apa kamu boleh buat pada UMNO. Maklum sahaja, UMNO itu penaung dan kita yang dinaungi. UMNO penjaga keselamatan dan kebajikan. Orang Melayu yang beragama Islam sia2 mengistiharkan solat dan ibadat mereka, hidup mereka dan mati mereka kerana Allah- sebab sebaik sahaja keluar pintu, pemberi rezeki ialah UMNO.
Tanya apa yang kamu boleh buat kuntuk UMNO kerana UMNO itu tuan dan UMNO itu penaung kepada kamu.
55 tahun diperlakukan sebagai hamba abdi, ini kalilah kita bangkit mengistiharkan merdeka dan penjajahan UMNO. Kaum India! Bersatulah dan singkirkan UMNO yang memperhambakan kamu! Nilai kamu bukan sekampit beras!

15 comments:

Anonymous,  14 January 2013 at 01:59  

Datom, tajuk jena tukar jadi himpunan mengabihkan boreh

Anonymous,  14 January 2013 at 02:11  

Dato,

Melihat kepada yang berasak asak berebut beras dan tepung dalam perhimpunan Najib di Semenyih, nampak jelas betapa masih ramai penduduk Malaysia terutama India yang sangat sangat memerlukan makanan, tak ubah macam di kem kem pelarian serta di Afrika. Kalaulah mereka mereka yang berebut sakan tu hidup senang dan cukup segalanya, tak lah akan berlaku suasana macam tu.

Bangga kah Najib? Tapi itulah realitinya, rakyat selama ini diperlakukan sesuka hati oleh UMNO BN..yang kenyang dan mewah ialah pemimpin. Bila kedudukan sudah di hujung tanduk..barulah nak menghulur sumbangan yang pasti tidak ikhlas itu. UMNO BN berkuasa dah lebih 50 tahun...tanya Najib...berapa kalikah sudah sumbangan begini dilakukan dalam tempoh 50 tahun UMNO memerintah?.

Sharizat dapat berjuta juta tak payah berebut. Raja Ropiaah dapat habuan santai santai saja. Najib dan Razak Baginda sambil main aci lut pun dapat ratusan juta komisyen Scorpeen. Mahathir dan suku sakatnya menjadi kaya luar biasa tak payah nak berbaris panjang atau berebut rebut. Tapi rakyat nak dapat sekampit kecil beras terpaksa berebut dan merempuh sesama sendiri.

Teringat cerita dalam tv bagaimana penjahat melagakan tawanan sesama sendiri dengan menawarkan pampasan untuk direbut antara mereka. Dan begitulah perangai Najib dan UMNO BN ni...rakyat dibiarkan susah dan mereka kemudiannya datang dengan sedikit habuan mengharap balasan.

Tapi info dalaman IPF sendiri mengatakan inilah masanya kaum India hendak perkuda Najib dan UMNO BN kerana amat sukar untuk mereka dapatkan habuan begitu dalam situasi normal. Ramai yang di arah serbu ambil apa yang diberi..tapi undi tetap kepada PR. Mereka dapat rasakan UMNO BN akan berkubur.

Biarlah Najib syok sendiri Dato. Dia perlu hiburkan hati yang lara, resah dan duka sangat sangat sejak Deepak telanjangkan perangai beliau sebenar.

Vanakam

Cahaya Qalbu,  14 January 2013 at 05:38  

My friend the Indians!

Mic was in control all this while since 1957, but they never lifted their finger to help those poor directionless stateless Indians. When someone like Mr. Surendran from PR comes and takes the issue to be heard by the relevant authorities, MIc leaders got worried about their bread and butter.

MIC leaders fear PR will take over the majority of the Indians supporting Mr. Surendran.! At least, Mr. Surendran had the raw guts that none of the current Mic - Palani Velu, Dr. Subramaniam, Sarvanan nor Devamany have. These fellows had no balls indeed and even now all of them are conspiring to stab that Surendran behind his back for their own survival. Can’t you people see that? These are the fellows, who will not allow Indians to prosper, but only for themselves and their cronies.


Come GE 13 Mic must be wiped out. It is every Indian duty for a better future with PR. This is the time to show your middle finger to those MIC politicians. Hope you Indians have not forgotten the Maika share swindle and the Telikom shares cornered by the Mic rascals. The Indians need to dig out all of Mic filth when PR takes over because it belongs to the poor rural Indians !!!
~~~

Anonymous,  14 January 2013 at 07:55  

Based on my observation :

1. Some people interviewed in RTM/TV3 who complain or say bad thing about PR either in Kelantan,kedah or other places (coincindently in PR-led state government) are actually UMNO people themselves.

2. Maybe some people interviewed are pak makcik who are not really aware of current politics scenario in real terms. Just spoonfed by government controlled media.

I hope PR leadership should work smart to meet those in category no.2 above to inform them and their families. If not, these people can make life hard for PR to win at least simple majority.

PR should not only give speech in big crowd only understood by urban people exposed to internet. Himpunn Rakyat is ok, but still not spread down to root level.

Maybe wanita PR (in small group) should also go house to house to house to explain further "dari hati ke hati - bersemuka dengan rakyat". Then this will spread at root level. Even this look old fashion style, but believe me, this still can be very effective for PR to success.

Maybe Dato should sound this to PR leadership at PR, DAP and PAS.

Anonymous,  14 January 2013 at 08:24  

Dato Sak,

Polis tak kisah ke himpunan Najib kat Semenyih tu ramai yang bawa anak anak bawah 15 tahun?. Tak bahaya ke dan tak bercanggah ke dengan Akta Perhimpunan yang baru digazet tu?

Bukan apa Dato, bukankah ada suspek yang dituduh terbabit dengan pembunuhan seorang wanita asing sebelumnya, juga ikut serta dalam perhimpunan tu? Suspek berkenaan masih bebas ke sana sini?. Kita bimbang kalau nanti anak anak bawah usia diletup pula dengan C4.

Anonymous,  14 January 2013 at 09:21  

Seorang Pegawai Police Sr telah melepas amaran membawa budak dan bayi melanggar undang2. Gani Petai pun dah beri amaran di TB-TB Kerajaan.

Kita lihat skarang samada mereka nak prosecute and persecute. Aku harap mereka buat itu - dan kita lihat!!!

Sumpitan Emas,  14 January 2013 at 10:05  

"Kamu ada 55 tahun tak dapat selesai maka sekarang dalam masa 5 tahun, pasti beres?"

Pasti kali ini! I swear to Almighty God, I'll deliver THIS TIME so promised Najib. Anak Tun Razak dah terima wahyu bahawa kita di ambang era mukjizat, segala-gala akan beres!

Cahaya Qalbu, I wish to add this to follow through your thoughts about MIC.

This is extracted from The Edge Dec 15-21 2012 Issue, pg 6 - 7, headlined,"An IPO 'out of tune'"

"AIR ASIA Bhd's Tan Sri Tony Fernandes' impending listing of Tune Insurance Holdings Bhd (TIHB) is overshadowed by its insurance unit's controversial past.....TIHB would have a market capitalisation of up to Rm1.6 bil upon listing, thanks to the acquisition of Oriental Capital Assurance (OCA) a company once owned by Maika Holdings Bhd - for just Rm156.91 mil some seven months ago. OCA is now known as Tune Insurance Malaysia Bhd (TIMB). Fernandes and his partner Datuk Kamarudin Meranun, who are the major shareholders of TIHB, will be making a tidy profit by listing OCA as part of TIHB. The listing could see the two pocketing at least Rm107 mil based on 66.85 mil shares they intend to offer under the IPO. Among the slew of listings in the pipeline, TIHB's IPO is creating disquiet, especially among former shareholders of Maika, the MIC's loss-making investment arm. A point of contention is why Maika is letting Fernandes and Kamarudin benefit from the listing exercise in just seven months after acquiring the insurance firm. Some have argued that Maika shareholders could have been better off listing OCA...."

pg 7:"Short-changed yet again" by Charles Raj:

"Who would have thought that Tune Insurance Holdings Bhd's impending lsting exercise would cause a controversy and anger among former shareholders of Maika Holdings Bhd? It is not surprising really. After all in 2000 Maika, the loss-making and controversial investment arm, had been sold to tycoon Tan Sri Gnanalingam's G Team Resources for Rm 106 mil. Maika's prized asset at that time was OCA...For the record, Maika's 66,000 shareholders had in 1981 invested Rm100 mil of their hard-earned money in the company. Many had taken loans to buy one lot of Maika's shares for Rm1000. And all they finally got in return in 2010 was their Rm1000. If you take into account the rate of inflation, that Rm1000 would probably have been worth only Rm100 in 2010...It's really perplexing why Maika didn't want to list OCA on its own. Had it done so even with a market capitalisation of Rm300 mil, that would have meant Maika shareholders could have least received a net cash payment of Rm3 each - better than the measly Rm1 after 29 years!"

Remember the millions lost by ordinary Chinese Malaysians in the co-operative saving scams of the mid-eighties god-fathered by MCA.

With all the major financial scandals, unacknowledged of course, fresh in our memory, there's no reason why UMNO-BN should be given another five years.

Throw the thieving lot out kali ini if we love this country.

Anonymous,  14 January 2013 at 11:13  

Pak Rais, what 50, ooo where did you learn your arathmetics (kira-kira lah)from SK Ulu Klawang. The so called "Dataran Tesco" in Semenyih is a PARKING LOT 1/2 the size of Football field. You should be joking that 50, 000 human beings were standing there. Maybe Najib the soothsayer managed to shrink that many people to fit into that space so that all of them could hear the great words he had for the Indians "NAMBIKAI" or was it THEMBIKAI, alots of it in TESCO.

Ramesh 14 January 2013 at 11:37  

Dato Sak,

Having seen how the swing of Indian votes helped PR win to a certain extent back in 2008, and upon seeing some of them returning to support BN again now, rather than blaming them, why not do some introspection on how to manage the situation to the benefit of PR?

Everyone seems to love advicing the Indians to make the change and keep supporting PR, but why doesn't those in position of power do the necessary by engaging Hindraf to do the needful.

All said and done, Hindraf is the only organisation that can influence the likes of the 15,000 Indians who turned up at Semenyih ti greet the PM and collect their sack of rice.

Dato Sak, you're in a position to move this forward. Please do it. Not much time left to mobilise and make the necessary changes. Right action now will bring the right result on the night when election results are announced. Keen to see you make the change.

Anonymous,  14 January 2013 at 11:57  

Hei Tambi Dato orang melayu bab berkumpul memang lah suka cakap je jom heboh ka apa ka mereka akan datang berduyun.melayu memang le suka berpesta....tengok deka dekat tok mana ada kaum cina beberapa kerat je tok. Mereka ketawa tengok gelagat orang melayu yang memang suka bab bab macam ni tok. Buat lagi minggu depan tok...kami nak pi lagi

Anonymous,  14 January 2013 at 13:29  

Dato'

Semalam Chua Soi Lek pun datang ke Ipoh untuk mengadakan kempen warm-up pilihan raya di sebuah sekolah Cina suwa. Rakyat, kebanyakan kaum Cina, memang datang untuk mengambil beg-beg yang berisi dengan kemeja T, dua keping kek,sebotol air mineral dan juga risalah-risalah yang mengutuk DAP, Pakatan Rakyat dan LGE. Mereka juga diberi jamuan tengahari secara percuma.

Malangnya, tanda-tanda di mana MCA akan dikuburkan nanti amat jelas apabila kebanyakan hadirin cuma datang untuk mendapat kemeja T untuk melap kereta mereka.

Ayoh, ubahlah rakyat Malaysia, jangan tak ubah!

Cahaya Qalbu,  14 January 2013 at 16:04  

>>Sumpitan Emas,,

Tanx 4 your additional facts of the said issue....Sincerely welcome

Anonymous,  15 January 2013 at 18:21  

Hei Tambi, orang melayu berkumpul ramai sbb kita majoriti. Kita bukan kumpul suka2. Kita keluar duit sendiri bukan mcm penyokong yang membodek yg mengarapkan beras sekampit ke.
Malulah kat kamu - nama je Melayu kalu kamu Melayu tapi jadi bodoh pemikiran sempit mcm mat rempit. Tau menyalak tapi tidak ade semangat juang menaikkan martabat diri demi masadepan anak2 & keturunan kamu jadi orang yang berikan dan jujur serta rajin usaha berdikari.!!!!

sizzly7761 16 January 2013 at 00:31  

Raja tetap raja melayu,bukan raja cina atau raja india....mereka itu ummatan wasatho..mereka tidak berzina dan tidak minum arak..... Adusssss...bisanya bagai dihiris sembilu kata kata Datuk!!!

monsterball 16 January 2013 at 20:36  

Top of the list is exposing Sabah's frauds in elections....under Mahathir.
4 posts ..giving vivid details.... how Mahathir stayed as PM for 22 years.
He steals...cheat...attempting to kill Anwar with others doing the deadly job...telling half truths...twisting and turning.....and many more.
No ordinary human being can be that cruel.
His dirty politics is world first class...second to none.
Let the young generation decides.
They can read all the details at Malaysiakini blog.
As I read....I cannot believe Mahathir can stoop so low to win elections. That's not dirty politics. That's downright cheating.
Let him respond...which I am sure he cannot be bothered to do that now.
He is counting on vast majority voters do not read blogs ...but newspapers only.
So does Najib.
Shutting off minds with half truths...started with Mahathir's Umno B.
He kills more than cure.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP