Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 30 August 2012

Cara UMNO memuliakan Peneroka.


Dr Mahathir sekarang sibuk beri taklimat kepada ADUN2 dan MP2 BN di Yayasan Perdana. Tidak mustahil PRU diadakan ketika orang menunaikan haji. Mahathir pernah lakukan begitu. Dan jika dia jadi pengarah PRU kali ini untuk UMNO, kita boleh expect PRU bulan Oktober 2012. Orang UMNO sambut baik penglibatan Dr Mahathir dalam menentukan masa depan UMNO.
Walaupun bukan dia yang bertanding, dia yang lebih gusar. Tapi kita tidak hairan. Walaupun dia bekas PM, hendak jadi perwakilan bahagian nya sendiri dia tak mampu. UMNO- kalau dia tak berkelahi dengan parti2 lawan, mereka berbunuhan sesama sendiri. Sebab itulah, Najib tak dapat selesaikan pemilihan calun lagi. Semua orang merasakan dia winnable sama seperti Najib dan Muhyidin.
Nampak nya, dia yang lebih takut UMNO/BN kalah dari Najib. Selama 22 tahun UMNO itu Mahathir dan Mahathir itu UMNO. Maka jika UMNO tewas, legasi Mahathir akan berkubur sama. Perniagaan Muhkriz, Mokhzani dan Mirzan akan terancam. Segala kepentingan bisness Mahathir yang menggunakan proxy2 pun akan terbongkar. Segala pembohongan dan silap mata yang dia dan UMNO lakukan akan terburai.
Mengundi dan menyokong UMNO ertinya kita menyokong rasuah, penzaliman, pemerintahan ikut nafsu sendiri, penderitaan dan seumpamanya. Rakyat mesti bangkit dan kata cukup lah. Apa yang Najib lakukan sekarang semua bertujuan menyelamatkan diri. Sebab itu dia bayar sini dan bayar sana.
Bila pemimpin UMNO menuduh negara kan huru hara kalau PR mengambil alih, mereka hentam keromo. Memberi blanket statements sesiapa pun boleh. Cuba beri penghujjahan. Mengapa negara huru hara dan hancur? PR ambil alih, jentera kerajaan milik rakyat tetap ada. Penjawat awam tetap kita kekalkan. Insitusi kepolisian dan penjaga keamanan dalam negeri tetap ada. Tentera melindungi dari ancaman luar tetap kekal. Institusi pengadilan dan kehakiman tetap ada. Bermakna semua struktur berkerajaan tetap ujud. Ia nya semua bukan milik UMNO. Yang tidak ada ialah UMNO sahaja.
Janganlah UMNO menyangkakan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai mentadir dan mengurus negara. PR telah menunjukkan prestasi lebih baik daripada negeri2 dibawah perintah UMNO/BN. Dengan bakat yang ada dalam UMNO hari ini, budak tingkatan 5 pun boleh buat lagi baik. Jadi, kalau UMNO kita Sadaqallahkan, tidak jadi mudharat kepada kita. Jangan ragu dan bimbang. Tamatkan riwayat perasuah, perompak dan pembuli rakyat.
Yang bimbang dan ragu ialah Najib dan Mahathir. kita akan bongkarkan segala kemungkaran yang mereka lakukan. Setiap sembahyang 5 waktu, kita menyebut `Auu-zubilla-himinassyaitan-nirrajim. Kita mohon lindung dari syaitan yang kena rejam. Erti nya, kita mohon lindung dari UMNO dan BN, parti Iblis dan syaitan.
Tanggung jawab setiap rakyat, Melayu, Cina, India dan semua bangsa Malaysia ialah satu sahaja. Menukarkan kerajaan yang jahat dengan kerajaan yang baik dan yang kita boleh kawal mulai hari pertama. Antara puak syaitan dan puak baik, akhirnya puak baik akan menang. Oleh kerana Mahathir sudah mengaku bahawa golongan UMNO/BN adalah syaitan- mereka adalah golongan kuasa hitam. Between good and evil, the good will triumph. UMNO menyebelahi golongan perasuah, penyalahguna kuasa, perogol, dan penzalim. UMNO berada disebelah penindas.
Pengundi bertanyalah kepada diri sendiri. Kita menyokong penindas atau mahu berada dipihak yang memerlukan pembelaan.
Anak2 felda mesti beritahu ibu bapa mereka betapa peneroka felda dihina. Najib kata dia memuliakan peneroka. Kerana mulia lah maka, peneroka yang berjumlah 112,635 orang mendapat 810 unit saham setiap keluarga. Jumlah saham FGV yang diperuntukkan peneroka ialah 91.2 juta unit saham.
Agihan nya ialah seperti berikut:
kategori
Unit saham(juta)
MITI
419.5
Pebadanan, institusi
1495.8
Orang ramai( Melayu dan bukan Melayu
73.0
peneroka
91.2
Perkerja felda
109.4
JUmlah ditawarkan
2,188.9



Peneroka dan perkerja Felda dapat 5.5% dari saham yang diapung. Mengapa tidak 30%? Mengapa tidak majority jika peneroka dimuliakan? Mengapa saham diberi kepada kroni UMNO? Mengapa kepada mereka yang tidak kena mengena dengan Felda? Kenapa tidak sebahagian besar dari saham tersebut? Itu tidak menjadi masaalah jika Felda membiayai 100% bukan?
Jawab nya ialah peneroka hanya dijadikan alasan untuk merompak negara oleh puak UMNO. Nama peneroka diguna oleh UMNO menopengkan samun dan rompakan yang dilakukan oleh Najib dan geng2 nya.
Peneroka dapat 91.2 juta saham. Kroni UMNO dan penyokong MUkriz dapat 419.5 juta saham. Berani atau tidak Kementerian Perdagangan mengeluarkan senarai penerima MITI approved recipients?
Dari apungan ini berapa peneroka dapat?
Kalau dia jual ketika harga saham mencecah RM 5.55 keatas, maka dia dapat RM810. Jika pembelian itu dibiayai dengan pinjaman setelah bayar yuran pinjaman RM200, maka untung bersih peneroka yang jual pada RM5.55 keatas dapat RM610.
Kalau dia jual pada harga RM5.02 seperti sekarang bagaimana? Dia hanya dapat premium 47 sen. Maka untuk 810 unit, untung kasar ialah RM380. Tolak RM200, untung bersih ialah RM180.
Setelah membanting tulang dan menjadi kuli batak UMNO selama 56 tahun, nilai peneroka yang dimuliakan sangat oleh Najib ialah RM610 hingga RM180. Ambillah angka purata dua nilai ini, dan kita dapati nilai peneroka Felda setelah 56 tahun sebanyak RM390 seorang atau RM7 setahun.
Tu dia, kemuliaan yang Najib beri kepada peneroka. Setiap tanah yang peneroka miliki dalam tanah rancangan dibayar melalui titik peluh mereka. Tanah ladang dan rumah di bayar setiap sen barulah dapat hak milik. Kerajaan mendahulukan pembelian dan perbelanjaan. Tapi semua nya dibayar semula. Jadi tidak ada percuma datang dari kerajaan. Oleh kerana itu peneroka tidak perlu taksub kepada UMNO. Bukan dia beri percuma.
 Perkerja felda seramai 3835 orang akan mendapat 28,368 unit seorang. Jika Isa Samad perkerja Felda, mustahil lah dia pun dapat 28 ribu unit. Dia pengerusi. Bekas MB pula. Tentulah dia dapat lebih. Dan mustahil Mukhriz Mahathir tidak mengagihkan saham kepada Chairman Isa.  
Najib hanya memuliakan peneroka selagi mereka menyokong UMNO. Dia tidak muliakan kerana peneroka jual FFB kepada kilang Felda dan Felda perah minyak serta perah rakyat untuk dapat untung. Itu secondary importance. Yang penting, Felda kena sokong Najib dan UMNO. Itu lah sahaja yang menyebabkan peneroka dimuliakan sangat oleh Najib. Sebagai simpanan tetap UMNO.

Read more...

Wednesday 29 August 2012

FGV: Dari Haramjadah ke Makhluk Perosak.


PM Najib buat hal lagi. Mahu menipu peneroka. Tapi mungkin jugak pempimpin UMNO bersangkaan peneroka amat mudah ditipu. Maklum sahajalah- peneroka. Habis kuat ada sijil SRP- Sijil Rendah Peneroka. Terror sikit ada STPM= Sijil Tinggi Peneroka Malaysia. Inilah peneroka yang dimuliakan. Barsian depan transformasi ekonomi Najib.
Kali ini dia kata Felda akan mebiayai keseluruhan pembelian saham oleh peneroka. Apa pasal sekarang baru hendak umumkan? Mengapa tidak ketika saham belum disenaraikan? Apa sebab boring pinjaman bank ketika itu diedarkan keseluruh kawasan Felda?
Sebab baru sekarang dia sedar peneroka bersungut. 810 unit saham rupa2 nya kena beli oleh mereka.
Borang pinjaman bank dalam Bahasa Inggeris diedarkan sebelum FGVH di senaraikan. Yuran pinjaman RM200. Setiap keluarga yang beli 810 unit kena bayar RM 4.55 x 810= 3685.50. takpe, sebab bank pinjam penuh 100%. Lagi pun setelah 6 bulan dijual, peneroka tak rugi apa apa.
Harga hari ini ialah RM 5.02. tak sampai 6 bulan pun. Najin dah panic. Hendak menyampai 6 bulan, takut saham turun rendah dari harga senarai RM 4.55 seunit.
Rupa2 nya peneroka dok pakat ramai2 jual saham. Mereka pun pandai dan bijak rupa nya. Baik jual sebelum harga jatuh. Nanti kena bayar RM 50 sebulan tak pasal pasal.
Pada harga RM5.02  bermakna premium sebanyak RM0.47. atau 47 sen. Banyak tu. Dengan 810 uni saham yang dia ada, peneroka dapat RM380.70 sen. Tolak RM200, dapat untung berseih sebanyak RM 180.70. Ya Rabbi. Ya Ampuun. Syukur kepada UMNO BN. Hidup Najib yang telah memberi kami RM180.70 kerana kami peneroka. Mana ada pemimpin murah hati macam ini dalam dunia. Malaysia boleh.
Gostan kata Najib. Mampuih aku macam ini. kalau peneroka hanya untung RM180, mereka akan bunuh kita. Sembunyikan C4 semua!
Elokah kita menipu mereka sekali lagi ya PM kata Isa Samad. Macam mana? Kita biayai pembelian saham tersebut. Kita suruh dia orang bayar RM50 je sebulan. Setahun baru RM600. Cara demikian, peneroka yang bodoh tu sangka, mereka dapat duian runtuh. Kita akan kata mereka dapat saham 810 percuma. Situ dah ada nilai RM 3645.50. campur untung hari ini sebanyak RM 380.70 , untung besar sebanyak RM 4026.
Kita buat gitu je. Peneroka bukan cerdik sangat. Dapat RM 4000 tentu mereka suka. Jilat bontot den pun dia oghang mau punya.

Jadi apa yang sudah Najib lakukan? Pertama rasuah pendahuluan sebanyak RM 15000 setiap keluarga. Ertinya, kerajaan berbelanja sebanyak RM15000 x 112, 635= RM1.6895 billion. Ketajaan tidak cop duit. Mereka kena pinjam dari bank. Mungkin ini yang meyebabkan kerajaan menanggung hutang yang sudah mencecah 55% dari KNK. Ini tahap yang dibenarkan oleh parlimen.
Kemudian, kerajaan Najib beri bonus raya sebanyak lebih kurang RM383 setiap keluarga peneroka. Ini bermakna kerajaan belanja lagi sebanayk RM380 x 112, 635= 43 juta.
Nah sekarang Pak Najib mahu biayai semua pembelian saham tersebut. Jumlah saham yang di keluarkan untuk penroka ialah 91.2 juta unit saham. Jika seunit harga nya RM 4.55, kerajaan terpaksa belanja 91.200,000 x 4.55= 414.960 juta. Wah banyak tu.
Jadi kita ulang sekali lagi. Najib terpaksa berbelanja sebanyak:-
·        RM1,680 juta( rasuah pendahuluan).
·        Bonus raya = 43 juta.
·        Pembiayaan penuh RM 415 juta.
Haramjadah punya peneroka. Aku terpaksa belanja RM 2.138 billion semua nya. Kalau tak dapat undi jugak, terpaksa lah kita berhimpunan agong di Sungai Buloh nampak nya tahun hadapan.
Apa yang nak dirisaukan? Bukan kah Felda mendapat pulangan sebanyak RM 5.99 billion dari penjualan saham FGV?
Hmm.cuba lihat. Kalau tolak RM2.14 billion dari hasil ini, Felda tinggal baki sebanyak RM 3.85 billion. Bayar hutang EPF sebanyak RM 3 billion, baki nya 850 juta. Mampuih Felda. Kos menampung Felda setiap tahun ialah RM3 billion.
Sewa tanah 360,000 hektar kat FGV selama 99 tahun ialah RM698/hektar. Situ dah ada 251.2 juta. Ok lah tu. Kongsian tetap dari hasil perniagaan FGV. Juta juta. Biliun biliun, pasti cukup punya.
Celaka betul. Mengapa RM698/hektar? Boustead sewa lading pada harga RM3500/hektar.
Isa! Ekau tipu den yo.

Read more...

Tuesday 28 August 2012

UMNO's own Desolate Wasteland.


I said to my soul, be still and wait without hope, for hope would be hope for the wrong thing; wait without love, for love would be love of the wrong thing; there is yet faith, but the faith and the love are all in the waiting. Wait without thought, for you are not ready for thought: So the darkness shall be the light, and the stillness the dancing.

I first heard of these lines from Comrade Kassim ( Kassim Ahmad) circa 1977. He was participating in one of the forums at the University of Malaya Campus. He was also the chairman of PSRM then, hence the prefix Comrade. Nowadays I hear he is a religious ascetic and he remains, as I have always imagined, a rigorous thinker.
The lines were taken from TS Eliot’s poem Waste Land.  Spoken in a melancholic manner by Comrade Kassim, the words left a deep impression on me. To me, the words sounded like a mournful and forlorn longing for the right hope. Or the desirable hope.
And that is what we Malaysians have to face soon at the GE13. We are besieged by hopes really. The promises of the BN versus the promises of PR. What the BN and PR are offering us are hopes actually. So between the two hopes, which one shall we embrace for the renewal of our soul?
Why is UMNO/BN doing by any means necessary to suffocate the yet to be born hopes of PR? Because it can no longer justify and defend its own promises to the promises offered by PR. That is why Najib and friends are going around the country, appealing, threatening, cajoling and pontificating that PR can never fulfill the promises it makes. Because they can’t compete with pure and unadulterated hopes the PR are offering.
People disbelieve and mistrust the promises and hopes offered by UMNO/BN. the promises have been adulterated and broken by abuses, corruption, economic deprivation, and emasculation of the judiciary, the misuse of oppressive instruments, lies and deceit. The promises offered by BN however well-meaning, despite being rendered in angelic tones by the superb acting of Najib, despite suggesting good intentions, are prejudged as already contaminated. They are already condemned by the living memory of the rakyat who shall never forget all the abuses, corruption and violations.
The PR are offering unadulterated and pure hopes which are configurable by minds that are seeking salvation from the oppressive and tainted promises of UMNO/BN.
Why will the people reject the promises of UMNO/BN? because they offer pessimism as opposed to optimism by PR. The people are waiting for deliverance. Najib can run, but he can never hide.
UMNO offers darkness which shall no longer be seen as light. It offers stillness that shall never again be mistaken as the graceful dance.


Read more...

Monday 27 August 2012

Tugas Iblis ialah Menyesatkan.


Saban hari kita melihat UMNO semakin gelabah untuk diadili oleh rakyat. Pilihanraya ditangguh sehingga Najib rasa yakin. Dia akan rasa yakin apabila lapuran dari perisik kata, dia ada peluang menang. Dia akan yakin apabila semua cara penipuan sudah dikemaskan. Dia rasa dia yakin apabila rasa ada perpecahan dikalangan parti pembangkang. Pembangkang, Dato Sri presiden tidak berpecah- mereka disatukan oleh matlamat membuang UMNO/BN.
Ribuan orang datang ke rumah terbuka nya di Pekan pun dia tidak yakin lagi. Sebab dia tahu, perangai orang pekan. Sebuah keluarga akan ambik 5 bungkusan Tupperware. Kalau 70,000 bungkusan telah habis, bermakna, seramai 14,000 orang kampung2 sudah mengambil bungkusan tersebut. Mungkin yang sudah balik ke rumah akan datang untuk round ke2. Orang Pekan akan berkata kepada petugas2 UMNO- bukan bapak awak punya. Duit kerajaan. Kawan anak ramai.
Orang luar dari pekan yang datang pun ramai. Termasuklah yang didatangkan dengan bas2 dari seluruh pelusuk negara. Tapi tidak mengapa. Ini hari raya. Makan dan minumlah hasil dari duit kerajaan. Bukan bapak dia punya. Pilihanraya nanti, kita nyahkan kumpulan penyamun dan pezalim ini. jangan percaya dengan angka yang dinyatakan oleh akhbar2 perdana. Semua mereka menipu.
Semua rakyat sedar UMNO menggunakan 3R nya. Bukan `reading, `riting and `rithmetic. Kalau yang 3R itu meningkatkan pendidikan seseorang. 3R UMNO- race, religion and royalty’ atau  perkauman, agama dan raja Melayu digunakan untuk mengadu domba rakyat, menanam rasa benci, bermusuhan dan syak wasangka. Apabila rakyat termakan dengan dakyah UMNO/BN , meraka akan menyokong UMNO.
Tapi dengan menyokong UMNO, apa yang kita lakukan? Menyokong UMNO bererti kita menyokong rasuah, salah guna kuasa, sombong dan bongkak. Menyokong UMNO terutama kepada orang Melayu bererti merelakan diri untuk dibodohkan. Menyokong UMNO ertinya menyokong iblis dan setan dan menyokong orang2 yang mengejek dan mempermainkan agama. Apabila semua ini tidak menjadi, UMNO menggunakan lagi satu R iaitu rusuhan kaum. UMNO kata jika pembangkang menang, maka rusuhan kaum seperti 13 Mei akan berlaku. Rusuhan berlaku hanya jika penyokong UMNO yang buat kacau dan langgar undang2. Kita tangkap mereka dan hantar ke Sungai Buloh.
Auta UMNO semua orang sudah tahu. Ustaz dan ulamak dikudakan untuk mengekang fikiran orang Melayu yang beragama Islam. Maka timbullah pandangan seorang ustaz yang mengatakan menykong DAP adalah haram kerana parti itu kafir harbi. Kafir harbi makna nya, darah mereka halal. Mengapa polis tak tangkap ustaz ini kerana melakukan ancaman bunuh?
Ini semua temberang UMNO. Kalau DAP haram, apa pula kedudukan MCA, MIC dan Gerakan dan parti2 bukan Melayu yang lain yang bersubahat dengan UMNO parti Iblis? Mana dia perlembagaan negara Islam UMNO? Mana perlaksanaan hudud UMNO? Ada perlembagaan baharulah pembagian kelompok kepada harbi dan zimmi boleh dilakukan. Adakah negara ini berada dalam suasana berperang dimana sebuah golongan Islam sedang berjuang untuk menubuhkan negara Islam? Perlembagaan negara kita dan perlembagaan UMNO pun bersifat secular.
Sebetulnya yang haram bagi orang Melayu ialah menyokong UMNO. Sebab dia parti iblis. Dan kerabat BN ialah syaitan2. Pemimpin UMNO mempermainkan agama Islam. Laksana hudud menghuru harakan negara( najib). Laksana hudud, ramai takde tangan( Mahathir). Malaysia negara Islam teriak Mahathir.
mana dia perlembagaan nya, mamu?

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP