Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 26 August 2012

Cerita Tun Azazil jadi Iblis, penghulu malaikat


Dr Mahathir kata puak pembangkang memutar belitkan perumpamaan yang dia sebut. Better the devil(UMNO/BN) you know that the angel(PR) you don’t . Kita sudah amat maklum sarcasm Tun Mahathir.He is the master equal to none.It was vintage Mahathir semasa rumah terbuka nya beberapa hari yang lalu.
Kita tidak berhajat untuk menghuraikan putarbelit yang Dr Mahathir sendiri maksudkan. Kalau semasa di teruramah oleh CNN pun , Mahathir dengan poker face menafikan apa yang dia sendiri lakukan, bagaimana kita hendak letak nilai tinggi atas apa sahaja yang diucapkan oleh Mahathir? Seperti kawan saya saya kata Mahathir has to tell a thousand lies to cover his first lie.
Oleh kerana citarasa bulan ini atau flavor of the month ialah perumpamaan, maka kita katakan pada Mahathir dan UMNO- as you make your bed, so you must now lie on it.
Kepada pembaca yang menanya kepada saya secara condescending sama ada saya tahu Mahathir menggunakan idiom atau perumpamaan, saya harap dia pun faham perumpamaan yang saya nyatakan disini.
Memanglah UMNO ini dahulu parti malaikat yang menduduki syurga. Kita telah pun memperakui peranan orang UMNO dalam mendapatkan kemerdekaan negara ini. Tapi janganlah lupa kepada perjuangan kumpulan lain juga. 
Parti malaikat ini telah menguasai syurga sejak tahun 1955. Sejak 1981, setelah bertahun tahun lama nya menguasai syurga yang dinamakan Malaysia, penghulu malaikat merasa sombong dan bongkak dan maksum.  Dari semenjak itulah, penghulu malaikat yang mendiami syurga, yang doa nya selalu berjaya menjadi sombong dan bongkak yang terlalu amat. Nama penghulu malaikat tersebut, yang terkenal dengan sifat2 mulia nya itu, ialah Azazil.
My name is Azazil- Tun Azazil.
Oleh kerana dia boss pada malaikat UMNO, dan apa yang dibuat nya semua nya berjaya dia jadi sombong, takbur serta berbangga diri. Oleh kerana berjaya selalu dan parti malaikat nya berjaya semenjak 1946, Azazil pandang rendah pada orang lain.  Dia kata orang simpan janggut zaman Nabi sebab tidak ada pisau cukur. 
Oleh kerana Tun Azazil, malaikat yang dikenali oleh sekalian penghuni syurga Malaysia kerana doanya mudah dimakbulkan oleh Allah, para malaikat selalu lah pula meminta minta projek yang besar2 dari Tun Azazil. Ada malaikatul Ananda, ada malaikatul Vincent and Malaikat Yeoh.
Bila sombong dan takabbur, Tun Azazil dan malaikatul UMNO tidak menghiraukan rintihan dan gelisah rakyat. Dalam pada itu pun, ada kelompok malaikat yang berpenghulukan Tun Azazil menyedari bahawa kesombongan dan takabbur akan membawa malapetaka. Kelompok ini teringat pada pada suatu tulisan di salah sebuah puntu syurga yang tertera amaran:- "Seorang hamba Allah yang telah lama mengabdikan diri kepadanya akan mendapat laknat dengan sebab menolak perintah Allah."
Kelompok malaikat yang insaf ini telah berjumpa dengan Tun Azazil dan meminta Tun Azazil berdoa agar mereka semua tidak ditimpa laknat dari Allah. Setelah mendengar penjelasan dari para malaikat yang lain, lantas Tun Azazil memanjatkan doa kepada Allah. "Ya Allah. Janganlah Engkau murka atas mereka. Demikian hebat nya Tun Azazil. 
Tun Azazil selain jadi penghulu malaikat yang menjaga syurga Malaysia, juga mendapat gelaran2 yang mulia dari para penghuni syurga. Bapa kemodenan, penghulu yang terbaik dan seumpamanya. Ada juga seorang mamat yang menggelar Tun Azazil sebagai mahluk yang boleh berjalan atas permukaan air. Seluruh penghuni alam menggelar Tun Azazil dengan panggilan yang penuh kemuliaan dan berbeza-beza.
Di langit pertama, Azazil digelar Aabid yakni ahli ibadah yang mengabdikan diri luar biasa kepada Allah. Di langit kedua, Azazil diberi gelaran Raki yakni ahli ruku kepada Allah. Di langit ketiga, digelarnya Azazil sebagai Saajid atau ahli sujud. Di langit keempat, Azazil mendapat jolokan Khaasyi kerana selalu merendah diri kepada Allah. Di langit kelima, disebut Azazil sebagai Qaanit kerana ketaatannya kepada Allah. Di langit keenam, digelar Azazil sebagai Mujtahid kerana ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah. Di langit ketujuh, Azazil turut dipanggil Zaahid kerana sederhana dalam menggunakan sarana hidup.
Demikian lah hebat nya Tun Azazil. Selama lama Tun Azazil, penghulu para malaikat menyandang semua gelaran kehormat dan kemuliaan tibalah suatu masa ketika para malaikat melakukan Perhumpunan Agong parti mereka. Perhimpunan telah diadakan di Baitul alPutera alWorld alTrade alCenter. Mereka di beritahu oleh Allah, zat pemilik kemutlakan dan semua niat, maksud Dia untuk menciptakan khalifah di bumi. Maksud Allah disebut dalam surah Al-Baqarah, ayat 30 :
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."

Semua malaikat hampir tersentak menjawab mendengar kehendak Allah. Ya lah, monopoli kuasa yang mereka milik selama ini, harus pula dikongsi bersama dengan manusia lain.  Para malaikat jadi khuatir dan menyatakan protes mereka kepada Allah. Lalu Allah jawab "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Surah Al-Baqarah : 30)
Apabila Allah mencipta manusia yang bernama Adam, Allah menyuruh semua malaikat agar bersujud kepada Adam, sebagai wujud kepatuhan dan pengakuan atas kebesaran Allah. Seluruh malaikat pun bersujud, kecuali  Tun Azazil. Sebab itu Allah sebut: " Dan ingatatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Ia enggan dan takbur, dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Surah Al-Baqarah : 34)
Tun Azazil merasakan sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelar dan sebutan kemuliaan, tak perlu bersujud kepada makhluk lain termasuk Adam kerana merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah-laku dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelaran baru baginya iaitu Iblis.
"Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Ku ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takbur)atau kamu merasa tergolong di kalangan orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil sebaliknya ia malah menantang dan berkata:
"Wahai Allah. Bagaimana aku nak sujud kepada Adam sedangkan selama ini aku dan Engkau adalah satu dan pengetahuanMu adalah pengetahuanku dalam kekuasaanMu. Bagaimana aku nak sujud kepada makhluk yang akan menumpahkan darah dan permusuhan? Ya Allah, sesungguhnya Engkau telah ciptakan aku dari api yang menyala dan Engkau ciptakan dia dari tanah. Aku tidak akan sujud kepada dia." la. nahi.
Mendengar jawapan Azazil yang sombong, Allah berfirman : "Keluarlah kamu dari syurga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".

Sejak itu Tun Azazil atau Iblis tidak lagi berhak menghuni syurga. Kesombongan dirinya yang merasakan ia lebih baik, lebih mulia dan sebagainya berbanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. 

Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.

28 comments:

Anonymous,  26 August 2012 at 09:59  

What a metaphor! Tun Azazil Kutty. Having kicked out from heaven, the syaitan iblis laknatullah going around to cause distruction to soceity. Menghasut dan menyesatkan manusia iblis tua ini.... Tak lama lagi paralise la lu....

Bangchaq kubang pasu

Anonymous,  26 August 2012 at 10:26  

the syaitan is master of all evils.

olympic gold for tongue twisting
olympic gold for corruption
olympic gold for racism
olympic gold for country high black money
olympic gold for no. of man made billionaires......

Anonymous,  26 August 2012 at 10:28  

askm tok
classs jitu perumpamaannya tok...
tapi madir dan umno dah jadi bodoh dan samdol mana nak dengar2 cerita2 kitab ni....
x pegi open house najid d pekan ke tok?
kahkahkah....

Pok Li,  26 August 2012 at 13:12  

Salam Sak,

Satu analogi yang menarik. Olahan yang mudah difahami oleh rakyat terbanyak. Yang perlu diketahui seterusnya adalah Iblis dengan hatinya yang pekat berkarat itu tidak akan bertukar perangai sehingga akhirat. Tugas kita ialah membetulkan diri sendiri serta memerangi iblis dan syaitan bagi memperolehi kehidupan yang lebih baik semoga mendapat keberkatan Allah SWT.

Anonymous,  26 August 2012 at 13:55  

Anon 26 August 2012 10:28,

Apa kau sibuk sangat samaada Sak perji rumah Najib atau tidak? Apa kata kita2 saja pergi sana untuk menjilat bontot najib - untung2 dapatlah RM500 lagi.. Kahkahkah..

@ Baruah Tegar Najib

Anonymous,  26 August 2012 at 14:07  

Dato'

Tun Azazil is the devil's Advocate and the proper place for him is the hell fire.

Anonymous,  26 August 2012 at 15:06  

Kalau Malaikat ada anak...tak rela malaikat membiarkan anaknya mencari makan duit haram menjadi towkey "air syaitan".

Tapi disebabkan si anak itu berbapakkan syaitan dan iblis, maka sibapak rela si anak menjadi towkey besar pengeluar "air syaitan" sebab si bapak dan suku sakatnya memerlukan "air syaitan" untuk minuman diri dan para sahabat syaitan dan iblis mereka.

Jagajagalah wahai 1 Malaysia..pastikan anak anak syaitan ini tidak diberi ruang sebagaimana yang telah diberikan 1 Malaysia kepada bapak mereka selama ini.

Harap harap orang Kedah tak kelam mata, melihat wajah syaitan semacam malaikat.

Anonymous,  26 August 2012 at 15:37  

Benar, iblis diusir dari syurga dgn segala kenikmatan & kemewahan yg terdapat di dalamnya. Dikatakan bahawa iblis telah diusir, dikafirkan malah dilaknat oleh Tuhannya. Namun Tuhannya tidak pula & tidak pernah mengatakan iblis sesat. Malah yg dikatakan sesat oleh Allah s.w.t adalah manusia bukan iblis. Kejahilan manusia yg tidak mengenal dirinya & tidak mengenal Tuhannya menyebabkan manusia jahil ini sering menyalahkan iblis. Kejahilan & kesesatan manusia yg banyak disebut dalam kitabNya (Quran) tidak diakuinya malah dinafikan dengan menyalahkan iblis. Terbuktilah sudah akan kebenaran firman Allah s.w.t yg bermaksud, 'aku mencipta manusia dari setitis air mani, tiba-tiba ia membangkang'. Kejahilan & kesesatan manusia bertambah parah apabila nikmat syurga menjadi ujian baginya. Manusia jenis ini jelas telah meninggalkan Quran & hanya bergantung kepada kitab-kitab 'kuning' orang dahulu kala untuk memahami hakikat kejadian dirinya. Adalah amat malang bagi umat islam yg tidak memahami & mengetahui, bahawa kejahilan & kesesatan dirinya adalah disebabkab perbuatan dirinya sendiri. Tq

Anonymous,  26 August 2012 at 16:01  

Sebusuk2 Tun Azazil, busuk & hina lagi penyokong2 tegarnya.

~ Mana2 kaum yang junjungannya taik, maka darjat mereka lebih rendah dari taik. ~

@ Village Idiot

Janji di tepati 26 August 2012 at 19:27  

Wei Anonymous, 26 August 2012 15:37,

... sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. (An-Nisaa’ 117-120)

Syaitan telah berjanji kepada Allah untuk sesatkan manusia. Fitrahnya manusia itu lemah. Syaitan yang menjadi dalang menyesatkan manusia.

average joe 26 August 2012 at 19:41  

Anon 26 August 2012 15:37
Benar, iblis diusir dari syurga dgn segala kenikmatan & kemewahan yg terdapat di dalamnya. Dikatakan bahawa iblis telah diusir, dikafirkan malah dilaknat oleh Tuhannya. Namun Tuhannya tidak pula & tidak pernah mengatakan iblis sesat. Malah yg dikatakan sesat oleh Allah s.w.t adalah manusia bukan iblis. Kejahilan manusia yg tidak mengenal dirinya & tidak mengenal Tuhannya menyebabkan manusia jahil ini sering menyalahkan iblis...

?????

Surah AlHijr Ayat 039:
He said: My Lord! Because Thou hast sent me astray, I verily shall adorn the path of error for them in the earth, and shall mislead them every one,

(Iblis) berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

?????
takpernah dengar ke ungkapan lazim, "iblis itu SESAT LAGI MENYESATKAN"?????

-average joe-
klakka-la.blogspot: SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H

Anonymous,  26 August 2012 at 21:07  

Hello QD. Aok faham ke apa Pak Sak tulih ni. Janganlah asyik mengidolkan Mahathir je. Lepaih tu menjilat Najib pulok. Syiok ke aok pegi open house Najib tadi.Dapat bau Najib ke? Atau cuma dapat cium ketiak Mak Roih.

Anonymous,  26 August 2012 at 21:16  

Ungkapan lazim itu adalah dari ulama separuh masak. Sila baca 'keseluruhan' Al-Quran & fahami maksudnya (jangan guna tafsir) sebelum membuat 'kesimpulan muktamad'.

bruno,  26 August 2012 at 21:35  

Dato,of course Umnoputras being politicians will say to choose the devil you know,instead of the angel you do not know.Because as Dr Mahathir said,Umno is rotten to the core.When people are rotten to the core,even the best doctors and surgeons in the world can do no good for them.So the next best things to do for them,a saintly favour,to save them from more misery and suffering,is to burn them.

If hamburger and butt brigades are not enough,Umno has just come out with the peeing brigade.For a ruling regime to keep churning out more of this babaric xxx x-tremes is sure unbecoming of the once formidable Umno.Even Umno hardcores would be shamed seeing these apes displaying their one inch long cord in between two green peas.

Maybe my buddy QD would like to comment on this.Surely QD,being one of the best Umno spinners will be able to make these apes,their political handlers and masters look good.Or,maybe QD will not be showing his face around for a while,at least until this fiasco cools down.

zulkifli 26 August 2012 at 22:24  

satu seloka yg amat mendalam dari Sak...

Anonymous,  27 August 2012 at 00:25  

Jika faham maksud disebalik huruf Alif, Ba, Lam, Ya-Sin (Iblis). Sesiapa pun akan kenal siapa Iblis. Kalau sesiapa yakin sangat akan masuk syurga selepas kiamat nanti atas sebab 'kebaikan' dan 'pahala' serta 'amalan' yg dikerjakan, berdoalah setiap hari minta mati cepat. Boleh masuk syurga buat selama-lamanya. Untuk apa membuang masa di dunia ini?

Anonymous,  27 August 2012 at 01:37  

Dato, Good write up. "Better the devil you know rathan than the angel that you don't." Al kutty.
Selalu nya yang akan bercakap sedemikian adalah penyembah shaitan dan Iblis".
Salam

Anonymous,  27 August 2012 at 08:15  

Anon 27 August 2012 00:25

Dengan tak faham hikmah disebalik huruf Alif, Ba, Lam, Ya-Sin (Iblis) pun saya boleh nampak bahawa ALLAH JUA yg menyesatkan Iblis seperti yang dikongsi oleh abg Avg. Joe 26 August 2012 19:41 -

Surah AlHijr Ayat 039: He (Iblis) said: My Lord! Because "Thou hast sent me astray", I verily shall adorn the path of error for them in the earth, and shall mislead them every one,

(Iblis) berkata: Wahai Tuhanku! Kerana "Engkau telah menjadikan daku sesat", (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Seperti juga Tun Azazil yang menyesatkan melayu2 tonggong; persoalannya, siapa lebih dashyat, yang sesat atau yang menyesatkan?

Kepada mereka2 yang tonggong & sesat itu, sila ambil balik kuasa yg selama ini telah diserahkan kpd Tun Azazil sekiranya tidak mahu disumpah oleh anak2 & cucu2 kerana telah menjual harta & masa depan mereka kepada kroni2 Iblis.

@ Loud despair

Anonymous,  27 August 2012 at 09:04  

Allah s.w.t berfirman yg bermaksud 'Aku yg menyesatkan & aku yg memberi petunjuk' dan 'Aku lebih tahu siapa yg mendapat petunjuk & siapa yg sesat'. Kedua-dua ayat Quran ini ditujukan kepada manusia. Ini membuktikan iblis tidak ada peranan dalam menyesatkan manusia. Hanya manusia saja yg menyangka demikian kerana kebanyakan mereka tidak benar-benar memahami maksud 'Kuasa Maha Ketuhanan'. Tq

Anonymous,  27 August 2012 at 09:33  

TO YOU BRO !!!
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri.

Kata Tunku Abdul Aziz, beliau juga tidak percaya rakyat sanggup menganggap Guan Eng seperti 'tokong' melainkan di kalangan penyokong fanatik beliau sahaja.

"Ketika pengunduran saya daripada DAP baru-baru ini, Guan Eng begitu angkuh dan kurang ajar apabila menggunakan orang lain sebagai medium untuk bercakap dengan saya.

'Beliau merasa cukup bagus dan tak layak berinteraksi dengan saya sehingga terpaksa menggunakan 'budak suruhan',"..

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman yang menafikan menggunakan perkataan 'sombong dan angkuh' terhadap Guan Eng.

FROM APPUM ( ATAS PAGAR PEEPS UNION OF MALAYSIA )..WE GO FOR PAS AND UMNO !!!! PERIOD !!!!

stk,  27 August 2012 at 09:35  

I think the iblis also stay away from Tun Azazil Kutty.

Musafir1957,  27 August 2012 at 18:13  

1/3
Dato', ya ini vintage tulin Mahathir; dia yang malaikat salah dicop iblis,sebaliknya pembangkang itulah iblis dicop malaikat. Di negeri yang baqa tak ada malaikat suka memutarbelit, tapi lain cerita di negeri yang fana, memutarbelit sesuatu satu kebiasaan. Siapa, melainkan malaikat dari UMNO, yang berani katakan negeri yang fana itu didiami hanya oleh pembangkang? Tidak hairan jika Mahathir katakan pembangkang suka memutarbelit.

Jika setakat memutarbelit satu perumpamaan saja, tentu tidak membawa musibah apa-apa. Yang ketara mungkin urat-urat di leher kedua-dua si tuduh dan dituduh naik biru-biruan. Lain kisah pula, jika sesuatu iblis samaran memutarbelit berkali-kali hinggakan satu riwayat hidup dimusnahkan tanpa belas kasihan, bukan riwayat hidup si anu dari lorong Chow Kit, malahan riwayat hidup seorang anak Melayu watan yang terunggul.

Di bawah adalah petikan-petikan dari buku Tun Dato’ Haji Mohamed Salleh Abas, Bekas Ketua Hakim Negara, berjudul ‘KEBEBASAN KEHAKIMAN – Singa di bawah takhta dijerat (satu kezaliman)’ (1989). 490 halaman

m/s 324-325: "Penyinkiran saya pada lahirnya bermula dari surat yang saya tulis kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 26 hb.Mac, tetapi penggantungan kerja ke atas saya hanya dilakukan pada 26hb Mei iaitu selepas dua bulan berlalu. Dan saya telah diberitahu tentang penggantungan itu hanya pada 27hb Mei, iaitu, satu hari kemudian selepas digantung, bukannya satu hari sebelum digantung. Yang anehnya surat yang ditandatangani oleh Perdana Menteri bertarikh pada 27hb Mei memberitahi saya bahawa saya telah digantung kerja berkuatkuasa mulai 26hb Mei iaitu sehari terdahulu tidak mendapat perhatian Tribunal. Begitu juga surat itu tidak dipamerkan kepada Tribunal. Mengapa tidak dan mengapa Tribunal berdiam diri mengenai hal ini? Adakah ini bermakna bahawa penggantungan kerja saya telah menjadi satu pengetahuan umum sehinggakan pihak Tribunal tidak lagi dianggap mustahak diberitahu? Jika demikian, kenapakah Tribunal tidak mengambil kira selaran-selaran yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada badan Kehakiman? Tidakkah ini juga sudah menjadi satu pengetahuan yang umum? Adakah surat penggantungan kerja saya itu sengaja tidak dikemukakan kerana masalah tarikh mulai kuatkuasanya penggantungan itu telah membuktikan sesuatu yang aneh, zalim dan memalukan kerajaan?"

.."Kenapakah surat saya kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak dipamerkan? Dan kenapa pula surat kepada DYMM Sultan Pahang dipamerkan? Walaupun isi kandungannya sama, tetapi tuduhan yang dikenakan kepada saya adalah berpunca dari kemarahan atau kemurkaan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, bukannya berasal dari kemurkaan DYMM Sultan Pahang atau raja-raja lain. Yang demikian kenapa surat surat saya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak ditunjukkan kepada Tribunal atau kenapa Tribunal sengaja berdiam diri?"

Musafir1957,  27 August 2012 at 18:14  

2/3
m/s 326 -327:"Adakah pemecatan saya sebenarnya berasas kepada kemurkaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau lain-lain orang? Saya tidak percaya Baginda begitu sekali murkanya kepada saya. Kerana selepas sahaja Baginda ditabalkan menjadi Sultan Johor saya sebagai Hakim Besar Malaysia pada masa itu telah mengadap Baginda. Tidak ada satu tanda pun menunjukkan Baginda tidak suka kepada saya, bahkan Baginda menerima saya dengan baik dan takzim. Dan lagi Bagindalah yang telah menganugerahkan bintang darjah kebesaran SSM yang membawa gelaran Tun kepada saya.....Pada pandangan saya dan orang-orang yang wajar fikirannya, tidak apa-apa dalam surat itu yang boleh dijadikan satu kesalahan. Dan lagi, DYMM Raja-Raja Melayu sendiri menyatakan kepada saya bahawa surat itu tidaklah boleh mendatangkan apa-apa kesalahan kepada saya dan Baginda-baginda telah jua memberitahu kepada saya bahawa kemurkaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hanya murka kerana saya tidak sendiri mengadap Baginda untuk menyampaikan surat itu dan Baginda berkenan akan mengampunkan saya atau memadamkan kemurkaannya jika saya pergi mengadap menjelaskan kapada Baginda sebab-sebab penyampaian surat itu kepada Baginda melalui pos.”

“Yang demikian satu ketetapan telah diatur untuk saya dan peguam saya Raja Aziz Addruse supaya mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin 27hb Jun 1988 jam 12.00 tengah hari untuk menerangkan hal itu kepada Baginda. Dengan perkhabaran ini saya rasa peristiwa malang yang menimpa diri saya akan berakhir dengan baik dan ada beberapa orang yang tahu akan hal ini telahpun datang ke rumah saya sambil mengucapkan tahniah kepada saya.”

“Tetapi apa yang berlaku pada hari Isnin itu adalah berlainan sekali daripada yang disangka-sangka. Ketetapan yang telah diaturkan pada jam 12.00 tengah hari telah diawalkan satu jam kepada pukul 11.00 sehinggakan saya terlewat dua puluh minit daripada mengadap Baginda. Perjumpaan yang dikatakan untuk saya dan peguam saya Raja Aziz Addruse telah menjadi satu perjumpaan di antara saya dengan Baginda Seri Paduka serta dihadiri oleh Peguam Negara Tan Sri Abu Talib dan Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin tanpa peguam saya Raja Aziz Addruse. Peguam saya Raja Aziz yang telah bersusah payah terpaksa menyewa kapal terbang swasta, datang ke Johor Bahru telah tidak dibenarkan mengadap bersama-sama saya. Apabila dia sampai di pintu kawasan istana dia dibertitahu dia tidak dibenarkan masuk.”

“Sebagaimana yang berlaku di dalam perjumpaan saya dengan Perdana Menteri, begitulah juga yang berlaku di dalam perjumpaan ini di mana Tan Sri Sallehuddin mencatatkan di dalam buku peringatannya ketika DYMM Seri Paduka Baginda bercakap dan berkata-kata kepada saya. Tetapi yang ditulis oleh Tan Sri Sallehuddin tidaklah dapat saya tahu. Manakala Tan Sri Abu Talib Othman pula, dia hanya memandang kepada saya dengan keadaan sepi sambil menundukkan kepalanya ke bawah. Dalam pertemuan ini saya telah memberi penjelasan tentang surat itu dan penyampaiannya. Tetapi penjelasan ini tidak diterima. Di sebaliknya saya di minta meletakkan jawatan.”

m/s327-328: “Walaubagaimana pun, saya dapat juga menyampaikan hasrat saya kepada DYMM Seri Paduka Baginda bahawa saya tidak akan meletak jawatan dan jika saya dipecat, rezeki saya adalah di tangan Allah SWT. Jika tidak ada apa-apa upaya, saya tidak segan pulang ke kampung menanam ubi. Saya terpaksa bercakap dengan sebegitu jelas kerana Tan Sri Sallehuddin mencatatkan segala percakapan itu. Saya bimbang jika saya berdiam diri. Kemungkinan mereka akan menyalah-ertikan bahawa seolah-olah saya bersetuju meletakkan jawatan.”

Musafir1957,  27 August 2012 at 18:15  

3/3
……“Tribunal telah bersidang dan ini hanyalah sebagai syarat semata-mata untuk mengabui mata rakyat. Kesudahannya saya telah dipecat pada 8 Ogos 1988. Tidakkah peristiwa itu menimbulkan tanda Tanya? Pertama kenapa dan bagaimanakah kedua pegawai tertinggi ini boleh turut hadir dan berada di dalam perjumpaan ini? Padahal pada mulanya perjumpaan ini dikhususkan untuk saya dan peguam saya sahaja berpeluang mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Siapakah yang mengutus kedua pegawai ini supaya turut hadir? Sedangkan kehadiran mereka yang begitu awal telah menunggu ketibaan saya? Di sini timbul pula persoalan marah. Siapa yang memarahi saya sehingga kemarahannya menggemparkan seluruh negara dan menimbulkan satu pandangan negative dari masyarakat antarabangsa kepada Negara kita?” Kalau kemarahan boleh menghancurkan sesuatu, apakah akibatnya kepada rakyat dan Negara?”

Persoalan-persoalannya, 24 tahun selepas trajedi yang disengajakan oleh seorang yang boleh berjalan di atas permukaan air ialah :
1) Maseh terdapatkah malaikat di bumi Malaysia?
2) Adakah yang iblis semulajadi dan iblis buatan?
3) Siapa yang sengaja rela diibliskan kerana sanggup menggadai maruah negara dan bangsa?
4) Yang mana lebih bisa, iblis yang tidak dapat menyamarkan diri kerana taring-taring dan tanduk-tanduknya amat ternyata, dan kita lantas menjauhinya, atau, manusia biasa yang berjaya menyamarkan dirinya sebagai malaikat cekap menukar yang putih jadi hitam dan sebaliknya mengikut selera.

Alangkah baik kalau iblis selalu berwahanakan api dan malaikat diiringi wahdah Tuhan, selamatlah kita semua yang tunggu tibanya masa masing-masing. Malangnya ini negeri yang fana dan seorang hakim negara terpaksa tumpas. Jika seorang hakim negara boleh ditumpaskan atas kemahuan seorang Perdana Menteri, apalagi Anwar Ibrahim, bekas pegawai kanan Polis Dato Ramli Yusuff, peguam Rosli Dahlan, dan lain-lain.

Memang takdir saya dapat bernafas sehingga sekarang mengamati segala yang lurus dan segala yang dibengkok-bengkangkan.

Apa pilihan kita sekarang menjelang PRU13? Masih nak golongan dulunya malaikat tapi sekarang NBTN-KBTK – no prize for solving this puzzle.

Tun Salleh Abbas, Sir, the best is yet to come.

Anonymous,  28 August 2012 at 00:19  

Seburuk buruk Pak Lah yang diperlekehkan Mamak Kutty, Tun Salleh Abas dan beberapa tokoh lain yang teraniaya oleh perbuatan Mamak Kutty, mereka ini tela dihargai oleh Pak Lah dengan anugerah tertentu termasuk wang ringgit. Dapat dilihat di sini bahawa Pak Lah tidak redha terhadap banyak kes aniaya yang telah diperlakukan oleh Mamak Kutty kepada tokoh yang berani dan cuba menghalang niat buruknya.

Dan anwar Ibrahim adalah kes terbesar kesilapan dan dosa Mamak Kutty. Dan semua tahu Anwar dibebaskan di era Pak Lah sebagai PM. Nampak jelas di sini bahawa Pak Lah tidak menyukai sesuatu perbuatan yang melampau yang dilakukan oleh MAmak Kutty...menganiaya orang lain dengan cara yang melampau.

Orang selalu berkata...bila seseorang itu tidak sesuai dengan individu tertentu, ini perkara biasa. Tetapi bila seseorang itu tidak sesuai dengan ramai orang..sebenarnya individu itu sendiri yang bermasalah.

Di zaman Mamak Kutty sebagai PM, 1 Malaysia malah 1 Dunia tahu betapa PM Mamak Kutty ini telah memecat dan menyingkir ramai orang2 kuatnya sendiri. Ini termasuklah Ku Li, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan sebilangan yang lain yang memegang tampuk perundangan negara termasuklah Tun Salleh Abas.

Dan hari ini...Pak Lah pula dipersalahkan dan menjadi musuhnya. Ini adalah bukti jelas...MAMAK KUTTY INI JENIS SYAITAN YANG DIA AKUI SENDIRI. Dialah yang menjadikan UMNO BN Parti syaitan. Orang begini tak perlu disimpan lagi. Dia merosakkan segalanya dan orang lain yang cuba dipersalahkan. Memang ini kerja Syaitan!

Rasional apa 1 Malaysia mahu terus bertuankan syaitan???

cui bono?,  28 August 2012 at 10:38  

Anon28 August 2012 00:19

Well said for the much maligned Abdullah who got a thumbs up grade from the old boss after one year at the job, and that was when the 'crooked' bridge project in Johor had not been cancelled. The arrogance of the man who saw nothing wrong in grading the performance of his successor as if he were the well-meaning school master whose job was to make periodic evaluations of his wards. Delusions reveal much of devils and psychotic individuals, but since outwardly no fangs and horns are visible,and the man has never been reported to have smiled at swaying coconut trees, he must be like all of us, another mortal being, an average Joe. What then drives a man to believe that only his vision of Malaysia is the only one possible and realisable? Wisdom bestowed by angels from above or more likely megalomaniacal impulses inspired by the two-horn being from the flip side of the heavens, as bit by iniquitous bit, begin to unravel heinous foul-play from a long time ago. The last act of the Malaysian version of a Mephistophelian tragedy?

The challenge from Tun Musa and Tg Razaleigh in 1987 was the first indication something in our body politic was amiss. Yes, Ghaffar Baba and Anwar followed soon after, but there was reprieve for Ghaffar Baba, thank God for that - the man who was not held in high regard by the new arrogant crowd of university-educated Malaysians and held in utter contempt by the even more arrogant robber barons.

I will yet live to see the final act - we Kelantanese are a resilient lot, poor as we are - Najib, where is our share of the oil royalty?

average joe 28 August 2012 at 13:22  

mamakhatheer ni agama islam ke apa???
terang2 ajaran islam bagitau malaikat2 tu walaupun terdapat berbagai2 jenis tapi kesemuanya menjalankan tugas ikut perintah Allah.
dan terang2 ajaran islam suruh jauhi iblis dan setan yg walaupun asalnya baik tapi telah kufur dengan nyata malah islam suruh kita lawan godaan2 depa (dan juga lawan desakan2 nafsu manusia itu sendiri - kena sebut jugak bahagian ni, dgnharapan supaya orang kat atas tu lebih paham maksud komentar saya)

mamakhatheer ni dah dapat title datok tan sri datok seri tun tan tin, tapi dah dapat ke title haji??? kalau dia islam dan dah dapat title haji, takkan dia terlalu mudah lupa masa haji tu kena lontar batu yg simbolik sebagai merejam iblis???

jadi tak timbul samasekali persoalan kenal iblis ke, tau ke birthday iblis bila, kenal ke menantu iblis macam kenal menantu najib daniyar nazarbayev, tau ke akaun facebook iblis... sebab org islam tak sepatutnya guna perumpamaan matsaleh yg sebegitu yg bersandarkan hal keugamaan/kepercayaan yg tidak selari dgn ajaran islam!
nak buat kiasan pun guna la ayat lain, melambak lagi, tak kira la idiom inglis ke peribahasa cina ke simpulbelit melayu ke putarbelit urdhu ke...

cuba tanya mufti-dapat-ufti dan hulala-hulamak UMNO, apa kata depa???

-average joe-
klakka-la.blogspot: SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H

Anonymous,  29 August 2012 at 17:24  

terbaik...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP