Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 15 August 2012

Melayu Jangan kena Tipu lagi dan lagi dan lagi.


Saya taknak percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman. Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya, melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini. demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.
Hidup orang Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak mana cerdik nya mereka.
Ada termaktub dimana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn, berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari kita dan  kita pun tidak kurang dari mereka.
Orang Melayu mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang dia ada.
Kalau orang Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism) . Apa makna nya istilah2 ini?
Makna nya, seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.
UMNO suka prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari keluarga bangsawan dan elit . bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO. Rakyat menolak nya.
Kalau kita terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majority rakyat akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.
Cuba orangMelayu berfikir- apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun, kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?
Persekitaran yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi orang Melayu.
Orang Melayu kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan Melayu yang robust dan rugged.  Dengan cara ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.
Tapi sentiasa ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.
Selama 22 tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu berkelahi dengan cina dan India.
Asyik kena tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan menyokong UMNO.

18 comments:

bruno,  15 August 2012 at 06:30  

Dato,not that the Umno has been cheating the Malays over and over again.Umno even tried to make the Malays vulnerable and dependent on them too.Then when come the elections,Umno/BN will hand out the carrots in the form of 2-5 hundred ringgit bills.This is to say that vote for Umno/BN and there will be more coming in the next GE,which will be 4-5 years from now.

Just look at NFC and Felda,and the Malays should realised that it is Umno,the party championing the ketuahan Melayu,that is screwing them.And Umno/BN are not only screwing the Malays.They are screwing the indegenious people of Sabah and Sarawak double hard too.And even zakat money meant for poor Malays is not safe from these crooks.If Zakat money is not safe from these people,than what is safe from them.

Zaidi,  15 August 2012 at 07:56  

Dato' Sak,
Sebenarnya UMNO ingin sangat meneruskan sistem perhambaan Melayu dengan mematikan terus keupayaan orang Melayu untuk bersaing dengan memberi orang Melayu kontrak kerajaan. Dengan itu orang Melayu tidak tahu dan tidak mahu bersaing untuk pasaran luar yang lebih luas. Jika kita lihat menteri2 UMNO dan juak2nya yang mentadbir kerajaan negeri, menghabiskan duit, berhutang keliling pinggang..macam taik judi. Maaf Zahir Batin, Selamat Hari Raya dan Hancur UMNO hiduplah Melayu

otaklunyai 15 August 2012 at 09:42  

sedarkah melayu2 yg menyokong umgok laknatullah ini bahwa taraf pemilikkan harta bagi orang2 melayu di negara ini amat rendah dan dibuat supaya orang2 melayu sukar untuk memiliki harta seperti kereta, rumah, hartanah walaupun mampu... Mana tanggungjawap kera-jaan dan pemimpin2 yg kununnya menjaga melayu.. mereka inilah pengkhianat bansa yg sebenar.. mereka sedar perkara ini tapi mereka biarkan demi tembolok sendiri dan kekangan dari masalah peribadi dan masalah moral. mana dia kuasa politik yg dibangga2kan utk membela melayu... itu semua hanya tipu dan tipu semata... yg kaya hanyalah kaum kerabat mereka dan penjilat2 mereka...

Anonymous,  15 August 2012 at 10:40  

askm tok..
perlu selalu di ceritakan bahawa org melayu bleh hidup lebih maju tanpa UMNO...bukyinya org pandai2 spt arwah zaaba mati x jdi ahli umno pun

Melayu Baru,  15 August 2012 at 11:49  

Assalamualaikum Dato' Sak,

Kalau dah berbudaya yang berteraskan feudalisma, tuan tuan tanah kedaung ini tentu tak nak lepaskan peluang nak terus menjadi tuan tanah. Walaupun akal fikirannya sejengkal, tapi gaya hidup resam menjadi tuan tanah mesti terus kekal. Walaupun bangsa tergadai, masih terus mau berkuasa.

Selagi mana orang orang Melayu masih membiarkan minda mereka terus tertutup dengan menerima bulat bulat segala macam idea pihak tuan tanah, selagi itulah orang orang Melayu akan berada di takuk lama.

Tuan tuan tanah tentu terus mahu orang orang Melayu kekal jumud, supaya kekuasaan mental mereka terus kekal.

Melayu yang melawan arus mesti ditentang dan diperangi. Walaupun pihak tuan tanah sedar sokongan makin mengecil, tapi yang ada harus terus jangan disedarkan.

Senjata melawan pihak tuan tanah ini adalah pengetahuan, dan keberanian. Pertaman, orang orang Melayu harus tahu bahawa yang menjahanamkan bangsa sendiri ialah pihak tuan tanah. Puak puak ini yang menggadaikan bangsa Melayu dengan cara terang dan halus.

Orang orang Melayu juga harus berani. Tidak kurang Melayu kalau keluar UMNO. Tidak terjejas Melayu kalau tinggalkan UMNO. UMNO adalah wadah yang sudah jadi kelongsong dek dimakan dari dalam oleh puak puak tuan tanah.

Mudah mudahan kita semua akan mendapat semangat baru untuk mencari jatidiri Melayu yang sudah lama dimusnahkan oleh tuan tuan tanah kedaung UMNO.

Melayu Baru.

Anonymous,  15 August 2012 at 11:51  

Dato
Waktu Hussein Onn,Kassim Ahmad d tahan ISA d Kamunting Taiping.Hussein Onn X open minded ler

wawa

Anonymous,  15 August 2012 at 12:43  

Dato'

Orang Melayu dalam UMNO telah ditawan pemikiran mereka oleh golongan elit dan bangsawan di mana kebanyakan daripada mereka adalah Mamak Kutty.

Anonymous,  15 August 2012 at 13:07  

Orang melayu ramai yang PHD. ini semua didikan siapa? Pemimpin UMNGOK dari dulu hanya mengkayakan kroni... Salah satu sikap melayu PHD la ni...

Quiet Despair,  15 August 2012 at 13:39  

Wah, macam ad Eveready battery pulak - lagi dan lagi dan lagi.
Mana bleh Pak Sak, to forego sex for newly-wed people like me.
Mana boleh Pak Sak, tinggalkan UMNO. Dah jadi macam darah-daging kita. Makanan berkhasiat untuk kesihatan orang Melayu.
My credo is Seks and UMNO lagi dan lagi dan lagi.
I wonder whether you all received this text message which reads:

Survey Reformasi.
Jawapan anda hanya untuk kajian sahaja.Sapakah yang akan menjadi piihan anda pada pilihanraya akan datang. BN atau Pakatan.

Saya jawab: BN, of course. Dulu, kini dan selamanya.

Saya tak rasa kurang atau hina kerana menyokong UMNO. For the poor especially lagilah banyak benefit to vote for UMNO.
Ya, memang anak bangsawan dan elit mengetuai UMNO. So what. nOTHING wrong with that.
They have the advantage being groomed from young to be a leader.
They are well-trained, well brought up just like us their supporters.
Takdelah pulak dia menindas kita yang sama hebat dengannya.
Tun M, the greatest PM, we ever had gave opportunities to the best Malays to be on par with the Chinese.
Hussein Onn is nothing if compared to Mahathir. He pales into insignificance.
Najib is also great. At least he knows SOMETHING compared to Anu-War who knows NOTHING!
There's nobody right now who is better to lead than Najib. If you can name one, please do.

Anonymous,  15 August 2012 at 14:10  

Nak menangis saya baca artikel Dato,org Melayu mmg dah lama jadi hamba di tanahair sendiri. Berkurun nenek moyang kita berjuang,tetapi hasilnya golongan elit yang tamak menguasai kehidupan org melayu. Org melayu paling terbelakang dari semua segi...sedih...

Fooart 15 August 2012 at 14:29  

Dato',

Saya rasa dah berbuih dah mulut memberitahu orang Melayu tentang masalah yg melanda mereka dibawah UMNO. Dah kering dah dakwat menulis namun masih terlalu ramai Melayu tanpa mereka sedar mempertuhankan pemimpin UMNO. Terlalu takut dan tidak yakin jika UMNO tidak lagi memerintah. Syukur Alhamdulillah, kita tidak tergolong dalam kumpulan yg begitu.

Anonymous,  15 August 2012 at 14:41  

Saya dah lama nampak ni, orang UNMO bod** belaka sebab pilih pemimpin yang berbinkan orang bangsawan. Najib kenal ke erti susah sebab pak dia tu bangsawan? Umur 29 dah dapat jadi embee Pahang! Esok2 ni, si Hisamuddeen pula PM, lepas tu Mookreez, lepas tu KayJay pula, lepas tu ... lu fikiag la sendiri. Cuba buat statistik tengok, tentu 20-30% pemimpin UNMO tu anak bangswan. Ramai lagi yang lebih layak. Sedih melihat trend ini sekarang.

Penghulu Him.

Anonymous,  15 August 2012 at 16:23  

Salam Dato,

Tadi pegi ziarah pengkebumian bapa saudara. Terjumpa ramai saudara mara.

Sempat berbual dengan dua saudara yang merupakan anggota kerajaan. Seorang bidang penguatkuasaan dan seorang lagi polis. Sekenal saya dengan mereka, memang penyokong kuat gomen yang ada.

Yang polis minta bantuan si penguatkuasa untuk bertindak ke atas peniaga disel haram....yang menurutnya berleluasa dan tanpa rasa takut!....Tetapi kedua-dua bercerita dengan penuh keluh kesah....kenapa?...si penguatkuasa kata akta untuk penguatkuasaan lembek!....senang boleh dicabar!....kita kerja buang masa sahaja!....

Mereka menambah yang buat kerja ini adalah tokeh2 pam minyak dan siap kuncu dan tonto!....Tonto bila sudah sedar penguatkuasa perasan boleh tukar kereta!....satu malam tonto sempat tukar 11 biji kereta!

Masing2 saya perasan sudah mula rasa meluat....moga2 mereka terbuka hati untuk berubah!...InsyaAllah!....Amin!!!

gheng lama

Anonymous,  15 August 2012 at 18:41  

Salam Sak. AK 47

Orang Melayu mesti mencairkan minda jika ingin mobiliti sosial berlaku

melayukini69,  16 August 2012 at 10:39  

Senang cerita kita TUKAR,TUKAR,TUKAR kerajaan yang ada sekarang....buktikan jangna cakap saja..

Anonymous,  18 August 2012 at 13:06  

ourleadershere conned all malaysians for the last 25 years-- ha ah hi hi-- cows also get conned n disappeared[[ millions illegals in sabah n KL-- a nation of illegals lahkk semua boleh masuk

Anonymous,  21 August 2012 at 09:28  

Adakah orang Melayu sedar tentang derhaka Mahathir Kutty ?. Sekian lama orang Melayu terpedaya dengan Melayu palsu ini.

Kutty ini memang pandang hina terhadap orang Melayu keturunan Melayu pra Merdeka kerana ia anggap mereka ini dari baka rendah (bacalah tulisan tulisan nya tentang ini)

Kutty ini hendak mencipta Melayu baru dari baka luar seperti Paki, Bengla , Indon khususnya dan lain lain secara amnya. Itulah sebabnya ramain pendatang tanpa izin diberikan mykad.Dikatakan Melayu tetapi tiada kaitan langsung dengan Melayu pra Merdeka.

Melayu celup inilah yang telah membolot peluang peluang dibawah DEB yang sepatutnya adalah untuk membantu keturunan Melayu pra Merdeka.

Pada suatu hari nanti , adakah bilangan Melayu celup ini akan melebihi Melayu tulin dari keturunan Melayu pra Merdeka ?

Sekarang bolih dilihat orang orang yang dikatakan Melayu tetapi macam orang asing rupanya yang menjawat jawatan tinggi dan juga berperniagaan besar. Adakah ini Melayu tulin ?.

Anonymous,  25 August 2012 at 10:52  

QD 15 August 2012 13:39,

"There's nobody right now who is better to lead than Najib. If you can name one, please do."..

I say, Ibrahim Ali, at least he has a backbone.. and that's a fact! LOL!

@ Loud Despair

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP