Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 11 August 2012

UMNO: Hormat dan Kemuliaan diusahakan, Bukan diperolehi Percuma


Respect is earned, not gotten free. It is earned, not demanded as of right. 

Tidak syak lagi, tindak tanduk  UMNO akhir2 ini, menunjukkan bahawa parti itu dalam keadaan yang amat terdesak. Orang yang terdesak akan menggunakan pelbagai tipu helah dan taktik kotor. Orang terdesak hilang pertimbangan dan harga diri.
Mula2 UMNO guna bangsa. UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO. Sayang sekali, slogan demikian tinggal jadi omongan kosong. Bila UMNO lemah, mereka akan kembali kepada jatidiri Melayu konon; bila kuat Melayu dilupakan.
Berdepanlah dengan kenyataan. UMNO menjaga kepentingan Melayu istimewa dan Melayu terpilih. UMNO menjaga Putera dalam BumiPutera. UMNO jaga putera2 pemimpin UMNO, putera ketua bahagian, putera bangsawan, putera Raja. UMNO tidak jaga Melayu marhaen. UMNO tipu mereka lagi ada.
 Hanya UMNO sahajalah parti yang boleh jaga orang Melayu, jerit para juak UMNO. Rakyat akan jawab- sudah2 lah!
Yang mengherankan kita, penegasan tersebut datang dari orang2 yang keMelayuan mereka sendiri pun disangsikan. Si Mamak2 dalam UMNO lebih dari Melayu yang tulen, menjerit sana sini, kata UMNO lah Melayu. Kemana pergi nya Melayu tulen dalam UMNO?
Kedua, perakuan Melayu nya UMNO tidak disokong oleh fakta; dalam tahun 2008, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi dari 5.7 juta undi Melayu. 1juta lebih ahli UMNO menolak UMNO. Banyak mana pun rasuah yang disogok oleh Najib kepada pemimpin UMNO yang akan digugurkan, parti itu akan disabotaj. Ahli UMNO biasa jangan lagi diperbodohkan, Najib deal dengan ketua2 bahagian kamu, kamu dapat apa? Ketua bahagian boleh pencen, kaya raya dengan duit rasuah, ahli UMNO membanting tulang panjat tiang dan pokok gantung bendera dan poster.  Kita biarkan lembu dengan kelembuan mereka, jangan manusia dilembukan oleh pemimpin UMNO.
Jadi bagaimana UMNO boleh mengaku bahawa dialah penjaga orang Melayu? Orang Melayu sendiri pun tolak UMNO. Jadi, hendak jerit, jeritlah sekuat hati; hendak laungkan awak Melayu lebih dari Melayu lain, silakan. Reality nya, UMNO semakin hari, hilang sokongan dan kredibiliti.
UMNO boleh claim apa sahaja yang mereka mahu. Yang menentukan ialah rakyat. Kini UMNO takut kepada pengadilan rakyat. Salah satu tanda nya ialah melewat lewatkan pilihanraya. Tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO seorang PM melewatkan untuk mendapat mandate baru. Itu lagi satu petanda bahawa UMNO tahu , rakyat sudah benci epada UMNO.
Kerana UMNO itu melambangkan rasuah, salahguna kuasa, penganiayaan, kezaliman dan segala yang buruk. Walaupun ia Melayu, orang Melayu yang waras menolak Melayu yang zalim, yang rasuah, yang salah guna kuasa. Orang Melayu bukan Hang Tuah zaman dulu, yang akan menyokong membabi buta. Kalau orang Melayu hendak maju, mereka mesti menjebatkan diri mereka.
UMNO lagakan bangsa Melayu dengan bangsa Cina. UMNO menakut nakutkan orang Melayu bahawa Cina akan ambil alih negara ini. bolehkah suatu kumpulan yang berjumlah 25% dari penduduk negara menundukkan 65%? Yang jatuh ialah UMNO bukan Melayu. Kalau UMNO jatuh, orang Melayu masih boleh meneruskan hidup. Nabi Muhammad saw wafat, Islam tidak terkubur. Islam terus berkembang.
UMNO guna kedudukan raja2 Melayu. UMNO kata kalau UMNO tewas maka tidak ada siapa yang akan menjaga Raja2 Melayu. Kalau Raja2 Melayu bersikap ikut undang2 negara, tidak perlu penjagaan. Rakyat akan sayang kepada raja yang baik dan adil. Sebaliknya, orang Melayu terutama nya, tidak perlu hasutan dari orang lian kalau hendak membenci Raja2 mereka. Kalau raja2 bersikap matlaon, semua rakyat akan benci. Kalau Raja Melayu kaki judi, kaki arak, pemabuk dan penzina sedangkan mereka ketua agama Islam, orang Melayu tidak perlukan hasutan sesiapa untuk bencikan mereka. Orang Melayu yang waras berfikir mahukan raja2 mereka bersetia kepada Constitution Malaysia.
Raja2 Melayu jangan terpedaya dengan dakyah UMNO. 1993, Dr Mahathir dan UMNO lah yang mahu membenam Raja2 Melayu. Bukan PAS. Bukan DAP.  UMNO yang anti raja2 Melayu.
Bagaimana DAP boleh perintah negara jika mereka hanya bertanding 50 kerusi parlimen? Kalau calun UMNO kalah, yang menggantikan nya ialah orang Melayu juga. Orang Melayu tidak rugi apa apa jika calun UMNO kalah.
Adakah orang Melayu terancam jika UMNO tewas? Jawapan nya tidak. UMNO tewas di Kelantan. Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan, agama Islam terabai dan Raja Melayu di hapuskan? Tidak ada.
UMNO tewas di PUlau Pinang. Ada kita tengok masjid atau surau kena roboh, orang Islam tidak boleh sembahyang atau peruntukan agama Islam di tarik balik? DAP PUlau Pinang beri RM62 juta setahun untuk agama Islam manakala Kerajaan UMNO Negeri Sembilan beri RM 10 juta.
UMNO tewas di Selangor. ada kita lihat orang Melayu susah, agama Islam terabai, Sultan Selangor diancam? Tapi kalau Sultan Selangor bertabiat tidak baik, kebencian rakyat timbul dengan sendiri nya.
UMNO melaga lagakan kaum dalam negara ini. pemimpin UMNO bersekongkol dengan kapitalis Cina tapi menganjurkan orang Melayu bermusuh dengan kaum cina. Najib sendiri campur tangan memberikan projek ekstensi LRT Ampang kepada rakan Cina nya. Inilah bukti hipokrasi pemimpin UMNO hari ini.
Dan ini lah strateji pecah dan perintah yang UMNO amalkan. UMNO sebetulnya tidak ada nilai yang hendak diberikan kepada orang Melayu melainkan perasaan membenci orang lain. Bertahun lama nya UMNO memerintah, golongan kaya bertambah kaya, yang miskin makin bertambah. Jurang kekayaan dikalangan orang melayu sendiri paling besar jika dibandingkan dengan jurang kekayaan antara kaum lain di negara ini.
Kesetiaan kepada UMNO bukan diberi PERCUMA dan babi buta. Kepercayaan mesti DIUSAHAKAN bukan dituntut.

2 comments:

Anonymous,  11 August 2012 at 09:31  

Dato' dan bloggers

Jom kita tumbangkan kerajaan UMNO/BN ni menerusi peti undi, 'loud and clear'!

Anonymous,  11 August 2012 at 10:02  

Salam Datuk Ariff,

Datuk Aziz Tapa, bekas senator dan orang kuat serta veteran yang merupakan 'suara' umno lama dan (BARU) dari Rim, Melaka sudah kedengaran bersuara.......

Namun Mahadey dan Mohideen pula meminta yang sebaliknya.....

Nyata mereka sudah memulakan perbalahan dalaman secara terbuka.....

Najib adalah 'Tunku baru' yang mesti dinyahkan!

Usahlah sebut tentang kehormatan dan kemuliaan.....mereka sedang meniti perpecahan dan kehancuran.

sekian

gheng lama

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP