Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 23 August 2012

Kalau BN adalah Parti Syaitan, maka UMNO mestilah Iblis


Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka UMNO sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden UMNO yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. UMNO ialah parti Iblis.


Jumlah penduduk negara ini ialah kira2 29 juta orang. Dari jumlah tersebut, Melayu merupakan 65%, Cina 25% , India 7.5% dan lain2 sebanyak 1.3%.  Dalam lain perkataan jumlah orang Melayu lebih kurang 19 juta orang.
Ahli UMNO ialah sebanyak 3.2 juta. Atau 1 dari 6 orang Melayu ialah ahli UMNO. Kita ramai dari ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Jadi tak perlu takut apa apa pada UMNO. Kalau ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jadi TIDAK BENAR kalau UMNO mati, maka orang Melayu akan hancur.
Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu. Jadi TIDAK BENAR juga kalau UMNO mati, maka Islam dan Raja2 Melayu akan musnah.  Yang mati Dr Mahathir. Najib. Muhyidin. Noh Omar. Melayu lain terus hidup.
Demikian juga. Kalau MCA mati, orang Cina lagi kuat hidup. Kalau MIC mati, orang India tetap hidup.
Demikian juga kita menolak hasutan UMNO. UMNO kata kalau UMNO tewas maka orang Cina akan ambil alih pemerintahan negara. Kita ada 6 orang, Cina 3 orang dan India seorang. Bolehkah 3 orang melebihi 6 orang? Kalau India dan Cina bergabung, adakah 4 orang lebih besar dari 6 orang?
Oleh kerana UMNO cakap dalam bahasa bodoh, maka kita jawablah dalam bahasa yang bodoh2. Mungkin kita kena cakap bahasa bodoh2 mulai sekarang sebab Dr Mahathir kata, ahli UMNO semua nya hampas.
Yang jadi sasaran khianat puak UMNO ialah DAP. Sebab UMNO iri hati DAP boleh bermuafakat dengan PAS. Lagi pun orang Melayu merasakan tidak ada masaalah menyokong DAP sebab mereka tetap Melayu dan tetap Islam. Kita tukar wadah, bukan tukar aqidah. 
Kita ada 222 kerusi parlimen. Siapa dapat 112 kerusi, dapatlah membentuk kerajaan majority mudah. Berapa kerusi yang akan DAP tandingi? Adalah sebanyak 50 kerusi mungkin. Kalau menang semua pun, takkan boleh menubuhkan kerajaan.
Mengapalah UMNO mahu membodohkan orang Melayu?
Ingat, dari 6 orang Melayu hanya 1 sahaja ahli UMNO. Kita ramai, mereka sedikit. Mati seorang ahli UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Takde hal.
Kalau UMNO mati, maka agama Islam akan musnah? Kita tak perlu jawab kenyataan bodoh seperti ini. tidak semua orang Cina kristian. Lebih ramai Cina dan India bukan beragama kristian. Lebih elok orang Cina mengkristiankan orang Cina dan India terlebih dahulu daripada bercakap menegnai mengkristiankan orang Melayu.
Ramai dikalangan kita di lahirkan waktu malam. Tapi kita tidak lahir malam semalam. UMNO boleh kelentong ahli2 mereka jika mereka mahu, tapi janganlah anggap orang Melayu lain bodoh dan lahabau macam ahli UMNO.
Baru2 ini, Pemuda UMNO membuat lapuran polis kerana ada penyibaran di internet mengatakan bahawa kalau kita mahu agama Kristian jadi agama rasmi, maka undilah Pakatan. Kita tidak tahu sama ada siaran internet ini dilakukan oleh pemuda UMNO atau tidak. Tapi ada kemungkinan besar ianya kerja pemuda UMNO yang kian terdesak. Setelah mendapati menebal muka di stesyen bas, kretapi dan meng-agihkan sogokan barangan dan juadah tidak berhasil, besar kemungkinan Pemuda UMNO tukar kepada tektik jahat. Menghasut. Kalau ia disiarkan melalui internet, kita suruh lah MCMC menyiasat nya. Tentu dengan pantas mereka akan tahu, darimana mulanya penyiaran nya.
Pengalaman saya dalam UMNO mengatakan bahawa tidak mustahil kerja kotor ini dilakukan oleh UMNO. Bukankah Dr Mahathir mengakui bahawa UMNO syaitan? Dalam BN, UMNO adalah penghulu syaitan. Penghulu syaitan ialah Iblis. Boleh lah kita sebut UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan.
Semenjak tahun 1981, UMNO dipimpin oleh seorang India. Ketika Riz Khan, pengacara temubual CNN bertanya DR Mahathir- adakah Tuan seorang India? Dr Mahathir menjawab dia by definition adalah seorang Melayu. Apalah yang susah nya nak jawab dia Melayu atau tidak? Sebab dia bukan Melayu kerana itulah dia berbelit belit nak jawab dia Melayu. Definisi Melayu amat mudah, beragama Islam bercakap Melayu dan berbudaya Melayu adalah Melayu. Maka tidak hairan lah kita bila Dr Mahathir kata pendatang haram yang masuk ke Sabah adalah melayu sebab dari definisi nya mereka telah memenuhi syarat2 seperti jugak Dr Mahathir.
Dan semenjak tahun 1981, dasar ekonomi kerajaan UMNO/BN adalah pro kaya. Pro golongan elit. UMNO pegang kuasa, menguasai kerajaan dan setiap struktur kerajaan. Dengan ada kuasa tentulah munasabah kita sangka bahawa banyak kepincangan dalam negara kita, terutama yang melibatkan kepentingan Melayu sudah dibaiki. Rupa2 nya tidak.
Jurang pendapatan dikalangan orang Melayu adalah yang terbesar. Jika kita bandingkan jurang pendapatan di kalangan cina sama cina atau india sama india. Apa pasal? Sebab dasar kerajaan  seperti perbelanjaan kerajaan atau public expenditure adalah pro orang kaya.
Sebab itu saya kata, dasar UMNO ialah BumiPutera. Dalam istilah tersebut terdapat dua komponen. Bumi mewakili rakyat biasa manakala Putera mewakili Melayu elit, bangsawan, anak raja, anak pemimpin UMNO dan seumpamanya. Yang makin kaya ialah golongan Putera dan yang makin menderita ialah golongan Bumi.
Kita ambil contoh. Peneroka felda boleh kita anggap sebagai orang Melayu biasa. Ada 112, 655 keluarga Felda. Bila syarikat Felda disenaraikan, setiap keluarga dapat 800 unit. 800 unit kalau di jual dapat wang pendapatan. Isa Samad mewakili Melayu terpilih.  Mengikut cerita dia dapat 180,000 unit saham. Kita terima ini sebagai benar walaupun kita tahu Isa Samad dapat juta juta unit saham FGV.
Kalau kita banding pendapatan peneroka( Melayu biasa) dengan Isa Samad( Melayu elit), bagaimana?
Katalah premium saham ialah RM1. Tanpa menolak kos pembiayaan pembelian saham, Melayu biasa dapat RM800. Melayu istmewa dan elit dapat RM180,000. Berapa kali ganda pendapatan tersebut? 225 kali lebih besar.
Jadi kita tahu dan sedar bahawa penyenaraian FGV adalah satu lagi dasar PM Najib yang pro Putera dan bangsawan daripada pro rakyat biasa.
Ini pun masih tidak disedari oleh orang Melayu.

36 comments:

Anonymous,  23 August 2012 at 08:58  

"UMNO sebagai Tun Iblis. MCA Tan Sri syaitan. Dan MIC- Dato syaitan." LOL! That is epic, SAK!

@Kelakarman aka Kelawarman.

Anonymous,  23 August 2012 at 09:15  

Dato' dan bloggers,

Mahukah orang Melayu terus menyokong sebuah parti (UMNO) yang bakal kecundang? Dah lebih 50 tahun memerintah dan apakah pencapaian yang dapat dibanggakan oleh bangsa Melayu?Marilah kita renungkan.

Salam.
Observer

Anonymous,  23 August 2012 at 09:56  

Salam Samongkol,

posting yang menarik dan membuka kelopak mata. Teruskan pendedahan demi pendedahan agar orang melayu dapat menilai atas fakta realiti atau persepsi. Khayalan atau dongengan.

Sak adalah pemberani payut di contohi. Berjuang demi keadilan.

Ketupat-Rendang,  23 August 2012 at 11:52  

Aku yakin dah renggang dan koyak kongkongan kuno dan penipuan Mahathir & UMNO. Kalau ada pun hanya peratusan kecil saja yg masih tersadai.

Ini akibat langsung dari kebebasan am dibawa oleh dunia maya web dan tidak kurang juga kecekilan & kegigihan reformis yang telah dapat menebuk ruang besar meskipun tindasan hingga sekarang masih berleluasa, saperti 11-4A bukti jelas yang nyata hasil keangkuhan UMNO dan badut-badut mereka.

Kini jelas dan makin rancak kesedaran di kalangan orang Melayu dan ada segelintir daripada ahli UMNO yg dah hampa tapi kini sedar juga dan semakin bertambah.

Orang Melayu Islam menyanjung tinggi nilai-nilai universal agama mereka tapi di waktu sama keliru dan tergadai semata-mata kerana perasaan dan emosi bukan kerana fikiran dan rasyunalnya yg telah dikabur-kaburkan oleh pembolot-pembolot UMNO.

Tepat sekali isyu & jawapan yg telah ditimbulkan oleh Sdra Mat Sabu: "Kalau UMNO kalah siapa nak jaga Melayu?"

Kalau saudara2 Melayu jangan hinakan intelek dan kehormatan diri. Saudara2 Melayu, dan Saudara2lah yang akan menebus penghinaan yg telah UMNO lakukan!

Kaum lain faham dilema Saudara2 dan nyata telah menghulurkan tangan dan berusaha dalam semangat kemanusiaan dan keadilan dan kebebasan dari pembohongan dan penindasan UMNO. Ini janji agama Saudara2 - bukan harta & emas tergolek tapi kemuliaan dalam usaha dan intelek diri dan sahabat2 lain yg rela & ikhlas untuk kemakmuran bersama - bukan hanya segelintir Melayu parasit saperti pemimpin2 UMNO!

Anonymous,  23 August 2012 at 11:54  

Org melayu masih tak sedar sebab dah layu dan makin melayu akibat propaganda dan brainwash yg dijalankan dgn menyeluruh dan berterusan sepanjang 5dekad oleh kawanan Kera u-bn.
Antara brainwash yg kera jarumkan dlm benak melayu ialah konsep "bersyukur". Konsep ini amatsangat berkesan untuk matlamat dan keuntungan maksima kawanan Kera kerana ianya bersandarkan hukum Islam, sesuatu yg tentunya digeruni dihormati dan dijaga oleh org melayu.
Sepertimana lazimnya, kawanan Kera akan memutarbelit konsep syukur yg asalnya islamik ini supaya mudah mengeksploit dan meng-anakpatung-kan gayafikir org melayu yg semulajadinya hormat pada org tua hormat pada ketua - rata2nya melayu ni spesis hormat ala hangtuah, minoriti sahaja yg spesis memberontak ala hangjebat.
Konsep syukur yg diputar sang kera ini sengaja ditanam supaya orgramai mudah syukur dgn sedikit yg didapati/diberi, tanpa mempersoal lebih lanjut dari itu - syukur itu maknanya dah cukup hebat la tu,
syukur itu melupuskan sebarang keperluan utk audit,
syukur itu membunuh apa2 lintasan fikiran utk tidak berpuashati.
Konsep syukur tiruan hasil kelentong sang kera diperkuat dgn dalil2 (yg sengaja diberi penekanan kerap berulang2 dan berterusan hingga kiamat) yg mudah diterima org melayu tanpa banyak soal, cthnya:
1.Jgn tamak kerana "apa yg dikendong berciciran, apa yg dikejar tak dapat"
2.Jgn laju kerana "biar lambat, asal selamat"

Slogan2 lazim dijolok menembusi gegendang telinga orgramai ini hanya menggalakkan melayu mencari dan bersyukur utk tahap pencapaian 50% shj - cukuplah yg dah dlm kendong ada 1, yg lagi 1 tu tak payahlah kejar lagi; syukurlah 1 pencapaian iaitu sampai destinasi, pencapaian kedua iaitu cepat/terawal tak payahlah...

Jika sekumpulan kecil yg memegang amanah tampuk mentadbir dan mengurus ini ikhlas beriltizam berhempaspulas ingin melorongkan org melayu ke arah kehebatan dan kejayaan tanpa sebarang PHD, maka sebaliknya mereka sepatutnya melaungkan ayat2 pembakar semangat sebegini:
1.Jgn patahsemangat, kejar hingga dapat, tapi jangan pula berciciran yg dah dapat, pastikan pegang dengan erat!
2.Jgn lambat2, masa amat berharga walau satu saat, tapi laju mestilah penuh cermat, biarlah mencapai tujuan dengan selamat!

Jika kata2 hikmat sebegini yg dipupuk dlm jiwa melayu, barulah melayu rata2nya mengejar "excellence" - maka barulah anak2 sekolah berlumba mendapatkan A atau setidaknya B dalam setiap ujian, bukan sekadar ingin lulus cukup makan pun jadi lah; maka barulah ramai melayu menjadi pelopor dan pengusaha inovasi hatta hingga bertaraf dunia!

Tetapi dgn kelentong dan eksploitasi kawanan Kera menerusi propaganda berdekad mereka, maka melayu masih tak sedar yg mereka setakat lekas bersyukur dgn serdak yg ditabur sang kera setelah si kera sendiri puas makan malah bergolekgelantang bergelumang dgn habuan sebenar, maka alhamdulillah syukur dapat gak 800, harapkan "pembangkang" tak dapat apa pun, pandai bangkang dan tahu komplen shj!

Kalau bapak2 dan makcik2 felda nak sedar yg 800 tu sebenarnya pun jauh rendah lagi dari 50%, ubahlah keseluruhan org2 yg diberikan amanah mentadbir negara dan semua negeri, kerana yg sekarang ini bukannya "mengurus" dalam ertikata mentadbir atau "manage", sebaliknya "mengurus" dlm ertikata menguruskan perut2 rakyat yg makin tersepit sedang menggemokkan perut2 mereka sendiri hingga semakin boroidgn segala bentuk kekayaan yg sepatutnya boleh dikongsi dgn pelbagai lapisan rakyat!

ABU!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Anonymous,  23 August 2012 at 12:23  

da lbh 50 taun umno/bn lead malaysia...majoriti pemimpin beragama islam..tp nape smpai skrg hukum hudud xbleh nk dilaksanakan?...x ke pelik nmenye..bile da nmpk nk tumbg/lingkup mainkn isu..salahkn ag 1 pihak..kalo ye pn nk slhkn dorg xde mslh tp bg dorg lead 5 taun pasnh cner..bndingkn ngn umno/bn lead 50 taun...dorg xperinth lg,mne la bleh dorg nk lksanakn hudud cmtu je...dap 2 mjoriti pemimpin x islam same mcm mca..pdn la ngn dorg kalo xhm psl hudud pn...nh x, mgaku islam tp hukum dalam quran wt main2...jgnla letakkn kdudukn akl tu jauh lebih rendah daripada binatang...whai rakan2 sy rkyt malaysia,ayuh lakukn perubahan...pastikn kte semua org muda xditipu hidup2 seperti mk ayh, datuk ngn nenek kte sblm2 nh

Anonymous,  23 August 2012 at 12:23  

da lbh 50 taun umno/bn lead malaysia...majoriti pemimpin beragama islam..tp nape smpai skrg hukum hudud xbleh nk dilaksanakan?...x ke pelik nmenye..bile da nmpk nk tumbg/lingkup mainkn isu..salahkn ag 1 pihak..kalo ye pn nk slhkn dorg xde mslh tp bg dorg lead 5 taun pasnh cner..bndingkn ngn umno/bn lead 50 taun...dorg xperinth lg,mne la bleh dorg nk lksanakn hudud cmtu je...dap 2 mjoriti pemimpin x islam same mcm mca..pdn la ngn dorg kalo xhm psl hudud pn...nh x, mgaku islam tp hukum dalam quran wt main2...jgnla letakkn kdudukn akl tu jauh lebih rendah daripada binatang...whai rakan2 sy rkyt malaysia,ayuh lakukn perubahan...pastikn kte semua org muda xditipu hidup2 seperti mk ayh, datuk ngn nenek kte sblm2 nh

Anonymous,  23 August 2012 at 13:06  

In as much as I would like to see a new govt takes over from BN, I think it is going to be very tough. We need another mini Tsunami the tilt the "dacing". Assuming PR won all the seats that they contested in 2008 election, here is my take (at best):

Perlis - add 1 seat (Arau)
Kedah - no change
Kelantan - no change
Terengganu - add 1 seat (Kuala Nerus)
Penang - no change
Perak - add 4 seats (Larut, P. Rengas,K. Kangsar, Lumut)
Pahang - add 3 seats (Jerantut, Raub, Cameron)
Selangor - no change
Wilayah - no change
N. Sembilan - no change
Melaka - add 1 seat (Bukit Katil)
Johor - add 4 seats (Kluang, Labis, Segamat, Muar)

Additional seats Peninsula = 14 seats. Plus 80 seats from 2008 = 94 seats.

Sarawak - add 5 seats (Limbang, Ulu Rajang, Sarikei, Lubok Antu, Stampin)
Sabah - add 5 seats ( Penampang, K. Belud, K. Marudu, Batu Sapi, Stampin)

Total Sabah Sarawak 10 seats. Plus current 3 seats = 13 seats.

Total : 94 + 13 = 107. Still short of 5 seats for a simple majority. That is on the assumption that PR will not loose any of the seats that they won in 2008.

Unless there is a major swing in Johore, Sabah and Sarawak or some frogs from BN (esp from Sabah) were to jump after the election, I am afraid it might not be enough to unseat BN. If the above scenario were to be true, Najib will still be replaced. Let us hope it is not Muhyiddin.

mp goviind,  23 August 2012 at 14:32  

nak kerusi Sabah dan Sarawak? senang saja bro..Pakatan/Anwar bagi lah AUTONOMI MUTLAK spertimana yg telah dijanjikan dalam PERJANJIAN MALAYSIA 1963. hang bagi ini, guarentee 100% Pakatan angkat Puterjaya...tak bagi, kita cari nasib la..

Anonymous,  23 August 2012 at 14:53  

kenyataan bodoh tun madey kutty lawan kenyataan "bodoh" AK47..cukup bijak..

Anonymous,  23 August 2012 at 17:17  

Pak Sak, iblis memang bijaksana & berani, perintah Tuhan pun Iblis tak takut, syurga & neraka pun iblis tak hairan, dosa & pahala pun iblis tak pandang. Sebab apa? Sebab iblis tahu rahsia Tuhan. Tapi yg jenis kecut perut & pendek akal memang akan mengejar pahala, takut neraka & pengecut. Sebab akalnya tak sampai untuk meneroka rahsia Tuhan. Malaikat sendiri pun kalah dgn iblis sebab jahil tak tahu apa- apa tapi nak tunjuk pandai dgn membuat andaian. Oleh itu jangan sesekali pandang sebelah mata peranan iblis sebab tanpa iblis manusia sendiri pun tidak akan tahu apa gunanya nafsu. Tq

Anonymous,  23 August 2012 at 18:59  

anony 23 August 2012 17.17

tulisan macam novel

iblis tu jugak gila kuasa dan kekayaan

Anonymous,  23 August 2012 at 19:19  

Dia orang BN boleh buat macam macam sebelum pilihanraya ini, setahu saya, orang Cina sudah membuat pilihan yang jelas sekali, walaupun berisiko tinggi (Bayangkan kalau BN menang tapi semua MCA mampus.)
Apa yang diperlukan ialah rakyat sekalian berfikir dan bergerak serentak untuk mencipta sejarah baru dan masa depan untuk negara ni..

bromo,  23 August 2012 at 22:14  

"Iblis tahu rahsia tuhan"?. Bawak mengucap bro. Baca quran dan fahaminya. If you are a muslim. If you are non-muslim, the offer still stands :-)

Anonymous,  23 August 2012 at 22:24  

pegi mampos dgn org tua tu

Anonymous,  23 August 2012 at 23:06  

askm tok

teruskan tok cakap cakap perkara perkara yg bodoh bodoh jee pd umno.
umno memang suka perkara2 bodoh bodoh
senang org umno faham dan bleh berubah kalau perkara2 pandai2 bukan nak terima
contoh org2 umno sg panjang bleh percaya dr gigi bleh kaya raya dgn cabut gigi org dgn jual tempe...
betol tok masa dtg sg panjang kan habis org sg panjang x de gigi kena cabut d toyol....

Three Trees,  23 August 2012 at 23:31  

Salam Dato'Sak and Bloggers, Malaysia is a blessed country,change of Gomen will happen when Rakyat is fed up,a sense of hopelessness set in.The course of the nation had already been set in Tsunami 2008.The rakyat in the 5 States(Perak is still PR )have already feel the difference,Bersih,Cekap dan Amanah is really practise not unlike BN sloganeering.The prophecy of RAHMAN will materialise and ANWAR will take over.Like the man says "Sudah Tersirat"

Anonymous,  24 August 2012 at 09:50  

Oh, macam tu ceritanya, Iblis tahu rahsia tuhan, sebab tu tak takut tuhan.

Tapi, Iblis lebih takut kalau kalau PR menang dan Anwar jadi PM. Kenapa???

Iblis tidur tak lenyak bila fikir Hosni Mubarak, Gadafi, Marcos - semua sahabat lama Iblis

Anonymous,  24 August 2012 at 12:42  

Dato Arif, I read every single piece of work in this blog. I admire your courage to speak the truth, without any fear or favour. Please keep up the good work and may God bless you and your family.

Foon Yuin
Your fellow Malaysian.

Anonymous,  24 August 2012 at 16:04  

Iblis tahu siapa dirinya di sisi Tuhan & iblis sememangnya sangat takut kalau Anwar & PR menang, sebab iblis tahu Anwar adalah seorang manusia yg bertopengkan malaikat & kalau diturunkan malaikat yg sebenar sekali pun untuk memberitahu perkara ini, orang- orang yg mendakwa dirinya beriman sekali pun tidak akan mempercayainya, sebab manusia yg mendakwa dirinya beriman sebenar tidak mengenali siapa Anwar kecuali Tuhan & orang-orang yg telah dianugerahkan pengetahuan untuk memahami rahsia alam. Tq

Anonymous,  24 August 2012 at 16:10  

Kalau saudara tahu maksud di sebalik Alif, Ba, Lam, Ya-Sin (Iblis) saudara akan tahu. Sebagaimana FirmanNya dalam Quran yg bermaksud 'Tidak sama orang yg mengetahui dgn yg tidak mengetahui'. Tq

Quiet Despair,  24 August 2012 at 17:55  

It's a big story in the MSM today that Mansor Othman alleged LGE is arrogant and cocky.
He claimed that DAP wants the victory all by itself and side-lining DAP.
We all know this. Infact UMNO big guns have been talking about this all the while.
Can you share your opinion on this statement that can break the fragile unity of Pakatan.

Anonymous,  24 August 2012 at 22:31  

QD

My God...you still believe in MSM. I thought only TOTO result and prayer times are correct. Anyway Mansor has denied it. Will the MSM publish the denial? Oh..one more thing, the MSM criticized PR leaders/policies many times. But did they ever publish the full answers from PR leaders?. In that sense, Malaysiakini and Malaysian Insider is more balance and credible. No wonder the readership of MSM has drastically dropped.

Anonymous,  25 August 2012 at 00:14  

Iblis tahu rahsia tuhan? habis tu skang kena sokong iblis lah? mcm yg tun ckp tu? ajaran mana yg ngko bawak ni?

typical mentality org umno la..sempit.. klau sokong PR tu kira sokong Anwar la? sebagai seorang yg menyokong PR, aku tak pernah anggap aku menyokong individu..tetapi menyokong aspirasi PR...hoi PR tu bukan Anwar la... cuba bukak sikit minda ngko yg sempit tu..

mmg hancur la org2 umno ni...sokong setan

Musafir1957,  25 August 2012 at 00:16  

1/2:

Dato', perenggan 4:"Seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi Melayu yang boleh mendukung Islam dan mendaulatkan Raja2 Melayu."

Yang saya tahu ada seorang 'setengah Melayu' yang tidak mendaulatkan Raja-raja Melayu, sebaleknya bertindak sebagai Raja kepada Raja-raja Melayu. Usaha mendukung Islam oleh sipolan ini pun penuh dengan kontroversi. Cerita tentang ‘iblis-bukan-iblis, malaikat-bukan-malaikat’ atau lebih jitu, tanpa izin puak Hailam dengan istilah yang singkat tapi merdu,’narng bohti narng, kui bohti kui’ (terima kasih Dato’ P.Ramlee kerana memartabatkan segelintir bangsa Malaysia yang songsang dengan label yang padan sekali), agak panjang. Saya akan singkatkan apa saudara Yahya Ismail, pada tahun 1993, perlu mengguna lebih kurang 150 halaman untuk mendedahkan segala yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri terhadap seorang Raja Melayu. Buku Yahya Ismail berjudul ‘ SIAPA KEBAL Mahathir atau Raja-raja Melayu?’ telah dikeluarkan oleh Dinamika Kreatif Sdn. Bhd. pada 1993. Ia bermula dengan:

“Syahadan maka gemparlah seluruh negara kononnya seorang rakyat bernama Douglas Gomez telah dibelasah oleh Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bharu pada 30 November1992 yang lalu. Dia, Gomez, jurulatih hoki Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bharu, membuat kenyataan mengecam Persatuan Hoki Johor kerana memboikot perlawanan hoki yang mengakibatkan pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar menarik diri secara tiba-tiba dari pertandingan hoki antara sekolah-sekolah di Malaysia.” (m/s 1)

“….Perdana Menteri sendiri turut campur tangan dan membuat kenyataan ahkbar yang melonjakkan Gomez sebagai mangsa kebuasan sang Raja….Tapi banyak orang tidak menyangka Mahathir juga berminat tentang hoki bukan permainannya tetapi jurulatihnya yang dibelasah Sultan Johor…..Maka bermulalah babak-babak drama yang menyoroti dengan kritis dan tajam, benci bercampur marah terhadap sang Raja yang gemar memukul rakyat. Di samping itu timbul pula simpati bercampur sedih bila media massa dan juak-juak, dan matyeh-matyeh Mahathir membesar-besarkan isu Gomez seolah-olah kerajaan yang dipimpin Mahathir tidak ada cacat-cela dan Jemaah menterinya semuanya ma’sum belaka. Demikianlah putar-belit, manipulasi, buruk sangka dipupuk dan disemai melalui media massa yang tidak bermaruah yang menari menurut pukulan tabla Mahathir…….Sesungguhnya drama sensasi ini tidak bermula dari peristiwa Gomez. Sebelum Gomez banyak rakyat jadimangsanya. Menurut kiraan YB Shahidan Kassim (Arau) yang berucap dalam siding Parlimen terdapat 23 kes yang mencakupi pemukulan, penyiksaan, rogolan dan yang dahsyat sekali pembunuhan.” (m/s 2)

“Perdana Menteri, yang melihat kilat dalam kilau dari peristiwa itu, terus meluahkan perasaannya. Tidak ada manusia above the law ertinya tak makan saman. Siapa saja yang bersalah mesti dibawa ke mahkamah. Oleh kerana Sultan Johor memukul Gomez yang diperintah ke istana Bukit Serene maka kerajaan mesti bertindak supaya tak berulang lagi peristiwa semacam ini. Jadi Perlembagaan Negara terpaksa dipinda supaya kekebalan Raja di sisi undang-undang dihapuskan.” (m/s 11)

“Dalam persidangan Majlis Raja-raja Melayu Perdana Menteri mempunyai peluang yang sangat baik untuk berbincang apa saja mengenai kepentingan Negara dan rakyat dengan Raja-raja. Kalau Perdana Menteri hendak menegur Raja-raja Melayu pun boleh. Semua Rahsia. Rakyat tak tahu. Media massa mengampu pun tak tahu kecuali kalau diberitahu untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Raja-raja Melayu pun berasa senang kerana Perdana Menteri berterus-terang dengan mereka tanpa menggunakan saluran perhimpunan agung UMNO Baru untuk melemparkan kata-kata kesat yang melambangkan sikap angkuh, bongkak dan biadab. Kalau Perdana Menteri benar-benar menghormati dan menjunjung tinggi kedaulatan dan kewibaan Raja-raja Melayu maka saluran yang baik ialah persidangan Majlis Raja-raja Melayu. (m/s 61)

Musafir1957,  25 August 2012 at 00:18  

2/2
“Kalau bukan anti Raja-raja mengapakah Mahathir , selaki Presiden parti merangkap Perdana Menteri, membiarkan orang-orangnya mengecam tanpa segan silu dan hormat terhadap Raja-raja bangsa sendiri? Bukan sekali peristiwa ‘pesta’ maki hamun Raja berlaku. Tiga kali perhimpunan agung digunakan untuk menyerang Raja-raja Melayu.” (m/s 62)

“Kita yakin Mahathir dapat melaksanakan apa saja kemahuannya untuk menghapuskan kekebalan Raja-raja Melayu. Inilah ketika yang paling baik untuknya mengurangkan martabat dan kedaulatan Raja-raja. Dia sedar dan tahu majority rakyat berpihak padanya walaupun peristiwa Gomez itu bukanlah terlalu besar untuk menghalalkan tindakan penghapusan kekebalan Raja. Tapi media massa yang mendapat lampu hijau dari pihak atasan telah membesar-besarkan peristiwa Gomez sehingga timbul kebencian sebilangan besar rakyat terhadap golongan istana……..Nampaknya Sultan Johor yang menjadi sasaran kemarahan rakyat cuba sendiri-sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat Johor. Baginda menjemput rakyat Johor ke istana mengadap pada 8hb Januari 1992. Perdana Menteri nampaknya tidak senang dengan tindakan baginda kerana katanya akan mengeruhkan suasana dan menimbulkan ketegangan kerana perjumpaan itu ada unsur politik… Menteri Besar Johor juga memberi amaran supaya rakyat Johor jangan menghadiri perjumpaan di istana atas alas an keselamatan….Dulu UMNO Baru dan para pemimpinnya menggunakan istana Bukit Serene untuk menyambut ulangtahun UMNO 46. Sultan Johor disanjung dan dipuji melangit tingginya. Hari ini jemputan Sultan Johor kepada rakyatnya untuk mengadap baginda cuba dihalang oleh para pemimpin kerajaan dan UMNO Baru sendiri! Sedih sekali melihat seorang Sultan Melayu dipermain-mainkan seperti bola setelah baginda sudah tidak berguna lagi pada Perdana Menteri yang pada suatu masa dulu meminta baginda memecat Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara Malaysia! Habis manis sepah dibuang.” (m/s95-96)

Sebelum saya akhiri cerita pendek ini, sedikit dari perbualan antara Farish A Noor dan Datuk Abdul Rahman Hamidon, Setiausaha Majlis Operasi Kebangsaan (NOC), selepas peristiwa Mei 13, 1969 (dipetik dari Off the Edge Keluaran Ogos 2009 No 56):
FAN: Planning aside, I’m talking about the operational prosedures and modalities of the NOC. I have always wondered whether the NOC was inspired by the BMA; the suspension of Parliament, the suspension of the democratic process.
ARH: I don’t think so. I think Tan Sri (Abdullah Ahmad) is correct. Because we could not follow any model then, it was entirely our own creation. This was the brainchild of Tan Sri Salleh Abbas and Tun Ghazali. They are the people who thought about it and how to make it work.
FAN: So the primary actors who were responsible for drafting the blueprint of the NOC were Salleh Abbas, Harun Hashim, Hashim Sani, Ghazali Shafie and the police?
ARH: Yes, I respected him a lot [for that], Tun Salleh.

Nah, kalian yang saya hormati, siapa itu Melayu jati dan siapa itu Melayu tiruan, siapa itu iblis dan siapa itu bidadari, siapa itu ‘narng’ dan siapa itu betui-betui ‘kui’?
I rest my case.

Anonymous,  25 August 2012 at 03:17  

eloklah sangat gunakan bahasa2 bodoh. kerna bahasa tu nampak bodoh saja bodoh tapi mudah difahami terutama bagi mereka2 dalam kalangan yang bukan lagi kategoti cerdik. Kerana yang cerdik2 dah angkat kaki

Anonymous,  25 August 2012 at 07:54  

Musafir1957 25 August 2012 00:16

"..Menurut kiraan YB Shahidan Kassim (Arau) yang berucap dalam siding Parlimen terdapat 23 kes yang mencakupi pemukulan, penyiksaan, rogolan dan yang dahsyat sekali pembunuhan.” ... Ini adalah hakikatnya yg. sebenar.

Sebenarnya org2 melayu feudal memang tiada hak - semuanya telah diserahkan kepada Raja2 untuk berbuat apa yg. mereka suka.

"Biar mati anak, jangan mati adat" - bukan gitu?

Kalau Raja bernafsukan isteri merekapun, mereka sanggup bagi kalau semagat feudal sangat tebal.

Kalau Melayu hendak maju, sudah sampailah masanya kita tinggalkan adat2 feudal yang bukan sahaja menghambakan diri mereka selain Allah, malah kepada manusia yang menafsu buas. Sudah2 lah tuu..

~ DiPahang, yang susah2 tidak mahu kilang radioaktif Lynas adalah rakyat jelata semata2 yg. tak boleh lari kemana2 sekiranya berlaku malapetaka (Australia sebesar2 benua pun tak mahu Lynas), tetapi Raja yg. "berjiwa rakyat" konon, senyap sahaja. Ada masyuuuk ke? ~

Pasal Raja2 senang sahaja nak menanganinya, kita adakan referendum yang boleh disertai/undi oleh hanya orang2 melayu sahaja - samaada kita hendak Raja2 lagi atau tidak? Itu yang paling afdal sekali.

Oh ya, kita boleh gunakan metodologi yang sama juga dgn hudud..

@ Batu Jemala Rasional

Anonymous,  25 August 2012 at 08:28  

Syekh, janganlah bermimpi di siang hari. Kalau bukan disebabkan DSAI, tak akan wujud pun PR & 'aspirasi' itu hakikatnya hanya untuk menarik undi. Aspirasi parti mana yg dapat mempengaruhi minda bakal pengundi dikira berjaya. Itu saja Syekh.

bruno,  25 August 2012 at 10:16  

Anon 24 August 2012 22:31

I thought only Toto results and prayer times are correct.

Maybe prayer times are correct.But Toto results,I am not that sure.We know that Chinese make up more than 95% of the Toto and empat ekor punters.And kuda players too.If the results are so accurate,how come the Chinese are not subcribing or buying the MSM.They are only accurate if one believe it to be so.

The MSM are for the readings of my buddy QD and kakis like him.That includes Kampong man too.They are not called believers of Umno/BN MSM propoganda for nothing.

Anonymous,  25 August 2012 at 12:22  

Manusia yang sembah manusia adalah BODOH nama nya!

Musafir1957,  25 August 2012 at 14:16  

Anon:25 August 2012 07:54@ Batu Jemala Rasional.

Seperti yang saya sebut awal-awal lagi, buku saudara Yahya Ismail setebal 150 halaman. Yang dipetik hanya sedikit saja, yang tersirat mungkin lebih daripada 150 halaman.

Saya setuju 100% jika referendum diadakan untuk maksud yang saudara sebutkan,yang bukan Melayu, termasuk Mahathir,jangan campur tangan - hanya orang Melayu saja yang layak mencari penyelesaian, yang lain sila ke tepi.

"semangat feudal sangat tebal" dan tiba "masanya kita tinggalkan adat2 feudal" sekaligus mencetuskan satu pendirian berani dan bernas seiring dengan semangat semasa yang jarang rakyat sanggup luahkan atau mengakuinya. Kepada saudara saya ucapkan syabas. Pada hemat saya, intipati luahan hati saudara adalah, sesiapa saja, dari atasan, pertengahan atau pun bawahan patut akur dengan kenyataan hidup, yakni segala hal urusan manusia,kemahuan dan nafsu ada batas-batasnya - baik disedari awal-awal sebelum terlewat. Sejarah penuh dengan peristiwa-peristiwa berdarah kerana istilah 'batasan' sengaja diabaikan. Walakin, yang biadap tetap biadab. Nak tegur Raja-raja ada cara dan saluran yang sah dan sopan santun, bukan mereka ini ditendang kesini-sana seperti sebuah bola sepak.

Kalau Encik Yahya Ismail sempat membaca blog ini, saya minta maaf kerana tidak memohon izin membuat petikan dari bukunya. Saya syorkan che Yahya keluarkan semula buku ini, sebelum PRU 13, agar rakyat dapat memahami apa maksudnya sebuah kerajaan berhemah tinggi, adil dan saksama, dan bagaimana rakyat boleh mengubah nasibnya dengan menghitong dan menilai setiap tindak-tanduk kerajaan semasa.

Anonymous,  25 August 2012 at 14:25  

I totally agree with ur explanation on the implications of concept Syukur.
Great one!

Anonymous,  25 August 2012 at 14:39  

Great one Sir!

Anonymous,  25 August 2012 at 23:58  

Whoever any Muslims bow and follow the footsteps of devil and shyiatan will be punished and dragged into the lowest depth in Hell during the Last Judgement Day in the Hereafter. So Muslims should be aware of Allah SWT covenant.

Anonymous,  26 August 2012 at 11:55  

It is obviously correct...correct, Dato' SAk Ak 47 quote: "kalau BN Parti Syaitan. mka UMNO mestilah Iblis" - for the English reader, it goes to say that "If BN is the Party of Syaitan, UMNO is the Devils" - reality it is the statement of our respected arrogant leader of religion Islam today!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP