Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 25 August 2012

Politik Parti Iblis dan Syaitan


Semakin hari, kita tengok kedudukan UMNO/BN semakin lemah. Mengapa orang Melayu yang beragama Islam duduk sibuk nak tahu pendirian DAP mengenai hudud? DAP bukan parti yang memperjuangkan Islam dan majority pimpinan nya  bukan beragama Islam. Yang UMNO hendak sibuk dan rebut mengenai pendirian DAP apa hal? Pendirian UMNO macam mana? Ini yang orang Melayu lebih minat. Bukan kah kerja bodoh kita hendak dengar apa pandangan Kit Siang, Karpal Singh keatas Islam? Islam bergantung kepada orang Islam sendiri lah samdol. Kuman diseberang lautan nampak sangat, gajah didepan mata, tak nampak.
Saya ada tiori sendiri mengapa UMNO menentang hudud. Nanti mereka takut, PM, TPM dan semua pemimpin UMNO bermesyuarat cabinet semua tidak ada tangan. Kerana semua kena potong tangan. Projek tidak boleh berjalan sebab hendak tanda tangan surat kelulusan tak dapat. Hendak belajar sign dengan mulut ambil masa yang agak lama. Bayangkan. Najib tak boleh sign projek Sungai Besi. Dia tak boleh lulus projek Sungai Buloh. Dia tak boleh endorse Tan Kay Hock. Tangan takde, nak buat macam mana?
Satu dua suara sumbang DAP menentang hal2 yang bersangkutan dengan Islam apa yang kita hendak hairankan? Takkan Islam orang Melayu gugur sebab Karpal? Karpal Singh kata dia bukan menentang Islam, dia kata negara Islam tidak boleh ujud kerana perlembagaan kita bukan perlembagaan Islam. Kalau kita buat referendum, majority hendakkan hudud dilaksana, apa Karpal boleh buat? Jika perlembagaan Islam diujud sekali pun, tangung jawab melindungi orang bukan Islam tetap ada. Orang bukan Islam tetap mempunyai hak yang di lindungi oleh undang2.
Kalau UMNO nak tubuhkan negara Islam sila bentangkan perlembagaan Islam yang dicadangkan. Kalau UMNO berani, sila buat satu referendum dikalangan orang Melayu.
Nama pun bukan Islam. Lebih elok kita risaukan orang Melayu yang menyebut dua kalimah syahadah yang menentang Islam. DR Mahathir mengejek orang melayu yang beragama Islam dengan mengistiharkan Malaysia negara Islam. Jika demikian, mana perlembagaan negara Islam nya? Mahathir boleh melolong sana sini tapi mana buktinya? Najib sendiri kata jika hudud dilaksanakan, negara ini akan hancur? Apa hukum nya orang Melayu yang beragama Islam bercakap begini? Tidakkah ini bererti haram bagi kita menyokong UMNO?
Ada orang kata, saya tidak faham kah perumpamaan yang diguna oleh Mahathir. Better the devil we know than the angel we don’t know. Izinkan saya memberi tahu budak ini, saya amat faham maksud perumpamaan tersebut. Walaupun saya sarjana ekonomi, tapi saya juga student of the English Language.
Ini dia penerangan saya. Mahathir cakap sebagai ahli politik, bukan nya sebagai linguist atau pakar bahasa. Maka saya menterjemahkan nya dalam konteks politik bukan dalam konteks buku sastera Inggeris. Jangan lah jadi bodoh. Penggunaan dalam konteks politik mengundang tafsiran politik lah juga. Dan saya kata, jika Mahathir mengaku BN syaitan ketua nya UMNO mestilah Iblis. Jadi kita ada Tun Iblis, Tan Sri Syaitan dan Dato syaitan. Parti2 BN lain adalah suku sakat syiatan. 
Berita terbaru dari kalangan orang Cina- mereka tak marah Anwar Ibrahim. bahkan mereka kata Anwar terror. Kuat tenaga. Ada oomph. Jika lah Anwar benar2 bantai bontot orang, kemusnahan yang dia lakukan mengenai satu orang. Orang yang suka bontot membontot dia bantai lah. Setelah kena berkali kali baru hendak lapur? Apa pasal? Adakah kali yang ke-nth itu, tidak memuaskan? Tapi kemusnahan yang UMNO/BN lakukan dengan merampas segala kekayaan, rasuah, bolot semua peluang, jual Kad Pengenalan, jual pasir, salah guna kuasa memusnahkan jutaan rakyat. UMNO/BN tibai bontot rakyat lagi dasyat.
bandingkan Anwar dengan UMNO, siapa yang jahat? Yang lebih jahat ialah UMNO/BN. jadi sudah sah, sokongan orang Cina kepada pihak PR mencecah 85%. Kita ucap Sadakallahul-azim kepada UMNO/BN.
Itu sebab UMNO/BN parti syaitan. Siapa hendak dengar cakap Mahathir lagi? Bodoh kita orang melayu dengar si Kitol dari Kerala ini.
Dr Mahathir kata banyak perkara akan musnah jika PR memerintah. Kita hendak tahu, Dr Mahathir ini masih PM kah? Jika ya, maka sahlah Najib memang PM yang paling lemah. Lagi teruk daripada Pak Lah. Jika dia PM, pun sah dia lemah kerana tidak dapat mengawal Dr Mahathir. 
Tapi lagi banyak Dr Mahathir menjadi jurucakap UMNO, rakyat lagi suka. Sebab Dr Mahathirlah penyebab UMNO msunah. Dalam tahun 2004, Pak Lah mendapat mandate sokongan popular yang paling besar dalam sejarah UMNO. Bukan sebab orang suka Pak lah atau dia lebih popular dari Mahathir. rakyat memberi Pak Lah undi yang terbanyak sebagai mencerminkan kegembiraan mereka meraikan pemergian Dr Mahathir dari arena politik Malaysia. People were rejoicing, hallelujahing and ululating  at the exit of Mahathir.
Kerana rakyat kini sudah sedar, bahawa Mahathirlah punca lemah nya orang Melayu. Mahathir memulakan dasar pick and choose winners untuk ekonomi orang Melayu. Kerana itu, jurang pendapatan dikalangan Melayu sesama Melayu adalah terbesar di Malaysia. Dasar pembangunan ekonomi DR Mahathir yang sekarang ini disambung oleh Najib yang kurang cerdik ini, adalah dasar pro orang kaya.
Cuba kita kaji apa yang berlaku sekarang? Yang untung dari penyenaraian Felda ialah orang yang pangkat besar dan ada kedudukan. Orang2 seperti Isa Samad, pemimpn UMNO yang menyokong MUkhriz Mahathir dan orang kaya. Peneroka? Peneroka yang dimuliakan konon nya dapat 800 unit saham. Dapat untung RM300 melompat terkinja kinja. Yang senyum lebar pegi ke bank ialah orang kaya dan pangkat besar. 
Siapa untung atas projek kerja2 sambungan LRT Ampang? Tauke Cina kawan Dato najib. Siapa untung projek Sungai Besi? Kawan2 Dato Najib dan Rosmah berbangsa Cina. Siapa dapat airport Subang lama? Ravi Menon kawan Mahathir. siapa untung bila MAS di bengkrapkan? Air Asia.
Jika kita ambil orang Melayu yang duduk diluar bandar dan bandingkan pendapatan mereka dengan Melayu bandar, maka kita akan melihat kenapa terjadi demikian. Dasar Mahathir ialah dasar pro golongan kaya. Kenyataan yang kaya bertambah kaya dan miskin bertambah miskin, adalah hasil dasar Mahathir.
Ambil contoh trend perbelanjaan kerajaan atau public spending. Dari masa kita merdeka sehingga 1970an, perbelanjaan kerajaan keatas pertanian dan luar bandar merupakan bahagian terbesar dariapa perbelanjaan pembanguan( development expenditure). Setelah itu, perbelanjaan keatas system pengangkutan, Pelajaran, dan akhir sekali keatas perdagangan dan industry. Ertinya kita lihat keutamaan diberi kepada luar bandar dan pertanian. Kenapa? Kerana disana dalam dalam sector itu, ramai orang miskin. Dan majority orang miskin disana ialah orang Melayu.
Semenajak 1981, perbelanjaan keatas luar bandar dan pertanian kian mengurang. Perbelanjaan ketaas pelajaran dan pendidikan menjadi bahagian terbesar. Yang lebih merunsingkan ialah perbelanjaan keatas perdangan dan industry mengatasi perbenjaan keatas pertanian dan luar bandar. Sejak zaman Mahathirlah, dasar meminggirkan rakyat di mulakan. Sehinggalah hari ini, kita lihat dasar tersebut disambung oleh Najib Tun Razak. Dan kita nak kata Najib cerdik?
Cuba kita lihat agihan perbelanjaan pembanguan untuk sector pertanian dan luar bandar berbanding dengan perbelanjaan Naib keatas industri dan perdagangan?
Jika kita lihat pola perbelanjaan, maka kita akan sedar mengapa orang Melayu semakin lemah dari segi kedudukan ekonomi. Mereka duduk diluar bandar dan merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam pertanian. Jumlah Melayu dalam industry dan perdagangan kecil berbanding dengan kaum lain. Maka jika dasar perbelanjaan kerajaan mengutamakan industry dan perdagangan sudah tentulah, kaum lain yang akan beruntung dari orang Melayu. Tentu perkara ini mudah difahami.
Memanglah perbelanjaan keatas pelajaran mendatangkan kesan positif keatas agihan pendapatan. Tapi adalah kebenaran juga, perbelanjaan keatas pelajaran asas dan juga keatas kesihatan awam yang asas lebih memanfaatkan golongan miskin daripada pebelanjaan keatas pendidikan tertiary dan kesihatan secondary. Sebab itu kalau di Terengganu saya kata bina poliklinik untuk rakyat miskin lebih baik dari buat masjid kos berjuta. Basic health improvement increases productivity.
Dasar2 yang di sasarkan kepada peningkatan pendidikan asas akan mengurakan jurang kemiskinan. Kerana perbelanjaan dan pelaburan keatas pendidikan asas dan kesihatan umum lebih menyampai kepada golongan miskin. Manakala pelaburan dan perbelanjaan untuk pendidikan tertiary dan kesihatan premium lebih pro orang kaya.

36 comments:

Mohd Zaki 25 August 2012 at 11:33  

tinggal yg bodoh dlm umno yg masih percaya kata2 mahadhir...kesian sungguh bangsa ku,,

Anonymous,  25 August 2012 at 12:20  

UMNO akan mati sepertimana mahkluk yang lain!

O wahai manusia tiada yang tidak mati kecuali ALLAH swt!

Anonymous,  25 August 2012 at 12:35  

Inilah padahnya jika kita tidak berpijak di bumi yg nyata. Semuanya bernada kekecewaan dan berpunca daripada kelemahan & kekurangan diri sendiri. Jalan keluar yg mudah adalah dengan menyalahkan orang lain & keadaan persekitaran. Perasaan resah & gelisah menghantui diri & tidak terbendung. Akhirnya tenggelam sendiri dalam kekalutan. Padahal soalnya mudah saja, tetapi disebabkan fikiran kusut & bercelaru, perkara mengenai 'permainan politik' telah dianggap sebagai 'permainan kanak-kanak tadika'. Iblis & syaitan pula hanys dapat ketawa terbahak-bahak menyaksikan kejahilan manusia yg mendakwa konon dirinya termasuk dalam kalangan orang-orang yg memperjuangkan kesaksamaan tapi hakikatnya sebelum berkuasa semuanya boleh dijanjikan ibaratnya bulan & bintang pun boleh menjadi barang pemberian percuma. Apabila dah berkuasa nanti, agenda pertama mereka adalah untuk memuaskan tembolok mereka dahulu, rakyat kemudian. Kesimpulannya, tak usahlah membuang masa terpekik-terlolong spt. orang kurang siuman, adalah lebih baik berdiri depan cermin & bercakap pada diri sendiri. Sekurang-kurang dapat juga melihat rupa yg diketawakan iblis & syaitan itu. Tq

Anonymous,  25 August 2012 at 13:04  

Komen Tok Arif yang sy gamak ramai orang setuju dan suka. Tapi guana gamak kalu kita masih dalam umno, sy rasa ramai orang tak berani cakap dalam perhimpunan agong apatah lg dlm zaman dr m dulu. Dasar ekonomi baru tak salah, tapi biarlah betul betul sama rata dan sama rasa. Sekarang macam mana nak membetulkan kita yang telah silap. Entah lah weh!

Anonymous,  25 August 2012 at 13:38  

Parti Syaitan dan Iblis tu memang dahsyat.

Bijak memutarbelit berita, meracun pemikiran rakyat kampung, memperbodohkan rakyat melayu kampung, merajakan mereka yang terdiri daaripada golongan syaitan dan iblis dan hidup mewah dengan kekayaan

Masa dah tiba untuk semua untuk bangkit bersama bomoh bomoh untuk hapuskan syaitan dan iblis yang gila kuasa dan kekayaan

Anonymous,  25 August 2012 at 14:26  

Mengunakan 'perception' atau tanggapan dalam politik adalah sangat berguna untuk membentuk 'mind set' orang ramai atau pengundi. The game of perception ini telah diguna pakai oleh semua orang politik termasuk penulis blog ini. Tujuannya adalah untuk membangkitkan emosi orang-orang yg mudah emosional dan kurang mengunakan fikiran untuk memahami sesuatu perkara. Tujuan akhirnya adalah untuk meraih undi bagi partinya. Cuma suka saya ingatkan bahawa Tuhan juga ada muslihatNya yg tersendiri untuk menghadapi manusia yg mengunakan the game of perception ini. FirmanNya yg bermaksud 'akhir itu lebih baik bagi mu dari permulaan' akan menjadi kenyataan bila tiba masanya dan sebab Tuhan juga telah berjanji iaitu, yang hak akan tetap mengalahkan yg batil, sampai bila-bila. Tak percaya juga? 'The power of God operates in a way that the mortal him self reward, punish & absolve him self' .Tq

Anonymous,  25 August 2012 at 14:42  

awak ni dah banyak makan nasi kangkang lks. awak hanya nampak yang buruk yang baik langsung tak nampak. buta agaknya awak ni.

Anonymous,  25 August 2012 at 15:03  

askm tok
memang ada d kg kwn sy d panggil samdol hidupnya memang jdi macai UMNOOO sesuai umno d panggil samdolll

Anonymous,  25 August 2012 at 15:33  

Anon 25 August 2012 14:42,

awak ni dah banyak minum air lendir mahatir. awak hanya nampak yang baik yang buruk langsung tak nampak. buta agaknya awak ni.

@ LOL!

Anonymous,  25 August 2012 at 16:39  

Woi anon 14:42,

baik punya kerja yg di lakukan oleh UMNO/BN sikit-sikit saje....yg jahat dan yg berdosa besar pada rakyat tu banyak bertimbun !!

gua ingat si anon 14:42 yg hari-hari kena nasi kangkang Rosmah dan utusan Melayu !! ingat kalau hudud diamalkan, maka tangan si Rosmah pun sama hilang,taklah dapat pakai cincin 24 juta tu, lebih2 lagi husband and wife tak boleh sign kontrek !! kah..kah...kah...

Anonymous,  25 August 2012 at 20:45  

Siapa hendak dengar cakap Mahathir lagi? Bodoh kita orang melayu dengar si Kitol dari Kerala ini.

Melayu kena ingat, MAMAK mahadir ni PENIPU BESAR! Ular!!

Apabila Kita struktur semula PETRONAS dan akan melingkuplah Mirzan dan Mukhris...fernandez, ananda,, Kehkehkeh. Mamak ini akan jadi ikan kering

Anonymous,  25 August 2012 at 21:19  

dulu bila DSAI ungkapkan " i support all effort to protect the security of israel contingent on israel respecting the aspirations of palestinians"...maka bagai nk rak mcm kena sawan babi juak2 umno menjerit2 mengatakan DSAI pro israel sokong yahudi...tp skg bila mahadet ckp " lebih baik sokong syaitan yg kita kenal dari sokong malaikat yg kita tak kenal" dan di ulas oleh mrk yg pro PR sbgi menyamakan BN dgn syaitan...ada pulak pencacai umngok yg nk tunjuk pandai konon dgn mengatakan puak PR tak faham perumpamaan inggeris "better the devils we know than the angel we don't know"...bila kena ats batang hidong depa tau pulak nk suruh org blajar bahasa bagai....phuiiiii....mmg dasar pencacai haramjadah!!!!

Anonymous,  25 August 2012 at 22:09  

Tuan punya pemikiran sebiji macam Syiah.

Jika mengaku Ahli Sunnah, diwajibkan bersangka-baik sesama muslim.

Quiet Despair,  25 August 2012 at 22:40  

See ya at Najib's open house in Pekan tomorrow.
I am sure you will be among the 8,000 people expected.
Would like to meet and shake your hands.
I will be there with my Aki who wants to introduce me to the Pahang big-shots.

fakemalaysianews 25 August 2012 at 22:59  

These guys definitely seem nervous in the lead up to the polls. One one hand it encourages me they respect the possibility they could lose the election. On the other hand they are throwing the kitchen sink at the electorate to win now. They were caught napping in 2008 but this time they are campaigning full force. I suspect they will call the election hoping to ride on a wave of Merdeka Eurphoria. But I could be wrong...

Anonymous,  25 August 2012 at 23:12  

sakmongkol, you make it easy to understand in B.M. even though my Bahasa is not so good.Thank You, i enjoy your articles.

Anonymous,  25 August 2012 at 23:17  

PI MAMPUSLAH MAMAK KUTTY DAN SEGALA KAUM KERABAT NYA DALAM UMNO BN !!!

KALAU NAK BERTUANKAN SYAITAN & IBLIS...UNDILAH UMNO BN LAGI!!!

NAK IKUT JADI SYAITAN JUGA KER???

Anonymous,  25 August 2012 at 23:19  

PI MAMPUSLAH MAMAK KUTTY DAN SEGALA KAUM KERABAT NYA DALAM UMNO BN !!!

KALAU NAK BERTUANKAN SYAITAN & IBLIS...UNDILAH UMNO BN LAGI!!!

NAK IKUT JADI SYAITAN JUGA KER???

Anonymous,  25 August 2012 at 23:21  

anon 25 August 2012 12:35:
"Apabila dah berkuasa nanti, agenda pertama mereka adalah untuk memuaskan tembolok mereka dahulu, rakyat kemudian."

Wah, gitukah? Pastikah? Jadi, terus biar iblis-iblis bermaharajalela? No way, brother dah mual dengan munafik yang tamak belaka.

Anonymous,  25 August 2012 at 23:30  

Anon - 25 August 2012 22:09 Tuan punya pemikiran sebiji macam Syiah.

Syiah bukan Islam, Sunnah je! Patutlah Yehudi hari-hari ketawa.

Anonymous,  25 August 2012 at 23:33  

Aku nak tanya satu saja pada penyokong dan pengampu pimpinan iblis dan syaitan.

Adakah meletupnya Altantuya adalah atas arahan iblis dan syaitan juga?. Adakah Sirul & Hazilah diupah oleh iblis dan syaitan?.

Dalam mahkamah diberitahu bahawa dua pembunuh ini makan upah untuk lenyapkan Altantuya. 1 Malaysia tak dapat jawapan hingga sekarang. Adakah Iblis dan syaitan yang mengupah dua orang pembunuh ini?.

Kenapa siasatan semudah ini tak dapat diselesaikan sampai hari ini. Tentulah angkara syaitan dan iblis yang serba ghaib terlibat bukan???

Kalaulah PR yang memerintah...syaitan dan iblis ini pasti tertangkap dengan ayat ayat suci al quran. Kalau nak kenal iblis dan syaitan mana yang terlibat...humban UMNO BN dalam GE 13 nanti!

Anonymous,  25 August 2012 at 23:35  

Iblis tak hairan dengan harta benda, yg tamak & terliur adalah manusia yg bertopengkan malaikat.

Anonymous,  25 August 2012 at 23:51  

Anonymous, 25 August 2012 23:17.

Minta jangan pohon mamak kutty mampus, tak baik. Lebih baik dia terbaring 24/7, dua-dua bebola mata berpusing macam donald duck kena pukau, dan air lior tumpah2 keluar untuk dijilat oleh kaki bodek.

Anonymous,  25 August 2012 at 23:53  

Benar, iblis & syaitan telah dikuasai oleh UMNO/BN untuk dijadikan umpan bagi orang-orang yg jahil, pengecut & pendek akal sebab mereka tidak dapat mengenal jenis manusia yg bertopengkan malaikat.

Anonymous,  26 August 2012 at 00:05  

Jika inilah jenis manusia yg akan menerajui PKR nanti, alamat lingkuplah negara. PKR perlu cari orang yg ada otak untuk berhujah dgn fakta & bernas baru orang lain percaya & sokong tetapi kalau dengan cara syok sendiri siapa yg akan percaya.

Anonymous,  26 August 2012 at 00:13  

Rasanya kalau letak TDM di depan orang jenis ini untuk berhujah alamat terkencing terberak dibuatnya sebab hamya berani dalam alam maya.

Anonymous,  26 August 2012 at 00:24  

Tipikal melayu kampung yg jahil, masih menyangka bomoh boleh mengalahkan iblis & syaitan.

Anonymous,  26 August 2012 at 00:28  

.UMNO bukan makhluk bernyawa yg akan mati Hanya makhluk bernyawa sahaja yg akan mati.

KTWong87,  26 August 2012 at 08:17  

Sebenarnya, ada kesilapan dalam ayat yang digunakkan oleh Mahathir.

Dia telahgunakan " "better the devil you know than the ANGEL you don't".

Tapi, ayat yang berul adalah "better the devil you know than the DEVIL you don't".

Mungklin "kesilapan" Mahathir merupai suatu "Freudian slip", dan mencerminkan apa yang tersembunyi didalam hatinya.

Mungkin sebenarnya Mahathir sendiri telah tahu bahawa BN tu Iblis, dan Pakatan tu bidadari?

Anonymous,  26 August 2012 at 13:43  

anon 25 ogos 14.42.. apa kurangnye awak, makan nasik kangkang kak ros n telur separuh masak bang jip..

Anonymous,  26 August 2012 at 22:13  

Wah, marah betul Dato'. Elok jgn marah, nanti kena jual.

Raya baru ini, jumpa anak jiran yg bekerja dgn RELA. Saja usik2 dia, 'Dah berapa akaun twitter yg awak buat?' Dia bekerja dgn RELA. Saya kurang pasti apa jawatannya tetapi yang pasti memang ditugaskan create akaun twitter. Twit dan retwit. Tak sangka serkap jarang saya mengena. 'Sekarang ini saya relax dulu. Ada complain kpd Twitter tentang fake accounts, so arahan to go slow. Kalau create account pun, mesti ada ID pix, tak boleh 'telur' sahaja. Siapa yg buat account telur, diberhentikan.' Pulak dah! Sebenarnya memang banyak yang budak ini ceritakan tapi saya yang tak faham tapi saya ingat dia sebut nama Tun Faisal, Ketua Unit Media Baru yg diberitakan mendapat peruntukan yg lumayan.

Saya pun tak faham, apa logiknya dicipta akaun twitter yg palsu ini. Yg saya nampak, DSNR hidup2 ditipu oleh macai2 UMNO, kununnya PM mempunyai followers yang ramai.

Remaja2 yang buat kerja ini adalah pengundi2 baru. Mahukah mereka mengundi UMNO/BN yg menggaji mereka utk menipu?

Tadi saya berhari raya dgn kawan-kawan lama yang kini memegang jawatan tinggi dlm kerajaan. Bila bergambar, flash kamera adalah putih dan hijau. Ada yg beri komen, 'Aih, belum PRU13 lagi, warna flash pun dah bertukar?'

Sooo omenous!

-MAKORANG-

Anonymous,  26 August 2012 at 22:27  

Tapi pengikut2 iblis semua dok nganga lapar projek bilion2

Anonymous,  26 August 2012 at 22:35  

Habis tu yg tv3suku ngan utusan meloya tabur fitnah hari2 tu bukan nak wujudkan perception yg buruk ke terhadap PR??

Mmg politik ni is all about perception, tapi tgk la jgk perception tu berpijak kepada kebenaran or penipuan!!

Ada akal fikir…

Anonymous,  26 August 2012 at 22:39  

Kita tgk anon ni ner mamak kutty yg terkencing… hahaha

P/s: x pyh kata org ni hanya berani di alam maya… awak tu aper kurangnyer…

Anonymous,  26 August 2012 at 22:41  

Anon 00:05

Umngok mmg suka pencacai mcm anda…

Anonymous,  28 August 2012 at 17:30  

Dato! tulis Mahadir sebagai Si Kitol dari Kerala. Ramai juga menyebut Mahadir sebagai Mamak Kutty. KALAUlah satu hari Mahadir mengaku beliau memang Mamak Kutty dan asalnya memang dari Kerala. Kalau Mahadir kata kalau dah tahu beliau dari keturunan Mamak dari Kerala, mengapa UMNO ( Melayu ) bodoh sangat memilih beliau sebagai presiden UMNO. Bodoh selama 22 tahun. Harap benda ni terjadi!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP