Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 5 August 2010

UMNO eskyen ke tidak?-2


Kenapa keyakinan orang Melayu kepada UMNO merosot?

  1. Kerana UMNO ingat tidak perlu buat apa apa selain melaungkan slogan Melayu itu dan ini.

  2. Kerana UMNO take for granted sokongan orang Melayu.
Tidak perlu kita cari senarai dobi dan menurunkan ratusan sebab mengapa sokongan kepada UMNO merosot. Ia datang dari dua sebab fundamental ini yang menjadikan UMNO itu jenama orang eksyen- pimpinan dan dasar eksyen.
Kesetiaan orang Melayu bukan bapak atau atuk kita punya. Ia nya bukan hak semula jadi. Ramai orang tidak sedar, perkara yang menjadi hak ialah perkara yang kita usahakan, perjuangkan, dan earned- bukan datang bersama keluar dengan kita dari perut ibu.
Jadi masaalah pokok nya, hanya sebab kita ingat nama kita UMNO, semua sokongan dan kesetiaan datang secara otomatik. Jika kita berfikiran seperti ini, ertinya mentaliti kita masih berada di tahap rendah dan masih belum membangun. Realiti nya, ialah masyarakat mengadili kita dengan apa yang kita sumbangkan dan beri. Mengadili kita dari sudut perkhidmatan dan apa yang kita boleh buat untuk mencapai matlamat dan cita cita bangsa Melayu. Kalau dari segi ekonomi, orang Melayu mampu menguasai ekonomi( tidak ada sebut berapa persen), kalau dari politik, orang Melayu boleh menguasai pemerintahan, kalau dari segi kepercayaan- agama mereka jangan di permainkan, budaya mereka tidak di kompromi.
Semua ini tidak tercapai hanya sebab nama kita UMNO. Ia di capai melalui perbuatan iaitu bergantung kepada apa kita boleh buat berdasarkan kemampuan, kemahiran dan kepandaian kita. Orang Melayu hanya akan di adili oleh pencapaian bukan atas dasar nama mereka sahaja.
Saya rasa orang UMNO lupa akan perkara ini. Namun bila kena kes orang lain, tahu pulak kita berhujjah. Sebagai contoh, selalu kita kata, memperjuangkan Islam bukan monopoli pasti PAS. Yang PAS buat ialah mengurus persepsi bahawa mereka pejuang Islam. Mungkin bermula dari ini, parti tersebut berjaya menarik komitmen mereka yang berjuang untuk Islam yang sebenar nya. Namun demikian, mereka tidak mempunyai monopoli keatas hak milik perjuangan Islam. Jika UMNO mahu, ia pun boleh memperjuangkan Islam. Ramai orang memperjuangkan Islam, tapi tidak menggelarkan diri mereka PAS.
Demikian juga, kita tidak boleh menyatakan memperjuangkan kepentingan Melayu adalah monopoli orang UMNO. PAS pun kata mereka memperjuangkan Melayu tapi dari pendekatan dan methode yang berbeza dari UMNO. PKR pun kata demikian. Ertinya, memperjuangkan persoalan orang Melayu tidak perlu mengikut acuan yang di tempa oleh UMNO. Dan sejak kebelakangan ini, UMNO sendiri pun huru hara mencari definisi baru perjuangan mereka.
Sebaik sahaja kita memperakui bahawa kesetiaan orang melayu bukan harta benda kita, bapak kita atau atuk kita, kita sedar akan perkara ini:- iaitu perjuangan orang Melayu dan Melayu itu sendiri tidak akan lupus jika UMNO tidak berkuasa lagi. Saya tidak nampak orang Melayu mati di tepi jalan, walaupun kita hanya dapat 2 juta undi sokongan Melayu. Apa yang terjadi ialah jenama UMNO seolah olah nya tak ada apa apa kepada orang Melayu. Ada tak ada, serupa jugak. Kita terpaksa juga hidup.
Ia jadi demikian, sebab kita ingat sudah mencukupi bila sebut nama UMNO. Hari ini, orang tanya, apa UMNO boleh buat dan boleh capai? Jika UMNO boleh menampakkan pencapaian yang di nikmati pada peringkat peribadi, masyarakat dan negara, orang Melayu akan setia kepada mereka. Perkara2 ini mesti selalu di ingatkan kepada masyarakat. Orang UMNO sudah malas berhujjah mengenai ujud dan ada nya pencapaian. Kita sudah puas hati hanya dengan mengatakan- ini semu hasil perjuangan UMNO, nokhtah. Kenyataan nya ialah menyebut nya demikian sudah tidak mencukupi- rayat mesti di yakinkan, pencapaian ini semua ada hasil suatu proses yang di perjuangkan dan di dokong oleh UMNO.
kesetiaan orang Melayu bukan lagi monopoli UMNO sungguhpun, kita telah berjaya melakukan lebih baik dari orang lain. Fakta bahawa kita telah melakukan nya dengan lebih baik dari parti lain, mungkin memberi kita tanggapan yang legitímate, bahawa kita lah yang ada monopoli keatas perjuangan orang Melayu.
Jika hari ini, PAS luput dari dunia, perjuangan untuk Islam akan berterusan. Demikian juga, jika hari ini UMNO berderai, perjuangan orang Melayu akan berterusan.
Hakikatnya, seperti saya telah tulis dalam dua karangan saya sebelum ini, latar belakang persoalan Melayu adalah suatu konstant yang semua parti, UMNO, PAS atau parti bukan Melayu yang lain terima sebagai suatu hakikat. Ia nya abadi sehingga kiamat, tidak bergantung pada sama ada UMNO ada atau tidak. Tidak ada parti yang boleh terus berkuasa dengan mengabaikan fakta latar belakang Melayu. PAS tidak akan bertahan jika mereka abai persoalan Melayu. Demikian juga parti bukan Melayu tidak dapat bertahan kuasa jika tidak menerima realiti persoalan Melayu- yakni mengurus politik Melayu, ekonomi Melayu, kepercayaan Melayu.
Parti lain saya tidak peduli. Saya hanya minat hendak bercakap mengenai parti saya, UMNO. Yang terjadi kepada UMNO ialah persoalan Melayu seolah olah di permudahkan( taken for granted). Memperjuangkan kepentingan Melayu di anggap sebagai hak semula jadi dan bila perasaan ini ada, kita merasakan tidak perlu berusaha memupuk dan membajai keyakinan masyarakat Melayu kepada agenda perjuangan UMNO. Kita ada anggapan- tidak mengapa, orang Melayu tidak akan lari. Nanti, mereka akan kembali kepada kita.
Saya harap orang UMNO bangun dari tidor- orang Melayu tidak akan kembali kepada UMNO jika tidak ada usaha yang di lakukan untuk memperolehi keyakinan masyarakat Melayu. Keyakinan tersebut mesti di usahakan bukan mengharap ia datang bergolek semacam hak kelahiran kita. Jenama UMNO bukan gerenti sokongan dari orang Melayu tanpa usaha di lakukan untuk mendapatkan nya.
Mungkin juga perasaan dan fikiran seperti ini lah yang membawa masaalah kepada kita. Dengan slogan agama bangsa dan negara yang kita perjuangkan, kita anggap mendapat sokongan mutlak dari orang Melayu sebagai hak semula jadi. Perasaan dan fikiran inilah yang mungkin menjadikan UMNO itu sombong dan sekali gus, sifat seperti ini di perlihatkan dalam perlakuan seharian pejuang2 UMNO. Lihat sahajalah, betapa senang dan sombong sesetengah orang melabelkan orang Melayu yang tidak sehaluan pandangan dengan mereka sebagai Melayu liberal. Melayu liberal itu apa- Melayu yang makan babi, bah kut teh, minum arak? Jika kita labelkan Melayu lain seperti ini, Melayu jenis apa pula kita ini? Melayu yang lebih Melayu? Melayu setulen tulennya? Entah entah, yang asyik melaungkan perjuangan Melayu ini tidak pun ahli UMNO. Jika ahli UMNO mungkin pula tidak tahu apa ROH UMNO itu pula.
Jadi bagaimana kita nak mengnyahkan dua kesilapan fundamental UMNO ini?
Pertama UMNO mesti menjalankan program mengembalikan kefahaman kepada Alif Bata perjuangan nya. Realiti politik hari ini menuntut supaya prinsip perjuangan ini di juruterakan kembali. Tidak boleh kita pakai apa yang sesuai zaman dahulu untuk zaman sekarang.
Kedua, UMNO mesti menjalankan kempen kesedaran bahawa kesetiaan Melayu kepada UMNO bukan datang secara otomotik. Jenama UMNO itu mungkin sudah diskredited. Kesetiaan Melayu di perolehi dengan UMNO membuktikan bahawa ia wadah yang paling terbaik untuk orang Melayu mencapai matlamat ekonomi, politik dan kepercayaan orang Melayu.
UMNO mesti singkirkan semua pimpinan di semua peringkat yang tidak faham realiti politik hari ini. Tidak perlu kita sentimental mengenai tindakan drastik seperti ini kerana membenarkan watak seperti ini mewarnai politik UMNO akan menjamin UMNO berkubur dan tidak boleh di selamatkan.
Soalan seterusnya, bagaimana kita mencari jalan supaya pimpinan yang baik muncul untuk memimpin UMNO?

10 comments:

Anonymous,  5 August 2010 at 09:35  

Salam Dato',

Apa yang terjadi di DUN Perak tidak menambah keyakinan orang terhadap kepimpinan PAS. Bayangkan defisit RM103 juta boleh di atasi sekelip mata. Macam biskut pula. Sekejap ada. Sekejap tak ada. Tak salah kalau orang kata MB main silap mata - zam zam ala kazam 'poof' datang duit from unintentional resources. Siapa nak percaya?

You have a major crisis of confidence and you come up with not only piecemeal but unintended solution. All hallmark of good governance. Really...

-MAKORANG-

flyer168 5 August 2010 at 12:40  

Dato',

Just how can a Nation's Leader "EARN" the "RESPECT" to achieve a "TRUE" Win Win Deal, when he carries "All the Skeletons" of his past that the whole World knows...more so the "Neighbour"

What about the loss of Batu Puteh at the ICJ as well, by our National Representatives of our Leader then - same story...Skeletons?

That is the main "Setback" in 2010 vs an Honourable, Intelligent, Impeccable, Resourceful & Visionary Leader...with YB Ahmad Nizar ex-Perak MB's attributes.

Only then we can consider...

What we need in the 21st Century context is "Competency-Based Leadership for the 21st Century"

With no racial, religious, cultural, Gender, etc "BIAS"...

Whether it is a Political Party, Corporate, Institution, GLC, Defence Division, etc, etc, etc

What we have now...An example....

I love to be a flight steward ...but I cannot serve liquor in the First, Business, Economy class...because it is "Haram"...

Imagine after all the training, time & cost...

He was advised that it was his job spec & as long as he is not drinking the liquor to get drunk, it should not be a problem.

So inspite of his peer's & the management's advise...

Finally they had to offer him work in the office minus all the flying & allowances...but again to be retrained!

There about 40% Malay Muslim stewards & pilots over the years without any complains.

Just to share this...

"Competency-Based Leadership for the 21st Century"
http://www.au.af.mil/au/awc/awcgate/milreview/pritchard.htm

"...Core competencies are those essential characteristics needed for on-the-job success. They can vary along the continuum.

For example, skill in visioning is extraneous at the first level of leadership but mandatory at the upper and top levels.

It should be developed at the middle level. A tentative list of 21st-century core competencies includes:

Tactical, technical and technological (information/computer) proficiency.

Cognitive skills and abilities, such as numerical comprehension, oral communication and problem solving.

Interpersonal skills and abilities, such as skill in human relations and teamwork ability.

Personal characteristics, such as decisiveness and tenacity.

The competence level required must correlate with the level of leadership position held...

Continuous learning — increasing current proficiencies; rapidly understanding and using new information; and mastering new skills.

Awareness — knowing the interrelationships of and keeping current on key military, political, economic and social issues, trends and events that affect the organization.

Flexibility — being open to change as an opportunity and having a tolerance for ambiguity; adjusting rapidly to new situations; applying different methods to meet changing priorities.

The multimission-capable forces of tomorrow must be able to rapidly transition from one type of operation to another.

This capacity has profound impact on leader competencies, including continuous learning, awareness and flexibility.

How successful one is in self-development, the depth and breadth of one’s awareness and the degree of one’s flexibility will help define high performance.

Resilience — maintaining focus amid pressure; recovering quickly from setbacks; gearing up for another enemy assault.

Physical and mental stamina diminishes as the speed, volume and complexity of assignments and change itself accelerate.

Capacity to bounce back, no matter how intense the pressure of these factors, is essential.

How quickly and fully future leaders do that will help determine high performance.

Initiative — working without close supervision; initiating new assignments; looking for ways to improve matters.

Creativity — providing insight; generating original ideas or innovative solutions; extending the state of the art.

Contd....Pt 2

flyer168 5 August 2010 at 12:43  

....Pt 2

Entrepreneurship — leading with a sense of ownership; identifying and taking prudent risks.

Improved information and communication systems will permit higher-level participation in lower-level operations, but conditions will often require more decentralized execution.
Accordingly, working cross-
organizationally; building coalitions.

Multinational operations will remain the norm, interagency teaming will improve and increase in approaching the goal—seamless integration—and work with nongovernment organizations will expand.

Ad hoc coalitions of groups will require rapid integration and true interoperability.

These future environment features imply profound impact on leader competencies, including influencing others and partnering.

Command and control in the 21st century will be more centralized in some operations or situations and more decentralized in others.

Influencing others — skill in affecting opinions, judgments or behaviors of others through persuasion, mediation, and so forth; causing people to do or refrain from doing something.

Partnering — collaborating; working cross-organizationally; building coalitions.

Multinational operations will remain the norm, interagency teaming will improve and increase in approaching the goal — seamless integration — and work with nongovernment organizations will expand.

Ad hoc coalitions of groups will require rapid integration and true interoperability.

These future environment features imply profound impact on leader competencies, including influencing others and partnering.
Organizational commitment — creating and sustaining esprit de corps and organizational culture....

To promote subordinate leader development for full-spectrum dominance, middle and upper-level leaders of tomorrow should eschew what is "politically correct" and trendy and emphasize moral courage and other time-tested leadership traits.

Methods of delivery will still include teaching, coaching and counseling, but the details of presentation must change for fullest effect.

There should be "just-in-time" teaching of "just-enough" information in new formats, including Internet and Intranet mixes of audio and visual information, where appropriate.

Information should be short and to the point in the styles familiar to the generation addressed—a "book report feel" suits today’s up-and-coming "Generation X" Army, for example.

As befits the subject, the information provided in formal sessions should be given in short bursts, with quick-cut, energetic video that is musically driven—MTV-style presentations attracts Generation X’s attention.
The "Millennium Generation" — those younger than 18 today — is in the same mode as Generation X but moving faster.

The younger half of this group, which will come of military age beginning in 2008, only knows "high-tech."

The perspectives and supporting skills of the Generation X executive and senior leaders who will be in charge then must keep pace..." Unquote.

This is only a sample as a guide.
This is why they have their "High Standards" & the same with Singapore.

You be the judge.

Cheers.

Anonymous,  5 August 2010 at 13:04  

Dato'

You said:

"Soalan seterusnya, bagaimana kita mencari jalan supaya pimpinan yang baik muncul untuk memimpin UMNO?"

That's the Billion Dollar question!

The Answer is obvious....for Billions of Dollars are at Stake!

You may wish to Recount the Story of Ali Baba and the Forty Thieves!

Are you looking for Ali Baba?

Or?

Surely you are not looking at choosing one from the Forty Thieves?




Joe Black

Red Alfa 5 August 2010 at 14:45  

Salam Dato'

Pertanyaan yang kini tertanya-tanya, "... bagaimana kita mencari jalan supaya pimpinan yang baik muncul untuk memimpin UMNO?..." tiada terjawab selagi pemimpin-pemimpin yang tidak beramanah, yang korup serta yang mengamalkan kronisma masih/akan berterusan seperti biasa tanpa dikenakan apa-apa tindakan dan hukuman mahkamah.

Anonymous,  5 August 2010 at 15:18  

Dato,

The best solution,

Umno has to be defeated in the next GE..
Then all the corrupt leaders will be prosecuted..
The new "CLEAN" leaders like Dato, will take the helm as "Opposition Leader"
Prove to Rakyat you walk the talk.
Rakyat, especially the malays will definitely give fullest support back to Umno.

AMP

Anonymous,  5 August 2010 at 15:46  

Salam Dato'

Saya cadangkan :
1) Cantaskan semua pemimpin UMNO yang ada sekarang
2) Jangan benarkan anak@sanak-saudara@kroni pemimpin sekarang untuk ambil alih pimpinan

UMNO ada brani ke? Hmm, I doubt that...

-PAYABESAR-

Anonymous,  5 August 2010 at 16:39  

Dato'

Pilihan buat marhaen pada PRU mendatang mungkin ada dua atau mungkin saja. 1. Barisan lama 2. Pakatan baru 3. Pasukan bebas.

Secara metaforikalnya barisan lama sudah kenyang, pakatan baru masih lapar dan pasukan bebas tidak dapat dipastikan.

Katakanlah rakyat akan bertegas dengan syarat/larangan baru mereka selepas ini: "Siapa yang makan hak kami akan berdepan risiko..."

Berdasarkan logik akal, berikut adalah respons yang berkemungkinan ditunjukkan oleh ketiga-tiga pihak:

1. Barisan lama yang sudah kenyang mungkin menerima syarat/larangan tersebut seadanya lalu berhenti makan.

2. Pakatan baru yang masih lapar dan disebabkan kelaparan (separuh kebuluran) itu mungkin tidak akan menghiraukan syarat/larangan, yakni mereka akan sapu juga semua baik yang 'melintang' mahupun yang 'membujur'.

3. Meskipun lapar sedikit-sedikit tetapi dek kerana faktor saiz, kalau mereka makan sekalipun, jumlahnya mungkin ciput saja. Tak ramai yang perasan.

Jadinya Dato', daripada tiga kumpulan itu siapa yang marhaen harus berhati-hati agar pisang tidak berbuah buat kali kedua?

ATAS PAGAR

schenker78 7 August 2010 at 15:32  

UMNO,

Anon kata tak yakin pada PAS Perak...??

Apa yang berlaku??

Ganesan itu Speaker ker? Dia ni wakil rakyat yang dipilih ker???

Ganesan tu memang wajib dipanggil Pengerusi Majlis oleh Nizar....padan muka....

Anonymous,  7 December 2010 at 20:03  

Jika dilihat keadaan sekarang ini memang kelebihan itu berpihak kepada pembangkang. Perhatikanlah kepada kes-kes rasuah yang punya bukti kukuh tapi masih didiamkan oleh pihak pemerintah sedangkan ianya telah tersebar kepada umum. Kalau nak sebut tentang kekayaan itu memang ada benarnya. Lihat saja rumah dan kereta-kereta mewah yang digunapakai oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat boleh menilai akan benda-benda ini. Tapi apa yang rakyat mampu lakukan? Hanya menunggu pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun. Jadinya kepada semua yang tersedar, telah sedar dan akan sedar, tepuk dada tanya selera anda. Pilihlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, bangsa anda dan negara KITA => MALAYSIA

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP