Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 30 March 2013

Menteri Kewangan Fail menyekat penyeludupan wang haram!



Fail as in gagal. Ini istilah yang selelau digunakan oleh seorang arwah ketua cawangan UMNO di Pekan bila bercerita mengenai Najib. Najib fail ini, Najib fail itu. semua Fail!
Saya menyebut mengenai aliran haram wang dari Malaysia. dalam tahun 2010, hampir RM200bilion wang haram diseludup keluar negara kita. Ini meletakkan negara kita ditempat kedua selepas China dalam jinayah menyeludup wang keluar. Kenapa perkara ini dibiarkan? Mengapa menteri kewangan tidak segera membenteras penyeludupan wang dari Malaysia?
Sedang ini terjadi, menteri kewangan kita sibuk dengan gangnam stail dia, membiayai pementasan drama mengenai LGBT. Inilah dia PM yang akan membawa kita ke mercu kejayaan, kegemilangan dan keterbilangan.
Siapa Mahathir yang hendak mengesahkan Najib sebagai calun PM yang terbaik? Mahathir tahu Najib seorang PM yang korap dan rasuah. Mahathir tahu bagaimana dia memujuk Najib supaya menyokong dia dan belot kepada Tengku Razaleigh semasa Mahathir menghadapi cabaran dari Razaleigh. Suatu hari, Mahathir telah menunjukkan ‘suatu bukti’ kepada Najib yang ketika itu MB Pahang, dan memberi kata dua kepada Najib. Bila melihat bukti tersebut, telur Najib hilang sebentar dan dia terus melutut kepada Mahathir.
 Najib adalah bandingan yang lesu kepada Tun Razak. Dia seorang yang tidak ada integrity.
Perkara ini diberitahu kepada saya oleh Tun Oracle.
Siapa Tun Oracle ini? ada seorang pemuda yang menganggap diri nya terlalu pandai cuba meneka siapa Tun Oracle ini. kita biarkan dia dalam igauan ngeri dia untuk mengesahkan siapa Tun Oracle. mustahil lah nama yang dia sebut mengetahui dengan terperinci apa yang Tun Daim buat. Kecuali Tun Oracle itu bayangan sebenar kepada Tun Daim. Tun Oracle ini berkhidmat lama di Sarawak dan kenal dengan fiil orang Sarawak. semasa kes Kalong Ningkan, Tun Oracle bertugas sebagai penasihat  undang2 negeri Sarawak- state legal advisor. Dari sini siapa yang tahu sejarah sudah tentulah tahu siapa Tun Oracle.
Biar saya beri sedikit lagi clue. Dalam ruang tamu pejabat Tun Oracle ada beberapa lukisan Ibrahim Hussein yang berbentuk panel lukisan. Terdapat juga lukisan erotic yang menujukkan seorang kanak2 sedang disusukan oleh sang ibu. Ada sebuah lukisan yang menggambarkan kerbau2 yang dibariskan secara horizontal.
Jika kita pergi ke ruang sebelah, terdapat display cupboard. Disana ada t shirt bola Manchester United yang ditanda tangan oleh semua pemain team Manchester United. Ia nya dihadiahkan kepada Tun Oracle. Terdapat juga sebuah topi formula one yang ditanda tangan oleh Michael Schumacher.
Saya rasa cukup lah clue2 ini saya beri. Mereka yang mendapat privillege memasuki kamar pejabat Tun Oracle akan segera tahu siapa Tun Oracle. saya cadangkan pemuda yang semacam hendak pecah kepala meneka siapa Tun Oracle pergi mendapatkan seoarang dari pemberita yang menemuramah Tun Daim bertanya siapa dia Tun Oracle ini. saya khuatir kalau tak dapat tahu, kepala dia akan pecah dan otak bersembur keluar.
Pemuda yang sombong dan berlagak pandai tentulah tidak menyangka seorang seperti saya dapat berkawan dengan Tun Oracle. kenapa? Tun Oracle hanya mahu berkawan dengan bin Mahathir, bin Najib, bin Hishamudin? bin Abdul Aziz seperti saya tidak layak berkawan dengan Tun Oracle?
Tun Oracle adalah peminat kepada blog saya semenjak tahun 2008. Oh ya- Tun Oracle ada seorang pembantu yang bernama Mei Chuan yang sudah pencen dan digantikan dengan seorang wanita lain. Kalau saya beritahu nama wanita ini, maka tahulah orang siapa Tun Oracle.
 jadi kita biarkan dia dengan keangkuhan dia. bukan kerana cakap kosong maka saya menggelarkan blog saya ini blog yang mahu dikunjungi orang- kalau dalam pertandingan Muay Thai, blog ini stadium Lumpini, kalau pertandingan tennis, ia Wimbledon dan kalau tinju, blog ini Madison Square Garden. Tidak lengkap kalau tidak mengunjungi blog ini dan kalau komen disiarkan, maka itu menjadi pelengkap kepada sang pengunjung.
Berbalik kepada kegagalan Najib mengekang aliran keluar duit haram.
tahun USD billion
2001 13.07
2002 12.54
2003 17.73
2004 19.58
2005 28.08
2006 29.62
2007 32.48
2008 37.35
2009 30.41
2010 64.38
Aliran wang haram terkumpul selama 10 tahun ialah USD285 billion atau RM871billion.
Tentulah Najib tidak akan mengaku. Tapi dia tetap mengaku bahawa memang terdapat aliran wang secara haram dan penyeludupan wang haram. Dalam parlimen, dia sebut angka nya ialah RM 135 billion. Heran ya- dia mengaku ada penyeludupan wang haram, tapi apa langkah2 yang dia ambil?
Apakah sumber wang haram ini? siapakah yang melakukan jinayah ini?  mengikut kajian Global Financial Integrity ini, 20% datang dari rasuah. 80% dari amalan mengeluarkan inbois yang palsu. Ini tak termasuk urus niaga yang melibatkan pembayaran dalam bentuk tunai.
Sehingga sekarang rakyat tertunggu hasil sesiatan yang diumumkan oleh Donal Lim, timbalan Menteri kewangan. Mana dia wahai Donald? Lu jangan mahu kelentong sama kami semua. Kita semua tahu lu punya kroni semua tibai wang dan hantar luar negara.
Narn bohtee Narn, Kui bohtee Kui!


15 comments:

Anonymous,  30 March 2013 at 20:53  

Ha ha ha you and your Tun Oracle. Tak payah nak berhempas pulas nak ' defend' diri sendiri lah. Kalau setakat lukisan2 kat office, PA dia tu sapa2 yg pernah jumpa Tun ni pasti cerita kat semua orang brader. Trying hard to potray yourself as someone that have met him makes you look loke a desperado. macam orang kena sembelit nampak! enough said, you are a non entity man....Tokong shoe shine boy who got paid a pittance. Poorahhhhh!!

Anonymous,  30 March 2013 at 21:32  



Sak, Let barking dogs bark for they are paid to bark, But the caravan moves on towards the target of winning ge13.
Friends of mine who are umno members are now saying the winners of ge13 will be PR.
They have got too obese to run the race.
Good luck and fear not for you will win.

Anonymous,  30 March 2013 at 21:33  

Siapalah agaknys pemuda angkuh. Dan bongkak yang berlagak tu
Siarkan komem dia. Kita telanjangkan dia, lutu dia dan sunat dia. Datuk tak fair. Tak siar komen dia tapi tikam dia dari belakang

Paper lama

Anonymous,  30 March 2013 at 21:45  

Dato',

If what you meant as State Legal Advisor is actually the State Attorney General, then the Sarawak AG at the time of the Kalong Ningkan's case was Tan Chiaw Thong. Unless of course you were referring to the Senior Federal Counsel serving in Sarawak at that time. We all know that Daim had at one time served in the Judicial and Legal Services. So this alter ego might be his buddy from those legal days.

Which one is the answer?

Anti-Pengkhianat

idrisfaizal 30 March 2013 at 21:52  

anon 20.53
Can imagine your sour face,even if you don't have the balls to publish yourself but cowards dies a 1000 deaths.

Anonymous,  30 March 2013 at 22:57  

Dato,
Anon 2053 dan kengkawan seangkatannya jeles. Bukan dia tak tahu, dia tahu tapi malu nak mengaku.

Inilah pendukung Najib yang tak erti malu. Kemana perginya konsep wasatiah yang dinyanyikan oleh 1Wasatiah, Invois palsu dikeluarkan, wang haram dimasukkan.

Implikasinya amatlah jelas. Tun Oracle memandang tinggi kelantagan Dato untuk memperjuangkan konsep wasatiah sebenar dan bukannya konsep wasatiah Najib dimana rakyat menahan lapar agar Jho Low and the gang dapat merembat berbillion billion.

Rumusannya pendukung Najib ni semacam Baghdad Bob, iaitu Menteri Penerangan Saddam Hussein. Tetap akan mempertahankan hujah lapuk sehinggalah BN dikembumikan kelak

Anonymous,  30 March 2013 at 23:08  

anon 20:53

Haha sekali lagi. Habis riwayat toilet man, datang pula kisah shoe shine boy. Ke mana ghaib semua intelektual UuuuuumNo (seperti disebut oleh Maaaaat Saaaabu)hingga tinggal hanya manusia yang tak terdaya mengiktiraf toilet cleaner dan shoe shine boy sebagai pekerjaan yang sama mulia dengan pekerjaan lain, dan tetap lebih mulia daripada mengacau suami orang lain, meniduri isteri orang lain, makan suapan setiap hari dengan wang 'upfront' bagi projek berharga berbilion ringgit?

Kisah benar air bah besar melanda negara kita membawa keluar RM871billion ke luar negara ada manusia tak rasa apa-apa. Berbagai pihak termasuk ahli-ahli ekonomi dan bekas timbalan Gubnur Bank Negara, yang mendedahkan data-data tentang aliran keluar wang secara haram pula digelar desperado. Inilah kesimpulan yang dapat dibuat kerana apa yang Sak luahkan di blog ini dirumuskan dari segala yang terdapat di media electronik bebas (takkan Utusex/NST/Star nak bocorkan hal-hal yang akan memufliskan Malaysia).

Haha Haha

Anonymous,  31 March 2013 at 00:22  

Anon 20;53,
Kenapa kau ni biadap sgt?
Kau dtg baca blog ni untuk apa kalau its just words of a shoeshine boy?
I've a feeling kau ni org penting dlm umno sbb cara kau yg angkuh dan buta hati.
Aku ni rakyat biasa jer, let me tell u lah..org sekeliling ie rakyat biasa mcm aku ni semuanya menyampah dgn kerajaan.org kerja gomen pun rata rata semuanya tak sokong kerajaan.kalau ada beruk bertanding pun kita lebih rela pangkah beruk.
At least beruk tu hatinya suci, takde asyik nk menyusahkan org lain atau tamak haloba

The Tank,  31 March 2013 at 00:46  

Narn bohtee Narn, Kui bohtee Kui!

Good one....lol

Datuk, You speak the lingo ???

Unknown 31 March 2013 at 01:38  

Anonymous, 30 March 2013 20:53.... Pity on you. Who's the desperado? U and your UMNO. Hujah tak de, fakta pun tak de.... Teruk betul penyakit bodoh, membodohkan diri yang menimpa u dan your UMNO. Kesian2.

Anonymous,  31 March 2013 at 07:02  

Dato, why must you publish comments by 20.53. Then you and others will comment. Put our discussion to a higher level. In answer to 21.45 you are right. Tun Daim n Tun Oracle are the same person. The Dato is just teasing. Tun Daim played a key role during the crisis when he was practising in a leading legal firm. It was on his advice that Federal Govt declared emergency in Sarawak. Anyway that is past, we look at the political situation now. Change we must have. That is the feedback from the ground that I get. They couldn't care less if devils come into power. It is that intense anti feeling. I have never encountered this antipathy in previous GE.

Anonymous,  31 March 2013 at 07:29  

Mana dia wahai Donald? Sibuk Datuk, sibuk sangat ke sini ke sana merayu kaum Cina jangan MCA dihadiahkan telur, ya telur, kesian betul. Telur ayam, telur bebek, entah. Tapi ada bisek-bisek katakan kali ini telur burung unta.

Bukan nak tolak MCA habis-habisan, cuma MCA baru/celup (adik kembar UMNO celup). Angkat sumpah akan bertindak dengan amanah, akan pelihara kedaulatan negara, dsb, lain pula dibuat sejurus tangan diturunkan.

Sekelip mata saja ratusan bilion ringgit melayang ke UK, Australia, NZ, Singapura, dll, dan Don Lim dgn sekutunya tak segan silu memohon diberi satu chance lagi. Mana boleh bagi chance kalau tokongnya dari Muar pernah buang masa lolling in bed dengan wanita yang bukan isterinya. Jawatan sebagai Adun, MP atau menteri bukan untuk manusia kerdil malah untuk gergasi yang boleh angkat kita semua ke 'zaman gilang gemilang', ungkapan yang politikui suka laungkan sebelum dan selepas PRU - sahaja. Masuk dua tiga bulan dalam ofis yang selesa bermulalah monkey tricks dan horse-trading.

Nyata ekonomi kita di persimpangan - BN lagi, dengan tabiat boros dan rasuah, mampuslah cucu-cicit kita semua. Kita mampus tak pe kerana pernah menikmati masa 'berada' walaupun masanya teramat singkat.

Negara bangsat kerana dibangsatkan oleh sukubangsa bangsat.

Anonymous,  31 March 2013 at 11:30  

Aaah...Ib's precious painting, signed MU jersey, Schumacher signed cap, legal adviser during Kalong Ningkan's case, Mei Chuan ...are dead giveaways by Sak. Who else? Must be Ayah Pin

Alumni Pasti

Anonymous,  31 March 2013 at 12:48  

Dato', su kee nang?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP