Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 7 December 2013

UMNO hanya layak perintah sebuah Pulau Terpencil sahaja



Saya percaya bukan semua pemimpin UMNO bodoh. Ada yang tahu UMNO dan negara tidak boleh dibangunkan atas landasan kebencian dan pembohongan. UMNO tidak boleh bertahan jika terus menerus menjuarai rasuah, salah guna kuasa,ekstremisme, incompetence dan perpecahan dalam masyarakat. Bila pemimpin UMNO mahu sedar dari kegilaan mereka? 
Ini bukti yang sangat nyata, UMNO tidak ada kepimpinan dan Najib sebenar nya seorang pemimpin yang kosong lagi lemah. Jika ibarat UMNO itu sebuah kapal, anak2 kelasi kena tukar nakhoda supaya kapal selamat.
Apa sudah jadi kepada wasatho dan wasathiyah?
Cakap2 seperti 1Melayu, cipta jutawan Melayu, peduli apa orang anggap kita rasis semua cakap orang bodoh. Kalau duduk atas pulau berasingan, layak. Sebagai seorang Melayu saya sudah nyatakan kalau serius mengapa tidak beri setiap Melayu yang layak sumber pengkayaan secara lansng? Kenapa beri kepada yang terpilih, orang dan institusi pertengahan?  Kenapa kita mahu mengulangi strateji yang salah? Kerajaan beri RM54 billion saham, sibingung UMNO jual RM52 billion dan hanya tinggal RM2 billion. Senaraihitamkan semua penerima yang menjual saham ini dan haramkan mereka mendapat apa apa lagi.
Kenapa beri Vincent Tan ribuan ekar tapi orang Melayu nak dapat 2 ekar pun susah? Mengapa tidak merdekakan tanah reseb Melayu supaya pemilik tanah reseb Melayu miliki tanah yang berharga tinggi. Jika jual mereka boleh jadi jutawawan.
Mengapa mahu tetapkan ekwiti sebanyak 67% sedangkan orang Melayu hanya 50% lebih sahaja. Yang menjadikan sampai 67% termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mengapa UMNO tidak perincikan Bumiputera Melayu berapa dan Bumiputera Sabah dan Sarawak berapa? Jika ikut prinsip ini, maka KM Sabah sepatutnya Kadazan, dusun atau murut. Demikian juga di Sarawak. Lebih baik tetapkan mengikut peratusan ethnic pada setiap lokasi.
Mengapakah orang Melayu( kalau UMNO tidak mahu tidak mengapa) tidak lagi sedar bahawa tidak ada siapa yang boleh mengancam kedudukan orang Melayu. Cina hanya 24% secara keseluruhan. Mustahil mereka dapat mengatasi dari segi jumlah kerusi.  Hampir semua lapisan pimpinan dalam negara ini orang Melayu. Raja2 nya, PM2 nya, menteri majority Melayu, KSN2 nya( kecuali baru sekarang mamak India), KSU2 nya, MB2 nya, SS nya, DO2 nya , pengarah2 jabatan, penghulu2 nya dan ketua2 Kampung senya- semua Melayu berkulit sawo matang. Askar dan tentera nya, semua Melayu. Perlembagaan pun melindungi kedudukan Melayu.
Jadi siapa yang boleh ancam Melayu? UMNO yang mereka reka dan mencipta cerita seram. Amat benar kata Tun Daim, orang Melayu suka baca cerita hantu dan seram. Minda orang melayu adalah minda tahap majallah Mestika. Melayu UMNO lah.
Orang UMNO patut berterima kasih kepada DAP dan PAS. Kerana ujud mereka, maka UMNO ada modal mengesahkan keujudan UMNO. Ada PAS dan DAP lah pemimpin UMNO dan perwakilan ada modal mengesahkan kerelevenan mereka. Jika PAS dan DAP tidak ada, sudah tentu sasaran perwakilan ialah kepimpinan, rasuah dan ketidakadilan pimpinan UMNO. Nahas Najib dan geng2 nya.
PM Najib lupa berterima kasih kepada Anwar Ibrahim sebab kalau Anwar Ibrahim tidak ada masaalah, Najib tak jadi PM. Malah ketika dalam jawatan naib presiden lagi, jika saya faham budaya UMNO, dia sudah ditamatkan riwayat.
Jika kita dengar ucapan2 pemimpin dan perwakilan UMNO, kita akan rasa UMNO ini hanya layak memerintah sebuah pulau kecil yang semua nya ahli UMNO sahaja. UMNO tak layak perintah Malaysia. jika UMNO suka, mereka boleh tinggalkan Semenanjung berpindah semua ke Pulau Langakawi, Tioman dan pulau2 di Sabah sana. Binalah kerajaan semua suka-suka semua disana.
Malah yang kedengaran siuman pula ialah Mukhriz Mahathir yang menyatakan UMNO tidak boleh mempromosi 1Melayu. KJ pula yang nampak bodoh apabila mencanggahi kenyataan supaya UMNO progresif tapi mengekalkkan fundamentalisme nya. fundamentalism UMNO ialah ekstermisme Melayu. Lagi Melayu lagi UMNO.
Politik masa depan adalah politik keterbukaan, berkerajaan atas prinsip undang2 dan demokrasi. UMNO yang tidak adapt akan musnah. Kaitan nya dengan orang Melayu ialah: jika orang Melayu mahu berjaya, mereka mesti menolak UMNO.

11 comments:

Anonymous,  7 December 2013 at 10:38  

Dato,
Memang betul 110% memang celaka puak2 UMNO tu.

Kuburkanlah UMNO kawan2 di siber alam ni.

Tok jangut

Anonymous,  7 December 2013 at 11:32  

Dato

High hope to expect the Malays to reject UMNO.

That Mamak knows that the Malays are "lembus" - easily fooled.They have been fooled for generations and will continue to be fooled.

Geno

Anonymous,  7 December 2013 at 11:42  

umno tersilap langkah rasis, rakyat tidak terfikir melayu itu umno tetapi umno itu sebenarnya terdiri daripada keturunan mamak, indonesia, pakistan dan philipina.Kenapa perlu salam 1melayu untuk mengantikan salam 1malaysia pm najib sedangkan yang datang masa PAU itu hanya 'melayu umno' tidak termasuk bangsa melayu ahli pkr atau dap.Disinilah sudah terbukti bahawa umno mempertahankan dan memperjuangkan agenda melayu iaitu melayu yang punya kuasa @ elit umno.

Anonymous,  7 December 2013 at 11:49  

Salam 1melayu hanya menunjukan kebodohan pemimpin umno, kalaulah 100% tiada bangsa melayu dalam pkr atau dap, barulah relevan salam 1melayu dipratikkan.ini cuma pendapat peribadi saya sama seperti pendapat peribadi mamak yang terlebih melayu dari melayu itu.

Anonymous,  7 December 2013 at 11:54  

ada juga kepimpinan umno ketinggalan zaman bila mencadangkan brim hanya diberikan kepada pengundi umno.Jika brim ini duit umno, layaklah sprm menjalankan siasatan kerana pemberian wang umno kepada penggundi umno.Masaalahnya brim bukan duit umno tetapi duit rakyat sebenarnya, jadi sesiapa saja yang layak menerima harus mendapat brim tersebut.

Anonymous,  7 December 2013 at 12:13  

The significance of Mendela, the man and his actions is lost on UMNO.

XUMNO 7 December 2013 at 18:31  

Minta berbeza Dato'. Saya bekas ahli Umno. Umno sebenar telah terkubur selepas Tun Husein Onn. Umno yang saya kenali dulu adalah Pas yang ada hari ini.Umno sekarang jangankan sesuai untuk satu pulau, untuk satu kampung pun bergaduh berperang sesama sendiri merebut jawatan dan tit bits dari ketua bahagian yang selalunya adalah MB. Di kampung saya yang cuma ada lebih kurang 100 orang penduduk ada TIGA cawangan umno, masing2 bermusuhan dan tuduh menuduh sampaikan kenduri kendara dan urusan jenazah pun berpulau2. Ketua Bahagian nampaknya memang seronok sebab 3 cawangan bermakna lebih ramai perwakilan dalam mesyuarat bahagian.Truthfully, umno is slowly turning into a mummy. Only time will tell.

Pok Li,  7 December 2013 at 21:42  

Yang layak bagi UMNO hanyalah Pulau Jerejak jer..

Anonymous,  7 December 2013 at 22:12  

UMNO mostly are a bunch of fools & idiots. Let these monkeys exiled in an island & eat bananas.

nick 7 December 2013 at 22:53  

UMNO is only fit to rule a mad house or in other words an asylum for loony people. Nothing else. Only lunatic will come out with proposal such as 1Melayu, BR1M only for UMNO and BN supporter and "it's okay to be racist if we are too stupid to know what it means".

And who better to rule than the head lunatic who excel at everything insane. Just take his fondness for consultant who gave him insanely stupid idea but with catchy acronym (and get paid billions) and justifying his wife extravagance and inappropriate use of government facilities, from titles (FLOM) to planes by saying she has contributed greatly for the country e.g The FLOM help some student get home without visa because she's buddy-buddy with Suzanne Mubarak and the Saudi royals. Wow, such great contribution to the nation! NOT!!!!

Not only Najib and UMNO are non compos mentis, they are also morally challenged and handicapped. Thus we have a nation that's heading towards the precipice with no one in the government even aware or care. Brace yourself, people! We are going over the dark abyss (and because of that we have to pay for higher electricity tariff) and we have to fend for ourselves since the government thinks that when the budget have been approved then the money is theirs to throw away (in other words, the gomen is insane).

Nick.

Anonymous,  10 December 2013 at 12:52  

Dear Dato, Najib will not even be able to manage a lunch crowd as Manager in McDonald's outlet, how can he even manage a pulau?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP