Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 15 October 2012

Najib dan Pemimpin UMNO kian Meracau!



Ramai rakan2 saya bertanyakan- apa hal dengan bekas bos kamu? menjerit dan terpekik terlolong sana sini? saya cakap biasalah- tanda2 orang yang sudah sasau dan meracau. Pemimpin UMNO tersangat cemas- PRU kali ini kemungkinan besar semboyan sangkakala ditiupkan oleh rakyat untuk mereka. Dunia akan kiamat untuk UMNO. 

Tiupan sangkakala rakyat akan bertiup 3 kali untuk UMNO. Tiupan pertama pada PRU-13 ini  akan mengejutkan. Tiupan kedua, ia akan mematikan UMNO. habis PRU- UMNO di hidupkan semula sebagai parti pembangkang. Dengan kemungkinan2 ini, apa yang kita hairan bila Najib memekik sana sini? 

Saya baru balik dari menyertai program ceramah PAS selama 2 hari di Johor. Sukacita saya menyatakan- UMNO akan terkejut dengan keputusan PRU yang akan datang. Biasa nya tidak ada isiu yang boleh menggugat sokongan orang Johor kepada UMNO. Maklum sahajalah- UMNO lahir di negeri tersebut. Ia lahir diatas tangga istana Johor. UMNO parti untuk orang bansgawan Melayu. Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO. 
Tapi kali ini, rakyat Johor sudah bangkit sedar. Rupa2 nya, malapetaka yang menimpa orang Melayu di tempat lain tidak mengecualikan orang Melayu Johor. Barulah orang Johor sedar mereka pun vulnerable. Tamak dan haloba UMNO tidak ada sempadan. 
Tanah rakyat terutama milik orang Melayu diambil kerajaan UMNO di Kerpan. Orang Melayu tempat lain kata tak apa- sebab itu hal orang Kedah. Rahim Tamby Chik ambil tanah milik orang Melayu di Teluk Mas Melaka dengan harga 30sen sekaki persegi, orang kata taka pa- ianya tidak berlaku ditempat kita. Nah sekarang, kerajaan UMNO yang tamak haloba- ambil alih tanah rakyat di Pengerang. Barulah rakyat Johor sedar bahawa, tidak ada batasan kepada tamak dan haloba pemimpin UMNO. Ribuan ekar tanah rakyat disamun oleh kerajaan Ghani Osman. 
Para pemimpin UMNO semakin hari hilang pedoman. Cakap besar sana sini. Semua janji sudah ditepati. Habis, mengapa tak buat PRU semalam? Nampak nya, selagi PRU tidak diadakan, kita akan dihidangkan dengan cakap besar dan omongan kosong. Kita akan di perdengarkan ugutan, cerita seram dan sebagainya. 
Ibrahim Ali buat komen- Pakatan tidak ada kaedah nyata perkongsian kuasa. Yang dia sibuk mengenai struktur perkongsian kuasa Pakatan apahal? Saya tidak fikir PAS, PKR atau DAP mahu terima orang macam Ibrahim Ali.
Adakah kita sedar semasa Nizar jadi MB Perak selama 11 bulan, dia dan exco nya meluluskan 8750 ekar tanah kepada rakyat yang telah menanti puluhan tahun untuk mendapatkan tanah dari kerajaan UMNO? Dari 8750 ekar, 7500 ekar untuk orang Melayu dan 1250 ekar untuk orang Cina.
Ada kita tengok Nizar seorang MB Melayu dikuasai oleh exco DAP yang lebih ramai di Perak? Nizar luluskan 102,000 lot perumahan seluas 3200kps setiap satu untuk orang Melayu dan hanya 47,000 lot untuk orang Cina setiap satu seluas 1125kps? Orang Cina dapat tenure 999 tahun, orang Melayu dapat yang seruapa. UMNO beri freehold bukan lebih dari 999 tahun? Binawe punya pemimpin UMNO.
Bilik air Najib dan Rosmah lagi besar keluasan nya lot rumah orang Melayu dan Cina. Garaj kereta Tengku Jadian Adnan Mansor lagi besar dari lot rumah orang Melayu atau Cina.
Bukankah UMNO membeloti perjuangan orang Melayu? Bukankah UMNO dibina atas protes terhadap Malayan Union yang mahu memberi kerakyatan kepada warga asing? Hari ini, UMNOlah yang menjual kerakyatan negara ini dan memberi kewarganegaraan kepada rakyat Pakistan, Bangladesh, Burma, Nepal dan Indonesia. Bererti , UMNO belot dari agenda mebela bangsa, agama dan negara!
Setiap hari kerja pemimpin UMNO ialah menipu rakyat. Saban hari, UMNO tabur dakyah dan fitnah melalui media yang UMNO kuasai. Kanak2 Melayu didedahkan kepada budaya mendedahkan keaiban orang sebagai suatu perkara yang biasa. Anak Melayu dibesarkan dengan nilai2 buruk.
Orang Melayu diajar menerima dan memaafkan rasuah dan cara mendapat kaya yang salah kerana yang jadi kaya itu orang Melayu. Takpe lah- dia kaya, dia Melayu. Takpelah dia buat demikian, sebab dia Melayu. Kalau orang Melayu mempunyai piawai atau standard yang rendah begini, akan tiba suatu hari pemimpin dan lanun UMNO masuk rumah kita meniduri anak perempuan atau isteri kita, kita akan kata- tidak mengapa – dia Melayu dan UMNO pulak tu!. Ini yang UMNO hendak orang Melayu fikir dan terima.
Marilah orang Melayu memerdekakan diri dari dibelengui oleh dakyah UMNO. Masa depan kita, rezeki kita, bukan UMNO yang tentukan. Najib belum lagi dapat 2/3 kerusi parlimen dia enggan, engkar dan angkuh mahu mempertahankan bajet rompak negara 2013. Enggan, engkar dan angkuh adalah sifat2 dan laku perangai Iblis yang enggan, engkar dan angkuh tunduk kepada Adam yang dijadikan dari tanah liat yang di bentuk.
Sukalah kita mengingatkan pembaca budiman- Kita tidaklah sebebal Ibrahim Ali. Yang dia nak sibuk pasal perkongsian kuasa antara PR apahal? Pemimpin Melayu tetap menguasai kepimpinan negara dibawah PR. Contoh kepada Dato Sri Nizar membuktikan bahawa kita tidak kompromi dengan kepentingan orang Melayu.
Dan kita ada mesej kepada orang macam Ibrahim Ali. Standard yang terburuk dalam kelompok PR bila2 masa lagi baik dari standard Ibrahim Ali. perkongsian kuasa dalam PR dibina diaats komitmen kebenaran dan keadilan dan komitment menentang rasuah dan korapsi UMNO. Perkongsian kuasa BN lah yang perlu dirungsingi oleh warga BN. ianya diasaskan diatas dominasi  gangsters UMNO dan hegemony UMNO. MCA di UMNOkan, MIC diUMNOkan.
Mengapa sibuk dengan cabinet bayangan?. We don’t answer to UMNO. We don’t answer to Najib. We answer to the people who are going to vote for us. Kita menyediakan yang terbaik untuk rakyat yang UMNO setelah 55 tahun memerintah, tidak mampu lakukan. Jeritlah sana sini sehingga muka kamu biru dan urat leher timbul, rakyat sudah berazam dan tekad untuk melihat UMNO melakukan Perhimpunan Agung mereka di perkarangan Sungai Buloh.
Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?
Yang rakyat akan tahu, bila PR menang, sudah tentu ada cabinet. Buat waktu ini, kita focus untuk mengeluarkan UMNO dan BN. Rosak dan musnah negara kita jika terus diurus oleh barisan lanun dan perompak.
Baiklah Ibrahim Ali menyibukkan diri menentukan dapat jadi calun UMNO atau tidak. Jika orang macam Ibrahim Ali dijadikan calun oleh UMNO, maka demikianlah standard UMNO bawah Najib. Dari teruk semakin teruk dan parah!. Sanggupkah orang Melayu dan rakyat Malaysia bergantung harap dengan parti dan pemimpin seperti ini?
Palanivel kata dia akan deliver undid an sokongan India kepada BN. he is an Uncle Tom Indian kepada UMNO. sama sama kita lihat nanti. Kita lihat dia boleh menang atau tidak di Cameron Highlands. Malu orang Melayu kalau terus menyokong Palanivel di Cameron Highlands.

13 comments:

average joe 15 October 2012 at 17:28  

Rakyat marhaen hanya berfungsi sebagai penyokong. Rakyat yang membiayai kehidupan mewah pemimpin UMNO

exactly! well it is true in the prevailing context, ie. umno being the party holding the leadership role, umno yg memegang tampuk pimpinan semasa maka pemimpin merekalah yg hidup mewah, atau yg menikmati pelbagai kemudahan (subsidi beribu2 sebulan dan dijenamakan sebagai 1,001 macam elaun) dan rakyat lah pihak yg berfungsi sebagai 'penyokong' kepada suasana demikian.

[catatan: jika pakatan pula mengambilalih tampuk pimpinan, maka pemimpin2 atasan mereka pula akan menikmati kemudahan2 tersebut yg juga datangnya dari, atau 'disokong' oleh, kalangan orangramai]

hakikat ini sudah tenggelam atau kabur dari corakfikir orangramai, rata2nya akibat dari brainwash dan propaganda berulang dan berterusan selama berpuluhtahun oleh umno yg sentiasa memegang kuasa dari mula.

ayat inilah kenyataan yg mesti disebarluas dicanang dididik diulang dan ditanamkukuh dalam benak seluruh warga. setiap dan semua pimpinan pakatan, ngo dan pendokong demokrasi tulen mesti melaksanakan tugas ini, dgn baik efisyen menyeluruh dan berterusan. hanya dengan ini sahaja dapat mematah memutih memadam dan mengurai belenggu pemikiran dari propaganda busuk ciptaan umno selama ini.

bila gayafikir masyarakat sudah memahami dan bersebati dgn hakikat ini, barulah semangat demokrasi dijiwai dalam negara kita, dan barulah akhirnya rakyat merdeka seluruhnya.

-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)

Anonymous,  15 October 2012 at 21:50  

Shadow Cabinet of Najib :

PM : Madey
PM 1 : Rosmah
Finance : Rosmah
Menteri wanita : Najib

Anonymous,  15 October 2012 at 22:33  

Dato
Bukan shj pemimpin meracau malahan generasi muda berfikiran meracau kian bertambah. Evaporation of trust menjadi-jadi dikalangan generasi muda. Nur sepakat & muafakat dikalangan bangsaku semakin pudar malahan berlaku polarisation..Generasi muda Low Order Thinking (LOT) subur membiak dlm senario politik pecah-belah yg diamalkan oleh bangsaku sejak zaman aku bersekolah lagi. Ada yg menuntut dlm bidang kreatif/inovatif di IPT tapi sanggup tunjuk punggung..bahasa kesat dilabelkan pada individu melalui media elektronik..tak terkecuali pemimpin yg arif dlm bidang agama pun dikutuk hebat..Generasi ini kebanyakannya golongan LOT. Mereka amat mudah dimanipulasi..pak turut.. pemikiran kurang rasional..tanpa berfikir..Inikah jenis generasi bangsaku yg mampu berhadapan dgn agenda Zionist abad 21? Bangsa yg mewarisi generasi LOT mudah dibaham oleh pencinta zionis. ROSAS

Anonymous,  15 October 2012 at 23:46  

bodohnya manusia untuk percaya mem butatuli. bodohnya manusia kalau tak kenal antara fitnah,rekaan atau rasa busuk hati.bodohnya manusia yang matanya buta terhadap ehwal semasa. bodoh ...bodoh nampak cantik padahal busuk

Anonymous,  15 October 2012 at 23:57  

Salam Dato',

Sedih mengenangkan nasib ramai penduduk kampung di Pengerang. Dah la tanah kena rampas, mata pencarian pulak tergugat.

Ikut mana la gamaknya projek Rapid tu dapat meningkatkan taraf hidup penduduk Pengerang? Kebanyakan dari mereka adalah nelayan pesisir pantai. Projek Rapid berkenaan akan menyebabkan laut pesisir pantai di tambak. Sudahnya, nelayan-nelayan kena dayung sampan untuk menjala ikan di laut dalam (bunyi pun dah tak berapa logik).

Atau kerajaan nak train penduduk-penduduk kampung kat Pengerang untuk bekerja di kilang Petrokimia Rapid? So, dari nelayan, penduduk Pengerang akan jadi pekerja kilang Petrokimia (lagi la tak logik).

Iskandar Malaysia di bina betul-betul kat tengah-tengah Johor. Siapa yang mampu beli rumah kat situ? Kebanyakannya if not all Singaporeans. Habis tanah Melayu (at a very strategic location ~ di tengah-tengah Johor) kena jual kat Singapore. Melayu duduk kat mana? Kat tepi-tepi pantai. Sekarang, tanah kat tepi pantai pun kena rampas. Lepas ni, Melayu nak duduk kat mana la pulak gamaknya? Maybe, Malays in Johor will share the same fate as Malays in Singapore in the very near future. Maybe.

FS

nick 16 October 2012 at 08:05  

What a crazy world we live in right now! UMNO and especially Najib are asking us the voter, the citizen of Malaysia the reason why we are rejecting them wholesale when he acknowledges that UMNO and himself are corrupt people and presently, blatantly using their position and power to evade justice thus remaining at large! That's like a "penghulu kampung" being caught with his pant down raping and robbing the house of one of his villagers, still has the audacity of asking his captors to trust him, let him continue with his raping, robbing and then unbelievably ask to be elected as penghulu for yet another term!

And what do we Malay villagers do then? Do we let the criminal continue with his raping and pillaging and afterwards still elect him as a penghulu? Or do we bound the criminal and sent him to the police or better yet kick him down the abyss of no return? I am filled with curiosity and anticipation to the answer and hopefully we the Malays are not in the same situation like najib where he can never eats roti telur since he doesn't even know that you could put an egg or two in your roti. Come GE, we will all know if we are roti najib material or roti telur dua "gred A"! I'm hoping the malays prefers the latter! ABU "Aku Benci UMNO"!

Nick.

Anonymous,  16 October 2012 at 10:17  

Binawe punya pemimpin UMNO...kah kah kah
lg satu dato..x pyh la ckp ibrahim ali bebal..sbb kitaorg suma dh tau...
syabas dato...wlaupn bhasa dato agak kasar...tp itulah bahasa yg selayaknya utk mereka...
BALUN DATO BALUN..

Anonymous,  16 October 2012 at 14:40  

Sir I have to disagree with you on this point, "Kita pun tahu cabinet bayangan Najib. PM= Muhyidin, TPM= Zamry Kadir.atau PM = Najib. TPM= Raja NIng Chik. Siapa peduli?" The reason I say this is when PR takes over a lot of these clowns from UMNO and not going to stick around, they would have taken shelter in countries like Argentina like a famous ex-politician who has a 800 hectare horse ranch because Argentina is a non signatory for extradition. Another reason would be even if they stayed they would be facing many charges on corruption and abuse of power. Do you think they would want to stick around to find out. I and every bodies Aunty and uncle know Plan B and C are being implemented, divesting and cashing out now while they still can before the axe falls.
Ghengiz

Anonymous,  16 October 2012 at 15:41  

Tak stuju Amirul !!! Yang di bodohkan ialah MCA...UMNO kata "duduk" , MCA duduk ! UMNO kata "berdiri" , MCA berdiri ! UMNO kata, " shut up !" MCA diam bisu !!!

Anonymous,  16 October 2012 at 16:50  

Benar kata saudara, apa yang IBrahim Ali sibok tentang Kabinet bayangan PR. Sudah pasti Kabinet PR kelak, tidak ada manusia macam Ibrahim Ali. Lebih baik Ibrahim Ali memikirkan nasib masa depan beliau selepas PRU 13. Setelah UMNO/BN jadi pembangkang apakah Ibrahim Ali akan maseh bersama UMNO/BN ATAU beliau dilihat berjinak-jinak dengan wakil Rakyat PR dikaki lima Parlimen Malaysia. Itupun kerajaan PR anggap bangunan Parlimen itu Rakyat yang punya, maka sesiapa rakyat Malaysia termasuk Ibrahim Ali boleh ke Parlimen, bukan macam sekarang Pelajar SAR ke Parlimen PM tak nak jumpa,jemput masuk ke Parlimen pun tidak. Ketika itu saya hanya dapat berdoa manusia macam Ibrahim Ali & seangkatan dengan beliau (termasuk yang bekas PKR.PAS & DAP)maseh betul akal mereka dan tidak merayau-rayau di Jalan Cow Kit, mencari sesuatu.

sizzly7761 16 October 2012 at 21:28  

Melayu terjun laut la Bro! Inilah penangan akibat melayu Johor yang terlalu nostalgik dengan UMNO sampai jadikan UMNO sebagai keramat yang tak boleh ditukarganti.Dengan segala macam Korup yang pemimpin UMNO lakukan masih ada manusia yang sanggup sokong perasuah,penipu dan kaki auta sebagai pemimpin mereka. Boddonya......

Abu Amir,  17 October 2012 at 08:29  

Apa yg terjadi kepada penduduk Gelang Patah kini berulang kpd Pengerang pula. Berapa banyak tanah org kampung GP telah diambil oleh kerajaan johor kemudian dijual kpd UEM iaitu syarikat kroni. Dulu kerajaan johor bayar pampasan RM30~50K sehektar sekarang harga sehektar RM1 juta. Kroni umno makan isi daging, rakyat GP hirup kuah. Tanah terjual hasil pun tiada, turun laut semula jadi nelayan. Hasil laut pun semakin kurang. Hidup melayu johor terus papa kerana sokong umno melampau.

Banyak hartanah Iskandar Johor milik org singapura melayu merempat dibumi sendiri angkara jahanam pemimpin umno.

Apakah ini salah PAS,PKR atai DAP?
Siapa jual tanah rizab melayu?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP