Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 7 October 2012

Memahami Bajet Najib



Di satu pihak kita ada pendapatan. Datang nya dari segala macam cukai, dividend dari pelaburan, sumbangan dari syarikat milik kerajaan seperti Petronas dsb. Sebahagian besar juga  datang dari hutang. Kerajaan pun hutang jugak. Macam pelajar yang ambil PTPTN. Beza nya, mahkamah tak kejar kerajaan. Tidak ada hukuman.
Kalau mahkamah yang dikuasai oleh UMNO/BN takkan kejar mereka, apa perlu kita buat. KITA rakyatlag yang kejar dan hukum mereka dengan menggantikan UMNO/BN di Putrajaya dan sebanyak mungkin kerajaan negeri. Ajor dan kejor dia yop!
Macam mana nak tingkat kan pendapatan? Naikkan cukai. Naikkan sumbangan darida GLC dan pelaburan. Kita urus dari sudut pendapatan. Luaskan base cukai. Cukai semua orang seperti melaksanakan GST. Najib dah hint hint nak kasi GST. Mampuih kita semua. Orang atas pas pas kebawah kos dan ahkirnya, orang bawahan, rakyat miskin bayar cukai tinggi untuk menampung kehidupan kebangsawanan Najib dan geng2 dia. Setiap malam Kak Ros parti2 dan nyanyi atus pentas. Nari2 dengan Raja Shahrizal dan Mahathir Lokman.
Atau kurangkan perbelanjaan keatas item2 yang kurang penting. Belanja mengurus atau opex misalnya, apapasal terlalu besar?  Sebab bayar emolument terlalu tinggi. Sebab beli perbekalan dan khidmat terlalu tinggi. Dah tambah ramai perkerja sangat, tentulah tambahan perkerja memerlukan tambahan belanja keatas perbekalan dan khidmat.  Macam tak tahu kira pula PM Najib kita.
Pada satu pihak lagi, kita ada perbelanjaan. Bajet ialah mengurus antara pendapatan dan belanja. Pendapatan negara ialah rakyat punya. Nak guna atau belanja , kena mintak dari parlimen. Mesti dibenarkan oleh undang2 dan bil parlimen. Kalau tidak ada bill, tak dilulus undang2- itu mencuri nama nya. Itu pecah amanah. Jangan suka2 belanja ye. Itu duit kami. Parlimen jaga hak rakyat. Parlimen bukan jaga hak Najib atau hak Anwar Ibrahim.
Oleh kerana wang nya ialah wang rakyat, rakyat berhak bertanya dan menegur cara duit itu dipakai. Kalau tak baik, kalau main silap mata, kita berhak marah. Rakyat berhak marah, apabila menteri kewangan cabut lari dan tidak mahu mempertahankan bajet yang dibentangkan. Kalau duit itu dia punya, dia nak beli beratus cincin berlian ke, nak beli ratusan beg tangan, ratusan jam tangan yang termahal atau nak guna untuk shopping gila2- kita rakyat tak peduli. Ada kita kisah?
Tapi kalau rakyat punya duit, maka hak kita dan perasaan kita mesti dijaga. Pembangkang dalam parlimen – mereka semua pembangkang DYMM  Agung Malaysia. Mereka pun mewakili hampir 50% pengundi popular. Kita pun nak dengar bagaimana kerajaan hari ini menangkis kritikan mereka.
Jangan cakap baket PR tak bernlai. Jangan cakap kertas diatas mana bajet PR dicetak, lagi mahal. Jangan cakap bajet kamu superior. Kalau kita takde telur nak defend bajet kita, maka yang tak berguna nya ialah bajet kita sendiri. Kalau apa yang diprint diatas kertas oleh PR tak berguna, orang akan kata, ucapan bajet Menteri  Kewangan Malaysia tak padan dengan masa-udara yang dia samun dari kita.  If PR’s bajet isn’t worth the paper its printed on- than BN’s Bajet isn’t worth the airtime stolen from us.
Kita boleh tengok, kemana aplikasi bajet yang di mintak oleh Najib. Bahagian terbesar dari pendapatan datang dari cukai pendapatan dan cukai tidak lansung. Duti keatas expot dan impot pun dikira cukai. Kerajaan juga meminjam suatu jumlah yang besar , 19% dari pendapatan.
Tapi kita tengok apa yang kerajaan lakukan keatas bajet deficit ini. sabsidi adalah suatu bahagian yang besar. Bila kerajaan beri sabsidi, harga barang atau servis yang ada sabsidi jadi murah. Gula , misalnya kalau tak ada sabsidi, harga nya jadi mahal. Bahan api atau minyak – jika kerajaan tak beri sabsidi, harga nya tentu mahal. Bila mahal, siapa yang menggunakan nya akan rasa perit. Rakyat miskin sebagai contoh yang suka makan gula, akan komplen dan marah. Pemilik motorsikal dan kereta  marah dan komplen bila harga minyak marah.
Tapi benarkah sabsidi bawak faedah kepada orang miskin? Berapa besar komponen orang miskin yang mengguna gula? Demikian juga dengan bahan api dan pembakar? Siapa yang guna nya dengan banyak? Kilang2 besar2? Pembekal bahan bakar swasta atau IPP?

21 comments:

Anonymous,  7 October 2012 at 14:23  

Datok Sak,

Posting dan ulasan yang seimbang. Patut sangat kita teliti dan fikirkan selaku rakyat marheim.

Datok', aku hanya buat imbasan begini. Aku dah lama sangat guna petrol RON 95, harga subsidi, aku bayar RM1.90 seliter. Baru- baru ini cuba guna RON 97 harga tanpa subsidi, RM 3.00 seliter untuk kereta burok ku. Rupa-rupa nya ada perubahan rupa-rupa nya. Kereta ku berjalan licin dan ada pick up berbanding RON 95 kadang- kadang tresekat dan tak ada pick up. Datok, pelajaran nya kita kena dan cuba berubah untuk tahu prestasi engine nya ,walaupun harga mahal skali ganda untuk tahu apa kesan nya wok. Makna nak tahu , kena kita BERUBAH walaupun harga nya mahal, tidak gitu BRo.

Yang aku tahu tanpa subsidi aku bayar murah. Tiada subsidi aku bayar mahal. Yang membezakan adalah kualiti dan prestasi. Allahuallam. Yang penting mesti berani memcuba dan cuba. Segala sesuatu itu ada time line nya. Tempat dan makhluknya adalah sama di sisi perlembagaan Negara.


TQ. Awiee Dichu.

Anonymous,  7 October 2012 at 14:48  

Tulislah berapa panjang pun. Orang dah tahu latar belakang orang yang yang gagal sebagai wakil rakyat. CARRY ON MEREPEK.

Anonymous,  7 October 2012 at 15:32  

Tak kan macam tu jer ulasan sdr. Budak sekolah rendah pun boleh tulis.

Anonymous,  7 October 2012 at 17:03  

Dato,
teruskan merepek sebab orang di luar lebih tahu merepek dari orang di dalam yang hanya tahu menjilat pungkok !!!

average joe 7 October 2012 at 18:45  

jab perangkaan kata bumi sabah paling rendah pendapatan purata isirumah.
kena tanya mereka, kalau subsidi gula subsidi petrol dll "subsidi utk rakyat" ditarik atau dikurang, adakah mereka terkesan atau ada mereka kesah?
kalau tanya aku, tarik "subsidi" gula, aku tak begitu kesah, sebab aku mmg kurang guna gula. tapi jawapan aku "tak begitu" kesah, sebab aku takboleh pikir hal aku sorang je, kena gak pikir emak bapak, adikberadik, kawan, jiran... depa tu ramai manis2, eh suka manis2, dah tentu banyak guna gula, dah tentu terkesan bila harga gula naik harga "air kaler" naik harga kuihmuih naik dll lagi la dalam rantaian konsumerisma yg akan turut naik...

tapi kalau tanya pasal "subsidi" petrol, dah pasti aku mengamuk dan sumpahseranah mana2 kerajaan yg cuba menarik kemudahan yg setiap pengguna dari kalangan orangramai termasuk aku cuma dapat lbhkrg 80sen seliter ron95. ok katalah 1rgt "subsidi" seliter. aku guna lbhkrg 1 tangki seminggu, lbhkrg 40L. jadi "subsidi" seminggu 40rgt, sebulan 160rgt.
wow! banyaknye! 160rgt aku "dapat" sebulan dlm bentuk "subsidi" petrol dari kerajaan!
siapalah yg baikhati sangat dari "kerajaan" yg "bagi" aku 160rgt sebulan nih?! pm la dgn kabinet dia. kabinet yg putuskan nak bagi "subsidi" kat rakyat berapa atau tak bagi langsung. atau parlimen yg putuskan. tapi kalau parlimen yg berkuasa yg buat keputusan pun, takde faedah gak sebab yg jadi kerajaan tu yg paling banyak peluk kerusi parlimen, dan bila mengundi untuk luluskan sesuatu keputusan, setiap kerusi tu cuma akan angguk setuju je apa2 bos usulkan, bukannya pentadbiran politik matang macam kat amereka cthnya, di mana apa yg obama usulkan belumtentu dapat sokongan setiap senator demokrat. jadi kat malaysia ni sama je la kalau keputusan di tangan parlimen ke, tangan kabinet ke...

er, cuba kita tengok yg kat kabinet tu, berapa pulak depa dapat "subsidi" DARIPADA rakyat. um, setiap menteri kalau nak buat majlis keraian mcm nak buat kendurikawin anak (atau bapak sendiri) depa dapat "subsidi" berapa ratus atau berapa ribu sebulan? nak beli henfon dapat "subsidi" berapa ribu setahun? nak beli, eh bayar amah muda dari seberang, dapat "subsidi" berapa ribu sebulan? tambah lagi 1 amah muda dapat berapa ribu "subsidi" sebulan? banyak lagi lah "subsidi" ribu2 setiap menteri dapat setiap bulan, yg kita rakyat ni "bagi" kat depa. er, kita "bagi" lah tu menurut kabinet/kerajaan yg buat keputusan nak bagi kat diri depa sendiri tu.

oh, beza "subsidi" dari rakyat pada depa ni daripada "subsidi" depa pada rakyat, ialah:
1.utk jaga imej dan "taraf vip" depa, subsidi depa takde lah digelar "subsidi" tapi diberi penjenamaan semula - "elaun" (aik?! ramai tak perasan ke??!)
2."subsidi" depa ni, walaupun depa tak beli/bayar benda yg disubsidikan tu, depa masih dapat duit tu tiap2 bulan, maknanya walaupun bulan ni takde buat kenduri dia kawin ke cucu dia potong jambul ke, dia tetap dapat beberapa ribu elaun keraian tu. (eh?! yg kita ni kena beli petrol baru merasa subsidi petrol!)

oh lagi satu, menteri tu buat keputusan yg kita rakyat ni pun bagi jugak depa "subsidi" kereta berjumlah, er bernilai 1 bijik proton perdana, sorang sebijik. dan kita bagi depa setiap orang "subsidi" petrol setiap bulan berjumlah, er, jumlah tanpa had!

berapa tadi aku punya subsidi petrol sebulan? 160 rgt???

kamu berani la nak potong subsidi utk rakyat, pasti aku seru roh si-tukang amok bersamurai dari alam ghaib pergi pancung subsidi2 kamu pula!!!

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

Anonymous,  7 October 2012 at 22:19  

Anon 14 48
Typical of umno fellas to say that-thats the only strategy they know -character assasination of people who are not on their side just look at what they did to anwar.
Never mind its good thing dato left umno.As Dr M kata-orang umno bodoh dan bangang. Yang cerdik,pandai, pintar semua join PAS,PKR,DAP

Anonymous,  7 October 2012 at 22:41  

Kepada Anonymous 7 October 2012 14:48. Saya tidak tahu pula yang Arif Sabri adalah wakil rakyat yang gagal, tetapi boleh tak bagitahu bahagian mana yang dalam posting ini Arif Sabri merepek?

Anonymous,  7 October 2012 at 23:41  

Anon14:48

Nak kata merepek, merepeklah. Tapi bagi saya ini semua luahan dari seorang 'insider'. Kena sasarannya rasa sakit tetap ada. Oleh statusnya sebagai bekas insider maka kisah-kisah beliau tentang penyelewengan UMNO lebih autentic, lebih tajam, lebih pedih. Gunakanlah ruang blog ini untuk balas tembak serangan daripada Dato' Sak, jangan harapkan askar-askar kerdil dari Perkasa untuk membela UMNO melalui Utusan Melayu. Pandang kiri kanan siapa di dalam UMNO yang benar-benar bermanfaat penuh dari rancangan kerajaan yang kononya adalah untuk semua orang Melayu. Melawatlah Kuala Lumpur dan tanya setiap pemandu teksi, baik orang Melayu, India, Cina, Indonesia,dll siapa tuannya lesen teksi itu. Jangan satu dua orang je, tanyalah 20-30 orang sehari. Sejak saya mengguna teksi dari 1964 hingga sekarang belum terjumpa seorang pemilik teksi memandu teksinya.

Jeritan dan tangisan rakyat yang semakin kuat kedengaran kebelakangan ini, menjelang PRU13, jangan diremehkan sebagai omelan kosong. Se saat Melayu mesti dipelihara,se saat kemudian terdedah kisah lembu tak mahu tinggal diladang tempatan,terpaksa juga import dari negara lain. Ada banyak, banyak lagi kisah songsang buatan manusia dari UMNO.

Dato' teruskan dengan 'strip tease' show - biar UMNO dan rakan-rakannya dibogelkan perlahan-lahan, macam Rose Chan membogelkan dirinya 60 tahun dahulu. Aku nak tengok orang Pakatan menjerit,"Ai yoh you macam Rose Chan dulu tak malu, dia punya muscle cantik, lu kuat makan duit lu punya perut macam ikan buntal"

Anonymous,  7 October 2012 at 23:49  

anon 7 October 2012 14:48

MEREPEK ke "KELEPEK (UBI KAYU)"? Apa yang merepek.Hendak juga kami tahu pandangan yang berbeza dari sdra dari ulasan Sak. Tak panjang pun bagi le hujahan satu dua yang menyanggah pandangan Sak dalam artikel ini.

Bolehlah kami membuat perbandingan.Siapa yang merepek dan siapa yang jenis kelepek ubi kayu.



Anonymous,  8 October 2012 at 02:42  

salam dato,

kalau kerajaan berani, sama-sama batal sekali semua subsidi yang diberi kpd rakyat markein dan kroni-kroni ahli-ahli politik dan juga IPP.

pendek kata, subsidi yang digunakan oleh rakyat seperti petrol berpaut pada pengunaan bermeter/metrik.

tapi bila kita banding dengan subsidi yang diberi kerajaan kepada syarikat IPP seperti Malakoff/Genting/YTL; sama ada bekalan elektrik yang dijana digunakan oleh TNB ataupun tidak digunakan pun kena dibayar subsidi kerajaan.

adakah ini adil/saksama bagi rakyat?

ya; mungkin sedikit sebanyak kos kena ditanggung oleh rakyat sekiranya kos petrol/diesel naik dan subsidi tidak dipertahakan.

tapi apasal IPP yang tersebut di atas sama ada bekalan elektrik yang dijanakan diguna ataupun tidak dipakai oleh TNB pula diberi subsidi kerajaan?

tq

passerby

Anonymous,  8 October 2012 at 08:51  

Ada versi yg menjelas dalam lagi graphis tu Datuk?

Apa SUBSONES 15.1% ?

Di mana pendidikan dan kesihatan?

Ada keterangan lebir lagi ke boleh download?

Terima kasih!

bumi-non-malay 8 October 2012 at 08:59  

UMNO dah Hina Allah kerana tidak guna Duit Rakyat dengan bijak.....malah berjuta manusia Malaysia masih mati kelaparan kerana gila duit korrupsi. Berapa tahun lagi nak miskin?? Nak idamkan negara Maju .... Usah banding dengan negara yang tak ada kekayaan semula jadi....macam Singapura. Sebenarnya Malaysia patut ada 12 Negeri Singapura.... Disebabkan Korrupsi, Allah tak kurniakan apa2 kebaikan kepada Malaysia!!...... ABU!!..Asalkan Bukan UMNO memerintah malaysia!!

walla 8 October 2012 at 09:53  

We must also recognize that the GLCs are more government than private sector. They are also bleeding. Their debts are gargantuan.

Najib's government has been bailing them out through locked purchases, subsidies, buy-backs, write-offs and direct contributions. If the GLCs are more private than government, this would not have been allowed so cavalierly.

Next, add his government's loans taken from statutory funders which are basicaly rakyat savings and equities, and you cannot escape the conclusion the economy is sitting on a powderkeg.

All these special features are not reflected in the budget but they are captured in the treasury books so that the budget presented in parliament is incomplete.

Secondly but equally important, there is some misplaced confidence that since most of the loans owed are pledged to domestic funders, everything will be alright because there is a pool of sovereign assets like land and the money printing press which can be tapped to prevent default.

This is grasping at straws because if realized, it will be fire-sale at auction prices with ownership in trust moving to privateers.

Land and so on held by a government belongs to the state and ultimately to the rakyat, meaning future generations. There, comprendre?

Therefore, can post-no: 2 umno cybertrooper anonymous 14.48 above and others of equally low spine like him regale us with his responding thoughts on these points?

While at it, maybe he can also suggest a palatable reason why Najib can openly bombast about a holistic approach to tackling corruption when he himself has tried to cover up Taib's USD21 Billion nepotistic run on Sarawak's wealth. If this is not so, do proceed to rebut how so many family members are well-placed to personally benefit from the state's assets and contracts. Ibans, wake up!

Lastly, the release of Auditor-General's report has been delayed. The PAC has been knuckled for talking about it. We all know auditors are fetish about deadlines so the report would have been long ready even before the Budget was tabled.

Therefore what other conclusion can be derived for the delay save the fact the report is being massaged even as we speak. And no, spa's of good repute are not doing that kind of massage but rest assured, even when it be window-dressed, the rakyat will boil. Volcano massage, then perhaps?

How can this country continue to be run like this? That is the question forming on your lips this monday morning hour.

Need some bonjela because those lips are getting swollen?










Anonymous,  8 October 2012 at 11:20  

Kalau nak bidas pun, gunalah fakta bro... Kita sekarang ni nak nilai guna fakta bukan tuduhan tak berasas. Lagi satu kita cakap pasal budget BN VS PAKATAN bukan peribadi penulis....

Anonymous,  8 October 2012 at 13:15  

RM250 billion tak banyak.

Itu boleh 30% dibiyai Taib.
Mahathir boleh cumput 30%
Daim 30%

Dan Ali Rustam 10%

Ape lah susah-susah!

Bukankah Melayu suka jadi hamba?

Anonymous,  8 October 2012 at 19:43  

Cuba tengok muka lim kit siang. Adakah muka ini akan jaga hak orang melayu? Bukankah orang ini yang suruh orang melayu balik kampung masa 13 Mei? Orang inilah yang awak sanjung sekarang.

Anonymous,  8 October 2012 at 20:01  

Tiap tahun Budget adalah durian runtuh untuk ahli politik dan kroni
kerana dapat peruntukan baru untuk tahun depan

Kita kena pandai kira, berapa % komisi dan projek konsesi baru kepada kroni kroni berbanding kepada subsidi kepada rakyat

Itu adalah perbezaan antara yang berkuasa dan hidup mewah sombong dengan orang biasa

Anonymous,  8 October 2012 at 20:59  

Aduh....kalu reply mcm ni toksah siarkanlah dato...

Anonymous,  9 October 2012 at 01:08  

datok punya kajian memang mendalam dan bernas, cukup tajam..seangkatan dgn aspan....teruskan..usaha

Anonymous,  9 October 2012 at 08:52  

Bila tengok muka Kit Siang tengoklah jugan muka Soi Lek. Pastu tengoklah muka Anwar, Hj Hadi dan tengoklah juga muka Najib, Muhyidin. Baru betol!

Anonymous,  9 October 2012 at 09:59  

Anon:8Oct2012 19:43

Bukan Kit Siang yang katakan ni. Inilah yang UMNO katakan Kit Siang katakan. Takkan dia begitu bodoh. Tapi, boleh diakui bahwa ada Cina atau India gila yang katakan sedemikian. Orang rasa panas, memang jadi gila pada saat itu. Begitu Cina, begitulah India, dan begitu juga Melayu, dll.

43 tahun selepas Mei13 1969 baharu saja UMNO merasakan tepat masanya mengungkit sekali lagi peranan DAP dan pembangkang dengan satu filem propaganda murahan yang penuh dengan racun. Kalau bukan PKFZ, NFC, Scorpene, saya pikir filem tak perlu.


Tanyalah sendiri apa sudah terjadi dengan jurang hidup antara yang miskin dan yang kaya di negara kita. Tengok siapa yang menganggur dan menunggu isyarat daripada bos untuk membaling batu.

Bukan rakyat tak tahu kejahatan bos-bos UMNO yang tidak sejiwa dengan rakyat yang patut mereka pelihara.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP