Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 15 February 2009

Antara Tiga

Beberapa hari lagi, ke tiga tiga calun ketua pemuda UMNO akan muncul dalam TV. Iaitu dalam suatu acara menghujjahkan beberapa isiu politik dan pelbagai perkara.

Saya di fahamkan bahawa audiens yang akan menyertai forum tersebut terdiri daripada pelajar2 pusat pengajian tinggi. Ini suatu langkah yang bijak untuk mendedahkan para pelajar kita yang akan menjadi warga pengundi dimasa yang akan datang, untuk membuat penilaian keatas bakat pimpinan negara.

Para pelajar yang boleh di anggap sebagai lebih rasional dalam membuat perhitungan akan mendapat peluang, secara berdepan untuk mengadili 3 orang tokoh pemimpin muda kita. Mudah mudahan dengan sifat keterbukaan UMNO menonjolkan pimpinan bakal muncul mereka untuk di adili melalui suatu forum cungkilan minda, bertambahlah keyakinan mereka terhadap kesungguhan UMNO menawarkan pimpinan kepada rakyat negara ini.

Saya percaya, acara tersebut akan di mamfaatkan oleh ketiga tiga calun untuk menonjolkan bakat kepimpinan mereka.

3 orang calun tersebut, Mukhriz Mahathir, Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mempunyai kekuatan masing masing. Mereka semua petah bercakap. MM, saya tidak fikir tidak petah berbicara dan berhujjah seperti persepsi orang ramai. Khir Toyo sudah pasti bisa ngomong jowo dengan tempe power nya dan ini di tunjukkan dalam halaman blog nya sendiri. KJ, semua orang tahu boleh dan petah bercakap. Malah persepsi orang, KJ lah yang paling handal berartikulasi.

Orang ramai, terutama nya para perwakilan pemuda akan melihat melepasi kepetahan bercakap. Mereka akan melihat kepada:-

Isian percakapan ke 3 calun. Dalam sejarah manusia, terdapat banyak contoh pemimpin yang tidak karismatik dan membara berpidato di utamakan daripada yang pandai berpidato. Saya rasa orang ramai sedar bahawa kepetahan bercakap tidak terterjemah secara otomatik kepada kemampanan buah fikiran dan minda. Maka dari sudut ini, misalnya, kelebihan berbicara yang ada pada KJ tidaklah perlu di gusarkan oleh MM atau KT.

Saya mengesyorkan para perwakilan pemuda melihat kepada faktor2 berikut:-

  1. Keupayaan melihat kepada persoalan yang lebih besar.
  2. Lihat kepada kapasiti minda mereka
  3. Lihat kepada kapasiti imajinasi mereka
  4. Kita lihat juga kepada keinsafan keatas realiti pada calun calun tersebut.

Saya pernah berkata dalam artikel saya yang dahulu dahulu,bahawa pemimpin UMNO akan di tentukan dalam tandas PWTC. Itu percakapan sinis saya untuk membayangkan bahawa pimpinan UMNO di tentukan melalui perpindahan wang dari tangan pemberi kepada perwakilan. Semua orang tahu, baik dari pemilihan bahagian sehinggalah pemilihan MKT, dalam tandas bangunan perwakilan berhimpun, para operator licik menghulurkan wang sebagai pelincir memilih calun yang mereka bawa.

Hanya yang terlintas dalam fikiran saya, jika pemimpin yang kita pilih di tentukan dalam tandas PWTC, tidak kah mungkin pula, kualiti pemimpin yang kita perolehi adalah kualiti tandas?

Tidak syak lagi, perkara pembayaran wang akan terus berlaku semasa ( perhimpunan Agung UMNO) PAU kali ini. Rakan rakan SB saya menyatakan nya sebagai PERGONG. Perhimpunan Agong. Istilah ini pun boleh di tafsirkan dari pelbagai sudut. Dan tentu sahaja, perhimpunan Agong perwakilan UMNO itu sebenarnya adalah musyawarah antara gambar agong yang diatas kertas itu.

Apakah isiu yang lebih besar dari persaingan antara ke3 calun tersebut?

Antara nya, kepada saya, apakah peranan dan fungsi Pemuda UMNO dalam mengobah UMNO sendiri? Apakah peranan Pemuda dalam usaha mengembalikan kerelevenan UMNO dalam kehidupan orang Melayu? Apakah peranan dan fungsi Pemuda UMNO dalam membentuk suatu Malaysia yang inklusif untuk semua bangsa? Sebagai parti yang di anggotai oleh orang Melayu dan memproklamirkan diri sebagai mewakili orang Melayu, bagaimana ia memainkan peranan untuk mengimbangi tuntutan bangsa Melayu dalam konteks mengujudkan suatu Negara untuk semua orang?

Kepada saya, isiu isiu ini adalah lebih besar daripada kesukaan kita menganalisa personaliti calun ketua pemuda. Kepada saya, saya mahukan seorang Ketua Pemuda yang boleh mengartikulasikan fikiran nya keatas isiu2 ini dan menawarkan pula buah fikiran bagaimana mencapai matlamat matlamat ini.

Sudah barang tentu kita mahu melihat seorang KP yang mempunyai ketangkasan dan ketajaman minda. Sesungguhnya, ia membantu keadaan, dimana kita tidak perlu mengulangi apa yang kita cakapkan untuk di fahami oleh ketua kita. Saya tidak mahu seorang ketua yang bebal yang memaksa kita mengulangi beberapa kali untuk beri dia faham.

Kapasiti minda dan kuasa penganalisaan atau penalaran boleh kita cungkil dari rekod akademik masing masing calun, pengalaman mereka, dan sebagai nya. Dalam aspek ini, kelayakan masing masing calun tidak lah di pertikaikan.

Kita juga mahu kepada seorang ketua yang boleh membayangkan suatu masa depan yang mepunyai keberangkalian yang munasabah. Sebagai contoh, boleh kah menjadikan Pergerakan Pemuda sebagai sebuah organisasi yang lebih releven dalam pembentukan dasar Negara menjadi keberangkalian yang boleh di capai? Can the Pergerakan Pemuda be envisoned turning itself into an organisation that also gives inputs into the policies affecting the nation? Bagaimana melakukan perkara ini? Tentulah dengan pertama dan utama, menentukan supaya barisan pimpinan pemuda terdiri dari tokoh yang berkualiti.

Akhir nya, kita juga mahukan seorang KP yang insaf mengenai realiti kuasa dalam politik. Bayangkan jika kita ingin seorang KP yang inginkan pula Pemuda menjadi sebuah organisasi yang releven dalam pembentukan dasar Negara di mana kepentinan golongan muda di perjuangkan- bolehkah ini di capai secara realiti, kalau kita berada diluar pentadbiran? Dalam konteks ini, tentu sekali, saya mahukan seorang KP yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. Seorang KP yang tidak berada dalam jentera kerajaan adalah seorang KP yang dayus. KP seperti ini akan menjadikan PP UMNO sebagai sebuah organisasi yang tidak releven.


14 comments:

one one no belen 15 February 2009 at 09:56  

Sebuah rencana yg sangat menarik.Terima kasih kerana berjaya membuka mata kepada para perwakilan.Saya rasa perlu jugak kita letakkan beberapa syarat yg perlu ada pada pemimpin untuk para pewakilan menilai aspek yg perlu ada pada pemimpin tersebut.Janganlah pewakilan hanya melihat wang yg dihulurkan sahaja berbanding keupayaan pemimpin tersebut memimpin.Ingatlah wang yg tak seberapa itu akan memusnahkan bangsa kita.Fikir fikirkanlah.jangan biarkan nasib bangsa diabaikan hanya kerana wang yg tak seberapa.

LESONGINDEK 15 February 2009 at 11:23  

Salam SAKMONGKOL,

CUBA PERHATI DARI SUDUT POSITIF NYA, PEMIMPIN MESTI ADA PENGIKUT NYA WALAUPUN DALAM GEROMBOLAN DAN OMBOLAN YANG SAMA. MALAH BERGEBANG DI KOPITIAM PUN ADA KETUA (PEMIMPIN) DAN PENGIKUT. kALAU TAK ADA PENGIKUT MACAM MANA DIKATA KAN PEMIMPIN. SOAL RUANG DAN KEADILAN DI PERTIMBANGKAN OLEH PENGANJUR KOK. LEPAS SEORANG DARI TIGA ORANG MENANG AKAN BERTAUT BALIK, KERANA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA TIDAK KERANA DUIT DAN PANGKAT. KAN ITU PERJUANGAN GEROMBOLAN UMNO.


2. SOAL TANDAS KERANA MANGKOK NYA. KENAPA TAK REPORT. KALAU TAK ADA MAKNA TIADA KES. HANYA PERSEPSI SAJA KOK. FAKTA JIKA ADA DI HUKUM. MANA ADA ORANG UMNO BAIK DAN BERHEMAH LAGI AMANAH DAN BERTANGGUNG JAWAB PUNYA.

3. AKU SOKONG PANDANGAN SAKMONGKOL ITU AMAT BIJAKSANA UNTUK DIGUNAPAKAI DAN DIPERDEBATKAN OLEH PAK KHIRTOYO, PAK MUKHRIZCHEDET DAN BAPAK KHAIRY J. TAPI AKU RASA BAPAK KHAIRY MESTI UMPPPP...PUNYIA, JANGAN CAKAP LAH.

4. AKU NAK NAK PERHATI APAKAH MIMPI,REALITI DAN FOLLOW UP DAN FOLLOW THROUH PEMENANG KP NANTI BAGAIMANA MEREKA BERFIKIR DILUAR KOTAK DALAM MEMPERJUANG BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

5. SAKMONGKOL TAK TAKUT KE, KRITIS SANGAT DUNIA PANDANGAN MU ITU. ORANG ATAS GEROMBOLAN MU TAK TERGURIS KE ATAU...MARAH. BIASA NYA ORANG UMNO BANYAK TAKUT LO. TAPI DARI KAJILIDEK AKU KAU MEMANG MACAM ITU SEJAK SEKOLAH, DI UM, DAN MASA JADI WAKIL RAKYAT HATTA PEGAWAI KHAS TOK DENAN, MB PAHANG. MAKNA NYA DULU,KINI DAN SELAMANYA YE. SYABAS DAN TERUSKAN.

MAAF JIKA TERKASAR DAN TK.

TK.

Anonymous,  15 February 2009 at 11:38  

Saya setuju dgn cara Tuan memberi pandangan. Saya berharap perwakilan akan gunapakai guidelines yang telah Tuan gariskan. Tapi kalau perwakilan masih tidak faham dan membuang undi mengikut 'tandas' concept maka tergadailah bangsa Melayu.
Pandangan saya

kuldeep 15 February 2009 at 12:03  

Marketing 101>>know your market,tailor products to the defined market,know your competitors and then advertise,advertise...

It may not be the breakthrough and best product but if it sells why should one risk changing the formula.

One aspect of advertising that can be a big leverage is product endorsement i.e if Tiger Woods uses a Nike ball,then it must be good enough for me.

In a really tight market with no comparative difference,a "middle of the road" type of approach sometimes work i.e it may not be the best or most value for money but at the very least it meets MINIMUM standards and not discernibly inferior in any aspects.

I have confidence that MKT shall find his niche.

Hang Tegar 15 February 2009 at 13:39  

Khairy is a leader who is able to see, conceptualise and use the big picture as a routine aspect of his thinking process and leadership messages. And a display of that is seen of his call for all KP candidates to meet and discuss on the strategies and preparation for the two by-elections, to be held in April 2009.

As a leader, what is important is not just seeing the larger context that an issue represents (having vision); it is also understanding the relevant and salient connections and relationships between elements (understanding context).

There are two critical aspects that make up the big picture: relationships between critical elements and foresight.

[1] The relationship between critical elements has to do with systems and practices and the dependencies that exist between them. For example, you may want your workers to act in a certain way, but in reality they are motivated by your rewards system to act in ways contrary to your desires. In order to get them to change their work behaviour, you will first need to change your rewards system.

[2] Foresight has to do with understanding how current trends will shape future conditions. Systems and processes are constantly changing and modifying the big picture. Effective leaders are able to anticipate the cause and effects of these changes and project a big picture that encompasses future opportunities.

Leaders who can command the big picture are able to generalise a complex issue, thought or action in a way that everyone can understand so they may take independent action that contributes to the larger need of the organisation.

The above will only show and prove one thing: That Khairy has the strongest and biggest Leadership Capital for the Ketua Pemuda post.

Hang Tegar 15 February 2009 at 13:40  

Salah satu sifat seorang Pemimpin Besar adalah berpandangan jauh, bertanggung jawab dan mampu melihat dan menilai kepentingan organisasi lebih dari peribadi. Ini ditonjolkan oleh Saudara Khairy dengan mempelawa calon-calon Ketua Pemuda mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan jentera pilihanraya bagi dua pilihanraya kecil yang bakal diadakan dua bulan lagi.


Ia satu saranan dan inisiatif yang begitu inklusif, berdaya kepimpinan dan mencerminkan jiwa besar seorang pemimpin dari anak muda bergelar Khairy. Ini kerana persiapan hendaklah dibuat dari sekarang bagi memperkuatkan jentera bagi dua pilihanraya yang serentak, mengetatkan dan megembalikan fokus dan iktikad kepada pilihanraya kecil depan, memupuk semangat organisasi serta yang juga penting, membina mekanisme penyatuan dari sekarang; lebih-lebih lagi kerana pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas proses pemilihan kepimpinan UMNO.


Inilah contoh kepimpinan untuk semua

Hang Tegar 15 February 2009 at 13:40  

Salah satu sifat seorang pemimpin besar adalah berhati besar, di mana ia berpandangan jauh, rasional, berprinsip dan pemaaf orangnya. Sifat ini dizahirkan oleh Khairy apabila beliau, yang telah disakiti dan dilabelkan secara negatif oleh blog Malaysia Today, mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia [MCMC] yang telah menyekat akses blog tersebut, dalam bulan Ogos 2008.

Mungkin ramai yang menyangka Khairy akan menyokong tindakan MCMC atas kedudukan beliau sebagai mangsa blog tersebut, namun Khairy telah bertindak sebaliknya.

Anonymous,  15 February 2009 at 13:54  

Dato Sak,

Yang akan betul betul hadir pada hari itu adalah KJ. kerana, mukhriz mahathir adalah loud speaker bapaknya dan tidak pandai dan Khir toyo pula hanya nak menebus maruah dan egonya semata mata.

Khairy tak nekad macam dua org yang tak ikhlas. Khairy is the natural successor to Hisham and is experienced enough unlike the bonnie prince mukhriz and Khir yang dah tonngang terbalik di selangor.

Khir ketua pembangkang di Selangor shld just focus on the state he lost not alliviate himself to national level.

Anonymous,  15 February 2009 at 18:11  

Salam Dato',

Kalau Tandas yang menjadi penentu, maka cakap berbuih pemidato handalan pun tak akan menjadi apa-apa makna.

Penganalisa2 dan juga pemerhati2 , yang sedikit curious dan yang terlebih holistic akan lebih melihat dan membaca between the line, inuendo,dan source of your idea...

idea tuhan atau idea Syaitan....apabila mendegar ketiga2 calon tersebut.

Kalau didalam PAS mudah sikit untuk pemilih2 buat keputusan.Yang dianggap ter-alim tu lah yang terbaik... alim pula ada dua kategori
1. yang lemah lembut bahasa nya
2. yang jihad type yakni pejuang Islam

so you have to be extreme at both end, either you're nice or you're bad...there's no in between.

Balik kepada pencalonan KP, idea tuhan mungkin bermaksud islamic,kemelayuan dan lain-lain yang sedap-sedap. Idea syaitan mungkin yang ada kene mengena dengan Amerika, singapura dan lain-lain yang tak berapa sedap.

Walaubagaimana pun, permerhatian sebegini hanyalah bagi orang2 yang lebih kepada holistic approach. Ini hanya pendapat saya.

Greenbottle 15 February 2009 at 18:31  

pimpinan yang di mahukan bukan hanya berkisar tentang melayu melayu melayu...tetapi perlu melangkaui ideologi racist. dan bagi saya pemimimpin malaysia perlu berjiwa ISLAM yang juga menggambil kira idealism nilai universal untuk kebaikan semua kaum.

berpaksikan ini saya tidak nampak KJ Toyo atau MM menepati ciri2 ini.

malah saya tidak nampak umno am nya relevan untuk mencapai matlamat ini.

bagi saya umno perlu dihapuskan dari muka bumi malaysia. umno ialah penyakit bagi melayu dan islam...

Anonymous,  15 February 2009 at 19:49  

Sejarah menunjukkan banyak pemimpin negara yang hebat berpidato akhirnya tersungkur ke bumi.Banyak faktor yg menyebabkan ianya berlaku,antara lain, apa yang diutarakan dlm pidatonya yang dianggap hebat hanya merupakan satu psychological operation sama ada utk merebut kuasa atau mengekalkan kuasa. Tidak ada penterjemahan kpd tindakan yang betul2 murni dan tulus ikhlas. Pada saya banyak lagi dlm UMNO yg lebih hebat drp KJ baik dari segi ketrampilan berdebat maupun kelulusan akademik.Saya harap UMNO bijak memilih pemimpinnya.

Anonymous,  15 February 2009 at 20:24  

non partisan,
true, tapi kita letih kalau nakcari pemimpin yang seperti tuan nyatakan.
tapi masa ini, mereka tidak berada dalam gelanggang perebutan jawatan ketua pemuda.
mamat pekan

Anonymous,  15 February 2009 at 20:55  

Anon 20.24
Saya setuju mereka tdk berada dlm gelanggang pertandingan KP. Saya cuma ingin menegaskan janganlah UMNO begitu taksub dgn dakwaan kehebatan berdebat seseorang itu sehingga hilang rasional dlm mempertimbangkan faktor2 lain yang lebih kritikal demi menentukan masa depan UMNO.

UMNO PARTI PENJARA 16 February 2009 at 12:14  

Yang saya faham dengan istilah politik, adalah kemahiran mengurus dan melakukan kerja bukannya bercakap :-)






























+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jangan Takut Kepada Pembangkang Dan Bangkangan. Ingat, Layang2 Terbang Tinggi Kerana Melawan Angin, Bukan Mengikut Angin.
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP