Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 6 August 2020

Keputusan besar umno.

1. Bila Najib dikenakan hukuman 12 tahun dan denda 420 juta, UMNO kata ia akan buat suatu keputusan besar.

2. Sehingga hari ini ia belum buat keputusan tersebut.  Apakah bentuk keputusan itu?

3. Langkah ini membayangkan ia tidak yakin penghukuman Najib akan dibalikkan. Tidak semua hakim boleh dikorupsi.

4. Lagipun ramai orang UMNO sendiri percaya memang Najib seorang penyamun tarbus.

5. Keputusan hendak sokong seorang pesalah banyak risiko. Ia menggambarkan UMNO tidak hormat undang-undang.  Ia juga tidak hormat perlembagaan.

6. Salah satu langkah yang ia boleh ambil ialah memecat bossku dari UMNO.

7. Tapi kalau ia buat begitu ia membuka pintu ampangan.

8. Ia mencipta precedent dan mana tahu nanti kena pecat Zahid, Tengku Palsu Adnan, Bung, Azeez,.Isa ketek dll

9. Itu akan bermakna UMNO akan kemarau kepemimpinan. Ia takkan berani buat keputusan pecat.

10. Kalau ia pecat Najib UMNO akan pecah sebab mamat tu ada juga pengikut buta.

11. Maka terpaksalah UMNO bermukim dengan penyamun-penyamun tarbus. Diketuai oleh penyamun 12 tahun.

12. Masaalah UMNO ni ialah menyangka ia akan kembali dominen seperti dulu. Bak kata orang putih, 'the halcyon days are gone'.

13. Rakyat dah tahu pekong UMNO.  Budaya umno tidak dapat tidak, akan mengujudkan kleptokrasi.

14. UMNO ialah parti sekular yang tidak ada jiwa agama.  Ia terus dipimpin oleh segolongan elit neo feudal yang reaksioner diatas rakyat marhaen yang naive.

15. Ia sebetulnya penentang kemajuan rakyat marhaen.  Sebab itu rakyat melayu terus mundur.

16. Bagaimana ia melakukan angkara durjana ini kita bahas dilain tempat.

17. Keputusan lebih besar yang ia boleh buat ialah keluar dari pn. Tunjukkan kejantanan nya.

18. Tunjukkan bahawa ia sanggup bertindak diluar undang-undang unrtuk menyelamatkan Najib seorang.

19. Namun menyelamatkan penyamun seorang tu, membawa malapetaka yang lebih besar dan banyak.

20. Ia akan hilang satu-satunya cara ia kembali berkuasa.  Ya disebalik cakap-cakap besar konco-konco UMNO ia sebetulnya satu harimau kertas aja.

21. Bersedialah mereka yang jadi menteri dan pegang GLC-GLC untuk melepaskan jawatan masing-masing. Ada berani?

22. Hanya seorang dua saja yang benar-benar jujur menyumbang kepada rakyat.  Majoriti lebih berminat mengumpul rumput kering (hay)  sementara ada cahaya mentari.

23. Ironinya dengan menenggek pada berasatu ialah satu-satunya cara UMNO kembali berkuasa.  Ia tidak berani keluar.  Tak ada telur punya.

24. Kalau ia keluar ianya akan mendedahkan lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO kepada tindakan undang dan kemungkinan penjara.  Dan UMNO tanpa pemimpin adalah parti tanpa arah dan haluan.

25. Keluar, ia menunjukkan UMNO benar-benar tidak berjiwa Islam. Bukan al  Maidah: 2, telah memberi asas spiritual yang nyata?

26. Yakni  kita tolong menolong untuk kebaikan dan meningkatkan ketakwaan jangan tolong menolong untuk kejahatan.  Ketahuilah hukunan Allah  itu amat berat.

27. Kita tahulah UMNO itu parti sekular, tapi sebagai parti orang melayu yang beragama Islam, tidak sedikit pun dipandu olih Islam.

28. Nyatalah laungan membela dan menyokong Islam, hanya omongan kosong.

29. Berdegil menolong matlaon Najib,  trade-off  nya kehilangan dokongan rakyat melayu konservatif yang beragama Islam. Dan UMNO tanpa dokongan melayu ialah UMNO yang almarhum!

30. Menolong Najib  bererti menolong kejajahatan dan membuktikan UMNO tidak ada taqwa. Orang yang tidak ada, taqwa akan buat kejahatan.

31. Orang melayu disebelah kejahatan atau kebaikan?

32. Makanya jika UMNO membuat analisa kos-faedah memecat Najib  adalah keputusan yang lebih baik. Walaupun ia mungkin menyebabkan bencana kepada pemimpin lain.

33. Sekurang kurangnya ia menunjukkan UMNO sebuah parti untuk 'greater good' orang melayu.

34. Apapun keputusan besar yang diambil UMNO, ia adalah keadaan ditelan mati emak, diluah mati ayah.  Bolehlah wak muhyi menangguk diair keruh.

35. Mengenai hal itu telah saya bahas dalam artikel yang terdahulu.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP