Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 25 April 2012

Berakhir Sejarahnya untuk UMNO


Saya amat berterima kasih kepada seorang pembaca blog saya yang bernama saudara Zaidi yang melakukan kerja ini. beliau telah bersusah payah menterjemah artikel yang saya tulis dalam bahasa Inggeris. Amatlah tinggi hutang budi saya kepada beliau dan terjemahan yang beliau telah lakukan amat baik sekali. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Zaidi diatas usaha beliau ini. seterus nya saya berharap pembaca budiman terutama yang berbangsa Melayu akan menghargai usaha saudara Zaidi ini. sakmongkol.
Sebahagian daripada pembaca sudah dapat meneka bahawa artikel saya yang lepas meminjam tajuk daripada buku Francis Fukuyama yang masyhur itu. Saya ragu-ragu tentang seorang penulis yang menulis Najib sebagai PM bagi Negara yang memberkati dan bukannya Negara yang diberkati (ini merujuk kepada kesalahan bahasa bagi seorang blogger daripada Jerantut –penterjemah), saya tidak yakin dia pernah membaca buku Fukuyama tersebut. Jika dibacapun, mungkin dia tidak faham isi kandungan dan gagasan idea buku tersebut. Saya tiada masa untuk berdebat dengan beliau yang mana akan memuliakan lagi blog yang tidak mendapat sambutan itu.
Saya mengaku satu perkara. Blog saya kini tidak lagi berselindung sebagai forum perbahasan yang tidak berat sebelah. Semenjak menyertai DAP saya cuba mengemukakan sudut pandangan yang objektif dan semakin berfungsi sebagai orang yang menyebarkan cebisan-cebisan pandangan dengan objektif politik yang khusus. Saya tidak perlu menjelaskan dengan terperinci kerana ramai yang tahu apa yang saya maksudkan di sini.
Kembali kepada buku Fukuyama “Berakhirnya Sejarah”. Buku ini menerangkan tentang berakhirnya pemerintahan kuku besi dan tidak demokrasi di seluruh dunia. Samada berakhirnya jenis pemerintahan tersebut dan digantikan dengan demokrasi bebas dengan maksudnya yang sebenar masih belum pasti. Apa yang berlaku diseluruh dunia adalah seperti berikut – SEMUA pemerintah kuku besi dan tidak demokrasi di dunia sekarang terpaksa menyesuaikan diri dengan kenyataan baru yang akibat daripada beralihnya kekuasaan kepada rakyat. Inilah yang berlaku kepada Negara kita ini. Hasilnya, walaupun banyak cakap-cakap besar yang “tidak malu” bahawa PM semakin popular, janji-janji pembangunan yang gagal di laksanakan setelah sekian lama, jelas kelihatan kerajaan yang memerintah pada hari ini semakin resah dan gelisah ; nampaknya keadaan sudah lagi tidak seperti biasa.
Perangai yang jelas kerajaan hari ini – suka memijak rakyat dan merempuh mereka dengan polisi-polisi yang menindas dan program-program yang membelenggu jiwa rakyat yang bebas. Yang paling teruk ialah orang Melayu, selamanya dibutakan dan terikat dengan jentera penipuan UMNO.

Di sini saya akan menyambung dan menggunakan kebanyakan bahan yang telah ditulis oleh seorang yang rajin member komen di blog saya iaitu Walla. Pemerhatiannya adalah perkara yang dikemukakan oleh Fukuyama dari segi perkembangan sejarahnya juga sedang berlaku di Negara kita kerana rakyat telah mulai sedar apa yang UMNO lakukan selama ini. UMNO ini seperti sebuah mesin yang berkerja bersama-sama untuk melindungi kroni-kroni sambil mengeluarkan berita-berita baik setiap hari bagi memberikan perasaan gembira kepada rakyat. UMNO tidak lebih dari kumpulan perkongsian penyamun dan penipu yang memainkan emosi rakyat yang lurus itu.

Sebagai contoh peristiwa di Dataran Merdeka kelmarin. Sambil mereka mengupah penghibur-penghibur untuk menari di situ dan menujukkan senyuman kepada kamera supaya penonton-penonton di seluruh Negara terpaku dengan persembahan cahaya dan bunyinya, ada pula pelajar-pelajar kita yang berkumpul di satu sudut di dalam khemah-khemah mereka di dataran yang sama – begitu simbolik masalah Negara kita ini. Pelajar-pelajar ini telah berkorban dengan beraninya menyuarakan rasa ketidakadilan bagaimana satu parti politik dengan sewenang-wenangnya memberikan jutaan ringgit kepada kroni-kroni tetapi menafikan biasisiswa kepada pelajar miskin dan mengupah kaki pukul untuk membuli mereka dan merampas khemah mereka.
Ini adalah bukti “sudah terang lagi bersuluh” bahawa UMNO mengambil laluan yang bertentangan dengan kata-kata “Rakyat didahulukan”. Kalau ini bukan hipokrit yang bertentangan dengan “rakyat didahulukan” apa lagi yang tinggal? Dan Najib berkokok ayam tentang rekod pencapaiannya dan gagasan –gagasan idea beliau. Sedangkan UMNO sendiri telah menolak idea beliau. Adakah kita akan menebalkan muka dan memperdaya diri sendiri dan memaksa diri dan keluarga kita untuk menerima sahaja lakonan dan cakap-cakap kosong oleh Najib? Dia memang seorang penjual obat.

Sementara itu pencacai-pencacai UMNO mula menyerang Aspan membuta tuli dengan perkara yang tidak masuk akal. Lupakah sipencacai ini bahawa dia pernah duduk di sebelah Aspan dan secara ikhlas dan penuh bersopan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu kita di Negara ini?
Jika pencacai ini tergamak melakukan perkara sedemikian kepada rakannya yang jujur dan budiman , apakah lagi yang kita boleh harapkan daripada budi pekertinya untuk mempertahankan Tuan Besarnya iaitu UMNO?
Inilah apa yang UMNO telah lakukan kepada Negara dan masyarakat kita. UMNO telah memecahbelah dan memisahkan dirinya daripada kita. Malah lebih teruk lagi, UMNO telah menghina kita. Bukankah sebelum ini ada orang yang telah mengaku bahawa dia bukan murahan yang akan menerima dua ratus ringgit ?
Apa yang mereka tidak sedar ialah UMNO menganggap orang yang menerima duit daripadanya sebagai murahan. Wang RM 200 yang di bayar kepada pencacai adalah duit syiling kepada orang yang menabur duit yang sebenarnya dikutip daripada rakyat. Syiling RM 200 ini adalah sedekah daripada mereka tetapi ini terlalu sedikit jika dibandingkan dengan betapa banyak duit yang telah dirompak di siang hari oleh Tuan Besar di bawah perlindungan institusi persekutuan di Negara kita ini. Agaknya ini adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa mereka. Perangai bengap ini mesti ditamatkan menjelang PRU 13.

Lihat sahaja lakonan badut-badut sebagai contoh iklan di TV oleh Pemandu mengenai anti rasuah. Tanyalah diri kita bagaimana sebuah kerajaan boleh meminta syarikat-syarikat untuk membuat akujanju untuk tidak rasuah sedangkan kerajaan sendiri menghadapi masalah rasuah? Kita akan mengumpul banyak markah A jika kita jujur di dalam menjawab soalan-soalan tersebut. Muhyidin dan Khaled tentu tidak kisah kerana mereka tidak pernah terlepas perkara yang mereka tidak pernah dapat – mereka sendiri jarang dapat A .

Masih ada yang tertanya-tanya apakah yang akan berlaku kepada UMNO selepas PRU13. Jawabannya sudah ada. Lihat sahaja di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan. UMNOlah pembangkang di negeri itu. Inilah yang akan berlaku jika Pakatan menumpaskan Barisan di dalam PRU13.

Di dalam negeri yang di kuasai Pakatan, adakah orang Melayu di situ lebih teruk keadaanya? Sudah hilangkah ketuanan Melayu ? Pelik bukan bila beberapa orang “Melayu” yang mengadu ditindas dan dianiaya itu tidak menyerupai orang “Melayu”?

Seperti yang saya nukilkan sebelum ini, cara terbaik untuk mengetahui perangai sebenar sebuah parti itu ialah ketika parti itu tidak memerintah. Apabila parti itu menjadi pembangkang adakah mereka benar-benar membela rakyat. Adakah UMNO yang menjadi pembangkang benar-benar cakna dan prihatin dengan masalah rakyat seperti mana pembangkan di negeri yang dikuasai BN?
Mari kita tanya diri kita sendiri – jika Najib terpaksa mengupah penunggang motosikal untuk membawa bendera dan NGO UMNO boleh membuli dengan menghunus keris melawan gerakan pelajar dan rakyat, di sebelah manakah UMNO? Justru di sebelah mana pula Najib dan NGO UMNO? Maaf kerana markah A amat terhad.
Adakah anda bersama yang menzalimi atau yang dizalimi?

6 comments:

Anonymous,  26 April 2012 at 00:46  

Excellent piece of work, Zaidi. Please keep it up so that wider audience may have the benefit of Dato' Sak's well articulated arguments.

scrooge

bruno,  26 April 2012 at 02:06  

Dato,with readers like Zaidi volunteering to translate your English articles into Malay,come election time,your campaign will be overflooded with volunteers.It is unselfish people like them that will really make a difference.

bruno,  26 April 2012 at 02:52  

Dato,this coming Saturday we will have Bersih 3.0 supporters out in full force.Participants in almost thirty countries will take part,supporting a cleaner election.And Bersih 2.0 is just barely from a year old.

And Bersih 2.0 got a lot of coverage from the international news media.And as usual the dirty corrupted regime is thumping their noses at the people,locally and abroad.With the PDRM and the Armed Forces solidly behind the ruling regime,they are going to ride the tide against all odds,to cheat massively and hang on to power.

So what can Bersih 3.0 achieved that Bersih 2.0 cannot.By now there could be even millions of phantoms strolling the streets of the cities and kampongs.And the crooks are not going to turn over the original books unless the duplicates figures are cooked.

The only way is for neutrality of the dirty PDRM and the Armed Forces,to force the EC to come out with the true election rolls.Or for the international community to put pressure on the Umno/BN GOM for an independent international observing panel to look into the cooked books.

Anonymous,  26 April 2012 at 08:05  

Umno dah sampai punghujung kerana dah tua dan dihinggapi puluhan penyakit yang tidak ada ubat.Semua janji mereka sebelum pilihan raya dah dibalas olih Allah didunia kerana pembohong dan penipu .Semalam kes menteri beri duit kat perempuan yang bukan isterinya ,duit dari mana patutlah tender mara ini mustahil dapat olih orang umno biasa.Kes qazaf adalah bukti yang malaysia nak tak nak islam.Enakmen islam dah ada pasal apa menteri tu yang jaga islam mahukan gunakan undang2 sibil ,lagi elok Allah mampuskan orang yang pura2 jaga islam tapi buat sebaliknya.Saya dah lama dalam umno dan haramkan keluarga saya pangkah UMNO kerana mereka ni semuanya munafik .Orang munafik ni lagi rendah maruahnya dari orang kafir ..

Anonymous,  26 April 2012 at 12:16  

Sak,

Kirim salam yang murni buat Zaidi. Cantik sungguh hasilannya.


meru kapar

Anonymous,  30 April 2012 at 00:39  

Ada orang masih percaya kebangkitan rakyat di merata dunia ini didalangi oleh CIA dan USA.

Mereka berkata kebangkitan ini adalah sebab diupah!

Alangkah sedih kalau orang sanggup mati kerana duit USD?

Atau mereka dah bosan dengan kekejaman permerintah yang rakus, jahat dan ZALIM!

Mari lah kita renung apa sebenar yang berlaku..

Setiap yang berlaku dan tidak berlaku adalah Kehendak yang maha ESA!

Yang berlaku setiap perkara ada HIKMAHNYA sebaliknya!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP