Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 21 March 2021

Mengembalikan asas perjuangan umno: The Big Lie, Paranoid Nationalism.

1. Pembohongan Besar atau the Big Lie umno diasaskan atas beberapa perkara.

2. Pada pendapat saya perkara2 tersebut adalah paranoid nationalisme, Islam sontoloyo, budaya korapsi dan kepercayaan umno mesti dipimpin oleh pemimpin2 berketurunan.

Saya bercakap atas dasar saya orang Melayu. Kerana umno itu parti terbesar mewakili bangsa Melayu, saya hendakkan ia mempunyai ciri2 yang saya rasa mesti ada.

3. Dari 1990 hingga 2011, saya ahli umno. Saya pernah menjadi AJK bahagian, ketua penerangan dan ADUN umno. Bahagian mana? Saya tidak bangga menyebut nya ialah Pekan Pahang. Bahagian penyamun tarbus.

4. Dari 2012 hingga sekarang saya ahli DAP. Dari 2013 hingga 2018 saya adalah ahli parlimen Raub Pahang, tempat nenek moyang saya.

5. Jadi, saya rasa saya bukan saja layak bercakap mengenai umno, tapi saya juga melihatnya dari perspektif Melayu dan bukan Melayu.

6. Budak2 hingusan dan orang2 redneck umno akan memperrtikaikan pandangan saya. Takde hal. Nak baca, baca- taknak baca bacalah komik gila gila.

7. Perkara pertama yang mencengkam minda ahli umno dan orang Melayu ialah nationalism paranoid dan schizophrenia .

8. Binatang apa yang saya cakap ni? Selalu orang guna istilah paranoid schizophrenia. Makna nya mendanya?

9. Yang pertama nya ialah kebencian keatas bangsa pendatang secara membabi buta. Sebab warna mereka lain, agama lain, budaya lain dsb nya.

10. Hanya sebab mereka lain, dijadikan alasan untuk membenci mereka . Bangsa Cina sebab asal datang dari negeri Cina boleh dibenci. Orang India asal dari negeri India boleh dibenci. Walaupun mereka warga negara Malaysia.

11. Unsur kedua dalam nasionalisme sempit ini ialah sentiasa mencurigai dan syak wasangka terhadap bangsa target.

12. Unsur ketiga ialah merasakan sentiasa dianiayai dan dizalimi oleh bangsa target.

13. Segala kekayaan dan stok pengkayaan dalam negara ini bersifat zero sum game. Dimana kemajuan bangsa lain tidak boleh berlaku tanpa memiskinkan bangsa lain. Orang Cina kedepan hanya dengan membelakangkan bangsa Melayu.

14. Setiap jenerasi bangsa bukan- Melayu membawa DNA tidak mengenang budi kepada pengorbanan bangsa Melayu. Dari tidak mempunyai kerakyatan, bangsa lain diberi kerakyatan oleh bangsa Melayu. Orang Melayu merelakan diri mereka menjadi diri bangsa minoriti dalam negara sendiri ketika itu.

15. Sikap kacang lupakan kulit ini menjadikan bangsa bukan- Melayu komuniti yang arrogant, sombong dan angkuh. Ia melahirkan perasaan yakin diri yang sombong lagi angkuh. Ia membimbangkan bangsa Melayu.

16. Seterusnya penghujjahan sesudah fakta(after the fact) bangsa bukan-Melayu, tidak meredakan kebimbangan dan keraguan bangsa Melayu. Bangsa Melayu melihat diri mereka sebagai suatu bangsa under siege yang bertubi tubi.

17. Ada 2 hujjah yang erroneous yang saya lihat disini. Pertama,ialah hujjah yang mengatakan bangsa Melayu itu sendiri satu bangsa yang berhijrah dari negeri2 lain. Kedua, pendapat yang mengatakan orang 'asli'itu adalah penduduk asal tanah Melayu. Saya akan debunk kedua dua hujjah ini.

18. Hujjah pertama mengenepikan pemahaman konsep Tanah Melayu kepada bangsa Melayu. Kepada bangsa Melayu 'Tanah Melayu' adalah kawasan2 yang dihuni orang Melayu.

19. Maka ini termasuklah sebahagian kawasan selatan Thailand, Semenanjung Tanah Melayu, Temasek, Borneo, Brunei, sebahagian Filipina, Indochina Indonesia etc. Penghijrahan kumpulan dari satu tempat ke satu tempat lain dengan itu berlaku dalam dunia Melayu dan merupakan perpindahan biasa.

20. Maka nya perpindahan biasa tidak mengiktiraf persempadanan fisikal. Sempadan fisikal hanyalah 'constructs' imperiasm dan colonialism . Orang2 yang menggunakan hujjah ini, pada pendapat saya, adalah golongan revisionists.

21. Juga istilah 'orang asli' tidak tepat dan suatu kesilapan sejarah yang diulangi 'Orang asli' bukan bererti penduduk asal tapi dekat dengan alam semula jadi atau asli. Terma yang lebih tepat pada saya, ialah orang rimba.

22. Jika mereka penduduk asal ada kita jumpa sistem kerajaan dan undang2 yang seragam? Tidak ada, kecuali anda mahu jadi petty.

23. Demikianlah perkara2 yang saya sebut tadi dan hujjah2 revisionists dan berbaur imperialists lackey, telah meghasilkan paranoid nationalism.

24. Ia membenarkan beberapa tokoh political charlatans dan neo feudalists menggunakan paranoid nationalism untuk memenjarai minda bangsa Melayu ke arah kehancuran.

25. Dalam bab yang seterusnya saya akan menghuraikan perkara2 yang saya telah sebut. Saya akan cuba 'debunk' perkara2 tersebut. Juga saya akan membicarakan penggunan tafsiran Islam yang salah telah menyekat kemajuan bangsa Melayu.











0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP