Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 7 June 2013

Kalau Tewas Undi Popular, Jadilah Kerajaan yang Insaf dan Sedar



Kalau sudah tewas dari segi undi popular, belajarlah jadi kerajaan yang insaf. Jangan rompak dan lanun. Jangan rasuah. Jangan nak buli rakyat. Undi yang BN perolehi adalah suatu panggilan bangkit atau wake up call. Namun di lihat dari kenyataan2 bongkak UMNO dan penyokong nya, nyatalah UMNO tidak sedar diri. Presiden nya menyifatkan pencapaian UMNO adalah pencapaian terbaik.
Boleh jadi penyokong UMNO masih tidak faham. Jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO ialah 3.24 juta. Ini jumlah undi keseluruhan dari semua kerusi yang UMNO tandingi, kalah atau menang. Mereka menang 88 kerusi dan kalah dalam banyak kawasan. Dari 3.24 juta undi itu, bukan semua datang dari pengundi Melayu. Habis kuat hanya 85% pengundi untuk calun UMNO terdiri dari orang Melayu.
MCA memperolehi 899 ribu undi. Parti Taib Mahmud 230 ribu. Parti MIC 290 ribu. Memanglah ada orang Melayu yang mengundi calun2 komponen BN ini. Soalnya, besar mana sangat?
PARTI
UNDI
PENGUNDI MELAYU(ANGGARAN)
UMNO
3.24
2.75(85%)
PBB
0.23
0.09(40%)
MCA
0.89
0.13(15%)
MIC
0.29
0.03(10%)
jumlah
4.65
3.00

Berapa pengundi Melayu? Katalah undi Melayu untuk MCA 15%- baru 135 ribu. Undi Melayu untuk MIC lagi rendah- 10%.=30 ribu. Melayu yang mengundi PBB=90 ribu. Jumlahkan semua- undi Melayu yang menyokong BN hanya lebih kurang 3 juta sahaja.Tolak dan campur 10%, habis kuat 3.3juta. 3.3 dari 5.2 juta sekitar 63%. tapi ini 63% daripada 5.2juta yang mengundi BN. peratusan dari jumlah semua pengundi berapa?
Apa yang UMNO nak bising mengenai sokongan orang Melayu kepada kepimpinan nya? Yang undi direct kepada UMNO sekitar 2.75juta. 250 ribu datang dari pengundi Melayu yang tak malu menyokong MCA, MIC dan PBB. Tapi tidak mengapalah- perasaan tidak malu itu bukannya suatu kesalahan undang2.
Jumlah pengundi Melayu dari 11.2 juta yang keluar mengundi ialah 7.8 juta. Suka atau tak suka, penyokong UMNO kena terima bahawa 4.8juta orang Melayu menolak UMNO. Apalah yang hendak UMNO bongkakkan?
Untuk menutup kegagalan UMNO, maka penyokong2 parti tersebut lakukanlah kerja2 tak senonoh. Buat analisa statistik konon. Data asas semua ada dengan SPR. Buatlah macam mana pun, pengundi Melayu yang menyokong BN hanya sekitar 3 juta. 3 juta dari 5.2 juta penyokong BN, itu kira pencapaian yang ok juga. Hampir 60% undi untuk BN datang dari orang Melayu.
Bagaimana itu disifatkan kejayaan yang baik? Yang kata baik ialah antek2 media UMNO. Akhbar arus perdana, penganalisa yang menyokong UMNO. Yang buat gambaran mengikut apa yang mereka inginkan. Sayang nya, yang kita inginkan, tidak semestinya sama dengan yang betul2 terjadi.
Yang penyokong UMNO inginkan hanyalah hasil penceritaan yang disampaikan melalui alat2 media yang mereka miliki dan kuasai. Mereka yang menguasai semua media membentuk pemikiran dan minda rakyat. Apa yang tidak UMNO gunakan? Ancaman Cina kepada Melayu? Agama? Seks dan kelucahan?
UMNO yang menyebabkan rakyat menentang mereka. 51% menentang UMNO dan BN. kenapa? Kerana UMNO menipu orang Melayu, UMNO tidak adil, UMNO zalim dan seterusnya. Pemimpin nya tidak tahu mentadbir negara dan kabur kemana hala tuju negara. Najib seorang pemimpin yang kosong dan tidak berbakat. Pesona Najib dicipta oleh media.
Media yang mencipta pesona Najib. Sebab itu kita ada I love PM. Mengapa bukan I love UMNO? Parti lebih besar dari Najib dan ini bukan plihanraya presiden. Tapi orang UMNO semua sudah termakan daun ketum. Kepala mereka momoi.
Jadi kalau hanya menang dengan sokongan minority, belajarlah menjadi kerajaan yang insaf.

15 comments:

Anonymous,  7 June 2013 at 09:31  

Memang betul kata Dato. Kasi UMNO dan macai-macai dia kau kau.

UMNO/BN tu memang buli Rakyat...puak-puak UMNO tu bermaharajalela kat kita. Biarlah mereka mampus secepat mungkin.

Anonymous,  7 June 2013 at 10:44  

dato arif,

metematik ko tuh lulus tahap BN ker? kalo ikut standard umno, ko tak lulus pun.. fakta fakta yg ko tunjukan tuh rasenyer golongan pro PR jer yg faham.

Standard BN ialah, selagi ada seekor yg memakai baju 1 Malaysia, maksudnyer "sokongan rakyat sgt kuat"

Anonymous,  7 June 2013 at 11:06  

sokong sejuta peratus.

Anonymous,  7 June 2013 at 11:08  

jangan sampai orang asli meludah ke muka umno..

Anonymous,  7 June 2013 at 17:32  

The war are not fought in the field nowadays dato.Wars nowadays are fought in the economic frontier.Dont mind about the figures how many malays this and that.just mind jangan sampai negara tergadai je dato..you know who are the economic powerhouse.they can bring down the entire of what we malays have dato not excluding you..so beware where you tread..

Anonymous,  7 June 2013 at 18:45  

parti haprak ni mana pernah insaf kecuali KALAH!!!!!untuk terus menang mesti TIPU!!!

Anonymous,  7 June 2013 at 19:26  

Datuk Sak

Pena awak lebih bahaya jika di bandingkan dengan pedang !


Phua Kai Lit

Anonymous,  8 June 2013 at 00:00  

Anon 7 June 2013 17:32,

If one is smart, one should question who is the REAL beneficiary behind the economic powerhouses (except for the token bumi Syed Mokhtar, all are his non-bumi cronies) that enjoys the RM20 billion gas subsidies annually since 1994. This "negara" 'sudahpun tergadai pada dia & keluarganya' at the expense of TNB, Petronas and the 'malay' majority rakyats.

http://www.financetwitter.com/2011/06/government-tnb-ipp-milking-petronas-people-these-charts-tell-all.html

So, beware whom you deify & worship..

~ MM, Dr.

Tinta Hitam,  8 June 2013 at 07:31  

They never learn,bro..Sama mcm Firaun.Walaupin ditimpa bala air sungai Nil jadi merah,serangan katak dan ulat bulu namun masih tetap mcm tu juga..

Business as usual for them.Robbery will go on...

Anonymous,  8 June 2013 at 08:47  

If one is smart do not assume anyone who post here or do not concur with dato are umno goons or what.I speak for the Malay masses my friend....yes I agree with you abt that Syed.Wasn't he a success of his own until umno spoilt him.i wont blame him...

Anonymous,  8 June 2013 at 09:44  

Dato,
Rencana rencana Dato' sepatutnya boleh menginsafkan puak puak UMNO yg sangat rasuah hingga di benci oleh mereka yg terlibat dlm perniagaan tak kira Cina,India atau Melayu.
Jika ingin pulihkan sokongan yg kuat mereka mesti buat perubahan cara memerintahan baik di pusat atau negeri.
Tak perlu gula gulakan rakyat dgn sekim BR1M dan yg lainnya.
Lagi 4 thn jika mereka berubah kita di pihak pembangkang munkin susah melainkan kita dapat buat tawaran cara memerintah yg lebih baik.

Nas

Anonymous,  8 June 2013 at 10:44  


A crime committed in the name of race or religion, is the greatest crime against the race or religion.

Unknown 8 June 2013 at 11:54  

saya cabar machai2 yang masih tak percaya bangla undi bn... just take a walk in kl or take komuter n lrt ... i have seen banglas wearing the BN blue shirt few times oledi....

Malu la wooi....
no wonder melayu bandar pun benci UMNO...

Unknown 8 June 2013 at 12:00  

Sak,

I think your malay votes for mca should be at 50 to 8) persen...

because overall, undi orang cina untuk pakatan at 70 to 90 persen range , different from one area to another......

sokongan orang melayu utk bn dari total keseluruhan saya rasa bukan 60% tapi 85%.... undi india ..assume dari 10% tu split 50-50...so 5 persen..and undi orang cina... katakan 30% to split 85/15... so 7.5% untuk bn... tak termasuk sabah/srwk...

Anonymous,  9 June 2013 at 08:32  

Salam Dato!

Satu analisa ringkas dan tepat.Tak perlu peduli apa kata pencacai umno kata sebab mereka bukan pun lulus matematik. Yang ada dalam kepala hotak mereka adalah mereka mengatakan Dato mereka-reka angka tersebut. Sebabnya mereka memang pemalas untuk buat rujukan dari SPR. Pemalas, satu sifat dan ciri penyokong umno.Ha..ha..

Saya setuju yang PM Najib memang bodoh orangnya. Seperti saya katakan dahulu PM yang tiada apa-apa kelulusan!

Yang nyata Najib lebih lemah dari Paklah..Ha..ha..

Hanya mendapat undi popular sekitar 47% nak tunjuk bagus. Lebih baik dia bersara sajalah....

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP