Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 20 June 2013

Agenda Melayu yang disembunyi oleh UMNO



Zaid Ibrahim menulis mengenai agenda Melayu yang mesti diditakrifkan semula. Redefining the Malay Agenda. Ianya suatu tulisan yang menyindir pemimpin2 UMNO supaya jangan lagi berfalsafah mengenai agenda Melayu. Atau mencari kambing hitam bila ahli UMNO gagal melihat bahawa masaalah mereka disebabkan oleh pimpinan UMNO sendiri.
Begini lah nasib orang Melayu. Agenda nya  berterusan diberi makna yang baru, tapi keadaan tidak juga berubah. 8.7 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan. 7 juta sudah menerima BR1M kerana mereka berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Melayu tetap dengan keperangaian ke2 mereka yakni kemiskinan. Kemiskikan itulah sifat yang terutama lagi utama.  80 tahun lebih semenjak Zaaba menulis perihal kemiskinan orang Melayu, UMNO gagal menyelesaikan agenda utama Melayu.
Dan pemimpin UMNO tidak habis2 berdebat dan menjerit mengenai agenda Melayu. Hello- agenda Melayu bukan lah menjaga bahasa Melayu, menjaga agama Islam mereka, menjaga institusi raja2 mereka. Ini adalah topeng yang digunakan oleh puak feudal UMNO. Selagi orang Melayu ada dan saluran penyampaian tetap menggunakan bahasa Melayu- hiduplah bahasa mereka. Tengku Aziz dan Nazir Razak berkomunikasi sentiasa dalam bahasa Inggeris, tidak ada pun UMNOnistas menjerit terpekik terlolong.
Agenda utama ialah memerangi kemiskinan, mencari kerajaan yang komited kepada menyelesaikan masaalah Melayu, mencari pimpinan yang mendahulukan kepentingan rakyat. Ini dia agenda Melayu yang sebenarnya. Dan kita gunakan landasan apa sekali pun untuk menghebahkan agenda Melayu yang sebenar.  
Saya ahli parlimen DAP- fakta ini tidak menyekat saya mendedahkan masaalah ribuan Melayu di daerah Raub yang hidup dan mati diatas tanah mereka tanpa diberi hakmilik. Dan mereka berkeadaan demikian semenjak tahun 1969. Kenapa? Kerana pimpinan Melayu UMNO sibuk mengagihkan tanah sesama sendiri dan sibuk mencari kawasan balak.
Ianya tidak menyekat saya memperjuangkan orang Melayu yang sangat memerlukan perumahan kerana mereka duduk digerobok2 usang. Jumlah mereka ribuan di Raub dan fakta nya disembunyikan oleh pemimpin Melayu UMNO kerana mereka mahu menjaga imej dan kerana penipuan dan kemalasan mereka. Ia tidak menyekat saya mengadakan siri bertemu dengan rakyat dikedai, di pasar dan diserata tempat kerana pemimpin Melayu UMNO telah lama menghilangkan diri tidak kelihatan wajah mereka. Ia tidak menyekat saya mendengar rintihan Melayu berdepan dengan malapetaka banjir kerana pemimpin Melayu UMNO, pemimpin Melayu JKKK lepas tangan tidak mahu berkerja.
Kenapa? Kerana saya tetap Melayu dan tanggung jawab saya ialah menjuarai kepentingan dan masaalah Melayu. Pemimpin Melayu UMNO menjuarai kepetingan puak mereka sahaja.
Mesej kita- berhentilah pemimpin Melayu UMNO dari bermunafik mengenai agenda Melayu. Yang miskin dikeluarkan dari kemiskinan. Agenda nya ialah mengurangkan Melayu sebagai penerima bantuan kebajikan. Menyekat yang datang selepas jenerasi pertama sipenerima kebajikan dari mewarisi kebajikanan. Yang tidak ada hakmilik tanah diberi hakmilik. Pemuda yang tidak bertanah diberi tanah supaya mereka boleh berdikari dan memperolehi maruah. Yang tidak berumah diusahakan memilik rumah yang decent. Ini dia agenda Melayu yang hanya dicapai menerusi kerajaan yang komited, pimpinan yang komited.
Dan masaalah2 ini tidak kena mengena dengan kaum lain. Apakah UMNO menyelesaikan masaalah ini dengan menyalahkan kaum Cina? India? Yang mengayakan Cina dan India ialah Mahathir. Dr Mahathirlah yang menjahanamkan kaum Melayu. Malaysia sudah mampu menjadikan Mahathir tidak relevan lagi. Yang megayakan kaum lain ialah mereka berkerja kuat dan menabung dan melabur. Perlakuan ini tidak boleh kita persalahkan dan kita berkelahi mengenai nya.
Dan Najib tidak boleh berbuat apa apa mengenai perkara ini kerana Najib berada dalam poket Mahathir. Najib akan meneruskan dasar Mahathir dan penerusan nya akan menyebabkan kesengsaraan bangsa Melayu berterusan.
Yang set dan menetapkan agenda Melayu bukan UMNO lagi. UMNO malas, korap dan dipimpin oleh gerombolan penyamun dan perompak. UMNO sudah hilang monopoli keatas menentukan apa agenda Melayu. Tanggung jawab tersebut dalam tangan kita orang Melayu sendiri bukan UMNO.
Dalam PRU yang lalu, lebih ramai orang Melayu secara keseluruhan nya menolak UMNO. Calun2 UMNO hanya mendapat  sekitar 2.7juta undi Melayu secara lansung daripada 3.2 juta undi yang di perolehi mereka. Melalui calun2 bukan UMNO, daripada 2 juta undi, orang melayu yang menyokong calun2 MIC, MCA dan lain2 kerabat  BN hanya mungkin 30%. Iaitu 600,000. Ini bermakna jumlah kesemua Melayu yang menyokong BN sekitar 3.2-3.3 juta.
Keadaan orang Melayu setelah lebih 50 tahun di pimpin oleh parti UMNO yang feudal tidak berubah. (1) yang meraung kerana miskin ialah Melayu. Pendapatan mereka masih kecil berbanding dengan kaum lain. (2) yang menerpa meminta bantuan kebajikan setiap kali mala petaka dan bencana alam melanda ialah orang Melayu. (3) yang menderita hidup mendiami rumah usang ialah Melayu.
Dan Melayu sekali lagi dipertontonkan sandiwara dan lakunan Agenda Melayu bila UMNO bersidang tahun ini. Objektif pertama ialah menutup kegagalan sendiri dengan menyalahkan orang lain.
Pentas nya sudah pun disediakan oleh Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Dengan menyalahkan orang Cina, pemimpin UMNO menghantar mesej bahawa mala petaka yang menimpa orang Melayu disebabkan oleh kebiadapan  orang cina.  Dan orang Cina biadab sebab mereka sudah diDAPkan. DAP tiba2 menjema semula sebagai parti yang rasis. MCA yang lebih banyak menjahanamkan orang Melayu tidak pula disebut sebagai parti rasis? Cuba tanya kenapa? Sebab pemimpin Melayu UMNO bersaudara dengan Cina MCA dalam merompak dan melanun negara ini.

9 comments:

Anonymous,  20 June 2013 at 10:04  

macam lah anak siapa .. pekik - pekik dlm the Star.. incest, etc.. kononnya nak jadi jaguh !! padahal bapak sendiri ? incest, etc they have they own set of laws to prosecute the criminals and protect the victims and send a strong message down the spines!

10 most powerful women with rosmah at the top, anak siapa at the top in the Star paper... tak payah lah PK women leaders nak ikut perangai syewel mereka - absolute power corrupts ! nampak sgt cam opportunists, promote wanita lain, give them power but in actual fact to maintain self vested interests !! Women leaders are elected not because they are women, to meet the quota, to vote for women without substantial merits of their own, but tumpang nama atuk, bapak, emak, royalty, good and the worst for discovery ? gone are the days !

Women leaders in PAKATAN should not fall into their traps or obnoxiousness as the Rakyat had voted, revoted them for their absolute hard work, integrity and substance, approachfulness not because they are women. Bear that in mind. Intelligent men respect such women leaders who do not abuse power, resorting to shouting feminism slogans to camouflage their moo cow, entitlement or elitism DNA or it is just the reverse version of bung; bringing their home bossiness, wearing the pants to the office as history has proven there were women leaders who became tyrants or worse, as today, in certain developed countries, a few are the instrument to lie for their corrupted male counterparts and in Malaysia, does najib or not rosmah run the country ? Such women candidates should be booted out for they set a bad precedent for their own species, they are the recycled, rebranded imeldas.

Malaysia needs and we the savvy youth will only vote for men and women with content of character, commitment to serve the Rakyat with humility as it takes great strength to be down - to - earth and approachable when in power.

And the ad media should cease promoting power this that, it is redundant, in fact checks and balances even on women leaders, more of great sense of urgency to responsibilities to the people, accountability and integrity is the international and new Asian leaders and citizens' benchmark.

Emer,  20 June 2013 at 10:05  

Assalamualaykum YB Dato

Saban hari saya tak sabar nak baca posting baharu dr YB. Fakta-fakta yg YB utarakan sangat bertepatan & mudah difahami. Saya menyarankan kepada rakan taulan untuk membaca & menghebahkan terutamanya kepada warga desa yang kurang pendidikan & totok. Seperti sebelum ini, saya ingin meminta sekali lagi YB adalah wakil rakyat Msia bukan penduduk Raub semata. Platfom apapon yang YB guna untuk berkhidmat tika niat & kerja YB itu iqlas Allah akan memuliakan YB di dunia & aqhirat, sekalipon kaum fasik & munafiq membenci. Saya doakan Allah memudahkan urusan YB & lebih ramai anak Melayu seperti YB di dalam & di luar Dewan Rakyat

4G@FOZI,  20 June 2013 at 11:04  

Syabas YB..dedahkan kerana ramai lagi manusia Melayu yang buta, pekak & tuli. Melayu terlalu sanjung pemimpin seolah Raja kepada hamba, sehingga mengadakan istilah "yg disegani", "yg dimuliakan" dsb sehingga mewujudkan jurang langit dan bumi. Bangsa Cina anggap, pemimpin ialah lembu yang perlu bekerja untuk mereka. Itu pasal tiada siapa berana tegur pemimpin kerana rasa hormat terlalu tebal, setebal kulit kayu.

bumi-non-malay 20 June 2013 at 13:12  

Orang Melayu islam....apa jenis Bangsa dan agama hanya Perlu FIKIR.....kalau semua manusia sama warna, sama jenis....adakah Perbuatan dan Cara UMNO Takbir negara Malaysia slepas 60 tahun baik atau tidak kalau dibanding dengan negara Kecil macam langkawi ....iaitu Singapura....

Macam mana negeri sekecil itu Jumlah Pengeluaran GDP Lebih BESAR dari SELURUH MALAYSIA??

Apa sebab....SIAPA CURI hak wang rakyat Malaysia....Siapa nak guna Duit Korrupsi jadi FIRUAN? Mengapa perlu sembunyi kezaliman? Kalau bukan Sultan UMNO .... siapa lagi ??

Turun Padang Merbok 20 June....bawa SEMUA perkakas.....Lepas tu KITA OCCUPY DATARAN MERDEKA... ini untuk Maruah Rakyat Malaysia yang BENCI KeZaliman PDRM terrorist UMNO.

Kat Lahat datu masih Kita Berperang dengan Terrorist UMNO-Sulu.... rupanya nak cuba padamkan Peperangan ini tak mudah lagi...Padan Muka UMNO!!

ABU UBAH KELUAR!! Kali INI LAH!!

Anonymous,  20 June 2013 at 23:14  

Fakta yb tu betul kerana pemimpin umno bila jadi yb mereka sibuk untuk membalas budi penyokongnya pada masa yang sama siyb tu pun turut sama maklumlah hasil pendapatannya dari politik semata2.Pemimpin umno akan terus kekal memerintah selagi orang melayu terutama dikampung2 masih memperakukan hanya umno yang bolih tolong mereka tetapi apa yang telah ditolongnya ....????
Melayu kelantan sokong pas kerana mereka nampak hanya islamlah bolih selamatkan mereka selepas ditindas dari hak dapat duit minyak dipelekeh dan dihina dan dll.Melayu selangor pula dan kuala lumpur nampak dengan jelas ragam dan sikap pemimpin umno yang cakap tak serupa mikin...mereka dah tinggalkan umno.Johor dengan asas ugama dan kefahaman pembangunan yang tinggi yang cuma menunggu masa akan tumbang apabila PR mendapat sokongan mendadak.NS dan Melaka pahang masih lagi rabun kerana orangnya ugama politik dan pembangunan terlalu sadikit dan cukup senang ditemberangkan olih umno .Negeri2 ni pun cuma matter of time akan tumbang kerana pengundi dari saluran akan pupus dalam tempoh beberapa tahun akan datang.Jika dilihat dari segi undi kita dapati mana yang sokong PR mereka ini tetap tak sokong BN sungguh pun BN beri dan janji macam2.Sekarang kita dapati YB umno yang menang menikus kerana mereka tahu yang mereka ni takkan bolih sanggah tuduhan rakyat jadi sabagai ahli umno puluhan tahan aku janji umno tu tak bolih pakai jika ada pun untungnya kepada mereka dulu dan baki2nya atau remahnya baru diberi kepada rakyat.YB teruskan membongkarkan perkara macam ini supaya orang melayu kampung yang buta dan rabun lama kelamaan setelah dikutuk mungkin akan berhijrah ,teruskan yb mendedahkan perkara seperti ini jika tidak yb yang tahu akan dipetsalahkan didunia dan diakhirat.

Theresa CMS 21 June 2013 at 03:00  

Dear YB, if the top leader or leaders want to be racist, I won't be bothered ! But I thank God for people like you who DARE to speak up for the people - most of all for opening our eyes AND minds and EDUCATING us specifically on corruption.

Please don't be discourage - the people will and can see the sincerity in the leaders who go to 'turun padang' with them...

Better still, initiate classes by teaching them, the people of Raub 'to fish' ; not necessary business in shops (that is so limiting ! ) but by way of nature - nature as in natural produce and products ( there's alot in nature - crafts and arts ) ... Who knows with God's blessings, the efforts by the people FOR the people will be another known community to the nation just as Penang is known as Pearl of the Orient of old.

I sincerely wished I could 'walk' physically with you to 'turun padang' with the people of Raub...My prayers are with you, God bless you in your undertakings !

Anonymous,  21 June 2013 at 06:36  

Sak,

PRU 14 lama lagi.Apa dah mula nak kutuk UMNO lagi ke ?.PR tetap parti yang berterusan kalah nampaknya.Di PRU 13 dulu you tulis macam macam pasal Najib dan UMNO.Akhirnya yang menang Najib dan UMNO/BN juga.Tak takut dosa ke ?

DS

Hami Jay,  21 June 2013 at 09:22  

DS,
why don't u ask your bosses Najib and Rosmah...tak takut dosa ke??? hihi

Anonymous,  21 June 2013 at 09:57  

Woii Hami Jay 21 June 2013 09:22,

Mana lebih banyak dosa, bosses aku Najib and Rosmah atau orang2 yang malas menentang penindasan, penipuan, pembunuhan, rasuah, kemiskinan dll?

Amal mungkar, nahi makruf - lebih2 lagi penyokong PR yang takut atau malas berdemo. hihi

DS

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP