Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 6 June 2013

API- Angkatan Penentang Insaf



PRU rasmi sudah berakhir. PRU bawah tanah belum lagi. Ia masih berjalan. Soldadu upahan UMNO menyerang hendap lawan mereka. Setiap hari media yang UMNO miliki membantai pihak lawan sehingga lunyai. Diperlakukan demikian, mustahil pihak lawan akan berdiam diri. Siapa yang mencipta suatu gaya baru berpolitik yakni menggunakan seks dan bahan lucah? UMNO. Siapa yang menggunakan isiu perkauman? UMNO. Siapa yang menggunakan isiu agama ? UMNO.
Tapi kita ada jawapan kepada perang yang dibawa oleh puak UMNO dan penyokong mereka. Dan kita boleh melakukan perkara yang mengejutkan yakni memecahkan monopoli UMNO keatas pembentukan minda rakyat. Ianya memerlukan hanya seorang individu yang beroperasi melalui laman blog mereka, twitter, facebook dan saluran penyampaian mesej lain untuk memecahkan monopoli jahat tersebut.
Tapi penentang bukan lagi individu. Ia nya  menjadi tentera. Bukan tentera kacang merah. Tentera yang terdiri dari golongan yang sedar dan insaf. Kita namankan tentera ini API- Angkatan Penentang Insaf. Hanya suatu perkara yang menyatukan mereka- keinsafan mengenai kezaliman dan pendustaan UMNO.
Saya menyertai tentera yang sedar dan insaf ini. Saya sendiri mula menulis sejak June 2008 yakni sudah 5 tahun. Kenapa? Kerana sejak dari ketika itu, saya mula sedar bahawa Najib dan kepimpinan UMNO yang lain, adalah kepimpinan yang dicipta untuk media. Media UMNO membentuk ‘kehebatan’ mereka. PRU13 mendedahkan bahawa kepimpinan Najib dan UMNO adalah kosong.
Dimana perperangan ini berlaku? Ia berlaku dalam arena media. Perang konvensional berpindah kepada medan media baru yakni melalui internet. Ciri terpenting dalam perang media ini ialah individu boleh menjadi ejen perubahan. Bagaimana? Dengan memecahkan monopoli media UMNO ketas pembentukan fikiran rakyat. Hanya seorang sahaja sudah cukup mengoncangkan monopoli tersebut.
Kita tak melihat peluru dan bom lagi. Senjata perang media ialah bahasa dan ilmu pendidikan. Dengan bahasa dan ilmu pendidikan, mereka yang berperang menyampaikan mesej mereka. Pihak UMNO misalnya menguasai prasarana atau infrastructure untuk menyampaikan mesej mereka. Mesej mereka- Anwar Ibrahim peliwat. DAP mewakili cauvinis Cina yang akan menakluk negara Melayu. DAP akan menjahanamkan Islam. Orang Melayu memerlukan UMNO untuk meneruskan hidup. Mati UMNO- Matilah Melayu.
Dimana mesej mereka disampaikan? Di sekolah2. Akhbar. Media penyiaran. Seni. Filem. Pertubuhan grassroots seperti Kemas, JKKK, surau, masjid , dan sebagainya.
Sebab itu UMNO bacul untuk berdebat kerana mereka tidak perlu berdebat.  Hari ini, penguasaan keatas media menentukan segalanya. UMNO menjajah minda rakyat kerana UMNO menguasai penceritaan. Cerita mengenai apa yang berlaku di keliling kita. Oleh kerana penceritaan disampaikan melalui media, UMNO hanya perlu menguasai alat2 media ini dan mereka sudah tidak perlu berdebat.
Dengan siapa kita berperang? Kita sebenarnya berperang dengan complex Media UMNO yang terdiri dari saluran TV, siaran radio, akhbar dan semua media dalam bentuk audio, visual dan eletronik. Semua UMNO punya. Semua nya meneruskan kezaliman keatas minda orang Melayu tertutama nya. Ia mengawal segala saluran pembentukan minda.
Sehinggakan sebahagian dari cerdik pandai orang Melayu pun mulai percaya bahawa orang Melayu sedang diserang oleh bangsa Cina. Seorang yang memunyai pendidikan tinggi di Raub umpamanya bertanya kawan nya sama ada selamat atau tidak dia pergi ke Bandar Raub? Apabila ditanya mengapa soal demikian- dia menjawab kerana komunis telah menang parlimen Raub.
Dari mana orang ini dapat digri nya? Apa yang dia tonton, dengar dan baca? Dia mendapat maklumat dari saluran penceritaan yang UMNO kuasai.

12 comments:

KoSong Cafe 6 June 2013 at 08:44  

Kerana nama blognya ada AK47, senjata Komunis?

kambing,  6 June 2013 at 15:15  

dulu aku penyokong Aspan alias, kebelakangan nie, die tuh start merajuk. Ada DNA wee choo keung/ bayan hashim, pengangkat file zol/ Tun ku Aziz,pasir katak, hassan kambing.

Dia (AA) ingat dier itu pengawas dalam sekolah/ guru disipline

aku berpendapat bagus dier (AA)masuk PKR ker, PAs ker, tubuhkan parti sendiri ker.. buat kerja ukar umbi dulu lepas tuh baru la start lecture topic dier yg cover tu sepanjang beberapa tahun..forget about those time in UMNO please. Buat/tunjuk apa yg ko cakap utk menjadi pemimpin yg sejati.

orang macam Adam adil/ che gu bard, walaupun lebih muda pun lebih dipuji, disanjung, direspect pasal dier BUAT apa yg dier cakap. Bukan sekadar, blogger boy, memberak sajer tanpa batas...

Kalo AA mau di angkat dalam apa parti itu DAP. tolong la, buat kerja betul betul... bukan cara pengawas perpustakaan.


Anonymous,  6 June 2013 at 19:57  

tuh la aku selalu cakap, biar pun blogging macam style papagomo, dier ada peminat yg suka membaca citer bodo, macam entertainment pass time jer..

AA, tembak UMNO kaw kaw, lepas tuh tembak DAP pulak, Anwar PKR pun dier bantai...ini dah jauh lebih liar drpd pengawas sekolah, pengawas pun hormat guru disipline. cam ni pun DAP nak angkat ker jadi pewakil melayu? tolong la tgk btul btul UMNO veteran ni.. PKR dah biasa mengutip sampah drpd UMNO pun tak nak ambik AA tuh...

Emer,  6 June 2013 at 20:46  

Setuju. Akhur-akhir ini komen saya yg terkena susuk tubuhnya tidak lg disiarkan di laman blog, agaknya terlalu pahit untuk ditelan kebenarannya. Individu sebegini yg PR amnya (& PKR khususnya) perlu berhati-hati dibuat kawan. Sebab sudah terbiasa terasuh di dalam UMNO/BN meminta balasan & mendapat habuan untuk sedikit dari usaha pengorbanan. AA sudah mula menyerang parti yg baharu disertainya, tidak cukup dgn itu menghala muncung senapang kpd Anwar Ibrahim setiap penulisannya selepas pilihanraya. Amat mudah bg mereka yg berjuang dr kamar bilik & tidak terpisah dr kesenangan rumahtangga untuk menuding jari kpd sesiapa pon. PR kena berhenti merekrut pemimpin/ahli UMNO/BN yg kecewa dipinggirkan dr jawatan & habuan sebaliknya angkat & berjuanglah bersama-sama bekas pemimpin/ahli parti pemerintah yg insaf & tidak mengimpikan lg habuan, jawatan & kesenangan dunia.

Anonymous,  6 June 2013 at 21:47  

mana Tun ku Ar zi, macam dah berdiam diri selepas serangan balas dari peluru berpandu Kapal

Tun ku banyak berjasa kepada Bee End kebelakangan ini, membibir sana sini, tak kemana kentutnya

Masih lagi menunggu samada ada dapat balasan saperti yang lain

Kesian betul, mungkin dah sampai masa tuk datuk sepenuh masa

wakakaka

Anonymous,  6 June 2013 at 22:20  

"Ciri terpenting dalam perang media ini ialah individu boleh menjadi ejen perubahan." -sakmongkol

"KALAU PILIHAN RAYA BOLEH MENGUBAH APA APA
pasti PILIHAN RAYA TELAH LAMA DIHARAMKAN
di malaysia" -tukartiub

aku tertarik dgn kata2kunci "perubahan" dlm ayat penerangan oleh sak serta "mengubah" dlm kata2 hikmat tt di atas.
"perubahan" dan "mengubah" kedua2nya hampirsama maksud dgn yg didokong oleh slogan dap dlm pru13, "jom ubah".

kata asas ketiga2nya, "ubah", membawa maksud tukar pentadbiran negara, iaitu tukar daripada pentadbiran bn kepada pentadbiran pr, iaitu tukar dari memberi keputusan menang atas calon2 bn kepada memberi keputusan menang atas calon2 pr.

malangnya bila kita teliti, ramai kalangan melayu masih liat untuk mengangkat bontot mengorak langkah ke arah perubahan. "ramai" di sini mungkin bukan majoriti, seperti kesimpulan yg dihurai oleh sak sebelum ini, tetapi "ramai" yg minoriti ini pun sudah cukup banyak jumlahnya utk membantut usaha perubahan.

kenapa ramai melayu masih bersifat liat? kaum cina cukup ramai bilangan yg sudah ketagihkan perubahan menjelang pru13.

sedangkan angin perubahan ini secara amnya mula2 bertiup di kalangan melayu, bila gerakan reformasi mula diatur ekoran isu anwar. di zaman reformasi, hanya sekerat saja bilangan cina bukan dap serta bukan melayu lain yg turut bergerak dan bersuara lantang menuntut perubahan, seperti tian chua dan sivarasa.

tapi kenapa sekerat cina yg berpendirian inginkan perubahan dari zaman reformasi 1998 boleh berkembangbiak jadi kuasa cukup besar mempengaruhi banyak keputusan pru13, sedangkan bilangan melayu yg sangat besar bermulanya reformasi 1998 tidak menokok dgn lebih memberangsangkan setelah 15 tahun beredar?

adakah kita boleh menuding telunjuk pada pakcik makcik di penempatan2 felda dan di kampung2 yg masih tidak berubah corak pemikiran akibat terusmenerus diikat pengetahuan mereka dgn skrip2 akhbar dan tv iaitu media milik umno yg bertali arus?

ataupun kita sepatutnya menoleh ke menara2 gading di bandar2 yg masih menghasilkan penuntut2 malah graduan2 tahap universiti (tetapi berkeupayaan setakat tahap kumpulan belia 4b berbaju batik atau ahli2 kemas di kampung tajaan wanita umno) yang dari dulu hingga kini masih tak berubah2 hanya mampu heboh bangga dgn rekod 1malaysia mereka (2010 buat apam, 2013 buat donut, diikuti pula buat jadual berkala) yg sebenarnya hanya jadi bahan lawak yg tidak mengubah halatuju masyarakat dan negara sebaliknya hanya jenaka yg mendukacitakan???

melayu... janganlah terus me-layu,
bangkitlah berubah jadi jauh lebih maju pemikiran, keupayaan dan penghasilan!

-average joe-
klakka-la.blogspot

Anonymous,  6 June 2013 at 22:25  

tolong la... AA hanyer la seorang ahli DAP biasa, BIASA jer ok? kerja x2 yg dia buat tuh sama jer macam penjuang fesbuk cine jer.. rasenyer lebih drpd ratusan.

beza nyer dgn penjuang fesbuk tuh, ini ethic melayu jer. so nampak special sikit. tapi special ini tak bermaksud boleh ada layanan lain daripada penjuang parti lain yg masuk lokap, kena belasah samseng dUMNO, penat menolong PR biarpun bukan ahli parti.

Dato Arif dah menjadi legenda pertama yg masuk DAP kurang daripada 1 tahun, berbanding dengan ticket parti, aku boleh gurrantee ratusan penjuang DAP pun tak ada peluang seperti ini biar pun bertahun dlm parti. sehingga hari ini, aku rase peluang ini dibagi kpd org yg btul. mmg la ramai org yg jeslous dengan peluang ini, tapi... apa yg dato buat selama ini terlampau hebat, dan bukan calang calang boleh buat tuh.

Anonymous,  6 June 2013 at 22:30  

DAto,

bagus bawa rakanx2 ko lain masuk DAP, tapi bukan yf ber-DNA comrade macam aspan.

Anonymous,  7 June 2013 at 00:34  

Salam Sdr Arif (Yang Berkhidmat)(maaf tiada gelaran feudal dari saya.

TAHNIAH dan SYABAS, lepas juga awok ke Parlimen. Harap2 dapat dengo hujah yg kaw2, terutama nak peteh buah bangang BN.

Akan sampai masa apabila minda(cerdik?) orang umno tidak akan dapat menghalang minda anak kampung macam kita.

Teruskan perjuangan dalam memulih minda kerajaan Bn sementara tunggu masa kot2 kita bolih humban saja dalam PRU 14 nanti.....Myi

org perak,  7 June 2013 at 12:00  

Dato,

Saya sudah tidak mengikuti Aspan Alias blog kebelakangan ini dan berpendapat dia sudah menjadi musuh kapada parti sendiri.

Saya memcabar penerangan dia yang megatakan DAP adalah :-
1) Parti yang Racist seperti BN.
2) PR kurang persefahaman terutama DAP dan PAS.

Dan “comments” saya tidak dipaparkan di blog dia. Saya berpendapat dia adalah seorang yang pengecut yang tidak berani memberi penjelasan dengan apa yang disebut oleh dia.

Ini lah comments yang saya bagi kepada dia dan dia itu tidak berani memaparkan “comments” saya.
-------------------------------------

“Saudara Aspan,

Kebelakangan ini, penerangan awak yang mengkritik PR memang tidak masuk akal.

Pendapat saudara adalah “general” dan semua party ada menisfesto tersendiri atau kehendak berlainian. Seperti sebuah keluarga, mereka (anak dan bapa) mempunyai keutamaan tersendiri walaupun mereka dari keluarga yang sama.

Kesimpulan, berlainan pendapat ada kebaikan seperti “Check and balance” dalam PR untuk mengurangkan Corrupsi, abuse of power by own internal party.

Dalam BN, semua party lain ikut umno saja dan akan mengbankruptkan Negara seperti Indonesia.

Adakah ini (BN) adalah amalan baik yang untuk menjadi tauladan? Semua ok dengan NFC/Submarian/ pembunuhan.....banyak lagi?
--------------------------------------

Pendapat awak yang berhubung dengan DAP rasis memang tidak masuk akal.

Satu soalan perlu dibicarakan :-

1) Adakah parti yang mempunyai satu kaum (90%) dipanggil Rasis? MCA/MIC/UMNO pun rasis?
2) Apa definasi awak untuk menerangkan perkataan rasis?
3) Buktikan DAP yang menglaksakan polici yang rasis di P. Pinang?

saya meminta saudara Aspan untuk memberi pandangan yang lebih mendalam bagaimana DAP adalah sebuah parti yang “rasis” yang setara dengan “BN”.

Penjelasan dan buktikan kalau boleh! Jangan macam Umno media Cuma main fitnah aja.

Sebagai ahli DAP seperti awak, sudah tentu awak boleh memberi pandangan yang munasabah sebelum definasi “rasis” dikemukakan untuk mengelakkan kekeliruan.

-----------------------------

kambing,  7 June 2013 at 17:05  

eh.. aku ingat comment aku sajer yg kena blog dalam blog AA, rupanyer rakan org perak pun kena juga.

aku bercomment dengan bertamadun sekali, walaupun belum sampai tahap rakan org perak nie, pun dia tak paparkan, 2 kali dah kena delete.

Lecture theory AA tuh cakap mau check and balance dalam parti, sekarang kite nak balance comment dia, kan pun dia block. Tuh la aku cakap sebelum ini, tolong tunjukan apa yg ko lecture, bukan tahap blogger boy , woii..

AA ni tlg tgk la camner DAto Arif nak membetulkan persepsi rasis, kite semua nampak dier berkerja keras utk menjelaskan persepsi yg salah dikalangan orang ramai. dengan fakta, dan penjelasan mendalam. Kemunculan Dato dalam DAP pun satu muak surat baru DAP bukan kpd sesiapa sahaja yg berkemampuan dan berbakti kpd rakyat.

Anonymous,  9 June 2013 at 07:57  

senjata ni banyak digunakan oleh mujahedeen.. antara snapang yg paling tepat pernah dicipta...seronok pakai M16ke? buatan yahudi

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP