Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 24 December 2012

Ubah- Jalan Selamat Bangsa Melayu



Bila saya tulis rencana dalam bahasa Melayu, komen nya tidaklah sebanyak komen yang datang seperti kalau saya tulis dalam bahasa Inggeris. Maka adalah beberapa orang yang menghantar e mail kepada saya, bertanya mengapa jadi demikian? Adakah kerana tulisan saya tidak dipedulikan oleh pembaca Melayu? Mereka pun mengejek ngejek saya, tulisan kamu tidak laku.
Mungkin itulah sebabnya - orang Melayu kurang membaca tulisan saya. Sebab itu tak banyak komen. Kalau dalam bahasa Inggeris, komen nya datang bersusun susun dari bangsa bukan Melayu.
Sama ada betul atau tidak pandangan yang demikian saya tidaklah tahu, jumlah pembaca yang membaca lebih penting kepada saya daripada jumlah yang hantar komen. Jumlah pembaca artikel saya tetap banyak sama seperti jika ia nya dutulis dalam bahasa Inggeris.
Maka saya boleh katakan- jika tidak ada banyak komen bila artikel saya ditulis dalam bahasa Melayu, mungkin kerana kandungan nya dipersetujui oleh ramai orang Melayu. Jika ramai yang setuju, maka gelap masa depan UMNO. Atau yang kurang membaca artikel2 saya ialah Melayu UMNO. Jika demikian, ianya tidaklah merunsingkan. Melayu UMNO lebih gemar baca komik, majallah gila2 dan cerita2 dalam Mestika. Orang macam ini akan terus menyokong UMNO. Yang kita mahu yakinkan ialah pengundi Melayu yang atas pagar.
Ini satu lagi artikel dalam BM. Ianya mengenai harga diri atau maruah. Maruah suatu bangsa yang disebut sebagai bangsa yang tersohor dan mulia tapi yang meletakkan masa depan nya pada tangan orang lain. Oleh kerana meletakkan masa depan dalam tangan orang lain, mereka telah jatuh maruah kebawah pada beberapa darjat nya. Siapakah yang menyebabkan bangsa Melayu jadi demikian?
UMNO.
Sesudah 55 tahun merdeka, nampak nya peranan orang Melayu ialah merelakan diri dihimpun dalam stadium, atas padang dan dalam dewan2 besar , memulia dan memuja Dato Najib. Takkanlah setelah 55 tahun merdeka, itu kerja orang Melayu?
Apa dah jadi kepada orang Melayu? Inilah akibatnya, apabila kita menyerah soal membangunkan bangsa dan negara kepada orang lain. Kita meletakkan kepercayaan memajakkan pembentukan masa depan kita dalam tangan orang lain. Orang lain tersebut memanipulasi minda kita dan menakutkan kita untuk percaya bahawa tanpa mereka, maka kita tidak ada masa depan. Kita kehilangan maruah, harga diri dan jatidiri. Kita pun memuja dan memulikan sang dewata mulia Najib Razak dan UMNO.
Demikianlah apa yang sudah berjaya dilakukan oleh UMNO. Kalau UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu akan gelap. Dimana maruah orang Melayu jika demikian? Masa depan sendiri bukan ada dalam tangan sendiri?  Setelah 55 tahun, bangsa Melayu dibentuk minda mereka untuk percaya bahawa kebahagiaan serta kesejahteraan mereka bergantung kepada UMNO dan bukan pada kebenaran nya, melalui uasaha mereka sendiri.
Kaum yang merdeka minda, mesti bertanya apakah yang mereka boleh lakukan melalui kerajaan sebagai wadahnya, untuk mencapai matlamat? Kerajaan bukan sesuatu yang kita sendiri ciptakan yang kemudiannya menindas serta menghimpit kita.
Sedangkan ada maxim( atau panduan) dalam bahasa Inggeris yang berkata- Heaven helps those who helps themselves. Dalam agama kita, kita pun biasa mendengar ustaz dan tok lebai membaca ayat2 Quran yang bermaksud- Allah tidak akan mengubah nasib atau keadaan sesuatu kaum, kecuali kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka. Dan kita juga mendengar- Allah tidak akan mengubah nikmat yang ada pada sesuatu kaum, sehinggalah  kaum tersebut mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri.
Apa maksud ayat2 tersebut? Maksudnya, bukanlah Najib atau UMNO atau orang lain yang akan mengubah dan mentransformasikan kaum Melayu. Yang mengubah dan mentransformasi kita ialah diri kita sendiri- usaha kita sendiri dengan nilai kehidupan yang ada dalam diri kita. Kita tidak akan dapat mengubah masyarakat dan kerajaan yang korap jika, dalam diri kita tidak ada nilai membenci rasuah dan korapsi. Kita tidak ada mengubah kerajaan dan system yang tidak cekap, jika dalam diri kita sendiri, tidak ada nilai membenci kelembapan dan ketidakcekapan. Dalam diri kita, kita mesti bangkitkan nilai2 seperti ini dan bersama2 dengan ramai kawan2 lain, mempamirkan dan menterjemahkan keperibadian bangsa kita yang sebenarnya.
Maruah kita sebagai orang Melayu boleh dinilai daripada banyak mana kita bergantung kepada orang lain dan banyak mana kita meyakini bahawa perubahan kah, transformasi kah, reformasi kah, bergantung sebetulnya pada diri kita sendiri. Iaitu melalui usaha kita sendiri.
Saya membaca tulisan seorang pemikir Scottish- Samuel Smiles yang menulis demikian. Minat saya menulis pemikiran Samuel Smiles ini ialah kerana saya melihat ada sebuah buku rengkasan fikiran Samuel Smiles yang dirtulis oleh Steve Shipside bertajuk- Samuel Smiles- Self Help. Ia ada dijual dibanyak kedai buku sekarang dan salah satu penulisan yang selalu dirujuk oleh Goh Keng Swee( dahulu seorang timbalan PM Singapura dan arkitek ekonomi negara itu), ialah penulisan Samuel Smiles.
The spirit of self-help is the root of all genuine growth in the individual; and, exhibited in the lives of many, it constitutes the true source of national vigour and strength. Help from without is often enfeebling in its effects, but help from within invariably invigorates. Whatever is done FOR men or classes, to a certain extent takes away the stimulus and necessity of doing for themselves; and where men are subjected to over-guidance and over-
government, the inevitable tendency is to render them comparatively helpless.

Berdikari, jatidiri ialah pokok segala kemajuan yang sebenarnya untuk setiap individu dan jika dipamirkan dalam kehidupan ramai, ia merupakan punca ketangkasan dan tenaga. Bantuan dari pihak lain hanya akan mendatangkan kesan2 melemahkan, tapi pertolongan dari dalam diri sendiri, menguat dan menyegarkan. Apa yang dilakukan untuk sesuatu kaum oleh pihak lain, pada sebahagiannya, menyedut ransangan dan kemestian melakukan sesuatu untuk kehidupan oleh yang empunya diri. Dan dimana kaum itu tertakluk oleh arahan yang berlebihan dan perkerajaan yang berlebihan, kecenderungan yang tidak dapat dielakkan ialah mereka jadi kaum yang lemah.
Bila orang Melayu tolak UMNO, bukan bererti mereka membelakangkan keMelayuan mereka. Kebangsaan dan agama tetap ada pada mereka. Bila mereka menolak UMNO, yang sebenarnya mereka lakukan ialah membebaskan minda daripada ketakutan dan tahyul bahawa tanpa UMNO, orang Melayu akan binasa. Masa depan kita, kita yang tentukan sendiri. Mana2 kerajaan yang muncul nanti, akan berdepan dengan suatu kaum yang benar2 berani menyatakan maruah diri mereka. Bila bangsa Melayu sudah kuat, mana2 kerajaan akan berkerjasama dengan kaum Melayu, bukan menindas dan mengeksploitasi mereka.

29 comments:

Anonymous,  24 December 2012 at 09:01  

Salam Dato'

Bagi saya sekeluarga, UMNO bukan lagi pilihan yang bijak bagi menjamin masa depan yang baik bagi generasi Melayu dimasa hadapan.

Cukuplah dengan kemunafikan pemimpin-pemimpin UMNO yang sudah hilang kiblat kebenaran.

Semua pertimbangan mereka hanya diasaskan pada keuntungan peribadi dan bersifat jangka pendek. Jati diri Melayu sudah lemah sebab kepimpinan begini.

Tambah lagi disogokkan dengan pembacaan meria yang tak membangun serti harian metro, utusan malaysia, mestika, mangga etc.

Cukup cukup lah menipu Melayu UmNo BN

Az

abd.wahid hulu sel.,  24 December 2012 at 09:20  

Usaha yg baik dato' teruskan menulis dlm dwi bahasa, yg penting orang baca, saya pun suka baca posting dlm bahasa inggeris,jarang2 nak komen... goodwork.

monsterball 24 December 2012 at 09:26  

I think the Malaysian Malays prefer to read and keep opinions to themselves.
The minorities are a talkative bunch.
In the end...it is their decisions that counts.
Ubah has been twisted by Chua Soi Lek into a political issue.
To us...ubah means change of government.

Anonymous,  24 December 2012 at 09:34  

Salam Dato,

Salam Dato,

Sebenarnya ada yang membaca artikel Dato, cuma ada kategori yang suka membaca dan tidak mahu komen, cuma mereka sedang berfikir. Tetapi ada yang tak tahu, blog Dato. Jadi cara mempromosi adalah dengan berpaut pada blog yang digemari di kalangan pembaca muda bawah 45 tahun. Ada banyak blog politik mesra PR yang dilawati oleh golongan ini.

Saya membaca semua blog dari peringkat blog yang kurang popular hinggalah ke yang paling popular,tak kiralah melayu ke Inggeris. Saya suka melihat tahap kesedaran politik pemikiran mereka.

Jadi bagi yang berilmu tiada masalah cuma yang tak membaca itulah yang menjadi masalah yang tak tahu membeza yang mana betul dan yang salah.

Saya harap Dato berpaut pada salah satu blog melayu pro PR yang paling popular untuk mereka dapat membaca blog Dato.

mr edz 24 December 2012 at 09:40  

tambah sikit tuan, org melayu umno suka baca majalah mangga..

Pak Oncu 24 December 2012 at 10:03  

salam Saudara Sak !! sya baca semau n3 saudara, inglis atau pun bahasa ibunda !! terus kan menulis dalam blog ini agar melayu sedar akan diri mereka,,,

Anonymous,  24 December 2012 at 10:05  

masalahnya ialah kebanyakan pembaca adalah dari bandar, bila tulisan Inggeris lebih komen

Dato perlu buat satu analisa, berapa % pembaca dari bandar dan % dari luar bandar

Orang bandar memang dah lama ubah, tetapi orang luar bandar masih dalam proses perubahan fikiran

Maka, message Dato perlu disebarkan ke luar bandar baharulah objectik tercapai

Anonymous,  24 December 2012 at 11:07  

Saya nampak satu saja bhw org Melayu perlu bersatu dan tentukan halatuju perjuangan yang dapt menguatkan agama dan bangsa.
Jangan rugi masa membuat tindakan yang menyokong kearah perpecahan dan pd masa yang sama menguatkan matlamat politik orang lain.
Percaya lah nama saja demokratik namun ada cita-cita tersembunyi yang jauh.
Kalu begitu apa pilihan kita. Hari ini semua organisasi dan kemanusiaannya melalui proses dinamika.
Walaupun orang bercakap soal keadilan dan kebebasan tetapi tetap ujud kepentingan diri dan kelompok masing-masing. Itu lah hakikat negara berbilang kaum.
Kenyatannya Malysia sebagai sebuah negara bangsa di Alam Melayu ini, kita mesti faham bagaimana identitinya. Itulah yang kita sebagai peribumi perlu corakkan demi generasi anak cucu. Setakat nak polimik siapa yang lebih betul sampai mati pun tak habis. Apatah lagi jika nak yakinkan orang bhw kita nak ubah kepada yang labih betul.
Saya pilih utk berani ubah isi dlm rangka yang sediaada asalkan dasarnya berciri keislaman dan perdamaian.
Jangan withdraw dan membuat kesilapan berkrisis sesama sendiri dan permusuhan abadi. Apa guna?

Anonymous,  24 December 2012 at 11:44  

Saya suka tulisan Dato dalam kedua-dua bahasa.... tiada apa yang perlu dikomen kerana apa yang ditulis adalah benar...

Dien Kuantan

Najib 24 December 2012 at 12:37  

Salam dato..
Saya suka baca dua2 jenis artikel..
Samada bahasa inggeris atau pun bahasa melayu..
Dua2 pun sama bagus..
Dan saya juga suka baca komen2 pembaca lain..

-najib-

Anonymous,  24 December 2012 at 13:00  

Saya telah mengikuti blog Dato sebelum Dato masuk DAP lagi. Ini bukan bermakna yang tak buat komen itu tidak mendapat sokongan. Teruskan dengan Dwi bahasa Dato. Semakin lama saya membaca blog Dato, semakin luas minda saya terbuka.

Taikohtai 24 December 2012 at 13:09  

Salam Dato'
Walau pun say boleh memahami, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia, saya lebih suka membaca artikel-artikel yang di tulis dalam bahasa Inglish. Lebih cepat, lebih banyak saya faham kontext nya. Orang Malaysia merasa sangat bangga bila dipuji sebagai polyglots oleh orang putih. Tetapi majoriti orang Malaysia ini kaun Cina, India atau Lain-Lain dan bukan dari bangsa Melayu.
Sorry Dato', that's been rather excruciating for me to pen my first few sentences in BM for years. But you're damn right about how the inability to master other major world languages especially English and Mandarin have been a huge set back and liability to not just Malaysia but many a third world country as well. Pakatan needs a good Education Minister to revamp the linguistic landscapes currently littered with giant pot holes.
Happy holidays and a Happy New Year.

Anonymous,  24 December 2012 at 13:32  

Salam Dato,
Saya sentiasa membaca tulisan Dato dan percaya lah bahawasanya orang Melayu tidak suka memberi komen. Dari Perlis ke Johor, orang Melayu sudah sedia untuk berubah. Tunggu lah PRU 13 dan orang Melayu akan bersuara.

Salam

Anonymous,  24 December 2012 at 14:10  

Your english superb dato sak...

I read all ur entry...english n malay...

But i prefer malay since ur english quite complicated to me...

Musim hujan ni... I nak pakai payung ada lambang BN umno pun malu

-silent reader-

Anonymous,  24 December 2012 at 14:48  

Salam Dato,
saya dah lupa dan muak dengan UMNO dari semenjak saya kecil lagi. Tengok UMNO macam tengok khinzir.

Anonymous,  24 December 2012 at 14:50  

Salam Dato!

Teruskan berkarya dato. Penjawat awam kanan seperti saya dan rakan-rakan memerlukan input alternatif. Pena itu lebih tajam dari pedang. Biar UMNO dikorbankan di PRU 13. Bangun wahai bangsaku...

Anonymous,  24 December 2012 at 15:17  

Sebenarnya ramai juga orang Melayu yg membaca artikel Dato dalam Bahasa Inggeris termasuklah Melayu UMNO. Tetapi golongan ni sangat segan nak komen kerana keupayaan mereka menulis dlm BI sangatlah terhad.

Anonymous,  24 December 2012 at 16:20  

Salam Dato,
I am a Malay and I read all your articles, be it in English or Bahasa. Do not get yourself worked up over those blind and deaf UMNO supporters... Let them remain as fools. Most Malays be it the lower or higher income earners are very aware of the corruption and blatant unfairness that is going on in this country. God willing, a change will come sooner than later.

Cahaya Qalbu,  24 December 2012 at 18:19  

Sekiranya tiada PR???

1.UMNO/BN akan sedut duit minyak Petronas & hasil bumi lain ketahap maksima utk menjadikan famili, saudara mara dan kroni2 mereka millionaire & billionaire.

2.Pemipin2 BN akan terus menipu dan mencuri duit/harta rakyat ketahap yg kritikal.

3.Kemenangan 2/3 tiap2 PRU menyebabkan BN angkuh, lupa diri & kufur nikmat.

4.Rasuah akan berterusan & berleluasa sehingga ketahap era Suharto atau Marcos.

5.Rakyat,terutama bangsa Melayu akan menjadi jahil politik, hal2 Perlembagaan Persekutuan & hak2 mereka.

6.Putrajaya akan hanya berkisar dikalangan ahli2 keluarga elit UMNO/BN ala feudalisma.

7.Rakyat, terutama di kg2 sentiasa diperbodohkan oleh UMNO/BN utk dimanipulasi & diperkudakan.

8.Daging dan susu hanya utk pemimpin2, kaum kerabat & kroni2 BN ,tulang utk rakyat bawahan termasuk penyokong2 BN. Mereka hidup senang lenang rakyat dikelilingi hutang piutang.

9.Tiada ‘check and balance’ & pemimpin2 BN bermaharajalela & bersifat kuku besi.

10.Jangan dikatakan rm500 tunai, rm5 tunai pun rakyat bawahan tak merasa.

11.Macam2 akta akan diluluskan diparlimen utk kepentingan BN, bukannya rakyat.

12) Semua agensi awam dirantai bagaikan hamba2 kpd UMNO/BN.

PRU 13) Hapuskan UMNO/BN sebelum ianya menghapuskan rakyat Msia.

~~~

KTWong87,  24 December 2012 at 18:59  

Dato',

Sesuatu yang pernah jadi bahan perbincangan adalah sama-ada UMNO benar-benar ingin membantu kaum Melayu.

Adakah UMNO ikhlas dengan kata-katanya seolah ia merupai parti yang memperjuangan hak Melayu, yang membangunkan ekonomi Melayu ke arah berdikari dan berjaya, dan yang menyelamatkan Melayu dari pelbagai "serangan musuh"?

Ataupun UMNO hanya memperkudakan hak Melayu untuk memperkayakan golongan elit UMNO dan kroni-kroni mereka?

Dan bukan setahap itu tetapi sebenarnya UMNO memang ingin Melayu kekal kurang maju agar selalunya perlukan UMNO sebagai "pembela bangsa"?

Anonymous,  24 December 2012 at 19:09  

Salam Dato'.

Dah lama saya ikut blog Dato dan Sdr Aspan. Cuma nak komen tu liat sikit.
Saya cuma berharap walaupun kurang komen bila di tulis dlm BM, tapi mesejnya tersebar luas.
Asalkan ramai yang baca,tak komen pun takpa. Itu yang penting. Mesejnya sampai pada yang ramai.

Teruskan. tak kira BM ke BI.

jost

Anonymous,  24 December 2012 at 21:20  

Blog yg terbaik dalam pasaran. Saya tukang promosi blog dato. Nak tulis blog malas,hehe

Anonymous,  24 December 2012 at 23:27  

Salam Dato'

Alkisah ada seorang kena buat pemindahan otak kerana otaknya kena barah teruk. Para doktor kena mencari otak baru untuk diganti. Dalam simpanan hospital ada dua otak, satu tidak berapa cantik kerana selalu digunakan untuk membaca, berfikir dan menyelesaikan masalah. Satu lagi otak cantik molek kerana jarang digunakan.
Otak cantik molek tu milik orang melayu bumiputra.

My apologies if I offended my own race of Melayu Bumiputra.

Anonymous,  24 December 2012 at 23:33  

Salam Dato' sebenarnya orang melayu malas membaca tetapi macam banyak ilmu dan serba tahu...malangnya tak sedarx selama ini asyik ditipu!

Golden Blowpipe,  24 December 2012 at 23:46  

Oleh sebab saya bukan Melayu, biarlah rintihan hati seorang anak watan menjadi isi di ruang Dato. Ini petikan dari siri, 'Aku Anak Melayu' oleh Kamal Amir daripada Bulletin Rakyat edisi 15 Disember 2012. Tajuk ialah 'Untung nasib bangsa Hati Dirobek Minda Didungukan':

"Sesekali merenung impian yang tidak kesampaian hati digamit pilu. Nafas kecewa mendesah bersalut kesal. Harapan melihat bangsa ku bernama Melayu bertaut dan bersatu membina tamadunnya kian lebur. Resah mengundang persoalan apakah begini caranya kita mewarisi bahtera Merdeka?

Anak bangsa terbiar dijalanan bergelandangan dalam keadaan terhoyong hayang mempamerkan wajah hodoh penagih tegar. Di setiap warong makan dan restoran mamak, pasti hadir warga warisan merdeka menadah tangan mengemis simpati untuk meneruskan hidup yang semakin sukar. Aksi anak muda memecut motorsikal di jalanraya seringkali berkesudahan dengan tragedi kehilangan kaki atau tangan, malah terkadang ada yang kembali menemui Ilahi dalam usia muda.

Di saat orang lain memunggah kekayaan, generasi merdeka lebih senang bersantai dan melepak hingga dinihari sebelum pulang ke rummah menyambung mimpi sebelum keesokkan hari dari tidurnya saat mentari sudah beredar ke ufuk barat. Dari lenjan pesta muzik dan keasyikkan "ectassy" anak gadisnya berakhir dalam rangkulan kemaksiatan tanpa sempadan sebelum terjebak menjadi pembunuh sadis untuk menghumban bayi yang dikandungnya ke dalam longkang atau tempat pembuangan sampah sebagai hidangan anjing-anjing liar.

Di lorong-lorong hanyir masih ramai anak gadis yang menjual tubuhnya sebagai bahan ratahan warga asing dengan harga sekadar lima puluh ringgit untuk bergelar "sundal malam". Muazim dan bilal di masjid atau surau seringkali ditemani sepi tanpa jemaah. Sementara ustaz dan imam di mimbar bebas melontarkan kebencian demi kebencian sesama ummah untuk menganjurkan perbalahan dan perpecahan tanpa batas.

Sesungguhnya inilah kanvas panorama bangsa bernama Melayu yang punya negara, punya pemimpin, punya pembesar, punya penguasa dan kuasa tetapi warga bangsanya terbiar untuk menjadi calon pengemis di bumi sendiri. Dalam setiap retorika politik, mereka yang bernama pemimpin terus mengalunkan melodi semalam untuk menjadi pembela dan pejuang demi agama, bangsa dan negara. Hakikat sebenarnya semua itu adalah modal ampuh menggamit yakin massa.

Api sengketa terus dicetuskan serta dinyalakan dengan hamburan fitnah beradunkan cacian dan maki hamum sambil menyingkap pelbagai kisah-kisah dalam kelambu penuh sensasi melewati batas-batas susila bangsa yang selama ini kukuh menyimpul sopan santun. Atas nama politik untuk meraih yakin dalam menagih jawatan, pemimpin bangsa seringkali menjadikan rakyat bagaikan lembu-lembu di kandang supaya terus didungukan.

Beginilah jadinya warga bangsa bernama Melayu didungukan oleh pemimpinnya untuk merealisasikan dongeng Pak Kaduk gembira dan bersorak melihat kejaguhan ayam sabungnya memenangi pertandingan tetapi berakhir dengan kisah sedih apabila kampongnya tergadai...."

Adakah mereka yang menangis di PAU baru-baru ini akan menangis selepas membaca makalah ini? Sekalipun keratan ini merupakan hanya satu pertiga daripada yang asal pada muka surat 26.

Anonymous,  25 December 2012 at 10:06  

It's NOT easy to place a comment in this blog....some of us could be intimidated by the quality of some comments - thinking they have said it so no need to comment or what if they attack me for my simple and narrow opinion.

Anonymous,  25 December 2012 at 16:03  

Terbaik tn!!!!!!!

monsterball 25 December 2012 at 16:29  

Anon 10.06 this is a blog for all to put out their opinions and some may turn out to encourage debates or to discuss with...the more...the merrier.
Positive thinking is what you lack.
Go ahead...put out your so call simple and narrow minded opinions.
They may turned out to be something for everyone to learn.

Anonymous,  26 December 2012 at 00:10  

Assalamualaikum Dato, terima kasih atas penulisan dato yg byk memberi pencerahan. Saya ikuti artikel melalui iphone sejak beberapa bulan yg lepas dan tak pernah nak bagi komen.
saya bukan ahli mana2 parti politik, cuma tulisan dato ini byk membantu saya dlm membuat pilihan utk PRU13 ini..
terima kasih byk2..
MZMR
Sarawakian in KL

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP