Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 18 December 2012

Orang Melayu- Teruskan Bersatu diluar UMNO!



Sungguh menghairan kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka membela agama, bangsa dan tanah air?

Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
 

Pemimpin UMNO kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu latar belakang ketua besar UMNO ini. 

Pemimpin UMNO bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah. 

Setalah 55 tahun kita merdeka, bangsa Melayu masih ketnggalan dalam ekonomi. 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan kurang dari RM1500sebulan. Sedangkan untuk melayakkan diri mendapat BR1M, pendapatan mesti tidak melebihi RM3000. Jika RM3 ribu adalah tahap kesusahan ekonomi, maka RM1500 itu apa? Pengemis seperti Dr Mahathir kata?

Kenapa kita mesti sambungkan khidmat UMNO yang telah menyebabkan orang Melayu sedemikian walaupun sudah 55 tahun memimpin negara? Sepatutrnya, UMNO mesti dihukum dan hukuman yang terbaik ialah menumbangkan UMNO dari memegang kuasa kerajaan.

Sebab walaupun pegang kuasa kerajaan, UMNO gagal membela orang Melayu. Setiap aras jentera kerajaan, dari peon pejabat sehingga raja2- semua nya Melayu. Jika semua aras kuasa dan jentera kerajaan orang Melayu yang pegang, mengapakah kedudukan orang Melayu masih ketinggalan? Jawapan nya ialah semua yang berkuasa itu lebih mementingkan diri mereka dari membela orang Melayu? UMNO tak tolong, bahkan menjahanamkan bangsa Melayu.

Ketika merdeka, luas tanah reseb Melayu ialah 3 juta hektar. Sehingga tahun2 1990an, UMNO jual tanah reseb Melayu hingga tingal 1.7 juta hektar. Besar kemungkinan hari ini tinggal 1 juta hektar sahaja. Siapa yang membeloti orang Melayu? Siapa yang pengkhianat? 

Daripada RM54 billion atau RM54 ribu juta saham yang di peruntukkan untuk orang Melayu, habis RM 52 billion dijual untuk mendapat untung segera. Siapakah yang menjual itu semua? Tidak lain dan tidak bukan Melayu yang bergelar Tan Sri dan Dato Sri yakni mereka yang pegang kuasa. Mereka ini semua membeloti agenda mengangkat penguasaan Melayu , tapi orang Melayu masih tidak sedar bahawa UMNO telah belot kepada orang Melayu.

Sebab itu, 3.7 juta Melayu dari 5.7 juta telah tidak mengundi calun2 UMNO. Sesiapa lah penyokong UMNO yang memikirkan bahawa 3.7 juta orang Melayu tersebut menolak UMNO semata mata kerana protes, wajib pergi jumpa doctor untuk memerikasa kesihatan otak mereka. 

Orang Melayu sudah pun bersatu. Hanyanya, lebih ramai Melayu bersatu diluar UMNO. UMNO kena faham perkara ini- orang Melayu memang suka bersatu tapi mereka enggan bersatu dengan parti yang zalim dan merosakkan orang Melayu. 

Untuk menyedapkan hati, penyokong UMNO menyatakan ramai menolak UMNO kerana protes. Mengapa mereka mesti menolak UMNO hanya kerana protes? Berapa % dari pengundi yang menolak UMNO melakukan demikian kerana protes?

Kita tidak tahu. Tapi biasa nya, yang memprotes sikit jumlah nya. Mereka protes kerana tidak dapat habuan politik. Pengundi jenis ini memang mudah diterbalikkan. Mereka akan pulang kepangkuan UMNO. Kontraktr klas F yang gagal dapat kontrak, tapi kali ini dapat akan kembali kepada umno. 

Hayunan undi( vote swing) kepada parti PR dalam tahun 2008 ialah secara purata nya, 12.2%.  berapa agaknya, peratusan undi protest dalam hayunan undi tersebut?

Kita mesti faham karakter undi. Undi yang berhijrah kerana dibayar atau disogok, mungkin akan kembali kepangkuan UMNO dan BN. yang menukar selera kerana keyakinan, keinsafan dan kepercayaan kepada seruan perjuangan bersifat lebih kukuh dan tidak mudah kembali. Sekarang, cuba kita hitung berapa % dari hayunan undi 12.2% itu kembali kepangkuan UMNO?

Andaikan 5%. Masih ada 7% hayunan undi kepada PR. Pada kadar hayunan undi 5%, UMNO hanya menang 98-106 kerusi. Kalau hayunan undi sebanyak 10%, BN hanya tinggal 68 kerusi.

Maka jika masih tinggal 7%, BN dan UMNO hanya akan menang antara 68-106 kerusi. Kalau kita ambil unjuran purata, maka UMNO/BN hanya menang 87 kerusi. 

Maka kita biarkan pemimpin UMNO menyedapkan hati berfikiran bahawa orang Melayu akan kembali kepada UMNO dan biarlah mereka bermimpi mereka akan dapat 2/3 kerusi parlimen. 

Jadi jangan kita syok sendiri menyakinkan diri kita, undi orang Melayu kembali kepada UMNO. Paling kuat kali ini, UMNO/BN hanya dapat 90 kerusi. 

Dengan 90 kerusi Najib atau MUhyidin menjadi ketua pembangkang yang baru. Najib ketua pembangkang sehingga pemilihan UMNO dan selepas pemilihan UMNO, dia akan bersara.

Janganlah begitu yakin, undi orang melayu akan kembali kepada UMNO. UMNO nak mengaku sebagai jurubicara orang Melayu pun tidak ada asas. Hanya 40% orang melayu menyokong mereka.

Maka tolong faham signifikens perkara ini. orang Melayu bersatu, tapi mereka bersatu tanpa UMNO.

24 comments:

Anonymous,  18 December 2012 at 10:18  

Saya sedih dengan keadaan negara ini sekarang!
Macam kalau tak sokong UMNO satu dosa yang besar.
Kalau sokong PAS itu satu Dosa yang besar pulak!
Kalau dah manusia ada IMAN dan AKAL mereka akan fikir mana yang betul, benar dan halal.
Kenapa manusia suka pada yang HARAM!
Mungkin orang UMNO sendiri sahaja yang boleh jawab!

Ramai dah jauhkan diri dari UMNO...sebab mereka sudah sedar diri, mereka tertipu, mereka tidak dapat apa-apa, mereka kecewa, mereka dah malu dengan tindakan tidak cekap dan tidak pandai ketua mereka!

Ataupun mereka takut akan kena tindakan jika UMNO tumbang terus!

Atau mereka nak perubahan dan sudah TAUBAT!

Anonymous,  18 December 2012 at 11:33  

Kalau macam ni UMNO kena tambah satu lagi definisi Melayu dalam perlembagaan. Orang Melayu adalah :
1. Menganut agama Islam
2. Bercakap Melayu
3. Mengamalkan budaya Melayu DAN
4. Mesti Ahli UMNO.

Oh.... mungkin boleh tambah lagi satu :
5. Perdana Menteri mestilah Melayu UMNO sahaja.

Anonymous,  18 December 2012 at 12:36  

Breaking News...Malaysia ada bangsa baru...Bangsa Umno !!!

Anonymous,  18 December 2012 at 13:09  

sokong DAP dapat gaji tinggi kah?.

Anonymous,  18 December 2012 at 13:59  

Ali Rustam kata :

Nobody can sink umno.
(Tiada siapa boleh menenggelamkan umno).

Seorang mamak sup utara kata :

umno parti pilihan tuhan.

Buatlah PRU13 cepat. Saya dah lama menunggu nak tengok umno boleh tenggelam ke tidak.

Awat lambat sangat ??

Mark Dean,  18 December 2012 at 15:43  

Tak tahu lah angka 73 selalu bermain dikalbu. Mungkinkah itu saja angka kemenangan BN.

Anonymous,  18 December 2012 at 16:09  

Ini cerita terbaharu mengenai FGV, sama ada betul atau tidak Datuk kenalah semak...

Koperasi Permodalan Felda (KPF) antara koperasi yg terbaik serta dimiliki hampir 100% oleh orang Melayu tak habis2 mahu digodak. Mana tidaknya Felda Holding Bhg (FHB) sebuah syarikat yg sentiasa meraih keuntungan (tidak kurang RM800 juta setahun) dgn KPF memiliki 51% kepentingan dalamnya mahu direntap secara rakus oleh FGV. Syarikat senarai awam ini yg memilki cuma 49% kepentingan dlam FHB (setelah dianugerahkan oleh Felda) mahu menelan FHB keseluruhannya.

Jika missi ini berjaya...sumber pendapatan KPF akan terjejas dan pastinya kadar pengagihan dividen/bonus kpd setiap ahlinya akan terjejas.

Missi memaksa asset FHB kepunyaan KPF dijual/diserah kpd FGV ini sedang berjalan...Diantaranya dgn memaksa pengerusi KPF sekarang yg tidak 'sebulu' melepaskan jawatan dan Pengarah Besar Felda yg baru yg merupakan 'budak suruhan' Isa dilantik menggantikannya..

Tunggu, apa yg terjadi ada EGM KPF pada 26 Dis nanti...


Kalau benar, ini kerja siapa? Tidak lain melainkan pihak2 yg selalu mengistihar diri mereka sebagai pejuang Melayu, Islam dan raja2...

Anonymous,  18 December 2012 at 16:20  

Dato'

Fenomena syok sendiri masih berleluasa di kalangan UMNO/BN. Saya berpendapat bahawa perasaan begini wujud sebab mereka telah mentadbir negara ni terlampau lama sehingga segala perkara 'is taken for granted'.

Anonymous,  18 December 2012 at 16:37  

UMNO hanya pandai perbodohkan ahli-ahli saja, tiap kali perhimpunan ahli-ahli senyap dan sunyi ini kerna dapat t-shirt,beg dll (rasuah).
PRU 13 ni UMNO hanya menang sorok sahaja.
ketua bahgian,Exco Pemuda, pemuda semua buat duit sekarang dengan ambil AP dan jual kepada bangsa lain.

Anonymous,  18 December 2012 at 17:20  

Yahoooo, Malaysia is ranked No 2 in terms of illicit outflows of dirty money in the world after China.

RM871b siphoned out in last 10 years, bravo...

Malaysia, small country but big dreams, very good in stealing and corruption - can challange big countries eg China

Thank BNo gov. 1Malaysia - 1Corruption,

Bersatu kita berjaya, bersatu kita jadi kaya, bersatu kita sama sama curi...

Anonymous,  18 December 2012 at 17:52  

You can dream on, Sakmongkol. Budak sekerat Melayu macam QD pun sokong Umno. Generasi X macam dia akan mengundi Umno.
Parti apa di luar dari Umno yang boleh orang Melayu bergantung.
Pkr? Hahaha. Melayupun bukan, non-Malaypun bukan.
DAP- cuma parti untuk China. Orang Melayu macam you dan Aspan saja menyokongnya. Orang macam Tengku Azizpun dah dipecat. Ada hope ke for you there? Dont talk about Malays in DAP lah.
Kalau PAS tu tahanlah sikit. You patut join sana. Tapi ramai orang Melayu tak percaya dengan serban PAS. Yang mendoakan Umno hancur.
So what choice do the Malays have except Umno? Setuju amat kan?

Mrs PooFak

Anonymous,  18 December 2012 at 19:04  

Tuan-tuan harus ingat. Jika dilihat dari sambutan yang diberikan terhadap Pakatan Rakyat dan congakan yang dibuat di atas kertas, kemungkinan untuk PR membentuk kerajaan amat besar. Laporan serupa ini juga dibuat oleh Cawangan Khas PDRM dan juga Military Intelligence.

Menyedari hakikat inilah, BN dengan kerjasama SPR dan lain-lain agensi kerajaan telah dan sedang bertungkus lumus mencari jalan yang dapat memberi kelebihan kepada BN dalam PRU 13 nanti. Di antaranya ialah mendaftar serta memindahkan pengundi-pengundi baru dari luar kawasan ke negeri tertentu bagi merampasnya.

jadi selain dari menerangkan kejahatan serta penyelewengan UMNO?BN, kita juga harus terus-terusan mendesak SPR supaya melaksanakan tuntutan BERSIH.

Hanya dengan cara tersebut sahaja kemenangan tidak boleh dirampas dari tangan.

Anonymous,  18 December 2012 at 19:53  

Tersangat kasihan kepada anda yang berfikiran sebigini di belenggu oleh minda yang amat sempit dan tidak bebas. Kita hamba Allah bukan hamba mana2 parti politik. Kita bergantung pada rahmat Allah bukan rahmat parti politik. Kita punyai hak dan kuasa untuk pilih siapa yang kita mahu wakili kita di parlimen dan dewan negeri. Berfikirlah secara waras sebab dunia semakin maju bukan semakin mundur. Bebaskan diri anda daripada penjajahan dan penghambaan minda. Hanya Allah yang dulu kini dan selamanya - WUJUD, QIDAM & BAQA. Bukan parti politik.

Cahaya Qalbu,  18 December 2012 at 20:45  


KE ERA BARU

Kepada rakyat Melayu yang telah lama dibuai impian dan wawasan palsu oleh UMNO, BANGUNLAH SEKARANG !!! Sejarah akan bermula dan terlepaslah peluang keemasan sekiranya mereka yang cintakan keadilan dan kebenaran tidak menyertainya untuk dirinya, famili dan generasi akan datang. Ia akan menjadi satu titik sejarah dimana rakyat Melayu yang bencikan penipuan dan penindasan akan berani keluar dari tempurung2 mereka menerokai ke satu kehidupan baru yang lebih baik. Marilah kita bersama menrealisasikannya agar sebuah masyarakat madani yang lebih cemerlang untuk kemajuan negara bertapak di Msia.

Yang jelas dan nyata ialah; semua polisi dan projek-projek mega yang UMNO/BN lakukan mengguna duit rakyat hanyalah kearah wajib menguntungkan Kaum Kerabat & Kroni2 UMNO/BN Sdn Bhd, kerana setiap projek yang gagal, duit rakyat juga akan digunakan untuk menyelamatkannya. Begitulah liciknya UMNO/BN perkudakan rakyat, terutama bangsa Melayu sebagai alat untuk dimanipulasi dan dieksploit menjayakan kegiatan mengkayakan mereka. Akhirnya, secara halus tanpa disedari, rakyat menjadi mangsa dan hamba kapitalis golongan elit UMNO/BN. Ini adalah sebuah seni penipuan dan mencuri cetusan dari minda putarbelit pemimpin2 UMNO/BN. Setelah berjaya menjayakan rancangan mereka dan menjadi kaya raya, mereka yang tidak malu & bermaruah menyuruh rakyat pula berterima kasih dan terhutang budi kepada mereka !!!

Walaupun fakta-fakta nyata dan kukuh tentang skandal pemimpin2 UMNO/BN yang melibatkan wang rakyat tetap dinafikan oleh pemipin2 UMNO/BN, yang pentingnya ialah menjadi tanggungjawap setiap rakyat Melayu memulihkan mertabat bangsa Melayu kerana UMNO/BN adalah parti yg mengutamakan kaum kerabat & kroni-kroni; dipenuhi individu2 hipokrit, penipu dan perasuah tegar yang telah salahguna kuasa dan memanipulasi kesemua agensi awam utk menutup aktiviti2 kedurjanaan mereka.

Kerana popularitinya yang menurun UMNO/BN cuba merasuah rakyat dgn BRIM atau imbuhan2 lain. Mana rakyat yang layak disilakan ambil kerana ianya bukan duit UMNO/BN tetapi duit rakyat juga, tetapi waktu mengundi di PRU 13 wajib MENOLAK UMNO/BN yang tidak lagi amanah mentadbir harta rakyat/negara, hatta memberitahu kepada UMNO/BN yang kita mempunyai pendirian, maruah diri dan juga untuk kebaikan masa hadapan dan kepentingan generasi akan datang!!!

Apa yang bangsa Melayu amat memerlukan kini ialah satu kaedah baru untuk menuju wawasan kejayaan sebenar. Janganlah masih berharap kepada pemimpin2 UMNO yang ada sekarang kerana mereka tegak pun diatas kejahilan majoriti Melayu yang telah di ‘brain-washed’ oleh mitos Hikayat Hidup Melayu. Keadaan ramai Melayu yg masih mengemis dinegara sendiri adalah kerana pemimpin2 UMNO telah mengaut sebahagian besar laba kekayaan negara ini. Dua generasi Melayu telah diperdaya, dimanipulasi dan diperkudakan. Berhijrahlah kesatu ERA BARU untuk memajukan Melayu menjadi umat yang lebih berdisiplin dan berkualiti serta berminda progresif kearah masa hadapan yang lebih cemerlang didunia dan akhirat!!!

~~~

Anonymous,  18 December 2012 at 21:33  

Tahniah kepada negara dibawah kerajaan BN, mencapai tempat Ke 2 di dunia untuk money laundering

Tempat pertama negeri china dan tempat ke tiga Mexico

Kalau dari segi saiz negara persegi dan berbanding dengan jumlah penduduk negara, maka Malaysia dibawah kerajaan BN akan mencapai tempat pertama dalam money laundering di dunia

Tahniah

Anonymous,  18 December 2012 at 22:02  

Anon 17:20

Before China overtake the rest of the world to the no:1 spot in the corruption index,do you know who was holding the world record for the last two decades.MALAYSIA.

Anonymous,  18 December 2012 at 23:36  

Kita tunggulah hari selepas pertengahan March 2013 apakah masih relevan lagi front Barisan Nasional sebagai rulling party di Malaysia....he..he...he...

Anonymous,  18 December 2012 at 23:57  

Dato' saya nak tanya sikit,,, dato' sokong dpt apa? pencalonan pun ditolak mentah mentah oleh DAP.

Cahaya Qalbu,  19 December 2012 at 00:31  

Pembetulan perenggan kedua ayat akhir:

Sepatutnya;...mereka yang tidak malu & tiada maruah...

Sorry.

Anonymous,  19 December 2012 at 02:57  

The Malays especially the young enthusistic 21 century generation are facing cognitive dissonance..getting ever more confused..sebangsa, seagama, sesaudara tapi digelanggang kehidupan berpecah-belah due to the present political orientation..politik pecah-belah-fitnah.Orang biasa berpuak..ulama pewaris nabi pula tidak sepakat. How can we expect a solid bonding of Malay community under this kind of scenario? We have only one option..proceed with this state of political orientation & witness the prolong systemic evaporation of trust amongst the Malays or rebranding the malay political approach or orientation & witness the formation of ever strong bonding of the Malays. The choice is for the political leaders and the Ulama pewaris nabi to decide. RD5

monsterball 19 December 2012 at 05:56  

Orang2 Melayu di Umno b pengcuri besar.
Ini Mahathir's Umno. Mereka2 tau dia ajah Umno Meleyu ..jagan takot curi2.
Itu bertol anak Shaitan.
Apa Mahathir buat jadi 22 tuan PM..satu dunia sudah tua....biggest hypocrite...dirtiest politician...leader of the rouges and thieves.

akma@site 19 December 2012 at 12:51  

Ada org tanya Dato sokong DAP dapat apa?
Pertama sekali kalau org yg bertanya ni range umur 20-30 tahun, aku agak dia ni belum akil baligh..kalau umur dia 30-40tahun, mungkin dia ni akal tak panjang..kalau dia 40-50 tahun, mmg dia ni buta akal dan hati.
Pada pandangan aku yg skolah pun tak pandai mana, Dato ni bekas ahli Umno dan bleh kata somebody jugakla,Kalau Dato ni join DAP kerana nakkan sesuatu, baik dia duduk Umno je,mcm2 dia bleh dapat kot..itu basic..soal kenapa dia join DAP itu hak dia dia dan dia jer lebih tau..Yang penting pada aku, apa yang diperkatakan..betul ke tidak,ada akal pikir sendiri..nilaikan dan make a stand..Kepada yg bertanya, korang join apa parti? Apa yg korang dapat? Halal ke tak? Sekian.terima kasih.

ORANG ATAR PAGAR..AM WATCHING.

Golden Blowpipe,  19 December 2012 at 14:02  

Rakyat Malaysia - Teruskan Bersatu di luar BN:

Ini bukan perang saraf, ini adalah liputan 'Best Practices in Governance', di petik dari 'PRU 13 UMNO TUMPAS?' oleh Zainal Abidin Ahmad, m/s 82 -83.

"Apabila isu ini menjadi menjadi hangat pihak kerajaan menjelaskan bahawa lawatan rasmi Datuk Seri Najib ke America Syarikat dan Kazakhstan itu telah lama dirancang...Sebenarnya isu yang timbul dalam polemik ini bukanlah samada lawatan berkenaan telah dirancang untuk sekian lama dan ada kena-mengena dengan urusan peribadi Datuk Seri Najib atau tidak. Isu yang timbul disini(sic) ialah keghairahan Datuk Seri Najib mencampur-adukkan urusan rasmi dan urusan peribadi beliau...Datuk Seri Najib sepatutnya mencontohi cara Saidina Omar mentadbir negara. Tidak mungkin Datuk Seri Najib tidak maklum akan cara Saidina Omar melaksanakan tugas kenegaraan beliau kerana YAB Lim Guan Eng.., seorang yang bukan berugama islam(sic), mengaku mengkagumi cara dan gaya Saidina Omar memerintah. Datuk Seri Najib, sebagai seorang islam(sic), sepatutnya lebih menghayati teladan yang diperlihatkan Saidina Omar. Secara ringkas kisah Saidina Omar yang dimaksudkan adalah seperti berikut.”

“Ketika anak beliau berjumpa beliau untuk membincangkan sesuatu, Saidina Omar bertanya dahulu kepada anaknya adakah perkara yang ingin dibincangkan anaknya itu urusan kerajaan atau urusan keluarga. Apabila anaknya menjawab urusan keluarga, Saidina Omar memadamkan lilin yang sedang menyala dikamarnya itu lalu menyalakan lilin yang lain. Ini dilakukan Saidina Omar kerana lilin pertama itu ialah lilin yang dibiayai kerajaan dan lilin kedua adalah lilin peribadinya. Oleh kerana anaknya ingin memperkatakan urusan keluarga, maka Saidina Omar menggunakan lilin kepunyaan peribadinya. Jelas dari riwayat ini Saidina Omar enggan mencampur-adukkan hal-ehwal Negara dengan hal peribadi beliau”

“Memanglah Datuk Seri Najib tidak sealim Saidina Omar dan kerana itu Datuk Seri Najib tidak diharapkan untuk membezakan lilin kerajaan dengan lilin peribadi. Tetapi dalam perkara seperti lawatan ke Amerika Syarikat dan Kazakhstan itu, beliau perlu menteladani dan pendekatan yang diamal Saidina Omar.”

“Berdasarkan amalan pencampuran urusan Negara dengan urusan peribadi di atas, jelas sekali pemimpin-pemimpin UMNO era milenium ke-3 ini tidak tahu membezakan di antara yang betul dengan yang salah, yang batil dari yang hak. Pasti rakyat jelata tidak akan membiarkan keadaan sebegini berlarutan.”

Sebagai penutup ingin saya sebut sepintas lalu tentang manusia yang lebih kecil daripada orang kerdil, ia itu penduduk-penduduk di negari Lilliput, dalam cerita ‘Pengembaraan Gulliver’. Mereka ini bukan sahaja berlagak dan cakap besar bahkan tidak habis bertengkar di antara satu sama lain akan kaedah mana sebiji telur patut dipecahkan - ada yang kata dari hujung yang besar dan ada pula dari yang kecil, sambil membisik kepada Gulliver, yang merupakan seorang gergasi di sana, bahawa bangsa Lilliput ialah ‘the terror of the universe’! Waduh!!! Wal hal di negeri Brobdingnag, negeri orang gergasi, mereka lemah lembut dan bersopan santun, dan melayan Gulliver dengan cukup baik dan beradab. Pernah raja Brobdingnag bertanyakan Gulliver apabila dia berdiri di atas muka tangannya, “Kau dari parti Whig atau Tory.?” (baca sebagai, kau dari Barisan atau Pakatan).

Pilihan kita bukan untuk menjadi seorang gergasi di negeri Lilliput atau seorang kerdil di negeri Brobdingnag — kalau ada pilihan saya minta yang kedua — tetapi apakah ‘the terror of the universe’ patut singkirkan kali ini ke universe yang lain, nun di sana.

Anonymous,  20 December 2012 at 04:09  

Hoorah Malaysians both students and professionals feel safe abroad,di mana negara sendiri telah digadai pemimpin umno pada pendatang asing - rakyat umum diburu penjenayah tapi adat pemimpin dalam denial propped up with statistics that Malaysia is the tenth safest countries in the world in the a few years time ! Padahal pemimpin serta family mereka diarak dengan outriders / bodyguards ! Kereta mafia cohorts ala rempits boleh terlepas dengan tinted windscreens. Kedua, rakyat sendiri disekat dari peluang pekerjaan dalam sector pembinaan yang memerlukan skilled laborers seperti contractors, electricians, painters, plumbers; sengaja dibayar upah murah asal agen serta cronies umno kenyang, agen indon kenyang, darilah semua kerja maintainance, cuci, sapu serta security di semua posh apartments di kl digasak pendatang, rakyat sendiri kebuluran ! Menganut Islam, bercakap Melayu, semua kena halal dari mineral water, beras (?), segan nak kata kapitalists baru monopolise hinggalah ubat gigi ahahaha tapi pendusta, penyanggak, pencacai, penghasut, rezeki diberi Tuhan, tapi dihalang Melayu Umno : Halal hahahaha... blame sendiri - kusyuk ditipu top spinners maha, rebranded !

Coogee macadamias

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP