Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 4 September 2012

SEMUA Rakyat pilih Malaysia dan SEMUA rakyat pilih Mengundi


Apabila saya berhenti seketika daripada menulis mengenai sekitar kenyataan Dr Mahathir, lebih baik pilih syaitan yang kita kenal daripada malaitkat yang kita tidak, ada seorang pengomen mengatakan saya menulis artikel lain sebagai penyelamat muka. Face saving gesture. Steady lah wok.  Perhaps you don’t have sufficient mental caliber yet.
Dr Mahathir kata dia hanya ada weak school certificate dan bukan lah cendekiawan. Itu pun sudah terror kerana ramai seperti saya, hanya lulus SA- Sekolah Atap.
Bosankan? Apabila orang mahu memenangi hujjah dengan berlagak hipokrit membangkitkan perasaan simpati dan bercakap dalam nada perli dan mengejek ngejek, itu menunjukkan bahawa dia tidak ada isi dan bahan untuk menyokong pandangan nya. Tapi itulah yang kita sudah lali dengan cara Dr Mahathir- mengejek, memerli, merendah diri secara artifisial dan sebagai nya.
Dan bila Dr Mahathir kata orang Melayu boleh menjadi bangsa yang terulung dalam dunia, saya sokong dan percaya. Dengan syarat kita buang UMNO dengan budaya menaungi dan membuli dan membudak budakkan orang Melayu.
Inginlah saya beritahu pembaca tersebut, tidak ada perkara seperti itu dalam kamus saya. Saya berhenti hanya untuk memecahkan kebosanan. Kalau kita bercakap mengenai perkara serupa berhari hari, tentulah kita bosan dan jemu kan?
Maka tulis yang lain sekejap. Kemudian saya akan kembali kepada tema yang serupa, kerena kemenangan keatas puak jahat mesti diulang ulangkan. Behenti sekejap, datang semula. Sebaik sahaja mereka ingat sudah selamat untuk mandi dalam laut, kita serang semula. Saya harap pengomen tersebut gets the drift.
Kerja2 mendedahkan kemungkaran kerajaan UMNO/BN tidak akan habis. Oleh yang demikian penulisan mengenai perkara tersebut tidak akan berhenti.
Lihat sebagai contoh, propaganda halus yang di jalankan oleh jentera media UMNO. Iklan dalam TV dan akhbar arusperdana yang mengistiharkan Saya Pilih Malaysia dan Saya Memilih Untuk Mengundi. Ini iklan yang membudakkan pemikiran bangsa Malaysia apatah lagi orang Melayu. Marilah kita mengingatkan orang UMNO, SEMUA rakyat memilih Malaysia dan SEMUA rakyat memilih untuk mengundi. Yang mahu kekal kuasa denan cara dictator dan yang enggan memerdekakan rakyat ialah puak UMNO. Puak UMNO kata mereka pilih Malaysia- yang mereka pilih ialah suatu Malaysia yang Fascist yang dikuasai oleh mereka. Bila puak UMNO kata mereka pilih mengundi, kalau boleh yang mengundi itu meraka mahukan terdiri semuanya dari  orang UMNO dan pendatang asing yang di meesegerakan kerakyatan mereka.
Inilah petanda sebuah kerajaan yang tidak bertangung jawab. Tidak pernah dalam sejarah kita bedepan dengan sebuah kerajaan yang amat hipokrit dan pembohong. UMNO/BN menjerit sana sini supaya rakyat Malaysia bersatu, tapi pada masa yang sama, menanam bibit2 perpecahan masyarakat.
Dengan menjadikan juribicara saya pilih Malaysia dan pilih pengundi beberapa orang penyokong UMNO/BN, apa gimik nya? Gimik nya ialah untuk memberitahu rakyat, manakala penyokon UMNO memilih cara demokrasi yakni melalui proses mengundi, ada golongan rakyat yang memilih jalan yang tidak demokratik.
Walhal yang tidak demokratik ialah UMNO. Apalah maksum dan mulia sangat gambar Najib dan Rosmah? Jika ia suatu kesalahan undang2, caj sahaja pesalah nya dalam mahkamah. Tapi jangan lupa caj juga mereka yang mengencing gambar Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Haji Hadi dan pemimpin2 PR yang lain. Dalam negara yang bersopan dan beradab, ketua pembangkang yang diiktiraf oleh perlembagaan dan parlimen dihormati. Mari kita bertarung sebagai gentleman dan orang yang beradap bersopan.
Sejak bilakah UMNO merasakan bahawa mereka pemulia agama maka dengan itu tidak membenarkan orang lain menyalahgunakan masjid dan surau. Mengapa sebagai tindak balas, UMNO TIDAK menjalankan kegiatan mereka( tazkirah, ceramah) dalam surau dan masjid? Penggunaan masjid dan surau dalam bentuk tertentu, mestilah diimbangi oleh UMNO dengan penggunaan cara yang serupa. Kenapa UMNO tidak buat demikian dan tidak menyalak sana sini bagai anjing busuk kepala?
Agaknya, itulah sebab nya, negarawan kita, Dr Mahathir bekas PM dan pengasas UMNO baru pun menyertai iklan dalam TV menyatakan saya memilih mengundi. Realiti nya bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang pilih mengundi. Dan pemilihan Dr Mahathir sebagai jurucakap saya pilih mengundi amat penuh ironi- sebab dialah presiden UMNO yang memberi undi bonus kepada presiden dan timbalan presiden UMNO yang menyebabkan penentangan terhadao dua kedudukan itu hampir mustahil.
Mahathir has always been a closet dicator. Semua boleh selagi ikut cakap nya. Kenapa harus bekas PM dan beberapa orang lain melakukan iklan mengingatkan rakyat untuk mengundi? Memang lah benar, semua rakyat Malaysia pilih jalan mengundi untuk memilih kerajaan yang mereka hendak. Dan adalah menjadi kebenaran juga bahawa semua rakyat Malaysia pilih untuk mengundi UMNO keluar.
Jadi jangan lah menepuk belakang tanda ucapan tahniah dengan menyangka bahawa Dr Mahathir dan beberapa orang yang ada dalam iklan itu sahaja yang memilih untuk mengundi. Semua rakyat akan turut memilih untuk mengundi dalam PRU yang ke 13 ini. kalau dijalankan pada bulan 11, maka jadilah seperti Daim bilang, 11 itu lambang 2 batu nisan diatas kuburan UMNO.

25 comments:

Anonymous,  4 September 2012 at 09:30  

salam Dato',
Hebat dan bernas Dato', kencing dan tunjuk punggung dari umno tak apa, billa tunjuk punggung pada umno melenting pulak. Nak sampai pilihanraya ni, macam2 tunjuk akan berlaku. Harap rakyat malaysia waras bila membuat pilihan. BN menuju ke kampong batu 2, disimpang jalan mati, di daerah kojol.

Anonymous,  4 September 2012 at 10:20  

Dato'

What we get to see each day is a total failure of separation of powers.

Various propaganda machinery are used tirelessly to brainwash the rakyat, and the rakyat become so fed up that they just literally feel pissed off. If PR wins, you should be made a federal minister.

Salam.
Observer

Anonymous,  4 September 2012 at 10:29  

askm tok
memang org2 melayu kena buang umpama tangkal(umno) yg sentisa d takut2 oleh si tangkal...
teruskan....cerita2 bodoh umno

Musafir1957,  4 September 2012 at 10:45  

Dato', tepat sekali,tak boleh hari-hari daging, mesti sekali-sekala ulam atau nasi kerabu. Saya setuju dengan taktik, berhenti sekejap, datang semula,rasa selamat nak mandi dalam laut, kita serang semula - ini macam taktik Sun Tzu atau Chairman Miao (saya kini makan angin di Kuching!)- taktik ini amat berkesan untuk buang kebosanan.

Kisah tentang kemungkaran kerajaan UMNO/BN memang tidak akan habis sekalipun UMNO/BN tumpas dalam PRU 13(lebih baik daripada PRU14). Tujuan saya menulis dalam blog Dato' adalah untuk memberikan sedikit-sebanyak maklumat latar-belakang berkenaan dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN lama vis-a-vis mereka yang timbul dari mandian dalam laut selepas 80-an. Segala yang saya tulis termasuk buah fikiran orang lain khas ditujukan kepada mereka yang lahir selepas tahun 1980.

Satu lagi petikan dari buku,"Tamadun Melayu -Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu" oleh Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie, UKM Malaysia (1997). Petikan ini m/s 154-155 daripada Tun Ghazali:

"Adakah orang Melayu sudah menerima istilah leadership dalam konteks demokrasi Barat yang boleh menarik manusia seperti menarik kerbau dan contohnya Hitler, Mussolini dan Stalin?
Manusia pegang kata
Kerbau pegang kelikir

Pada hemat saya, orang Melayu belum lagi sampai kepada tahap untuk mengubah konsep pimpinan. Pimpinan bermakna berpegang tangan, berpimpin. Satu waktu dahulu wujud Demokrasi Terpimpin, tetapi Demokrasi Terpimpin itu malangnya bukan memimpin, tetapi melelar rakyat ke gaung Nasakom dan nyaris Melayu jahanam.

Tamadun Melayu masih memerlukan pimpinan, bukan leadership yang bergerak sendiri, melepaskan pegangan yang dipimpin sehingga ia mendahului tercuat-cuat seorang diri tiada siapa sempat atau larat mengikut dan tiada siapa mengertinya.

Oleh yang demikian, cabaran terhadap tamadun Melayu di dalam konteks demokrasi Barat adakah "leadership" Melayu itu sanggup memimpin yakni berpegang tangan dengan yang dipimpin atau dia terus mara tercuat di hadapan sehingga sepi.

Nenek moyang kita mementingkan kita berpimpin dan itulah cabaran terhadap mereka yang menjadi pemimpin. Istilah pemimpin dari segi tamadun Melayu bermaksud berpegang tangan dengan yang dipimpin. Kalau tegak sama tegak, tanpa tangan terlucut dari pegangan yang merangkaikan semua yang memimpin menjadi satu rumpun yang masyarakatnya bergerak dengan pemimpin.

Istilah rumpun dan pimpinan adalah istimewa buat orang Melayu....: tanggungjawab pemimpin Melayu tidak berakhir sehingga habis hayatnya. Saya teringat satu peristiwa waktu saya mengadap Presiden Suharto..untuk memberitahu beliau saya sudah menghantar surat kepada YAB Perdana Menteri Dr Mahathir memohon berpencen dari jawatan Menteri... Pak Harto berkata bahawa yang tamat itu adalah tugas pejabat tetapi seorang pemimpin masih bertempat."

Saya tidak heran dengan kejadian di mana pemimpin PR diserang oleh Mat Rempit-matrempit upahan. Tak heran sebab 'pemimpin' sudah 'mendahului tercuat-cuat seorang diri'. Sekian.

Anonymous,  4 September 2012 at 12:09  

......bersyukurlah kerana TDM telah do you a favor dgn mangakui UMNO/BN adalah iblis. Namun 'iblis' ini saya yakin akan terus menerajui negara kerana 'malaikat' yg ingin di ketengahkan untuk mengambil alih tempat iblis tidak dihebahkan sifat & ciri-ciri kemalaikatannya yg sebenar. Hanya yg sering disebut berulang- ulang kali hanya keiblisan TDM & UMNO/BN yg sememang telah sangat dikenal & populer. Mungkin ada yg masih kurang yakin bahawa sungguh pun usaha berterusan untuk meriwayatkan keiblisan TDM & UMNO/BN giat dijalankan mereka ini kelihatan masih dalam sindrom 'ketakutan' & 'kegelisahan' seolah-olah impian mereka untuk melihat TDM & UMNO/BN dikuburkan hanya ibarat mimpi di siang hari. Oleh itu suka saya sarankan kpd mereka ini agar merenung ke dalam diri sendiri, melihat & mendengar suara hati, apakah bunyi derai rasa yg mencengkam jiwa yg menyebabkan mereka tidak yakin apabila berhadapan dengan iblis yg mereka takut & gelisahkan itu. Mesti ada sebabnya.

Sir Wenger,  4 September 2012 at 12:44  


Apa pilihan Mahathir?
Mahathir pilih undi

Kenapa Mahathir memilih undi?
Mahathir pilih undi kerana PATI. Satu orang satu undi, tapi satu PATI banyak IC. Satu IC lima undi , Lima PATI Mahathir menang kerusi

Anonymous,  4 September 2012 at 12:53  

Siapa yg makan cili dialah yg merasakan kepedasannya adalah amat sesuai utk mengambarkan ketakutan & kegelisahan Pak Sak akan setiap kata-kata & tindakan TDM walaupun negarawan ini telah lama tidak menerajui negara & parti UMNO/BN, Jelas menunjukkan luahan dendam tak berkesudahan Pak Sak khususnya terhadap TDM akan dapat dipuaskan bila PRU13 diadakan. Apa pun itu adalah hak Pak Sak & tiada siapa pun yg berhak menghalangnya. Sama juga hak TDM utk bersuara walaupun dipandang hina & dinista. Marilah kita sama-sama menyaksikan nanti bila tiba masanya siapa yg akan menang nanti. Iblis yg mengaku keiblisannya atau malaikat yg menyembunyikan kepura-puraannya.....

kampong lad 4 September 2012 at 12:55  

''sebab dialah presiden UMNO yang memberi undi bonus kepada presiden dan timbalan presiden''

keris makan tuan

1. parti umno - undi bonus saja dari bahagian2 utk calon tim. presiden (anwar ibrahim) telah membuatkan gaffar baba terkeluaq ring - dipahamkan cadangan ini dibuat oleh allahyarham sendiri.
2. kerajaan negeri - persempadanan semula di p. pinang (tambahan kerusi) utk dibahagikan kpd gerakan & mca (majoriti pengundi cina) backfired.
3. kerajaan federal akan tumbang kalau tidak pada pru13, pru14 pasti kerana 'mee segera' & anak2 (terutama di sabah) dah tak boleh cari makan.
perkara 3) diatas ni adalah perbuatan pengkhianat negara. jadi rakyat selangor yg ori harap berhati2 & berwaspada kerana mee segera & keturunan mereka dah & akan jadi melayu/islam. kek dah jadi kecik. tengok apa dah jadi kat sabah.

Sabah Sifu 4 September 2012 at 16:02  

Dato' saya banyak degree dan boleh di katakan cerdik dan pandai. Malangnya di Malaysia sekarang orang macam saya tidak mau di gunakan - sebab terlalu cerdik dan pandai. Pemimpin dan Kerajaan maukan YES MAN atau dengan kata lain pengampu bertauliah. Ini yang menyebabkan Negara Malaysia ini semakin hari semakin terjerumus dari segi ekonomi, politik, dan kebajikan rakyat. Ini semua mengundang malapetaka sekiranya tidak di bendung.

Anonymous,  4 September 2012 at 18:50  

Iklan tu cuma utk mengalihkan perhatian org ramai dan utk menghalalkan undi hantu. Memang semua Rakyat memilih mengundi, yg Rakyat minta ialah bersihkan senarai pengundi. Tun M boleh bicara sampai mampus, tidak akan menukar fakta bahawa dialah punca kerosakan Malaysia, sudah pasti dia akan dikenang sebagai Punca Perosak Negara dlm Sejarah.

Anonymous,  4 September 2012 at 18:58  

Mengencing ke atas gambar pemimpin-pemimpin PR sudah tentu akan menerima tindak-balas daripada pihak lawan. Hanya tunggu cara,tempat dan masa sahaja. Biadab lawan biadab,dua-dua salah. Siapa lebih biadab, yang muda, tidak masak, nak syiok sahaja, nak buang geram,atau yang tua, dewasa,dah cecah umur jadi datuk? Selagi politik dikotorkan oleh UMNO dan pihak upahan UMNO dengan berbagai cara - takkan rakyat tak tahu sudah begitu lama UMNO memang handal mengeruhkan air tenang, lagi keruh lagi senang perbuatan jenayah tidak ternampak - selagi itu rakyat akan kejar-kejar menonton atau menghadhiri ceramah-ceramah anjuran pihak PR. Baik Mat Sabu atau pun Tok Guru, siapa sahaja, semuanya memberi keazaman, inspirasi dan halatuju baru. Malaysia tidak boleh dibenar dibinasakan oleh sekelompok seakan-akan iblis yang sebenarnya kita belum kenal. Inilah kehandalan iblis dan yang 50%-iblis, kian lama dah iblis baharu sekarang mengakui dirinya iblis - tunggu sekejap, jangan terpedaya sebab itu bukan pengakuan jujur. Itu sindiran daripada malaikat yang anggap kita semua bebal dan sontoloyo. Apakah ini pengakuan seorang jujur, alim? Akui diri iblis,undur selangkah ke belakang(keris disembunyikan)dan menyerang apabila dapat membuat dua langkah ke depan - inilah kehebatan seni silat Melayu.

Ingat pihak PR juga terdiri daripada warga Melayu, tak syak lebih berjiwa Melayu daripada mereka yang datang, bukan dari langit, tapi terapong-apong dari sebelah timur and barat Malaysia. Dulu pernah keluar dari laut untuk bernafas semasa melarikan diri daripada kesusahan, sekarang berikanlah orang lain ruang untuk bernafas secara jujur dan ikhlas.

Jangan hari hari nak bersilat. Boleh, nak tengok yang mana lebih handal: silat Melayukah, silat Bugiskah atau Silat Kerala?

Anonymous,  4 September 2012 at 22:10  

Dato'

Undang undang kepala mak bapak puak UMNO BN yang dikuat kuasakan sekarang. Bukan undang undang Malaysia.

Gambar2 pemimpin pembangkang seperti Nik Aziz, Lim Guan Eng dan Anwar dibuat pelbagai cara dan dihina..tak pula undang undang tersebut ditegakkan. Bila gambar pemimpin UMNO BN diperlakukan begitu..cepat pulak undang undang kepala bapak mereka dikuatkuasakan dan tindakan segera diambil. Apa cerita ni pemimpin pemimpin syaitan UMNO BN oiii???

Aku percaya sangat kes simbah cat dan pecahkan cermin bas PKR kat Kelantan akan sepi macam tu jer. Kes serangan PERKASAM kat majlis tazkirah Anwar Ibrahim di Alor Setar tu akan senyap tanpa sebarang tindakan. Akan jadi sama nasib dgn kes samseng UMNO Jalan Kebun, kes kekejaman polis dalam himpunan BERSIH 2.0, kes letupan bom depan mahkamah selepas perbicaraan Anwar Ibrahim, kes pembeli dakwat untuk sabotaj pilihanraya lalu dan termasuk juga kes tangkapan dan rampasan bahan letupan, baju BERSIH 2.0 kat KL dulu.

Bukam main berdegar umum kat TV pencacai..polis akan siasat. Hasilnya semua sesat entah ke mana. Siasat tegkorak mereka.

Semuanya sepi! semuanya PEMBOHONG. Semuanya AUTA. Polis umpama makan gaji buta jer, tak buat kerja dan gagal nak selesaikan kes semudah itu.

PEMIMPIN DAN SUASANA PENTADBIRAN HAPRAK MACAM NI KER KITA MAHU???. Pemimpin UMNO BN ni dah sampai tahap syaitan dan iblis dah. Mamak Kutty sendiri tak segan segan mengakui status UMNO BN ni.

So kita rakyat Malaysia janganlah jadi bodoh..kalau bapak syaitan sokong parti syaitan..itu kita faham. Tapi kalau anda rasa anda bukan katogeri syaitan..jangan ikut Mamak Kutty kerana tugas syaitan ialah sesatkan manusia. Dah memang tugas syaitan begitu.

Apa pun berlku ..UMNO BN WAJIB kita tumbangkan dan kita selak semua kes2 bawah kapet yang UMNO BN tutup selama ini. Ini hanya akan berlaku kalau UMNO BN ranap dalam GE 13 nanti. PASTIKAN ini berlaku!!!



Anonymous,  5 September 2012 at 05:37  

I got the drift Tok.Ye le tok tapi tiap tiap hari mende yang sama,meluat juga bagi orghang yang tak sokong umno.jangan dok hantam kromo. Show proof la moreover you were once in that party you desserted be like rpk he's got proof and publish
Or are you going for that jugular vein or it's all going to be in vain tok.....

Poltical observer

Anonymous,  5 September 2012 at 05:40  

Hope bn wins and massive repentent,...i just don't trust the other side as much as i distrust bn

Anonymous,  5 September 2012 at 11:24  

anon 4 September 2012 12:09

Teruskan dengan mimpi basah anda. Mimpi sendiri adalah percuma, tak kena beli pun.

Bila dah sedar dari mimpi nanti jangan terkejut jika jiran sebelah rumah, jiran depan rumah terdiri dari melayu bumiputra yang berasal dari indonesia, Bangladesh dan Kemboja. Jangan terkejut nanti bahawa peluang pekerjaan anak-anak anda direbut oleh anak-anak mereka ini. Nak masuk UITM pun anak anda tak layak kerana anak-anak mereka mempunyai CGPA yang lebih baik dari anak anda. Anak-anak mereka juga layak kerana mereka juga telah menjadi melayu bumiputra atas ihsan mahathir dan UMNO Baru yang hang dok syok sendiri.

Bezanya nanti, kelompok rakyat yang sedar, yang tidak dibuai mimpi saudara itu tentunya telah membuat persedian untuk menghadapi time bila kita kena berkongsi perkara 153 perlembagaan - mengenai hak keistimewaan orang melayu - dengan melayu-melayu bangla, myammar, indonesia ini.

Memandangkan anda adalah pemuja mahathir - bagi 5 jasa terbesar Mahathir untuk kita kongsi bersama-sama. kami akan bagi 10 mengapa mahathir pujaan anda adalah bapak pengkhianat melayu dan pemusnah negara.

Itu pun kalau ada telor. Kalau ada telur dan bangga dengan Mahathir, awai-awai lagi dah tak berselindung disebalik " ANON".

bat8

selamat bermimpi dan menghisap candu UMNO Baru!

Anonymous,  5 September 2012 at 16:47  

Let give bn another term hoping that the pakatan get their act straight in the meantime

Anonymous,  5 September 2012 at 16:49  

Betui Dato, kena serang berulang ulang. Betui Betui

Tapi sasaran kena betui jugak.

Pembaca blog Dato majoriti kaki PR, macam mana boleh bertambah undi???

Anonymous,  5 September 2012 at 17:16  


FGV closing price 4.85[-15 sen] and at its
lowest for the day.Seems like no more hope ! Well ! we can assume it will be jacked up or risk the wrath of felda settlers storming putrajaya.
They never listen do they? The equities market is not for fools to manipulate and dont play play.

Anonymous,  5 September 2012 at 18:40  

Salam Dato'

Minta Dato komen tentang tema dan aturcara perayaan kemerdekaan tahun ini. Sudah tentu Dato ada banyak yang nak kupas tentang persembahan dan program tahin ini.

Terima kaseh

Anonymous,  5 September 2012 at 20:49  

Bro bat 8,

Apa yang membuat hang ni loghat sangat dengan Dr M ni.Jom kita janji kalo pr menang aku bagi hang holiday luar negeri London holiday.Kalau BN menang ang sponsor aku holiday kat Penang pun ok.Apa macan.Hang belajarg dulu usha DAP ke .Poodah..

Anonymous,  5 September 2012 at 22:12  

Mungkin kita boleh belajar satu atau dua perkara dari orang Johor zaman Almarhum Sultan Ibrahim I bagaimana untuk asimilisasikan orang Jawa, Bugis, Boyan sampai anak cucu mereka sekarang dah jadi Melayu.

Fazilis

Anonymous,  5 September 2012 at 22:47  

anon 12:09/20:49

Nak eksyen dgn offer aku holiday kat London. Aku pernah tinggal dan belajar di central london selama 8 tahun sampai master degree bro termasuk kerja kat sana. Jangan nak tunjuk esyen lah.

As l said - since hang pengkagum tegar Mahathir, list down 5 perkara yang hang rasa hebat pasai Mahathir. Kami akan list 10 yang sebaliknya.

bat8

Anonymous,  5 September 2012 at 22:58  

anon 20:49

Tak payah nak tunjuk bodoh kat sine le. Bagi je yang diminta..semua orang dah tahu yang idola nko dah kata yang sebelah nko semuanya half past six dan bodo2 semua.

Anonymous,  6 September 2012 at 08:02  

Sabah sifu,

Pernah saya katakan kini terlalu ramai dikalangan rakyat kita punyai berbagai kelulusan dan berbagai bagai degree dengan banyaknya kolej kolej dan universiti sekarang.Tidak ramai pula yang mahu/boleh contribute untuk negara.Semua kita yang berkelulusan masih boleh membuat sumbangan kepada negara tanpa melalui politik .Tanpa kita sedari mungkin kita juga telah membuat sumbangan kepada negara , bangsa dan ugama sebenarnya

Kadang kadang kita terasa kita hebat dan kepakaran kita tidak digunakan no worries bro you still can contribute in whatever we can and the pleasure and the joy is yours especially for non- politician lke us.

Many have contributed immensely to the nation prople like Dr M .Prof Engku Aziz , Tan Sri Arshad among many are all great people.It is either agree or disagree with them , thats all.Apologise i have to disagree with domr of you here.

The Flying Scotsman

Anonymous,  6 September 2012 at 18:11  

Bro bat 8,

Jadi hang belajarq dulu hasil dari polisi Mahahir lah nooh...Awat yang duk pi lama sangat di London tu .Ini tak pas exam lah tu .Hanang tak bulih over loghat sangat dengan Mahathir .Tun kan dari Kedah sama.Cuma hang dari pendang.Tak kuasa nak layan apa Tun dah buat, hang tengok saja apa yg dia dah perbuat..So hang tak mau offer aku lah.Ok tukarq Korea ok.Aku Penang pun tak pa, lafi pun pak aku tak suka aky travel jooh.Ok lah suka hati hanflah nak kuruk Mahathir pyn kutuklah takut hangpa tak kemana ! Melawok lah hang ni.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP