Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 11 September 2012

Rahsia UMNO dalam tangan Dr Mahathir


Dr Mahathir kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk UMNO- rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korap, pegawai kerajaan yang korap, rasuah dalam syarikat milik kerajaan,skendel pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skendel IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagu memilih UMNO.
UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang melayu yang Bergama Islam. Sebagai orang Islam , semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolak nya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukar nya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.
Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara instutusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masaalah.
Pendek nya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Fakta nya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.
UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.
Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa disebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air,  kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina( 1500) dan India( 1200). Kenapa ini terjadi?
Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlansung, saya berada dirumah Dato Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini- tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab- Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia- pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.
Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.
Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi.  Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.
UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.
Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah , maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik- diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.
Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Cara nya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathit pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.
Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan dikalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara cina sama cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir.

19 comments:

Anonymous,  11 September 2012 at 11:15  

Dato Sak,

Setuju bebeno apa yang ditulis. Itulah realiti penubuhan UMNO Baru. Saya amat gembira kerana kini semakin ramai menyedari hakikat dan tembelang UMNO baru dan TDM.

Najib tak kemana. Dia jadi nahkoda kapal orang. Tuan kapal masih hidup. Akhir ini semakin rancak mengarah arah kapal milik peribadinya kerana tak puas hati dengan kemampuan nahkodanya.

Moto dia senang je - kapal aku, aku punya sukalah. Kalau kita faham ini kita fahamlah gelagat mahathir hari ini.

bat8

Anonymous,  11 September 2012 at 11:24  

bn amno tidak boleh di tukar kerana ia jaga interests cronies -- ha ha hi hi

Anonymous,  11 September 2012 at 11:59  

Kesian orang melayu sekarang ni masih ada yang belum bukak mata.... Bukan semua tapi segelintir orang Melayu veteran....

Pok Li,  11 September 2012 at 12:55  

Salah satu sebab utama orang2 Melayu kelas pertengahan menjauhkan diri dari UMNO ialah kerana usaha berterusan UMNO memperbodohkan orang2 Melayu itu sendiri. Mana tidaknya, orang2 Melayu kelas pertengahan ini tak akan sanggup menjadi lebih bodoh dari Melayu UMNO yang rata2 tahap kecerdikan mereka adalah terlalu rendah, termasuklah pemimpin2 tertinggi mereka.

Anonymous,  11 September 2012 at 13:05  

rahsia kekayannya dan cronies akan terbongkar

PokAmid 11 September 2012 at 13:51  

Masih ramai lagi orang-orang Melayu yang percaya dan yakin kepada temberang Mamak Kutty ni, terutama pengundi di saluran 1 & 2. Dalam pada itu, ada juga pengundi saluran 4,5 & 6 terutama wanita yang bermati-matian menyokong Mamak Kutty. Selain itu, yang muda dan masih menyanjung UMNO adalah tahap pelajaran mereka rendah atau pun puak opportunist mencari makan.

A AZIZ Purba 11 September 2012 at 14:00  

Setelah telusuri catatan Dato', Teringat saua kata seorang ustaz masa kuliah2 agama yg pernah saya ikuti zaman2 dauhulu kala. Latanya Tuhan suka akan bilangan ganjil., maka saya pun bilang jumlah huruf yang menjadi jenama2 semua parti politik di negara ini khususnya parti2 org kita yg ditubuhkan sebelum dan selepas merdeka. Maka terserlahlah yg mana nama parti politik yg namanya terdiri daripada 3 huruf atau empat hurut....ha ha ha....Dato' tentu tersenyum. Maaflah..

Anonymous,  11 September 2012 at 16:36  

Sdr Sak.

Memang Mahathir nak cepat belaka, PPSMI patut patut bermula di Tahun Satu Sek Rendah, dia redah Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah sekaligus. Mahathir jenis manusia tabiat nak cepat. Manusia berjiwa nelayan bukan berjiwa petani!Analogi nelayan dan petani kena cermat hujahannya.

Anonymous,  11 September 2012 at 17:58  

Tapi aku yang tak sokong umno masih skeptikal ttg pr nak ambil alih kerajaan. Melayu kelas pertengahan memang lah menjauhi dari dari politik kerana dasar umno yang tertutup tu. Melayu dalam pr pun half past six juga banyaknya dan ex umno and I doubt they have discarded the umno mentality totally.Yang cina dan india memang berkalibar in the lge ambiga all the singhs and what not da mereka tunggu masanya nak makan melayu melayu half past six dalam pr.
I prefer thr miidle class malays to be involved.That would be world of confidence and difference it will make in the political scenario
Otherwise I still don't see how pr a non cohesive alliance is going to rule the country unless Dato you lay down your strategies.until
then I still don't get your drift tok

Anonymous,  11 September 2012 at 18:03  

Realitinya walaupun orang melayu ditolong dan dibantu dengan pelbagai cara masih lagi ketinggalan. Nak salahkan seseorang memang mudah tapi nak salahkan diri sendiri atas kelemahan mengurus diri sendiri amat payah terutama bangsa melayu sebab bangsa melayu terkenal dgn sifat hasad dengki, tikam belakang, suka berpecah, malas berfikir, cepat putus asa, cepat merajuk, tidak serius dgn kerja & mudah terpedaya dengan kata- kata orang yg berjubah. Kesimpulannya, jangan terlalu mengharap pada kerajaan orang melayu baik UMNO, PAS atau PKR. Lebih baik usaha sendiri untuk memajukan diri & disiplinkan diri serta jauhkan diri dari nilai-nilai yg buruk tidak kira dari mana datangnya.

Anonymous,  11 September 2012 at 18:16  

Hanya orang UMNO, penyokong UMNO, pencacai UMNO & bekas ahli UMNO yg kini ada di PKR, PAS & DAP tahu rahsia UMNO. Kesemua orang-orang inilah yg telah merosakkan UMNO & sekarang ini cuba pula untuk memakai pakaian malaikat. Memalukan bangsa & menjahanamkan agama. Lebih baik bagi bangsa lain perintah bangsa melayu yg bodoh sombong ini, baru tahu langit tinggi rendah.

Anonymous,  11 September 2012 at 18:47  

Mamak ini perlu di bicara kerana bertanggung jawab sebagai PM keatas jenayah pembunuhan beramai-ramai di Memali.Musa Hitam pula yang dikambing hitamkan.

average joe 12 September 2012 at 00:03  

Rahsia UMNO dalam tangan Dr Mahathir
atau adakah juga
Rahsia Dr Mahathir dalam tangan UMNO

hmmmmm...

-average joe-
klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ

nick 12 September 2012 at 07:16  

Mahathir have been proven time and time again as a liar, a slanderer and worse of all a pure and unadulterated hypocrite. Need we say more about his motive and goals? One thing for sure, its not for the benefit of malaysian much less for the good of malays and the nation. mahathir is only interested in himself and if it will profit him, he has no qualms about doing something that involve the destruction of this country, its people and its sovereignty. Mahathir has admitted to us all what he really is, so Malaysian take heed! Don't trust the devil because the devil will take you to hell! The malaysian hell we've been through during his 22 year rule is just a small taste of the real hell that await us should we become his slaves!

Nick.

bruno,  12 September 2012 at 07:24  

Dato,the Chinese has a saying that when people are talking or discussing about a person and he suddenly shows up.That person is believed to have a long life.And Wenger has shown up.

Anonymous,  12 September 2012 at 08:26  

Under BN's & TDM's rule, the following principle applies:

"The wicked prospering, the righteous suffering"

Suci Dalam Debu 12 September 2012 at 10:26  

Sir,

I wonder why KuLi is still holding...as the Cantonese saying on to the Dead Cat?

UMNO is a lost cause and he knows it.

Anonymous,  15 September 2012 at 09:54  

Kalau bukan UMNO,parti mana yg kita boleh percaya?PAS?PKR?DAP?..tak boleh dipercayai juga.Lebih percaya dgn UMNO yg saya kenal drp PR yg jelas tiada wawasan utk bangsa.

Anonymous,  16 September 2012 at 11:09  

umno baru atau umno lama sama saja. ada anak2 pemimpin kepada umno lama yg menjadi pemimpin pr masih mau membeza2 kan kedua umno ini. kalu pr mau kedepan jgn disebut lagi yg umno ni berbeza kerana rakyat sekarang dh tau cerita sebenar dan tk mau dikelentong lagi.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP