Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 1 August 2014

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong Sorong- Bahagian 1



Kawan saya menghantar saya satu imej yang menyatakan saya menggambarkan Khalid Ibrahim sebagai seorang pelacur. Imej tersebut hasil nukilan suatu kumpulan yang menamakan diri mereka Friends of BN dalam Facebook mereka. Some people’s children- demikianlah tabiat mereka. Jenis ini, dilahirkan didunia setiap minit.
Memang saya ada menggunakan istilah political prostitute dalam artikel saya, tapi condong nya bukanlah seperti yang disebut oleh geng2 BN ini. Perkara ini heboh diperkatakan dalam FB- friends of BN. Tiba2 apa yang berlaku dalam parti pembangkang, menarik minat penyokong BN tapi kerana sebab dan moivasi yang berlainan. Tujuan mereka ialah melaga lagakan parti gabungan Pakatan Rakyat.  Dari Khalid Ibrahim orang tak berguna, gagap dan tidak baik, kepada Khalid, hero Selangor.
Saya tidak mengendali akaun FB jadi saya tidak tahu. Dan saya tidak berpeluang menjawab. Mereka kenduri menghentam saya bersandarkan tafsiran geng2 BN.
Jadi saya akan menterjemahkan suatu artikel yang saya tulis supaya pembaca yang budiman dapat membuat pengadilan yang tepat. Tulisan tersebut dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut:-

Kita boleh melihat perihal Khalid Ibrahim dan perlakuan PAS dalam isiu sekarang ini sebagai kes hidung tak mancung, pipi tersorong sorong. Khalid Ibrahim kerana mengada ngada mencari suaka dan bantuan dari PAS; PAS pula mengada ngada mahu memaksakan pendirian nya keatas keputusan yang telah dibuat oleh sahabat nya, PKR. Masing2 menyibuk dan berlebihan dalam hal bukan bidang dan kawasan mereka.
PAS- sahabat yang dihargai.
Izinkan saya menyatakan dari mula lagi bahawa PAS adalah sahabat yang dihargai dalam PR. Kepimpinan nya, secara umum terdiri dari pemimpin yang mempunyai integrity tinggi dan jujur. Kita menghargai PAS kerana komitment parti tersebut kepada prinsip2, disiplin ahli nya dan kejujuran pimpinan nya. kalau saya pergi ceramah bersama pemimpin PAS, saya rasa selamat kerana ada unit amal mereka. Perlakuan pemimpin serta pengikut adalah contoh teladan yang baik.  Kita boleh mengira PAS sebagai sahabat yang setia; ibarat jika kita pergi berperang dan mengamanahkan PAS menjaga kubu kita, maka tidaklah PAS akan membelot kita dan mengusir kita dari kubu kita. Belot membelot bukan budaya PAS.
Saya harap prinsip ini terus diamalkan oleh PAS.
Setelah berkata demikian, saya tidak mahu berlebih lebih untuk memberikan ciri2 keperibadian yang keterlaluan dari yang sepatutnya kepada pimpinan PAS. Mereka pun manusia juga, makan serta minum dan pergi ke tandas seperti kita. Kita tidak tahu apa didalam dada dan hati mereka. Mereka mungkin mempunyai wajah kulit tebal dan hati yang hitam kelat.
Sebagai contoh- kita lihat secara fisikal dan luaran, Dr Zuhdi Marzuki seoarang individu yang baik dan rasional- tapi akhir2 ini menunjukkan belang dan karakternya yang sebenar.  Dia mengeluarkan sentiment perkauman seperti geng2 UMNO.
Ertinya, seperti manusia biasa, ahli PAS pun boleh berbohong, tidak bercakap benar dan berkomplot- serupa dengan manusia lain. Kecuali mereka bergerak dalam jemaah yang berjuang untuk Islam.
Mereka juga boleh mungkir janji. Tidak percaya?
Ketika Semangat 46 bantu PAS menawan Kelantan suatu ketika dahulu, PAS menjanjikan jawatan timbalan MB kepada S46. Bila menang, PAS lantik pemimpin nya sendiri jadi TMB. Bila S46 mengadukan hal, sebagai langkah seolah2 menyelamatkan keadaan dan menutup koyak dan rabak, PAS mengujudkan jawatan TMB-2.  Jawatan TMB dan TMB-2 tidak sama bukan? PAS tidak mengotakan janji.
Jadi, simpanlah imej lebih warak daripada yang lain, secara senyap dan sendirian. Tak perlu menunjuk nunjuk.
Ketahuilah: ahli dan pimpinan pergerakan dan pertubuhan yang bersandarkan agama juga mempunyai keperibadian yang terpuji. Bahkan ahli dan pimpinan pertubuhan agama bukan Islam pun menunjukkan sikap yang terpuji seperti pimpinan PAS. Sebagai bandingan pimpinan dan ahli badan bukan-politik yang memperjuangkan Islam juga mempunyai keperibadian yang luhur.
Yang membezakan PAS dengan Jemaah lain ialah PAS sebuah organisasi politik. Ertinya, PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa politik.
Itu menjadikan PAS suatu kelainan dari badan dakwah. Ini bererti pimpinan PAS mesti mempunyai ilmu politik dan skill-sets politik. pada pendapat saya, sifat dan keperibadian terpuji pada PAS sebagai suatu organisasi mesti disulami dengan ketajaman politik dan bijaksana-politik. kecualilah jika PAS tidak mahu jadi kerabat PR, maka bolehlah ia mengistiharkan diri nya sebagai pertubuhan dakwah semata mata; Jika mahu kekal kerabat, ia mesti memilih untuk jadi sebahagian dari gerakan perjuangan politik yang mampu mengenyahkan BN yang korap serta rasuah atau ia mahu sekadar menjadi sebuah parti seranta yang hanya menguasai Kelantan. Mahu jadi jaguh kampungan atau mahu ada kehadiran nasional dimana  PAS boleh memupuk sokongan yang lebih meluas kepada perjuangan PAS.  
Sesama teman seperjuangan, mesti ada saling mempercayai. Kita terima keputusan yang dilakukan oleh PAS keatas ahli dan pemimpin mereka. Apabila Husam Musa dikeluarkan dari arus perdana PAS, ramai kita yang tidak bersetuju tapi kita meyakini keputusan PAS dibuat untuk kebaikan. Kita beri kepercayaan kepada PAS. They know whats best for PAS. Kita tidak tanya dan tidak sangsi keputusan PAS. Kita beri kepercayaan penuh kepada PAS. Juga kerana itu urusan dalaman PAS.
Kepercayaan memerlukan reciprocity. Balas membalas. Orang berbudi kita berbahasa. PAS mesti memperlakukan kepada rakan seperjuangan apa yang rakan seperjuangan lakukan keatas PAS. Meyakini keputusan yang mereka buat. PAS kena beri kepercayaan kepada rakan nya PKR.
Jadi, kalau puak konservatif yang dominen dalam PAS berterusan membuli rakan seperjuangan nya, PAS akan menyebabkan perkara2 demikian berlaku: :-
·        Kerana keangkuhan dan rasa besar diri akan menyebabkan akhirnya, PAS hanya menjadi parti persisiran yang berteriak dan menjerit di pinggiran. Akhirnya juga, PAS akan dilihat sebagai parti golongan fanatik yang suka membuli dan memaksakan pandangan mereka keatas orang lain. PAS kan terpencil.
·        PAS akan kehilangan sokongan golongan berfikiran sederhana orang Melayu. Mereka ini terdiri dari gologan yang tidak sealim pemimpin PAS tapi tetap melihat PAS sebagai penyelamat moral dan politik bangsa Melayu. Hilang ini, maka PAS hanya jadi pemain politik sampingan.
·        Ia akan mengalienasi sokongan kaum Cina yang telah menyumbang kepada kebangkitan dan kehadhiran PAS diperingkat nasional.
·        Dan kecelakaan besar akan menimpa jika PAS bergabung dengan UMNO. Jika itu terjadi, itu mendedahkan bahawa pas sebetulnya parti tanpa prinsip. Bahkan ia parti yang mengkudakan agama untuk dijadikan alatan kawalan dan membuli orang.
·        Pas akan mencetuskan ketegangan dan kesangsian dilkalangan warga Pakatan.

1 comments:

Anonymous,  2 August 2014 at 05:22  

Sorry for PAS. Tiada Maaf Bagimu. Kami rakyat yang tak berparti merasa kecewa pada mu PAS. Kefasiqkan dan kemunafikkan mu terserah. Where is your PAS for All. You dump it into the drain.Shall we vote you in next GE 14?. The answer is NO. Saudara Ariff do please give PAS leaders such as Hj Hadi and Dr Zuhdi few short courses on how to "acts" as a Malaysian politician.

To the rest of Malaysian lets work it. DO NOTE VOTE FOR PAS @ GE14.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP