Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 31 August 2014

Dr Mahathir Tidak Lagi Sokong Najib



Reaksi presiden UMNO bila dikritik oleh Dr Mahathir, ialah menghimpunkan penyokong2 setia nya. Maka berhimpunlah kira2 160 ketua bahagian UMNO di kediaman rasmi presiden UMNO. Beberapa jurucakap mengeluarkan kenyataan ke-acaraian/ceremonial menyokong presiden mereka yang juga PM kerajaan Malaysia. Apa lagi yang mereka boleh lakukan?
Seperti seekor binatang yang diburu, presiden UMNO merasa selamat berada dalam kumpulan. Tapi Dr Mahathir ialah singa yang memburu. Walaupun berada dalam kumpulan yang ramai, sang singa boleh menghidu, mengecam dan kenal pasti binatang mana yang sakit, cacat, lemah dan tua.
Antara ratusan orang yang berhimpun tersebut, Mahathir sudah mengenal pasti bahawa Najib yang lemah. Najib gagal sebaagi pemimpin, dasar nya gagal, negara pun gagal.
Dia tidak boleh lari walaupun dia menyangka selamat dalam kumpulan.
Dr Mahathir beritahu semua orang bahawa Najib is a failure as a leader- his policies failed, we lived in a failed state.
Dr Mahathir mengondem Najib sebagai pemimpin kerajaan. Dia tidak hentam UMNO sebagai parti Melayu itu. Mahathir tetap UMNO seUMNO Najib juga. Tapi pada taksiran Mahathir, sebagai pemimpin kerajaan, dasar2 kerajaan, negara ini- Najib seoarang yang gagal and is a big disappointment. 
Tapi 160 orang yang hadir tidak dapat membendung resah dan gelisah rakyat. Walapun UMNO ada 3 juta ahli, orang Melayu lebih ramai dari itu. Mereka telah menolak UMNO dan BN. BN dan UMNO hanya memperolehi 48% dari undi popular. Suara UMNO suara yang tewas. Semua pemimpin UMNO menyedari perkara ini.
Berjuta rakyat perlu diyakini dengan kepimpinan Najib dan dengan pengurusan kerajaan. 160 ini tidak sama dengan Mahathir seorang. Dua tiga kucing berlari, mana nak sama sikucing belang. 160 boleh dirasuahkan, mana nak sama Mahathir seorang.
Mahathir seorang sahaja sudah boleh menggugat Najib.
Rakyat gelisah. Mereka menyampah tonton TV lihat muka pemimpin kerajaan yang sombong. Cakap besar. Ekonomi baik. Pelaburan meningkat. Tapi kenapa kos kehidupan meningkat? Mengapa pendapatan boleh guna menurun? Mengapa harga getah turun? Mengapa harga sawit rendah? Kenapa sukar mendapat RM1000 sebulan?
Tulisan Mahathir telah suatu yang kondem Najib. Cakap lah macam mana, apa yang Mahathir cakap ialah Najib is a failure. Najib buat don’t know dan untuk menyedapkan hati, kata ini hal dalaman. Dalaman atau tidak, Mahathir sudah mula attack dan bila Mahathir attack, pengakhiran nya kita tahu bagaimana. 
Bila Mahathir bantai Pak lah dahulu- ianya hal dalaman jugak. Sehinggalah saat nya tiba, Pak Lah disingkirkan.  Oleh kerana Najib tidak tidor, maka dia himpunkan bala tentera nya sebagai tanda kekuatan.Pak Lah tidak berbuat demikian.
Semua itu tidak dapat menutup kegagalan dasar2 nya.
Najib amat suka cakap besar mengenai transformasi itu dan ini. Semua nya pembohongan besar. Terutama kepada orang Melayu.
Cuba saya tanya orang Melayu suatu soalan. Garisan pendapatan miskin berapa? Poverty line income kita berapa? Kerajaan kata RM860 sebulan atau RM1000 untuk Sabah dan Sarawak. Ini garisan pendapatan miskin yang amat rendah yang pasti memerangkap suatu kumpulan yang amat kecil. lantas kerajaan Najib umum bahawa dasar ekonomi mereka sukses sekali- berjaya mengurangkan insiden kemiskinan.Hooray! Hooray!
Secara statistik- insiden kemiskinan ialah peratusan mereka yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari garisan pendapatan miskin.  Berapa peratus orang yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM860? Jawab nya sedikit. Najib pun istihar, insiden kemiskinan hanya 2%. Malaysia makmur. Dasar ekonomi nya Berjaya.
Maka disambut oleh teriakan rakyat Pekan- kepala bapok aok.
Kalau kita boleh maki hamun- kita akan lakukan disini. PBB/United Nations sendiri menyatakan bahawa garisan pendapatan miskin harus pada tahap 50% pendapatan purata Malaysia. Jika dalam tahun 2012, pendapatan purata rakyat Malaysia ialah RM5000- maka garisan pendapatan miskin ialah 50% dari RM5000 yakni RM2500. Tahukah pembaca pada tahap ini, berapa ramai yang berada dalam kategori miskin? Jawapan nya 40%.
40% penduduk Negara ini berpendapatan kurang dari RM2500 sebulan dan ini menunjukkan bahawa kerajaan Najib temberang bila menyatakan bahawa ekonomi bertambah baik.
Saya harap orang UMNO faham signifiken serangan dan erti serangan tersebut. Kalau tidak faham, saya kasi fahamkan. Pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak  Dr Mahathir kata gagal mentadbir Negara. Faham ini? GAGAL. Mesej yang Mahathir hantar amat mudah- Najib is a failure. His government is a failiure. His policies are a failure. Malaysia is becoming the sick man of South East Asia. Ekonomi seperti Indonesia, Vietnam terus berkembang. Malaysia hilang daya saing.
Hutang luar ngara atau external sudah mencecah 40% KDNK. Hutang dalam Negara atau hutang sector awam sudah melampaui 55% GDP. Itu pun kerajaan Najib menyembunyikan perangkaan hutang yang sebenar seperti tidak mengira jaminan kontinjensi kepada GLC2 yang semua nya rugi.
Ini kerajaan yang mencuri harta dan wang rakyat.
Aliran keluar modal short term Malaysia merupakan yang terbesar jika dibanding dengan ekonomi negara asia yang lain. Lebihan akaun semasa kian berkurangan.  Current account surplus Malaysia sekarang ialah 3.7% dari GDP berbanding dengan 16% dalam tahun 2008( masa Najib ambik alih).
Itu pun orang UMNO mahu orang Melayu menyanjung tinggi kehebatan pengurusan Najib. Dia fail.
Ini semua menunjukkan economic management incompetence. Dalam masa inilah Najib dan isteri bergentayangan sana sini menjadi palancung melawat negara2 lain.
Semasa Najib ambil alih tahun 2008, hutang isi rumah atau household debt ialah 60%. Sekarang ianya 80%. Negara kita ialah darul hutang. Ramai yang bankrap. Ramai yang berhutang. Graduan yang berpendapatan RM 2500 tidak mampu tinggal di Kuala Lumpur- sewa RM800, pengangkutan RM800, makan RM500, kemasdiri 500. Kalau tinggal RM100 pun nasih baik. Belum lagi dicampur bayaran hutang PTPTN yang ahli UMNO semua nya berdemonstrasi berkeras hendak bayar. 
Ini Melayu yang dirasuk oleh racun UMNO. Boleh dapat pendidikan percuma, mereka demonstrasi dan tunjuk perasaan hendak bayar. Bila mahu hapus AES suatu ketika dahulu, orang melayu berdemontrasi hendakbayar AES. Kaya sungguh orang melayu dengan kebodohan. 
Dalam keadaan ini matlaon diPutrajaya semuanya kata keadaan semua baik. Tahun 2020, kita akan capai Negara maju dengan pendapatan per kapita USD15,000. Ya lah- pendapatan 20% teratas dibahagikan dengan 28 juta orang- dapatlah kita USD15,000. Tapi ianya tidak menunjukkan bahawa bahagian terbesar kenaikan pendapatan dikaut oleh segelintir masyarakat. Orang Melayu janganlah diperhitungkan ketinggalan nya. 20% Melayu teratas berpendapatan bulanan RM11,000 manakala yang 40% terbawah kekal dengan pendapatan RM1600.
Tapi takpe- orang Melayu punya tahap tolerasi kepedihan hidup yang tinggi. Mereka akan berkata, ini semua sudah ditakdirkan.  Tidak pernah terfikir oleh orang melayu bahawa keadaan mereka adalah akibat rasuah, akibat kelemahan pengurusan, akibat incompetence akibat salah laku.  Selagi mereka diBR1Mkan, orang Melayu selesa dan puas walaupun keadaan mereka tidak berubah.
Mereka lupa bahawa UMNO berkerja untuk kepentiingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yag didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan melayu- tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs- yakni segelintir elit politik dan perniagaan.
Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal.  Kita hidup dalam negara yang gagal.
Kita tidak boleh selesai masaalah kita dengan berpindah ke negeri lain. Kita boleh selesaikan masaalah dengan menukar pemimpin kerajaan.

18 comments:

Anonymous,  31 August 2014 at 11:04  

Orang Melayu semuanya pengecut. Itu Najib dan Rosmah tahu. Kalau diTahiland, IPakistan, Indonesia pepimpin yang menipu tidak akan terlepas.

Anonymous,  31 August 2014 at 11:55  

Dato,

Mana ada adil kasi salah satu orang sahaja?

Najib bila jadi PM, negara sudah jadi macam ini. Mana boleh satu PM bikin benda ajaib?

Betul, Najib ada kuasa. Tapi satu orang bila mahu kasi kuat kuat tadbir, nanti dituduh diktator.

Dato, kena ingat bukan Najib satu orang yang kasi run 1 country.

Dato sendiri kasi tengok, itu Khalid menteri besar yang so called good governance pun kasi kena pecat. PAS pun sudah kasi tanya, mana bukti salah Khalid?

Haiyah Dato, it is so easy to find a scape goat nowadays. The fact remains what caused a failed nation? Is it leadership the real cause?

Soalan saya kepada Dato, apakah dengan bertukarnya Najib, masalah negara boleh dapat diselesaikan? Atau Dato sengaja cuba nak ketepikan persoalan yang pakatan sebenarnya tak bermampu mentadbir?

BUDIMAN

Anonymous,  31 August 2014 at 14:08  

Dato' Mohd.Ariff Sabri,

You must not be too critival with Dato' Sri Haji Mohammad Najib.

Are you aware that the average broadband speed in Malaysia is slower than Vietnam and Cambodia in the region, and barely ahead of Myanmar?

READ HERE

Therefore, I think it is acceptable for Malaysia's standard to accept the current leadership comparable with Vietnam & Cambodia.

Greenbug Penang 31 August 2014 at 16:01  

Dan pulanglah 160 ketua bahagian UMNO itu ke kampong dan beritahu semua 3 juta ahli-ahli UMNO "semuanya OK" dan bangsa Melayu terus diperbodohkan selama-lamanya... this is a vicious cycle YB and it ain't gonna be stopping anytime soon...

Tinta Hitam,  31 August 2014 at 17:41  

Melayu masih belum sedar,Dato'. letih dibuatnya..Bagi penerangan dok mcm tu juga..Bila pihak UMNO membangkitkan isu perkauman habis mereka lupa segala rasuah dan salahgunakuasa UMNO..

Anonymous,  31 August 2014 at 17:56  

Setuju dengan Dato 100%. Malaysia akan dimusnahkan oleh kerajaan Najib yang tidak ada intergriti & amanah lagi. Yang betul-betul menjahanamkan kaum Melayu adalah kaum Melayu sendiri.

bumi-non-malay 31 August 2014 at 18:25  

Apa bezanya Tun bapa Kemerosotan malaysia panggil bapa Barang Naik-Najib undur.... Rosmah Kata over my dead body!! Muhiddin kata berapa orang UMNO sokong Education Minister no talking English??

Rupanya semua UMNO Baru mula Panic....resah...Ada $$$$$$ buat Langkah Kajang ke Putrajaya.....

UMNO ISIS-Hamas BN kat Sabah Sarawak mula Retak....... semua kira berapa Million boleh dapat untuk Hijrah dan Bersara...... Mampus IGP... Hakim....semua Penyokong UMNO-Baru...... semua Terorrist ISIS-ISIL-MACC UMNO akan diburu sampai Khaimat!!!...ini sumpahan!! Kalau bukan dari saya ALLAH akan Panggil awak!!...ha ha ha!!

Anonymous,  31 August 2014 at 18:47  

Baru2 ni Najib resmikan hari penroka felda. Najib mengajak penroka sama2 transformasi minda. Sudah byak kali dia menyebut dan ulang2 benda yg sama. Entah apa yg disebut, org Melayu makin tak faham. Sbb, Najib ckp dan buat tak serupa bikin. Bapanya membelai, mengasuh, mengasah, menjaga benih dgn baik. Sdg anaknya merosak dan menghancurkan benih yg ditanam bapanya. Felda kini berdepan dgn masalah kewangan selepas menyerah tanah komersial kira2 900 ribu ekar kpd FGV utk listing. Felda hilang punca income kira2 rm2.5 bilion setahun kerana menyerah tanah kpd pihak lain. Kini felda bergantung kpd pelaburan baru yg tak pasti. Akibat aliran tunai yg lemah, felda terpaksa menjadualkan semula hutang kwsp yg berbilion. Felda semakin tenat. Ditambah pulak pengurusan yg sgt boros. CEO felda tidak dikawal sehingga bebas terbang merata2 seluruh dunia. Borosnya dan lagak mewahnya lebih dari Perdana Mentri. Najib yg menjaga felda tidak mampu mengawal CEO felda yg terlalu lavish. Apa lagi nak menegur mentri2 dibwahnya??? Jgn lah terkejut, satu ketika felda akan ikut jejak langkah MAS. Semuanya ini adalah berpunca dari kelemahan Najib. Semangnya dia tak pandai tetapi berlagak pandai..!!!

Anonymous,  31 August 2014 at 23:51  

Salam Dato,

Saya dari dulu dah tahu Najib ni kaki pembohong.Dengan orang umno dia bolehlah sembang kencang,tapi dengan rakyat macam kita,dia boleh belahlah.Rakyat cerdik tahu yang najib ni tin kosong.Apa yang dia tahu hanyalah jual kepentingn orang melayu sehabisnya.Dia sanggup jual negara pada singapura gara-gara takut bocornya gambar dia dengan Altantuya yang ada pada perisik Singapura. Yang dia tahu menjul semuanya,ingat negar ini bapak dia punya harta!

Asrul Sani 1 September 2014 at 03:43  

Ironinya Robert Mugabe pun gagal, namun masih berjaya menipu rakyat Zimbabwe berpuluh tahun lamanya. Rupa-rupanya pemikiran penyokong-penyokong UMNO hanyalah setaraf penduduk sesetengah negara Afrika atau Banana Republics yang mundur.

Tak apalah Melayu hidup susah dan tidak berharta tetapi tetap kaya. KAYA DENGAN KEBODOHAN heh he....

Anonymous,  1 September 2014 at 07:38  

I could not agree more than what will bring Najib down is the debt - all hidden - MRT, 1MDB, Household debt, and coupled with raising taxes doing it, when it all slows down, they will ask him to pay..

XXXcXXX,  1 September 2014 at 16:43  

Orang malaysia la ni kaya apa?

kaya dengan hutang.

even beli hp pun berhutang.

Anonymous,  2 September 2014 at 09:11  

MamAk cuma sokong orang yang mendengar arahan dia.

Kebelangkang ini, Proton memerlukan bantuan billions dari Kerajaan untuk R&D dan naji tidak mengikuti arahan yang diberikan.

Oleh itu, dia akan menghemtam sesiapa yang menentang nya.

itulah perangai Mamak.

ordinary malaysian,  2 September 2014 at 09:32  

Apa bezanya sidua ini?

Seorang diam diam. Lagi satu bising bising.

Kedua-dua sebenarnya tidak prihatin akan kesejateraan rakayt semata mata.

Kedua-duanya hanya pedulikan kepentingan dan kedudukan diri sendiri. (Tidak benar? Baik - disabuse us then)

Bolehland akan lebih baik kalau kedua-duannya diam daim bersara dan tidak lagi menjadi igaunan rakyat.

Anonymous,  2 September 2014 at 09:42  

Lemah, tapi masih kuat pada isu, tempat dan masa pilihannya.

Prof Azmi Sharom akan didakwa sebentar lagi - bukti Malaysia menghadapi satu era dimana pemimpinnya mampu dan sedia mengeras untuk sesuatu matalamat peribadi.

Anonymous,  3 September 2014 at 00:29  

Dato, PM's hand picked Ministers seem to always frustrate his efforts to unite the country.
Seditious remarks reportedly made by his Home Minister, police arrests of PPS members immediately after Merdeka celebration instead of engaging with the Pg Govt over the legality of the PPS, heightened number of arrests of Malaysians on sedition act grounds. Was the PM even informed beforehand? I am sure if he knew he would have put an immediate stop as these actions always hurt his image and integrity. The next best thing for the PM to assert his authority and put these nightmares behind us is dismiss the charges of whoever has been charged so far. PM is the boss and his Ministers must follow his direction, and not take a divergent route.

Anonymous,  3 September 2014 at 15:00  

Dato Sak,

You have been very quiet the last 5 days. Is it because the threat of being charged with SEDITION had silenced you?

Anonymous,  3 September 2014 at 17:58  

Dengar sini semua, wahai orang pandai ke,tak pandai ke,dengar sini. Najib memang gagal. Banyak berdiam diri. Playsafe. Tiada kawan. Takut bini. Lambat berfikir. Lambat bertindak. Banyak isu nasional beliau buat bodo je, toye mcm Mr Bean. Kesimpulannya beliau gagal segagalnya. Negara di bawah SPBY Di-Pertuan Agong dan barisan kabinet lain harus bertindak skrg sblm keadaan menjadi lebih parah. Untuk sementara lakukan usaha supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia ASAP. Jgn buka Undang2 Malaysia buatan manusia tinggalan British, bukalah Al Quran di situ ada petunjuknya, ada panduannya. Malaysia dalam bahaya.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP