Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 14 March 2014

MH370 dan Pengurusan Bencana Malaysia



Doa dan mohon kasih Tuhan kepada penumpang dan anak kapal MH370. Sudah 7 hari hilang. Harapan rasa tipis. Kita mesti sedia dari segi emosional kepada kebarangkalian yang menyedihkan.
Shahidan kassim menteri yang banyak kelentong dalam dewan parlimen marah dengan wartawan luar negara kerana membuli pengarah DCA dan mereka yang berdepan dengan media. Ini bukan buli, Shahidan- ini budaya wartawan dari latar belakang kebebasan akhbar. Tanya sampai habis.
Mungkin Shahidan tidak tahu- di negara barat, akhbar dan media merupakan the 4th estate manakala media social bersandarkan internet adalah 5th estate. Kebebasan akhbar kepada mereka bererti mereka akan bertanya setegas dan sekencang mungkin pada kenyataan2 yang diberi.
Pegawai dan pemimpin negara ini mungkin tidak kenal budaya inquisitive ini. Mereka biasa dengan perbuatan sebaliknya- membuli wartawan yang masih berjerawat dimuka dan menakutkan mereka. Pemimpin2 UMNO seperti Shahidan sendiri, Rais Yatim suatu ketika dahulu meng-intimidate dan membuli wartawan. Ini shahidan tidak beritahu.
Kita tengok bagaimana pegawai tinggi civilian dan ejensi keselamatan semua menggelabah bila diajukan soalan yang mencabar. PAT kalau tidak proficient dalam bahasa INggeris tidak mengapa- bertuturlah dalam bahasa Melayu supaya orang tidak nampak sangat ke’terror-an’  kita.
Yang menyibuk dalam sidang akhbar ialah PAT, Hishamudin dan bukan DCA dan ketua APMM. Yang patut mengetua RCC- Rescue Coodination Center in ialah DCA. Kita mesti sekat PAT atau Hishamudin daripada mengeluarkan kenyataan yang bodoh. Elok kita tegaskan disini- yang duduk depan PC diseluruh Malaysia rasa jengkil ialah handling of communication to the public. Mengenai operasi SAR saya percaya petugas SAR sama ada dari DCA atau APMM( yang melibatkan maritime) semua nya cekap dalam mengurus assets yang ada. Malah saya diberitahu, cara RCC mengembelingkan dan assign tugas kepaad assets dari seluruh dunia mendapat pujian. Mengenai dedikasi dan komitment petugas SAR, saya percaya tidak ada orang dispute pun.
Tapi komunikasi awam Malaysia amat teruk.
Negara masih menunggu penutupan kes kehilangan MH370 ini. Negara bersedih keatas nasib yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal. Yang menjengkilkan ramai orang ialah cara mengurus krisis ini dari sudut komunikasi. Kenyataan yang bercanggah. Maklumat yang bercelaru. Pihak Malaysia macam bingung tidak tahu apa yang berlaku. Respons Malaysia nampak nya berkisar pada menyangkal maklumat yang datang dari pelbagai sumber tapi tidak pula memberi tahu apa yangMalaysia sendiri tahu.
Baru sebentar Hishamudin kata tidak ada penyiasatan keatas rumah crew. Zahid Hamidi kata ada. Inilah akibat lambat Malaysia mengendali kes ini dan tiadanya pengurus krisis dari sudut public relations. Kelembapan tersebut sekarang sampai kepada cubaan untuk memburukkan kredibiliti pilot dan co-pilot. Kerajaan wajib memberhentikan perbuatan ini. Apa kaitan kalau benar pembantu pilot pernah menjemput wanita kedalam cockpit dengan kehilangan peswat ini? Saya sendiri pernah tengok pemimpin politik UMNO tunjuk action memasuki cockpit hendak menunjuk nunjuk mereka ada cable besar boleh masuk.
Jika saya penumpang dalam pesawat, priority pertama saya ialah meyakini bahawa pilot dan co-pilot yang memandu itu cekap dan terlatih. Ciri2 moral mereka bukan priority saya. Saya mahukan pilot dan co pilot yang cekap memandu pesawat, boleh menyampaikan saya ke destinasi dengan selamat. Once I board the plane, ciri2 moral mereka, identity bangsa tidak menjadi persoalan.
Saya nak beritahu pihak berkuasa, crew atas MH370 ini juga mangsa dan compassion mesti di tunjuk kepada keluarga mereka dan latar belakang peribadi mereka mesti dilindungi. Sudahkah pengurusan MAS menunjukkan compassion kepada mereka?  Mereka patut isiu statement yang keras mengutuk cubaan untuk mengotorkan reputasi crew. Aksi co pilot membawa penumpang wanita melawat cockpit tidaklah se-offensive cubaan untuk mejatuhkan maruah pilot dan co pilot kita. Kalau tak nip in the bud, nanti anasir  jahat akan cungkil sana sini dan cerita tak baik keatas kepten, co pilot dan crew yang lain akan timbul. Isiu nya disini bukan keperibadian crew, tapi kehilangan pesawat.
Pesawat ini milik Malaysia tapi tanggung jawab tidaklah terletak kepada bahu Malaysia sahaja.
Kehilangan pesawat adalah  krisis yang paling teruk. Kita ada mangsa , sanak saudara yang marah, kutukan, menuding jari, tekanan dari media yang semua nya akan menjatuhkan reputasi syarikat penerbangan. Ia memerlukan penglibatan pengurusan tertingi. Kita mesti letakkan kepercayaan penuh kepada RCC yang diketuai oleh DCA dan APMM dan mereka yang sepatutnya jadi jurucakap.
Kehilangan MH370 ini adalah isiu dunia. Dalam kes kita ia memerlukan penglibatan pimpinan negara tertinggi tapi mesti senentiasa dimaklumi oleh RCC. Kita ok kalau PM tidak mengepalai- seorang menteri kanan pun ok dan kita ada penglbatan PAT, IGP, DCA, APMM dan CEO MAS. Ini semua ok. Tapi ia memerlukan respons yang teratur dan berdispplin. Biar ada seorang spokesperson.

8 comments:

Anonymous,  14 March 2014 at 19:27  

Aksi co pilot membawa penumpang wanita melawat cockpit tidaklah se-offensive cubaan untuk mejatuhkan maruah pilot dan co pilot kita - Sak

Sak, have you come to a stage of being irrational in making the unprofessional statement ? Passengers worldwide are utterly shocked that the co - pilot disobey flight procedures and compromise passengers' safety. For that matter, in future, allow your driver to ask a woman he fancies to sit in the front passenger seat and then entertain her while you are sitting in the back ? And that is only your own life is jeopardised. Can't accept it ? So what is this stupid double standards and sudden absurdity !!

Melayu kita sendiri yg manjakan tabiat2 buruk punya lama, pasal itu byk kejahaman dahsyat yg berlaku. Kali ini yg terdahsyat telah menimpa negara kita ! Sampai rakyat negara2 membangun labelkan All Malaysians are liars ! Gross incompetent pemimpin2 ( dapat pangkat serta jawatan expertise without merit ) patutlah tidak tahu handle tragedi, integriti, konsistensi, sehingga keluarkan kenyataan yg berputar - belit utk cover diri sendiri / each other's big BS utk menipu famili2 penumpang2 MH 370, rakyat Malaysia serta dunia.

In the coming moons, MAS might decide to file for ...

Anonymous,  14 March 2014 at 19:40  

Ada pemimpin kita yang ugut wartawan,You tulis i saman You!!!!!!

Anonymous,  14 March 2014 at 20:22  

Malaysian journalist have been conditioned to approach the UMNO lords meekly. Greet them Tuan, Datuk, Tan Sir etc and ask friendly questions and not embarrass him.
In fact they are always told before a press conference what questions NOT to ask or be prepared to get a scolding.
The UMNO fools think foreign journalists should behave the same way.

Anonymous,  14 March 2014 at 20:37  

Stop all the crappiness of defensiveness. Globally and many Malaysians have listened to the young lady's absolutely NON accusing sharing about the cockpit incident in 2011, which might help us a little, in knowing the rules were compromised. She was shocked and saddened upon hearing our national flight MP 370 tragedy.

With all this that ugutan, she might need to be given the expert counsel and protection for telling the truth and taking the responsibility and conviction to do so. Isn't it all that is required by every decent one of us ? Yet many would not do it for sheer reasons.

btw, didn't want to talk abt this for days, two malays and a malaysian chinese onboard.. good people, whom we know.

we could only seek solace in prayer alongside many millions in Malaysia and worldwide, trying to sieve thru the massiveness as calmly ...

sam1528 15 March 2014 at 18:08  

The PM in today's press conference stated that out military radar picked up an unidentified aircraft in our air space and the PM confirmed (to a high probability) that this unidentified aircraft could have been the MH370.

The interesting question here is that how come our Air Force assets was not utilized to check out the 'unidentified aircraft'. I am sure there are Air Force assets in the TUDM Butterworth base.

Anonymous,  15 March 2014 at 18:10  

The PM in today's press conference stated that our military radar picked up an unidentified aircraft in our air space and the PM confirmed (to a high probability) that this unidentified aircraft could have been the MH370.

The interesting question here is that how come our Air Force assets was not utilized to check out the 'unidentified aircraft'. I am sure there are Air Force assets in the TUDM Butterworth base.

Greenbug 16 March 2014 at 02:08  

A foreign journalist who approached the PM as he walked towards the conference room and asked him a question was grabbed by the arm and pushed away very rudely... that was recorded on LIVE TV worldwide...

Reminded me of the days of President Idi Amin Dada of Uganda...

Anonymous,  16 March 2014 at 13:56  

U tulis, I saman

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP