Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 14 February 2014

Langkah Kajang.



Amaran Ketua Pengarah psychiatry. Mereka yang lemah fikiran, dan pening bila baca artikel seperti ini dinasihatkan makan panadol banyak2 atau untuk segera selesai segala macam penyakit- disarankan minum paraquat. 

Terutamanya kepada orang Melayu: kenapa UMNO takut sangat Anwar jadi MB Selangor? Anwar itu bangsanya Melayu dan agama nya Islam. Jika dia jadi MB pemimpin negeri Selangor ialah Melayu. Oh—Anwar nanti akan jadi boneka DAP. Ini satu kenyataan yang tak boleh disokong oleh akal. Kurang kah keMelayuan Anwar dengan keMelayuan pemimpin UMNO yang semua nya ada rakan konsgi Cina dan bukan Melayu dalam perniagaan mereka?
UMNO tidak dpat terima bahawa orang Melayu semakin ramai menolak UMNO sebab mereka tahu, menolak UMNO tidak bererti mereka menghilangkan keMelayuan mereka.
Jika Anwar jadi MB apa masaalah nya?  jika Anwar tidak berguna bukankah itu menguntungkan UMNO dan BN? Jika Anwar itu laknatullah seperti yang disebut oleh Adnan Mansor, bukankah ini untung kepada UMNO? Bayangkan ini- seorang seperti Adnan Mansor yang mempunyai latar belakang yang mencurigakan boleh melaknattullah kan Anwar!. Adnan Mansor sepatutnya bersyukur kerana mencapai kejayaan yang tinggi sejak bermula sebagai tukang jual carpet.
Tentunya Anwar tidak jadi ancaman kepada kesejahteraan dan hayat UMNO.
Lagipun, jika kita boleh meletakkan masa depan kita lama dalam tangan BN, apa yang hendak kita takut meletakkan masa depan selama 5 tahun dalam tangan Anwar dan PR?
Kalau kita hendak main politik, kita mainlah sebaiknya. Anwar ada political skills untuk mengimbangi komplot jahat yang sentiasa berligar dalam kepala BN. Kita hendak bermain a game of power- jadi lakukan sesuatu untuk mengukuhkan kuasa yang ada. Itu pun matlamat politik- mendapatkan kuasa memerintah. BN melakukan apa sahaja untuk kekalkan kuasa yang mereka ada. Kebebasan yang sama mesti diberikan kepada Pakatan rakyat. Anwar melakukan langkah Kajang ini, makna dia tahu bagaimana main power game ini.
Menjadikan Selangor model pengurusan PR- mungkin bukan suatu penerangan yang menarik sangat. Ianya akan menjadi kenyataan jika pemimpin negeri menanam etika kerja yang baru dan nilai2 pro kemajuan. Yang paling penting, ia memerlukan pemimpin yang tegas dan berani serta tidak takut melakukan perubahan.
Cabaran untuk rakyat Selangor ialah membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang ditadbir dengan baik. Ini tugas suatu creative minority yang membentuk cabaran tersebut dan memikirkan respon2 untuk menyahut cabaran tersebut.
Cabaran untuk Anwar bila dia jadi MB ialah menyediakan alat kelengakapan untuk menjawab cabaran dan agenda menjadikan Selangor model sebuah negeri yang ditadbir lebih baik dari negeri2 yang ditadbir oleh BN. Ini memerlukan antara nya kerajaan negeri yang baik yang dianggotai oleh barisan pemimpin yang berkualiti tinggi. Bukan nya rahsia bahawa rahsia sebuah kerajaan yang baik ialah anggota kerajaan yang baik- pimpinan politik klas satu, jentera pengkerajaan klas pertama, dan rakyat yang disedarkan. Kerana itu, saya tidak nyata, motif membawa kembali pemimpin2 seperti Mat Taib dan yang sewaktu dengan nya, merupakan suatu stateji yang baik.
Untungnya, hendak menjadikan Selangor model bagaimana pengkerajaan yang baik boleh berjaya, tidak lah sukar sangat. hanya perlu lakukan yang berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Model BN ialah sebuah bad model- kepimpinan politik yang opportunis, rasuah, yang menjalankan dasar2 yang kabur meguntungkan sebahagian masyarakat.  Negara ini sedang menuju kepada kehancuran kerana kita ada leadership yang disebut dalam istilah Perancis- fainéant leadership. Fainéant tidak sama dengan elegant silence. Fainéant erti nya- do nothing.
Itu yang sebenarnya jenis kerajaan yang kita ada dibawah Najib. Negara musnah dibawah fainéant leadership Najib.  Kita ada a-do-nothing Leadership. Apa Najib buat mengenai perkelahian agama? Tidak ada apa2. Apa dia buat untuk menyekat ketegangan kaum? Do nothing. Apa dia buat untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir? Do nothing. Apa dia buat untuk memerangi rasuah? Do nothing. Jadi leadership dia boleh dideskripsi sebagai fainéant (fay-nay-yon) leadership- do nothing leadership.
Jika BN menyediakan pimpinan yang koro, Anwar mesti menyediakan bakat yang terbaik untuk mengurus Selangor. Jika kualiti jentera pentadbiran dalam negeri perintah BN hanya setakat boleh-lah, Anwar dan PR mesti menyediakan jentera pentadbiran yang kelas 1.
Yang menyebabkan UMNO dan BN cemas dan ketakutan, ialah cabaran2 ini semua adalah keberangkalian yang boleh dicapai diberi pimpinan politik yang inginkan itu semua. Sekali gus, ia akan menjadi penanda perbandingan dan rakyat akan melihat bahawa ada masa depan yang lebih baik bukan dibawah BN. peningkatan kesedaran rakyat inilah yang amat ditakuti oleh UMNO dan BN.

12 comments:

Anonymous,  14 February 2014 at 08:44  

vintage sak ak47!!

Anonymous,  14 February 2014 at 11:24  

Najib=Do nothing=Incompetence,useless,lousy & good for nothing.

timor 14 February 2014 at 11:54  

'Poning den' kato Rosmah.

Anonymous,  14 February 2014 at 13:02  

Sak, it's best u refer to sanusi junid with regards to real background of this achenese adnan mansor. For a start this achinese he use to work for sanusi junid as a gardener!!! ...... the rest you can ask sanisi himself.

Pok Li,  14 February 2014 at 13:17  

Apapun permainan Anwar/PKR/PR dalam PRK Kajang, kita telah mula mendapat hasil apabila UMNO/BN menangguhkan kenaikan tol. Sekiranya langkah politik yang diperlukan untuk kebaikan rakyat maka tak salah ia dilakukan.

Anonymous,  14 February 2014 at 14:21  

Apapun permainan Anwar/PKR/PR dalam PRK Kajang, kita telah mula mendapat hasil apabila UMNO/BN menangguhkan kenaikan tol. Sekiranya langkah politik yang diperlukan untuk kebaikan rakyat maka tak salah ia dilakukan.

-----------------------

Dear Pok Li,

Adakah awak dari Kampung yang tidak tahu mengbezakan penanggunhan atau ganti rugi?

Kerajaan sudah bayar cronies Gamuda dan IJM beratus Juta dari wang Rakyat supaya toll tidak dinaikan.

Kerajaan tolong cronies dia dan bukan rakyat yang mengundi dia.

Anonymous,  14 February 2014 at 16:27  

YB bawa masuk Mat Taip adalah gerakkerja bagaimana nak dapatkan sokongan orang Melayu supaya bersama pakatan Rakyat...semua
tempat yang melayu majoriti PRU 13kita kalah Sg Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor semua tempatni kalah...ini tujuan Anwar bawa masuk Mat Taib kerana untuk mendapatkan undi Melayu sokong PR...seluruh Malaysia...bukan ajak Mat Taib buat kerja berniaga..

Pok Li,  14 February 2014 at 18:59  

Samada toll naik ke tak naik ke kerajaan masih bayar pampasan kepada kroni, sebab itu dalam perjanjian.

Duit untuk bayar pampasan kroni tu duit rakyat dari pelbagai cukai. Jadi kalau toll dinaikkan, rakyat kena double whammy bro. Duit cukai rakyat digunakan untuk bayar pampasan kroni dan rakyat kena bayar toll lebih.

My point is oleh kerana PRK Kajang akan diadakan maka kerajaan menangguhkan kenaikan toll. Setidak2nya rakyat tak kena double whammy, at least for now. That's why I said sekiranya langkah politik yang diperlukan untuk kebaikan rakyat maka tak salah ia dilakukan.

Moving forward, we need to change the federal government if we don't want toll rates to increase as PR has promised to review the concession agreements.

My two cents worth from orang kampung untuk orang bandar.

Anonymous,  16 February 2014 at 21:38  

Pasal Mat Taib ni, kalau dia volunteer kita bagi chan kat dia kerana tak rugi pun buat PR. Kalau kita tak layan dia, nanti dia merajuk dan buat hal berkempen untk Umno, sedikit sebanyak boleh menyusahkan PR. Musuh jangan dicari

Anonymous,  17 February 2014 at 10:58  

If I were in Kajang, I'd vote for Zaid.

Anonymous,  18 February 2014 at 10:36  

If I were in Kajang, I'd vote for Zaid.

-------------------------
Only Orang yang bodoh/BN cronies will vote for Zaid.

What you get if Zaid (talk minister) win? Free water for selangor...etc?

Only Anwar can fight the Mamak gang and Umno and give the best interest to rakyat (reduce the petrol/toll/TNB/Astro…etc) and not the cronies.

Let him one (1) term to be the PM and prove to us instead of putting accusation on him.

Why the Mamak is so worry when Anwar will become the PM? Only the corrupt Leader will not able to sleep well and worry to get expose of his wealth. Otherwise, why so worry?

Mat Kuantan,  19 February 2014 at 09:40  

Maaf beb,

Bukankah Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah atas tuduhan CORRUPTION dan di penjarakan 6 tahun.Ini terbukti .Kita tidak mahu mereka yang terbukti korup menjadi pemimpin.Elok kita lupa sajalah orang yang bermasaalah ini.Ini kita campur tangan dalam hal moral lagi.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP