Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 4 February 2014

Asuhan dalam prinsip Demokrasi- Bahagian 1



Ada 2 tahniah yang patut diberi. Pertama kepada Teresa Kok kerana mengemukakan suatu YouTube yang menggambarkan rekod Najib dan BN dalam bentuk humour dan satire. Darah pemuda UMNO hendak menggelegak kenapa? Benda2 ini nak tunjuk garang sangat- penderitaan Melayu akibat dasar2 UMNO dan BN tak hendak memberontak pulak!
Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan berbanding dengan Najib dan Rosmah. Si penoreh getah dari kampong Gesing dan Ulu Atok Raub, menderita untuk dapat RM200 sebulan, bil letrik kediaman rasmi Najib ialah RM6100 sehari dan bil air RM800 sehari. Dan Najib dan pemimpin UMNO yang lain, tidak malu dan segan menasihatkan rakyat supaya berjimat dalam belanja! Pu****k!
Mengapa tidak ada lapuran polis dibuat kepada pimpinan BN? kerana kita tidak guna polis untuk mendepankan idea kita. Yang mengguna polis adalah kumpulan yang merasakan polis dalam genggaman dan bayaran mereka. Kita gunakan dialog dan thought engagement. Rakyat Kampung pun sudah cerdik sekarang. Belia2 kampung pula akan merupakan barisan depan mendukong panji2 perubahan kepada lanskap politik bangsa Melayu khususnya.
Hanya UMNO sahaja yang menggunakan belantan dan penggunaan belantan ini, cara penghuni gua dan politik gua.
Kedua- tahniah kepada Anwar Ibrahim dan PKR kerana mengembangkan nilai demokrasi sejagat atau universal democracy. Itu saya akan lakukan dalam tulisan selepas ini.
Saya baru sampai ke Kuala Lumpur setelah berada lama dalam kawasan Raub. Di kawasan Bukit Kajang Raub, seorang cukong Cina sedang membalun suatu kawasan seluas 3000 ekar. Semua dilakukan atas nama Raja Melayu. Benarlah seperti yang dikatakan oleh seorang bekas timbalan PM- yang jual negara ini ialah UMNO. Resthouse di Raub telah lama dijual kepada Cina. Demikian juga bungalow lama diatas bukit Giat Mara Raub.Wahai UMNO- jual lah negara ini.
Yang membenarkan tauke2 Cina melakukan demikian ialah pemimpin kerajaan yang ada. Orang Melayu hendak dapat 1 ekar tanah pun susah. Hutan ditebang sewenang wenang nya menyebabkan kemusnahan ecosystem. Kawasan Ulu dong sudah dibotakkan. Budak2 Melayu di Kampung Ulu Dong dan Semantan diracuni oleh dadah dan pengedar2 nya pula mempunyai pertalian rapat dengan pemimpin UMNO tempatan.
Dalam hari2 yang mendatang, rakyat Raub akan diberitahu bagaimana seluruh kepimpinan UMNO dalam Raub bersekongkol dengan cukong2 Cina merompak dan menyamun daerah raub. Kawasan2 pilihan diagihkan sesama pimpinan UMNO untuk dimajukan oleh bangsa Cina. Hasil pemajuan kawasan2 ini dijual dengan harga tinggi yang akan disambut dengan putih mata oleh orang Melayu.
Sementara rakyat Melayu terutama nya sukar hendak mendapatkan tanah, setengah pemimpin UMNO dan konco2 mereka membolot tanah2 dan kemudahan. Orang Melayu yang mendiami kampong Tamalian dalam kawasan ulu Dong menanti 45 tahun baru sekarang hendak dapat hak milik. Baru sekarang tanah disukat untuk memproses permohonan mereka. Saya mendapat ucapan terima kasih dan penghargaan kerana menjuarai perkara ini semenjak mula jadi MP 9 bulan yang lalu. Tak perlu terima kasih sebab kita menjuarai kepentingan setiap lapisan rakyat yang teraniaya.
Kontrak2 disapu oleh konco2 UMNO. Kontrak melalui Pembangunan Luar Bandar dan kontrak melalui Majlis Daerah Raub semua mesti diperakui terlebih dahulu oleh ‘Sultan’ dan ‘Tengku Mahkota’ Raub dahulu. Agihan tanah pun mesti diperakui oleh ‘Sultan’ Raub.Apa sudah jadi pada tanah dibelakang Bomba Raub? apa sudah jadi pada tanah seluas 3000 ekar yang sepatutnya dibangunkan oleh Yayasan Raub?
Kawasan balak ribuan ekar di Raub di rogol secara bersiri oleh tauke2 yang menaungi pemimpin UMNO. Singkirkan pemimpin UMNO yang pemabuk dan kaki dadah. Orang Melayu berhak mendapat pimpinan yang lebih baik.
Maka sebab itu saya mengucapkan tahniah kepada Teresa Kok. Dia telah menghasilkan sebuah Youtube yang sudah di-sanitized atau dicuci. Jika kerajaan dengar apa rakyat Raub sebut pasal PM dan isteri, pasti mereka akan hantar askar dan polis menangkap semua orang kampong. Ada yang menharamjadahkan Najib, yang mempukimakkan pemimpin UMNO, ada yang mempundekkan Najib dan ada yang melancaukan Najib. Orang Melayu yang sebut benda2 ini. Orang Cina takut untuk sebut. Orang India membisu dalam penderitaan di kampong Ceroh.
Maka jika Ketua dan Pemuda UMNO Wilayah tidak boleh manangani hal ini, takziah kepada mereka. Buatlah protes sesuka hati kamu tapi lakukan protes itu secara cerdik lah sedikit- lakukan melalui dialog dan engagement pemikiran. Kalau mahu, sila pengaruhi pemikiran 47% rakyat yang menyokong kamu yang sekarang ini sudah mulai mengakui kebenaran apa yang Pakatan Rakyat sebut dalam PRU13. Tapi jangan guna Polis untuk menyelesaikan perkara yang kamu tidak mampu lakukan.
Apalah yang bersifat menghasut dan menanam kebencian dalam video tersebut? Adakah kritikan terhadap kerajaan mesti dibaca sebagai perkara perkauman? Cina hentam Melayu? Itukah cara pendekar UMNO menangkis serangan? Kalau kurang berani, gunakan Perkasa? Kita hanya ada suatu soalan kepada perkasa- kamu di pihak penindas atau pihak kena tindas?
Isiu2 yang diketengahkan dan dijadikan sindiran dalam youtube tersebut- kos saraan hidup, kualiti pendidikan, ketegangan kaum, konflik agama, pengkerajaan yang baik- bukankah ini semua elemen2 dalam platform atau manifesto BN? apa sudah jadi kepada semua ini? Hampir semua sudah dimungkiri.
Kalau kita ingat- manifesto BN dimartabatkan sebagai akujanji dan ianya dilakukan dengan megah sekali. Mana Najib mahu lancarkan apa2 secara cikai? Mesti ratusan ribu Ringgit punya. Makanan sahaja RM500 ribu.
Prinsip contractarian politics ialah setelah memenangi pemerintahan kerajaan, pihak yang menang mesti melaksanakan apa yang dijanjikan. Hampir semua janji dimungkiri. Minyak naik.gula naik. Toll naik. Tariff letrik naik. Rasuah meluas. Pengkerajaan buruk meningkat.  Teresa Kok hanya membuat youtube yang menjenakakan rekod dan prestasi Najib dan BN. pemimpin UMNO yang bercakap dengan saya pun turut kondem Najib dan Rosmah. Tidak perlu saya tambah apa2.
Respons yang termampu dilakukan oleh UMNO yang sudah bengkrap idea ialah membuat lapuran polis menyebut bahawa apa yang dilakukan oleh Teresa Kok adalah hasutan. Saya menyeru pihak polis supaya bertindak secara professional dan bijak melayan karenah budak2 UMNO ini. Lebih baik mereka jangan buang masa dalam menyiasat pihak yang melakukan demonstrasi di Pulau Penang dan yang mendalangi sepanduk2 yang memberi amaran pengulangan peristiwa 13 Mei. Itu lagi bahaya.
Membutuhkan Najib, mempukimakkan dia dan pimpinan UMNO, mempundekkan dia, melancaukan dia bukan lah hasutan. Dia pemimpin 47% rakyat yang mengundi sahaja. Dia pun tidak faham konsep dan idea  the entirety rule- atau prinsip keseluruhan. Yakni setelah menang kerajaan federal, dia adalah kerajaan yang mentadbir seluruh rakyat bukan rakyat yang menyokong nya sahaja. Kalau dia tidak faham, tentu sahaja pimpinan akar umbi seperti JKKK, ahli Majlis Daerah, dan lain2 tidak mungkin faham. Sebab itu JKKK Raub, ahli Majlis Raub hanya menjaga kepentingan kelompok mereka sahaja. Jadi- apalah sangat jika rakyat mempersendakan Najib. Jika Najib tidak tahan, suruh dia berhenti sahaja jadi PM.
Orang Cina ada konsep Mandat dari Langit mereka. Orang Melayu pun ada Kontrak Agung mereka yakni perjanjian dan baiah antara Demang Lebar Daun dan Sri Teri Buana. Atau shri Teri Buana- seorang individu India? Maka sekarang apabila rakyat ditekan kehidupan mereka, malapetaka pengkerajaan buruk menimpa mereka, obligasi dan janji bertaat setia membabi buta sudah tidak ada lagi. Rakyat Melayu mempunyai justifisaksi untuk membuang kerajaan UMNO secara aman.
Seperti saya nyatakan tadi, golongan UMNO yang terencat akal perlu mendengar suara rakyat bawahan. Jika mereka dengar, sudah pasti mereka buat lapuran polis untuk menangkap seisi kampong. Yang bercakap ini rata2 nya orang Melayu.
Saya membaca lapuran yang dibuat oleh ketua pemuda UMNO WP keatas Teresa Kok. Nampak sangat yang menjengkilkan Pemuda ini ialah bahagian yang mempersendakan abang Jib dan Kak Ros dia. Yang dia hendak baca semua nya dalam sebutan perkauman apa hal? Orang Cina tak boleh kritik Najib dan kerajaan lah macam ini? Orang Melayu bagaimana? Tak cukup Melayu? Saya orang Melayu dan saya akan terus mengkritik kepimpinan Najib. Sikap saya ialah saya enggan membenarkan UMNO mendefinasikan keMelayuan saya.
Pihak polis tidak perlu memperdulikan leteran Pemuda UMNO WP ini. Kita ucap tahniah kepada Teresa KOk dan sambil nonton youtube itu, kita sama sama ketawa.  
Tahniah yang lagi satu ialah kepada Anwar Ibrahim dan PKR yang mengembangkan dan mengasuh rakyat tentang prinsip2 demokrasi sejagat. Tapi semua itu dalam tulisan yang satu lagi.  

9 comments:

Anonymous,  4 February 2014 at 14:26  

Artikel yang baik...sambil meletakkan Raub di dalam arus perdana politik nasional...Namun, saya berharap Sekretariat Pakatan Rakyat bagi Parlimen Raub dapat diperkasakan lagi bagi memperkemaskan pergerakan Dato' di dalam Parlimen Raub....InsyaAllah, jika semua berjalan dengan baik saya percaya ketiga dun di dalam Parlimen Raub akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat....Raub People Revivalism Part 2...

Anonymous,  4 February 2014 at 17:35  

Datuk,
Saya sungguh teruja membaca artikel Datuk memberi gambaran sebenarnya apa yang sedang berlaku di dalam Parlimen Raub. Dari tulisan Datuk,saya dapat merasa betapa jengkelnya Datuk terhadap segelintir pemimpin UMNO haprak yang diberi kuasa telah menjarah bumi Raub semata-mata untuk memenuhi tembolok dan nafsu serakah mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat marhaen yang mengharapkan pembelaan dari mereka dengan agihan yang adil akan kek ekonomi di Parlimen Raub. Saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana berlaku bijak dengan memilih Datuk sebagai MP. Agaknya kalau wakil UMNO yang dipilih, mungkinkah cerita ini akan tersebar luas di luar kawasan Raub? Apa yang menyedihkan ialah yang buat kerja penjarahan ialah orang Melayu sendiri dan yang terinaya juga orang Melayu. Datuk, saya bukan orang Raub tetapi saya orang Melayu. Saya dapat rasa keperitan yang mereka alami dan saya sungguh bersimpati dengan mereka. Dalam masa yang sama,tahniah Datuk kerana masih ada lagi saorang pejuang Melayu (bukan UMNO)yang sanggup tampil ke depan memperjuangkan nasib mereka. Hanya doa kepada Allah SWT mengiringi Datuk agar Datuk jangan patah semangat dan terus berjuang demi Islam dan keadilan. Datuk TIDAK keseorangan, seluruh rakyat yang kepingin keadilan dan kesejahteraan demi masa depan mereka di bumi yang bertuah ini akan terus bersama Datuk. Akhir kalam, saya berseru kepada warga Raub, bangunlah dan buatlah sesuatu untuk memperbaiki keadaan demi masa depan anak cucu kita dan jangan lagi termakan dengan 'akujanji' UMNO yang dicapati. ENOUGH IS ENOUGH....cukuplah....
orang kampung

Anonymous,  4 February 2014 at 18:00  

Yang betul-betul menjahanamkan orang Melayu adalah orang Melayu sendiri aka UMNO.

Beast Master 4 February 2014 at 19:51  

The most dangerous man to any government is the man who is able to think things out for himself, without regard to the prevailing superstitions and taboos. Almost inevitably he comes to the conclusion that the government he lives under is dishonest, insane, and intolerable...

Anonymous,  5 February 2014 at 07:32  

Saaudara Arieff. Tahniah dari saya warga marhaen. Setelah 57 tahun Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian nya Malaysia di jajah oleh gerombolan penyangak United Malay National Organisation rasa hati saya yang begitu lama terbuku telah dapat saudara luahkan. Penjajahan dan Rampokan Persekutuan Tanah Melayu bukan shaja berlaku di Raub sahaja. Ia berlaku pada setiap detik diseluruh pelusuk Persekutuan Tanah Melayu. Ia bukan cerita baru. Kita perlukan anak-anak muda seperti saudara.

Anonymous,  5 February 2014 at 10:40  

BN tidak menepati janji dalam PRU13.

We should make a polis report or rally for;

1) harge kereta tidak turun.
2) bil electric naik.
3) harga gula naik.
4) petrol naik.
5) bil Astro naik.
6) semua barang naik.
7) harge ikan naik.

Kenapa tidak ada orang berani membuat bantahan jalan dan cuma BN berani buat bantahan terhadap pakatan rakyat?

Anonymous,  5 February 2014 at 14:26  

Which one people hate, Najib or UMNO? Your article very confusing bro, kejap Najib, kejap Ros, kejap UMNO.And who are these people in Raub? Their life must be sooo bad, no education, no food, no clothing, no school, no roads, no infra, no water, no electricity, no hospitals, no kacang sempalit etc in order to curse the PM and UMNO so badly?They say in UK the cost of getting medical assistance is sooo expensive. Even in Sweden, you will get jailed for admonishing your own kids. If we were to follow these exemplary countries(among the best in the world in human rights and socio-econ-political system) most us will be in jail by now. An our kids are taken away from us. Hudud law is pale in comparison to it.
And would you like to know what the other people say about Theresa Lez Kok!!!!

fazal hatta 6 February 2014 at 02:10  

Artikel bagus dah. Kalu boleh kurangkn carut tuh. Carut itu budaya umno.

Anonymous,  6 February 2014 at 07:22  

Sdra Faizal, saya lihat kelompok sasaran artikel ni adalah ahli2 umno sendiri atau kelompok Melayu yg memang telah dibudayakan bahasa2 sebegini oleh umno. Saya kihat ada kesannya bahasa sebegini utk mereka. Ini lebih dimengerti dan difahami. Didalam komunikasi memang ada ketikanya disuruh begini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP