Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 18 December 2022

Terlajak kata, binasa jadi nya .

1. Saya tergamam dan tercengang bila pm Anwar kata se2orang tidak bersalah sehigga ia didapati bersalah
 

2. Saya diberitahu, bahawa inilah prinsip yang dipakai oleh ramai peguam, terutama mereka yang mengamal Anglo Saxon law.

3. Ia seolah olah sudah menjadi satu prinsip yang kudus. Tapi tidak semua negara mengamalkan nya.

4. Di negara2 seperti perancis, itali, Iran, Russia dll, kamu dikira bersalah sehigga dibuktikan sebaliknya.

5. Mana satu prinsip bagus, boleh di debatkan sampai urat leher kita tegang, muka membiru dan lembu pulang petang. Pilihan bergantung ikut selera dan citarasa.

6. Prinsip tidak bersalah sehigga dibuktikan sebaliknya tidak ada dalam perlembagaan kita. Yakni tidak ditulis secara explicitly dalam perlembagaan kita.

7. Ia dipakai untuk menegakkan benang basah. Dalam perkara yang kontemporer, Ia digunakan untuk menjustfikasikan kemasukan zahid dalam kabinet.

8. Kalau Kes berprofil tinggi seperti Kes zahid boleh di justifikasikan dengan prinsip lapuk ini,ia nya memberi PM Anwar carte blanche untuk memasukan gerombolan kleptocratic yang lain2 dalam kabinet.

9. Mutakhir yang berlaku ialah bila Ahmad maslan dijadikan timbalan menteri. Bukankah dia telah didenda 1.1m dan telah menerima jutaan ringgit wang 1MDB?

10. Sukalah kita bertanya, mengapa PM Anwar tidak mahu guna prinsip bersalah sehigga dibuktikan sebaliknya?

11. Kerana, pada pendapat saya, Anwar Ibrahim mahu terus kekal menjadi PM. Biarpun terpaksa menggunakan prinsip yang lapuk.
Anwar handal bab itu. Dengan kepetahan nya, dia boleh panggil burung2 yang terbang di awan, makan ditapak tangan nya.

12. Mungkin, dalam keadaan dimana rasuah bermaharajalela dan mengganas seperti sekarang, prinsip bersalah sehigga dibuktikan sebaliknya lebih praktikal.

13. Beranikah Azalina yang cakap berdegar degar itu, mereformasikan prinsip ini atau dia hanya omong kosong?

14. Yang saya khuatiri, mengorbankan janji2 dan prinsip, kita menjadi orang yang sifat2 nya kita benci. Kita benci perasuah, kita pun turut rasuah.

15. Maka jadilah keadaan yang disebut Franz Fanon, kita melawan penindas, last2 kita jadi penindas. Baca the wretched of the earth .

16. Kemudian, tidakkah kita takut akan dosa dan petaka yang akan mendatang, kalau kita guna prinsip ini? Lihat surah HUD, 113.

17. Kita membenci penzalim seperti perasuah, akhirnya kita pun jadi perasuah.

18. Ada 2 lagi pertimbangan PM Anwar yang membimbangkan saya. Dia mengambil kira zahid adalah pengerusi BN dan president umno.

19. Bayangkan, jika orang nombor 1 bertimbangan begini, besar kemungkinan AG yang sentiasa menurut perintah, akan turut bertimbangan demikian.

20. Ini akan bermakna Kes rasuah zahid dan kes2 perasuah yang lain akan digugurkan, disapu bawah permaidani tebal Putrajaya.

21. Saya berharap AG tidak akan mengirai angkubah2 tidak releven ini . The law is the law .

22. Jika lah hakim2 mahkamah persekutuan, menimbang bahawa tertuduh didepan mereka, adalah bekas PM, bekas presiden umno dan bekas pengerusi BN, mampus kita! Na'uzubillah.

23. Inilah yang hamka katakan, alang2 cerdik ,rosak negara.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP