Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 1 December 2022

Membentuk kabinet Malaysia. Prinsip2 panduan.

1. Ahli parlimen setiawangsa dan pasir gudang berpendapat bahawa jangan jadikan kluster mahkamah sebagai menteri dalam kabinet Anwar.

2. Timbalan ketua umno Johor menyanggah pendapat ini. Menurut nurjazlan mohd, pendapat seperti ini menyusahkan hubungan BN -PH.

3. Menurut nurjazlan, seorang tidak bersalah sebelum dihukum. Pandangan ini sahih jika kita bersikap teknikal, specific dan legalistic.

4. Maka, ada pertembungan antara pendapat jangan ambil kluster mahkamah sebagai anggota kabinet dengan pandangan se2orang belum salah sebelum ada hukuman. Yang mana satu kita nak pakai?

5. Suasana mengelirukan apabila Anwar Ibrahim menyatakan bahawa seseorang belum bersalah selagi tidak dihukum

6. Kenyataan ini memberi optimism kepada penyokong2 kluster mahkahmah. Ada yang mengatakan Zahid hamidi ada peluang jadi tpm dll

7. Kita harap bila Anwar kata, dia akan dengar pandangan semua pihak, Ia akan menyedarkan semua orang.

8. Umno janganlah get ahead of itself. Jangan besar kepala tuntut itu ini. Jangan anggap diri prima Donna dengan 30 kerusi kamu.

9. Kalau umno ada 3 kerusi itu kira dah bagus. Anwar kena beri priority kepada rakan2 ph dahulu. Dan penyertaan Sabah dan Sarawak harus ada. Bukan nak layan kememe umno saja .

10. Pendapat yang mengatakan Zahid mesti ada dalam kabinet, bukan sesuatu yang terpahat pada batu. Bahawa umno ada monopli undi melayu kini adalah satu metos .

11. Sekarang, undi melayu boleh diperolehi oleh ph sendiri, oleh pas dll. Orang melayu sudah punya kesadaran politik .

12. Dalam membentuk kabinet, pm di pandu oleh banyak faktor. Antara yang penting ialah mengelak daripada cenderung kepada pesalah laku, agar tidak menjadi insane pesalah laku .

13. Banyak Kali dalam sejarah, orang yang komplen pasal penindas, menjadi sang penindas juga. Baca Franz fanon.

14. Yang komplen dan anti rasuah, jadi perasuah sama.

15. Ingatlah pesan Allah, dalam 113 surah HUD. Jangan lah kamu cenderung kepada pesalah laku, kelak kamu disambar API neraka.

16. Yakni, jangan ambil kluster mahkamah, kelak nanti kamu ditimpa bencana.

17. Bukankah orang2 PKR, selalu mengkakaktuakan ayatb113 surah HUD? Kotakan nya!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP