Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 16 July 2014

Wa'ad Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana: Perjanjian Sebelum Perjanjian2 lain.



Perkara asas dalam Perjanjian Sebelum Semua Perjanjian Lain antara Demang Lebar Daun dan Seri Teri buana ialah:
Pertama- pada pihak anak cucu Seri Teri Buana (STB) iaitu lambang Raja Melayu yang dipertuankan  hendaklah menjaga anak cucu Demang Lebar Daun(DLD)- memperbaiki akan mereka oleh segala anak cucu STB. Jika  anak cucu DLD membuat salah, mestilah jangan di fadihatkan dengan kata nista, dan kata2 jahat dan jika mahu dihukum bunuh sekalipun, mesti mengikut hukum syarak.
Di bahagian satu lagi,  pada pihak anak cucu DLD jangan durhaka kepada anak cucu STB. Anak cucu DLD hanya durhaka jika anak cucu STB yang memulakan nya.
Bertolak dari perjanjian sebelum perjanjian lain inilah, maka sampai kehari ini, bangsa Melayu tidak pernah durhaka kepada raja dan raja tidak pernah menghina dan memberi aib kepada rakyat.
Sehinggalah ketika seorang anak cucu DLD difadihatkan dengan kata2 nista dan kata jahat oleh DYMM Sultan Selangor ( anak cucu STB).
Jadi bagaimana kita sekarang? Seorang Sultan menegur dengan keras rakyat nya. ini bersamaan dengan memfadihatkan dengan kata2 nista dan jahat serta mengaibkan anak cucu DLD. rakyat pula tidak ada saluran untuk membantah murka tersebut.
Maka jika kerajaan dan pemerintah hari ini mahu tahu perasaan sebenar anak Melayu, cuba hapuskan peruntukan dalam Akta Hasutan( Sedition Act) dalam bab hubungan raja dengan rakyat. barulah kita tahu hati nurani rakyat. baik kita dengar suara hati rakyat secara lansung daripada mendengar suara rakyat melalui burung2 bayan yang bertrebangan dengan banyak nya dikeliling raja.
Mengikut Sejarah Melayu, jika ada raja yang melakukan demikian yakni memfadihatkan rakyat dengan kata2 nista dan kata2 jahat, dan memberi aib, maka alamat negeri akan dibinasakan oleh Allah Taala.
Masaalah orang Melayu termasuklah raja2 Melayu, apabila tiba bab orang Melayu, tersangat lah ekstrim pertimbangan nya. Melayu yang hendak jadi wakil rakyat mesti anak watan negeri tersebut. Bila tiba bab orang Cina, syarat nya tidak pula seketat tersebut.
Ramai ADUN Cina di Pahang misalnya bukan anak watan Pahang. Semasa saya ADUN Pahang dahulu, ramai ADUN Cina tidak lahirpun di Pahang. MP Cina yang tidak lahir dalam negeri tersebut dapat jadi MP negeri Pahang. Fu Ah Kiaw yang dahulu nya MP Kuantan bukan anak kelahiran Pahang. Ng Yen Yen yang jadi MP Raub sebelum saya ialah Cina kelahiran Kelantan. Liow Tiong Lai- MP Bentong bukan Cina Pahang atau Cina Bentong. MP Cameron Highlands The Great Mr Palani bukan anak jati Pahang. Maka jika orang Melayu termasuk Raja Melayu mahu split hairs mengenai kejatian MP atau ADUN- maka jangan kita beri muka kepada Tiong Lai dan Palanivel. Mereka bukan anak jati Pahang.
Maka kita orang Melayu ini janganlah kabit sangat( kabit istilah orang Pahang) yakni particular sangat MP atau ADUN mesti anak jati atau tidak. Kalau kita letakkan syarat demikian keatas anak Melayu, syarat yang serupa mesti dikenakan keatas bangsa lain. Mengapa keatas bangsa sendiri, kita particular sangat tapi atas bangsa lain, kita membenarkan nya pula?
Apa pasal saya sebut perkara ini? Sebab nya ialah apabila kemungkinan Azmin Ali jadi MB Selangor mungkin jadi kenyataan. Azmin Ali lahir di Singapura. Boleh jadi sebab ibu bapa dia dulu bertugas dalam jawatan yang berpindah pindah maka lahirlah Azmin Ali di Singapura. Ketika iu Singapura mungkin masih berada dalam Malaysia. Ertinya Azmin Ali rakyat Malaysia. Dia juga ADUN untuk negeri Selangor dan oleh yang demikian layak jadi MB jika diperlukan.
Ada sudah suara2 yang menterjemahkan kemurkaan Sultan Selangor mengenai satu hal yang melibatkan seorang MP dari negeri tersebut sebagai gambaran bahawa Sultan menghantar isyarat bahawa dalam hal dimana dia ada kuasa mutlak, Sultan tidak memerlukan nasihat rakyat biasa. 
Yang bercakap demikian ialah orang UMNO bukan rakyat. 
Ini isu antara kuasa rakyat dengan kuasa Sultan- mana yang besar?
Kepada saya kuasa dan suara yang diperolehi dari pilihan rakyat lebih besar dari kuasa yang diperolehi secara pengwarisan melalui keturunan. Yang pertama divalidate oleh pemilihan rakyat secara lansung manakala kuasa yang kedua melalui adat resam. Dalam kes kedua, rakyat tidak ada peranan lansung. Dimana peranan rakyat tidak ada lansung, soalan nya, mengapa kita mahu mengkemudiankan kuasa rakyat? kuasa rakyat lah yang lebih besar.
Soal memilih MB adalah soal pilihan rakyat. peranan mana2 Sultan Melayu ialah mengesahkan dan memperakui pilihan rakyat tersebut. Persembahan dari rakyat tidak memberi ruang untuk mana2 raja Melayu mengubah pilihan tersebut melalui kemutlakan kuasa nya.

9 comments:

bumi-non-malay 16 July 2014 at 10:54  

"cuba hapuskan peruntukan dalam Akta Hasutan( Sedition Act) dalam bab hubungan raja dengan rakyat"........ Macam harap PEGAR(sejenis burung) Jaga Padi....

Tapi Sultan UMNO + Cahoots kata "I need the sedition act, because I ALSO want the TRUTH, no matter how BAD it is.......and when the TRUTH is NOT Favorable towards KERABAT RAJA and KERABAT RAJA UMNO....we can USE Sedition ACT to Belasah Rakyat, ambil periuk mangkuk mereka dan DERA Keluarga dan penyokong mereka sampai Matlamat $$$$$ kita tercapai.....kemudian kita tengok BERAPA Ramai lagi rakyat Malaysia yang Berani...Tell the truth, even if it HURTS Beta...."...!@#$%! .....Begitulah ALLAH menterjermah fikiran dan hati MANUSIA UMNO ni!!!!

Allah untuk semua...siapa KELIRU Dia BODOH!!...

Perang & kematian Kat Sabah...tiada orang semenanjung ambil perhatiaan.... Kuasa, senapang, rocket, kapal perang...semua dah di beri kepada Sultan UMNO.....Beginikah Malaysia Harus berterusan??.... Enough of this Rubbish.... Kuburkan Sultan UMNO & penyokong + Kroni2 mereka!!

bruno,  16 July 2014 at 11:31  

Dato,who is this stupid fool Hafarizam Harun anyway,another Bung Mokhtar?He is making fun about women's menstrual period.Doesn't he know that women who do not have or have stop having mense cannot have babies.Then he would have to come out from somewhere else.Where,I do not know.Does the moron know where he came from?

Anonymous,  16 July 2014 at 12:32  


Yep ! The zamidars and maharajahs of india learnt it the hard way.The czars and kings of most european countries learnt it the hard way.
Never mess with the hungry peasants.

Anonymous,  16 July 2014 at 14:09  

Askm tok
X nampaknya untungnya Kita tanggung puak2 ni...lagi

Anonymous,  16 July 2014 at 20:06  

Hafarizam Harun, By that one statement it seems you have brought yourself down to a level of an imbecile, and tarnished your own leaders. Pls do not shame your mother, your wife, your daughters (if you have any). See the error of your ways and repent.

Anonymous,  16 July 2014 at 21:54  

I am in support of Khalid samad

Anonymous,  17 July 2014 at 08:38  

Dato, Mysia Kini lapor raja muda johor akan jd jutawan di usia muda kerana projek tamb di Iskandar. Bagus la, sekurang2nya tambah org Melayu jd kaya. Ni mcm cerita di felda, bila isa samad masuk jd pengerusi, kontraktor dikalangan anak2 peneroka susah cari makan. Semua projek besar di felda & syarikat fgv yg nilai bilion2 dah ada yg sapu. Maaf la dato. Menyimpang dari tajuk

Anonymous,  17 July 2014 at 11:44  

Khalid Samad stands tall and strong not only among PKR supporters but the Malaysian rakyat as a whole. He looks after the Muslims and non-Muslims. As for the other Khalid Ahmad MB, really he is pitiable trying to hold on to his position even though he knows he no longer has the support of his party. Why are you unwilling to let go Khalid Ahmad and retain your dignity, because in the final analysis this is what makes a person great and respected?

Anonymous,  17 July 2014 at 12:06  

ADApun sebelum itu Semenanjung Tanah M elayu dibumi dihujung tanduk, adalah tempat lanun lanun Melayu dari jalur Iskandar Zulkairnain membuat penepatan.......

Maka hari ini balik lah kamu ketempat asal mu orang orang Bugis, Mandelin,Jawa, Acheh, Minang, Batak, Sulu, Moro, Banjar, pulanglah kamu kepulau asal keturunan mu bersama Sultan sultan, Raja raja , daeng daeng mu semua.

Orang benua, Cina, India, Pakistan, Arab, baliklah kamu ketampat asal keturunan mu.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP