Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 8 October 2013

Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh!



Minggu lalu parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti pembangkang menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan berlawanan dengan prinsip rule of law. Kita khuatir Parlimen akan menjadi suatu star chamber dimana ahli politik menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka sendiri. 
Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini.
Kalau mengikut definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan pertubuhan Perkasa diharamkan.
Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;
Demikian bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut.
Suatu tindakan telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan untuk menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan kepada orang2 dan harta benda.
Undang2 ini berkuatkuasa diseluruh Malaysia. Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah mengancam bahawa orang Melayu akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini tidak diperbetulkan. Kita jangan lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim Ali telah melakukan suatu aksi- yakni mengeluarkan kenyataan yang bersifat suatu ancaman bahawa orang Melayu yang terpengaruh dengan hasutan puak2 tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa.Zahid Hamidi semasa dalam parlimen bercakap mengenai 'roh' akta pencegahan jenayah- nah sekarang ini bersegeralah ambil tindakan keatas Ibrahim Ali, kerana 'roh' kenyataan2 nya ialah menghasut orang Melayu supaya mengamuk memusnahkan harta benda dan nyawa. Tunggu apa lagi DS Zahid?
BN telah bulldoze suatu rang2 undang pencegahan jenayah yang memperuntukkan seseorang dan orang2 ditahan tanpa bicara dan keputusan untuk memenjarai tertuduh bergantung kepada keputusan suatu board yang dianggotai oleh 3-5 orang. Sekarang 3 , tapi Wak Zahid kata akan ditambah 2 lagi. Board jenayah atau Crime Prevention Board ini akan menyandarkan keputusan nya atas lapuran seorang anggota penyiasat.
Bayangkan zalim nya undang2 ini- nasib orang yang kena tahan bergantung kepada penyiasatan seorang angota penyiasat dan pengesahan kena tahan ditentukan bukan oleh mahkamah, tapi oleh suatu crime prevention board. Ertinya, tangung jawab menghukum sesorang yang dianggap bersalah oleh pegawai penyiasat dan crime board diambil alih serta dirampas dari mahkamah.
Inilah masa nya Zahid Hamidi melaksanakan undang2 Pencegahan Jenayah Pindaan ini.
Kita sokong hukuman kepada penjenayah mesti setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Tapi biarlah kita hukum mengikut prinsip perundangan bukan jalan singkat.
Namun, oleh kerana Rang Undang2 itu sudah lulus, kita panjangkan aplikasi prinsip nya dalam hal2 lain.
Kenapa prinsip yang sama tidak boleh kita pakai keatas SPRM? Kita lihat tangan SPRM terikat kerana mereka tidak ada kapasiti pendakwaan. Apatah lagi jika kes2 yang disiasat mereka itu mengundang campur tangan politik.
Kita semua tahu rasuah berleluasa dalam negara kita pada setiap peringkat. Belian kerajaan merupakan sumber pertama salahgunakuasa dan penipuan harga. Tapi amat sukar kita buktikan.
SPRM tidak ada kuasa pendakwaan. Semua ada dalam tangan Peguam Negara yang akan merekomen sama ada bawa kepada mahkamah atau tidak. Jika Peguam negara tidak puas hati, dan segala hujjah perundangan boleh dikemukakan, pelaku rasuah boleh lepas dari penjara dan hukuman. Atau kita berdepan dengan kes, dimana Peguam Negara tidak dapat diyakini oleh lapuran penyasat kerana penghujjahan dan pembuktian yang lemah. Jika itu berlaku si perasuah boleh melepaskan diri.
Jadi kita pakai prinsip yang serupa dari PCA kalau kita serious hendak benteras rasuah. Seperti PCA kita buangkan Peguam Negara dari equation nya- SPRM menyiasat perlakuan dan pertuduhan dan jika mereka puas hati, mereka boleh merujukkan kes tersebut kepada suatu board pencegahan rasuah. Board ini yang dianggotai oleh mereka yang layak akan rekomen sama ada tertuduh boleh dihukum- penjara atau apa.
Prinsip nya sama seperti dalam PCA. Jika kerajaan BN serious hendak membasmi kemiskinan dan menjadikan rasuah suatu perkara sejarah silam, maka suatu rang undang2 ala PCA mesti dibentangkan dalam parlimen.
Tapi saya gerenti parlimen yang dikuasai BN akan tidak berani meluluskan rang2 undang2 seperti ini bahkan akan berhujjah melindungi para perasuah. Jika ada mana2 pihak pembangkang membuat usul bil persendirian atau cadangan alternative, ianya akan kalahkan oleh suara majority dari para ahli parlmen BN yang kurang cerdik terutama dari UMNO yang mengikut Dr Mahathir terdiri dari orang2 bodoh.

24 comments:

Anonymous,  8 October 2013 at 08:29  

Yes...betul tu datuk...gubal akta utk menutup segala jalan kearah keadilan.

Anonymous,  8 October 2013 at 08:49  

hujah yg betul betul kaw nie....

ibrahim katak pun tak di heret dengan akta baharu ni walaupun selalu membuat hasutan..

rasenya siapa yg nak membuat demo pada masa depan terus ketahun lokap 2 tahun. konon ketua pembangkang akan membuat demo kalo GST dilaksanakan... nanti la PCA ini boleh test run.....

mad 8 October 2013 at 10:48  

kenapa undang-undang guna bahasa penjajah? yg gubal undang-undang ni org inggeris kah? lawak betul la malaysia ni

maae 8 October 2013 at 11:32  

Jangan lah asyik bodohkan orang melayu saja. Kenapa tidak bodohkan diri kerana merempat di bumi sendiri.

Saya teringat satu kisah benar di hospital. Doktor cina dan orang melayu. Layanan doktor ini memang pukimak. Makan gaji kerajaan, bekerja dan mendapat kemudahan kerajaan. Menyombong dengan menghina pesakit.

Saya tibai !

Dalam masa yang sama si pesakit boleh bercakap mandarin. Sebelum ini dia diam sahaja. Kejadian ini telah beri pengajaran kepada kafirun ini yang dalam hati nya begitu bongkak perbodohkan melayu kerana konon nya dia seorang doktor cina yang hebat ! Beribu kali mohon maaf kepada kami.

Natijah nya, apabila kesombongan diri boleh menjadi penjenayah. Penjenayah berbagai bentuk. Sebelum ini artikel yang menudingTok Him di mangsakan? Kenapa tidak ambil kebenaran asakan dan desakan perkauman tebal DAP ? Siapa yang memulakan ? Ada kah Melayu ?

Terkini sentimen Tony Pua, LKS dan LGE. Kemudian di ikuti sentimen dalam artikel Big Dog yang di ambil dari The Mole tentang kenyataan penasihat LGE. Sebelum ini berpuluh-puluh lagi isu perkauman menyalahkan Melayu dan Umno dan Pemimpin-Pemimpin Melayu.

Hina sangatkah Melayu yang telah menjaga kehidupan terbaik kepada cina? Siapa yang tidak sedar di untung ? Siapa bersikap kurang ajar dan sentiasa membangkitkan sentimen perkauman ? Utusan Malaysia di kerjakan setiap masa. Seolah tiada yang benar orang-orang Melayu yang menulis berita. Hanya wartawan cina dan india yang kredibel ? Ini semua berlindung di sebalik lalang sehelai. Jika Melayu menyokong mereka konon melayu bandar, cerdik dan berpelajaran. Bullshit ! Lihat lah melayu Singapura. Semua nya penipuan besar. Jika melayu itu di anggap sahabat dan jiran yang baik, sudah tentu melayu itu mampu mengisi lompang ekonomi dan hidup bergandingan. Masih kah Melayu jahat ? Melayu jahat ialah mereka yang tidak amanah dengan kuasa yang di beri. Sebahagian mereka di lantik dalam wawasan PM Najib. Jika ada yang baik akan di kuarantin. Itu kenapa pentadbiran bawahan menyalah guna peruntukan kerajaan kerana pihak atasan "membalun tanpa had". Ini yang menjadi duri dalam daging.

Apa yang saya tulis tiada kaitan dengan luahan perasaan. Bekas PM Australia juga menyatakan benda yang sama !

Perasuah boleh sahaja di tangkap. Dalam urusan biasa hanya " anjing " mereka berperanan dan nasib tidak baik tertangkap. Jika di P.Pinang, projek besar hanya di beri terus kepada kontraktor favorit, ini CAT ? Tiada rasuah ? Banyak lagi. Itu belum "merampas" hak orang...

Bahasa Kebangsaan secara terang di nafikan. Tulisan cina di papar besar di merata tempat. Sungguh menjijikan sikap talam dua muka. Apa lagi Perlembagaan Negara. PKR ? Tak tahu nak kata apa.... Saban hari orang-orang berkata-kata.

Dalam CEC, ada tidak unsur rasuah ? Sekurang-kurang nya Umno tidak menyanggah ROS. Berbeza dengan DAP. Kesalahan mereka di sebabkan Umno dan Ros ! T. KPN pun di libatkan.

Tidak kira lah siapa memerintah. Jika ia melibatkan keluarga dan kroni, menjana kekayaan dari kuasa pasti di amalkan.

Lempar batu sembunyi tangan ( nanti Datuk perhatikan pengomentar di sini mencaci dan menghina saya. Langsung tiada etika melihat dan berbahas secara sihat kecuali dengan " denial, twist and turn ". Jangan lupa saya juga mengkritik perjalanan Umno dan PM Najib. Tujuan demi kebaikan )

Maaf jika terkasar bahasa.



Anonymous,  8 October 2013 at 12:27  

UMNO/BN diketuai oleh orang-orang yang bodoh & berotak udang.

Anonymous,  8 October 2013 at 14:31  

Negara kita dipimpini oleh pemimpin yang otak mereka macam udang atau Pak Pandir.

Anonymous,  9 October 2013 at 01:02  

As Salam Dato' Sak,
Perkara yg di bankitkan memang benar. Namun apakan daya kiita untuk mengubah keadaan tekah terlepas peluang yg sangat merugikan rakyat dari segi menegakkan keadilan dan kebenaran. 52% Pengundi memang tekah memilih PR tapi di sebabkan putar belit dan juga rasuahlah rakyat telah di perbodohkan utk minoriti 48% memerintah.
Amat di kesali kerana penyelewengan dan salah guna kuasa okeh mereka skrg ini di tambah dgn sombong dan angkuhnya sikap mereka bertambah leluasa lagi akan perkara yg batil dan salah dari segi agama dab prinsip integriti.
Saya ingat mereka ni sama ada dari puak2 freemason atau dajjal gamaknya bertujuab menjahanamkan Malaysia yg du cintai. Mereka ingat negeri ni bapak mereka punya!!! Yabg pilih mereka rakyat namun setelah dpt kuasa lupa diri dan sombong!!!
Saya komen atas dasar hak rakyat biasa. Ahli pokitik kena ingat esok kalau mati yg muslim akan di tanya. Kalau tipu rakyat dan walau satu pun x maafkan dosa mereka tipu.... masuk Neraka Jahanam lah mereka semua kekal di dalamnya. . Cekakalah mereka bak firnan Allah dkm Al Quran nul Karim...

bumi-non-malay 9 October 2013 at 03:57  

We need to make plans....Migrate to Sabah/Sareawak....take all the state seats and then SACK Malaya for UMNO-BN + SUltan _Agong to manage the $1Trillion Ringgit Debt....while Sabah-Sarawak have zero Debt.....

Agenda Sack Malaya must begin Today to be a reality in 2020!!!! INI KALI LAH!!

Anonymous,  9 October 2013 at 10:04  

maae,

Tiu!

‘Siapa bersikap kurang ajar dan sentiasa membangkitkan sentimen perkauman ?’

Now, this;

‘Doktor cina dan orang melayu. Layanan doktor ini memang pukimak. Makan gaji kerajaan, bekerja dan mendapat kemudahan kerajaan. Menyombong dengan menghina pesakit.’

Everything has to be interpreted from a race angle? A SINGLE case (of spurious nature – yr words ONLY) to pigeonhole the WHOLE Chinese M’sians?

What about this;

‘Snubbed by welfare dept, disabled man crawls up stairs’? Which u would NEVER get reported in utusan!

So all Melayu M’sians r like this little stalin aka Kulim JKM director Rohana Yusof?

Fit yr words – ‘Makan gaji kerajaan, bekerja dan mendapat kemudahan kerajaan. Menyombong dengan menghina orang Malaysia.’

&

‘Kejadian ini telah beri pengajaran kepada kafirun ini yang dalam hati nya begitu bongkak perbodohkan orang Malaysia kerana konon nya dia pengawai melayu yang hebat ! ‘

Cow brain grows out of the descendants of cow vomit?

BTW, care to put yr words – ‘Bullshit ! Lihat lah melayu Singapura. Semua nya penipuan besar’ in S’pore blogs? & see how many Melayu S’poreans would tear u to pieces in responses!

Again –‘Hina sangatkah Melayu yang telah menjaga kehidupan terbaik kepada cina? Siapa yang tidak sedar di untung ?’

Without the SEED MONEY contributed by the Nons (sorry, majority r Chinese M’sians), most probably u would be still talking salo cock within yr tempurung, YES?

So, I stereotype u with that Rohana Yusof despite yr ‘pretended civilized’ mindset in seeking maaf from using bahasa kasar?

Eat yr heart out, pengkhianat bangsa yg tak tanu malu dan maruah!

Anonymous,  9 October 2013 at 12:24  

Siapa yang pandai? Awak? Barua DAP? I dont think so cos you are a has been politican trying to stay relevant by becoming DAP lackey.

Anonymous,  9 October 2013 at 17:47  

Kalau ada kes yg disiasat oleh SPRM, ramai pegawai penyiasat terlibat sbb nak sediakan kertas siasatan, ujudkan fakta kes. Sudah tentu byak kos terlibat menyiasat satu2 kes. Tetapi, berapa pulak yg didakwa di Mahkamah & berapa banyak kes yg lekat? Kes2 high profile mcm mane? Betul ke byak fail tapi tak sampai Mahkamah? Ini apa cite?

Mr Bojangles 9 October 2013 at 18:13  

Who was the chinaman who helped the poor melayu girl who was set upon by the formidable CM of melaka?
All the other melayus in jakim, jawi, jambus etc etc just sat on their hands as they could not afford to upset the modern-day hang tuah and his taste for underaged flesh. Evn is she had been his daughter.
So keep race out, lah tuan maae. Or is it maa as in kambing biri biri?

Anonymous,  9 October 2013 at 18:39  

Dato Ariff, majoriti kita sokong Dato. Usah Dato nak menyiarkan komen-komen yang menghina & mencaci Dato. Biarlah semua beruk-beruk ini syok sendiri.

Anonymous,  9 October 2013 at 23:14  

Dato Sak, umno paling hinaa...kerana menghianati bangsa sendiri. Lihat felda skrg, agensi Melayu yg akan ranap kerana rasuah & para pengkhianat. Tun Dr Ismail mengilhamkan penubuhan felda, kemudian diteruskan oleh Tun Razak. Felda begitu kuat dgn penubuhan Perbadanan2 utk menjalankan aktiviti downstream. Peneroka dpt menafaat yg besar melalui pelaburan milik peneroka iaitu Koperasi Permodalan Felda atau KPF dlm felda holdings. Perbadanan ditukar kpd status syarikat utk membolehkan perniagaan felda berkembang maju. Turn over sykt milik felda lebih rm15 billion setahun & peneroka enjoy divident purata 15 percent setahun.
Sykt felda menjadi conglomerate yg terbesar di negara ini. Tahun 2009, felda membeli sykt gula Kok Bros. Akan tetapi skyt gula ini disenaraikan di papan bursa dgn nama MSM Holdings atas kehendak Najib. Bila seronok dpat duit selepok rm1.9 billion, Najib mintak sykt felda dilisting iaitu FGV. Sekali lagi dpat duit selepok RM 9.2 billion. Masa dilisting, saham 405 juta unit Genting pegang secara proksi. Siapa di blkg kalau tak si UmNo? Saham yg Genting pegang dijual dlm masa 19 hari & pemimpin yg kelahap mendapat untung sekelip mata.
Felda dpat RM 5.9 billion one off payment tetapi tanah milik felda hampir sejuta ekar tergadai kpd FGV yg sudah menjadi hak public. Felda hilang income tahunan at least RM 2 billion a year.
Isa Samad menjadi pengerusi felda, fgv, felda asset holdings & at least 19 co's under felda holdings/fgv. Ia juga Pengerusi Yayasan Felda yg mendpat dana berjuta2 dari felda & fgv. Felda memegang cash yg banyak & membuat pelaburan2 baru termasuk membeli hotel di Sabah, Melaka, UK lebih rm600 million. Byak pelaburan baru yg didorong & disokong isa Samad. Ramai friendly broker kulu kilir mengikut isa Samad.
Cash felda makin susut kerana macam2 pelaburan baru yg tak masuk akal. For the first time, felda mengalami deficit budget more than RM 1 billion this year. Isa Samad jenis manusia boros & lavish style. Cash felda hanya boleh mampu bertahan beberapa bulan lagi setelah adanya penyangak & makhlok perosak.
Umno akan lepas tgn selepas mendapat habuan & kekayaan. Organisasi felda akan runtuh dijaga oleh pemimpin rasuah. Jadi, siapa yg menjadi pengkhianat & petualang bangsa?

Anonymous,  10 October 2013 at 16:14  

Ketua SPRM DSIA dan timbalannya Rafizi, baru SPRM betul. Selagi orang umno dalam SPRM, hancur negara.Tipu PRU 13, ini lah akibat nya, orang melayu masih terkenang BRIM 1 Dan 2, tak tahu pemimpin telah minipu berbillion.

Sumpitan Emas,  11 October 2013 at 08:13  

Datuk, kerana terlalu sibuk kebelakangan ini, saya terpaksa membuat teguran sedikit di sini berikutan apa yang diluahkan Datuk pada 7 Okt 2013, “Napoleon dan Stalin Kerdil”, sebagai jawapan kepada sesiapa yang telah menulis:

‘Ok agreed with dato sak. Come on Malay wake up. drop everything with UMNO and let DAP with dato sak manage your politic and economic for your benefit. Right dato', dan jawapan Datuk:

"Right- Sukalah saya nasihatkan- jika kita tidak ada sesuatu yang bernas boleh dikemukakan- pergilah bermain dengan diri kamu sendiri."

Ingin saya katakan, blog ini untuk manusia yang ada pada tahap yang lebih tinggi sedikit daripada mereka yang digelar hanya mempunyai,'functional literacy' dan tidak selibih dari itu - bolehlah membaca dan menulis dan dapat menguruskan hal-hal hidup harian.

Kalau nak buat sumbangan yang bijak, janganlah penyelesaian masalah politik negara dirumuskan dalam dua tiga patah ayat. Penonjolan kebodohan ternyata.

Sebelum saudara ini menulis dalam blog ini lagi, saya syorkan dia membaca,"Tamadun Melayu - Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu" - Edisi Kedua - oleh Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh dan Ghazali Shafie." Tak mahal, tak sampai harga dua bungkus rokok

Anonymous,  11 October 2013 at 08:38  

Betul.. ini salah satu buktinya....

http://manjongmari.blogspot.com/2013/07/apakah-benar-ini-gambar-ptl-mohon.html

Sumpitan Emas,  11 October 2013 at 09:11  

Ralat:
Ingin saya katakan, blog ini untuk manusia yang ada pada tahap yang lebih tinggi daripada mereka yang digelar hanya mempunyai,'functional literacy' dan tidak kurang dari itu - yang hanya boleh membaca dan menulis dan dapat menguruskan hal-hal hidup harian.

maae 11 October 2013 at 10:21  

Hebat sangat kah anda hingga terbelah bumi ? Takbur

Anonymous,  11 October 2013 at 15:04  

Come on Sumpitan Emas..before you start blowing hot air try reading Dato Sak article to the end in the Napoleon and Stalin earlier. His final answer is 'WHY NOT?. That is what we should all be thinking instead of be intrigued by the 'pegi main sendiri' calls.

So much of your 'tahap lebih tinggi' suggestion for others when you neither can even read till the end of the article for comprehension nor write without ralat beyond 5 paragraphs

So much of hot air that you can't even distinguish which are friends and which are foe...aiyoo

Anonymous,  11 October 2013 at 20:14  

Sebab orng melayu khususnya omono tak reti bahasa bro. Hehe

Sumpitan Emas,  11 October 2013 at 22:36  

Anon:15:04
Datuk Sak says it all in the first paragraph, and I repeat with emphasis in bold:
Sekali sekala saya membenarkan kenyataan bodoh disiarkan untuk tujuan pencerahan. Sebagai contoh- komen yang memperli supaya biarkan negara ini diperintah oleh Dato Sak dan Dato Sak dan parti nya akan menyelesaikan masaalah ekonomi orang Melayu. kenapa tidak?

Dato Sak can actually settle this: whether 'WHY NOT?' was his answer or plain sarcasm expresssed rhetorically (sama-sama perli).

I understand the whole passage alright; you read through the passage again to the end. He has all along argued for a clean and honest government and in this particular posting he has listed five main strategies and requirements for economic development and what good governance entails.

If your original intention was to support him your two-liner did the exact opposite, hence his use of the words, "bodoh", "perli", "kenapa tidak?" and "'pegi main sendiri'.

I wasn't intrigued at all, I just thought I know Dato' doesn't suffer ..... easily.

maae 12 October 2013 at 21:25  

peculiar bintang tiga...

Anonymous,  13 October 2013 at 11:34  

Rakyat Malaysia patut open minded dgn tulisan Dato' Sak dalam hal yg di bangkitkan. Pada saya ada kebenarannya.

Kalau ada sesiapa yg tak setuju, percayalah pemikirannya jenis "KARAT BIRU KIYANG" istilah orang sebelah utara.

Teruskan penulisan mu wahai Dato' Sak.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP