Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 3 October 2013

Jalan ke Kemakmuran Ekonomi-1



Bulan lepas bila PM Najib mengistiharkan Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- PPEB, semua orang bergembira. Terutama yang hadir disana dan mereka yang tahu bagaimana mengambil kesempatan atas dasar baru tersebut. Plan ini seperti DEB dan Plan2 kerajaan yang lain akan gagal. Prinsip asas yakni, perancang2 memikirkan mereka boleh mengalahkan system pasaran bebas tidak betul. Mana2 negara dalam dunia ini telah mencatat kemajuan, mengeluarkan rakyat mereka dari kemiskinan, menjadi pesaing yang hebat, meningkatkan produktiviti adalah kerana mereka mengaplikasikan system pasaran bebas.
Sebaliknya, PPEB, DEB semua ini mewakili apa? Ianya mewakili pembesaran penglibatan kerajaan dalam ekonomi kita. Penglibatan kerajaan diluar bidang menghasilkan barangan public, menyebabkan gangguan terhadap perjalan ekonomi. Apatah lagi jika kerajaan yang ada ini sebuah kerajaan yang membudayakan rasuah dan ketirisan dan menganggap perkara2 sedemikian sebagai kos biasa dan tidak dapat dielakkan, penglibatan kerajaan yang demikian akan hanya menghalakan faedah2 ekonomi kepada mereka dan kumpulan mereka.
Maka lebih baik kita menyekat penglibatan kerajaan, walaubagaimana murni pun niat ketika bermula daripada campur tangan dalam urusan kehidupan ekonomi. Kembalikan kuasa dan empowerment menghidupkan ekonomi kedalam tangan penggerak ekonomi secara lansung.
Saya sebutkan sekali lagi, jika kita benar2 mahu membantu orang Melayu keluar dari kemiskinan dan ketergantungan, kepapaan, lemah dan layu berdepan dengan hidup, baik kita letakkan sumber2 pengkayaan dalam tangan mereka sendiri secara lansung, tanpa campur tangan orang tengah yang korap.
Lapuran audit negara yang terbaru( yang akan saya kupas dalam hari2 mendatang)- mengesahkan dan mengulangi cerita seram. Bahawa korapsi dan rasuah dan meniriskan ekonomi sudah menjadi suatu budaya. Kita ada undang2 dan peraturan dan deklarasi rasuah akan jadi sejarah- semua ini tidak akan berjaya jika kita tidak ada budaya membenci semua bentuk penyalahgunaan/wrongdoings. Selagi kita tidak ada nilai2 ini terutama dalam kalangan pembuat dasar dan pelaksana dasar, maka selagi itulah ekonomi negara, apatah lagi ekonomi orang Melayu tidak akan dapat diperbaiki.
Bersambung……

9 comments:

Anonymous,  3 October 2013 at 12:46  

Salam Dato'

Sejak semalam saya sedih. Sedih membaca Blog outsyed box. (pasal salahguna wang orang miskin) dan beli kereta mewah 12 biji. Baca blog Dato' sedih lagi. Baca akhbar mainstream sedih lagi.baca laporan audit mendidih darah lagi. Saya tertanya2;

1. Apakah langkah lagi yang kita perlu buat. Sejak boleh mengundi (dah 5 kali) tak pernah saya sokong kerajaan. Dengan harapan akan ada pembangkang yang kuat dalam kerajaan.
2. Dah join pembangkang dah lama
3. Dah tolong kempen.

Apa lagi yang boleh kita buat. Saya predict dalam 20 tahun lagi (bila saya dah terlalu tua) dan anak2 saya sekarang berusia dalam 30an, mereka akan suffer akibat hutang negara yang terlalu banyak, sistem pendidikan yang begitu buruk,masyarakat yang kucar-kacir akibat tiada kesimbangan ekonomi, politik dan sosial. Mungkin ada pembaca yang boleh cadangkan satu mekanisma selain menyertai politik untuk membetulkan keadaan yang semakin teruk ini.

Depressed Malay

Anonymous,  3 October 2013 at 13:31  

depressed malay


aku belajar drpd seorang menteri mencadangkan keluar daripada malaysia kalo tak suka di malaysia...

lembu,  3 October 2013 at 14:28  

betul tuh..

kalo harga ayam mahal, jgn makan ayam, makan rumput ker


kalo minyak mahal. pakai air jer..


kalo tak setuju dgn pelajaran malaysia, msuk masuk sekolah...




bumi-non-malay 3 October 2013 at 16:11  

Macam negara Africa...Zimbabwe, Africa selatan, Nigeria...dll...tiada bangsa lain pun Hidup sengsarra dan miskin...begitu juga negara Malaysia.

Selagi melayu tak pisahkan ideologi bangsa dan agama...maka Allah tak akan hanya buat hidup Sultan UMNO penuh kemakmuran dan selesa......kerana melayu miskin saja yang senang dimanipukasikan dengan wang Raya dan UNDI....hari raya bagi $5..... hidup melayu...maaf zahir batin......pada masa Pilihanraya bagi $500....Hidup UMNO....5 tahun lagi enjoy pentabiran Sultan UMNO....dah 60 tahun 12 kali begini.....banyak lagi mulut kena di bagi makan didalam dan diluar Sultan UMNO....lagi banyak manusia lagi sikit harapan....unutk Malaysia...

Anonymous,  3 October 2013 at 17:53  

ha..ha...betul betul. Saya setuju. Memang saya bercadang akan tinggalkan Malaysia. mungkin 3-5 tahun lagi.Dulu dah nak pergi tapi ingatkan GE13 ada perubahan kerajaan.Betul2 ingatkan Putrajaya akan ditawan. .

Kesian melihat saudara mara dan kaum kerabat yang tiada pilihan.

Depressed malay

Anonymous,  3 October 2013 at 20:59  

korupsi didedahkan oleh laman MACC, setakat tak pakai tali pinggang, kes - kes ikan bilis, judgement pun tak ditulis untuk setiap offender ? kes - kes ikan jerung, vip, vvvvvvvvvvip ?? aaahahaha candidates baru umno setakat nak jaga kepentingan diri keluarga serta penyokong2 dlm famili umnooo. Ataupun berkhidmat ? ! melayu elit hidup mewah / super mewah, melayu biasa boleh makan nasi bungkus, tanam jagung dlm pasu bunga.

Anonymous,  3 October 2013 at 22:35  

"Each time a person stands up for an ideal, or acts to improve the lot of others … they send forth a ripple of hope, and crossing each other from a million different centers of energy and daring, those ripples build a current that can sweep down the mightiest walls of oppression and resistance." – Robert F. Kennedy

Hence each one of us should be reawakened to make positive changes, do good forward and backward in reciprocation ( too many of Melayu elit or bergaya elit are sucked into the lifeline of self - entitlement and over - indulgence, perhaps, with the exception of PAS / Melayu PK / Melayu DAP serta yg masih bergayut pada umno haha, marah betoii org kaya raya umno ) and do good with integrity and just to all Malaysians with consistency with eternity in view. No ?

Anonymous,  4 October 2013 at 07:56  

dulu BPR <--- konon tak cukup hebat... so setup SPRM... sekarang resuah berleluasa macam pasar kampung...


so? mungkin setup agensi baru Anti Kurupsi 1-Malaysia . uniform blues, amboy....so 3 agensi boleh berpakat utk membuat kerja sepatutnya dapat diuruskan oleh satu agensi sajer...


tgk la kes lembu... dah setahun lagi... bukan ada apa apa juga tuh? camner dengan kes port klang? rase nya sampai Tun Ling Liong Sick betul betul Old Sick pun tak ada siapa yg kena hukuman...

Anonymous,  8 October 2013 at 16:29  

yg satu ni apa cerita,, yg si mak nak rebut pemilihan UMNO, tp si anak lupa diri plk..

-"Sangkakala dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."

"Sorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan yang dijalankan ialah Presiden kepada sebuah persatuan yang agak berpengaruh di Malaysia dan dari maklumat yang Sangkakala terima, Presiden persatuan ini telah mengeluarkan segala perbelanjaan bagi perniagaan tersebut"..

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP