Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 7 October 2013

Napoleon dan Stalin Kerdil.



Saya mengalu ngalukan pandangan bernas yang ada penghujjahan dalam blog saya. Sekali sekala saya membenarkan kenyataan bodoh disiarkan untuk tujuan pencerahan. Sebagai contoh- komen yang memperli supaya biarkan negara ini diperintah oleh Dato Sak dan Dato Sak dan parti nya akan menyelesaikan masaalah ekonomi orang Melayu. kenapa tidak?
Ok agreed with dato sak. Come on Malay wake up. drop everything with UMNO and let DAP with dato sak manage your politic and economic for your benefit. Right dato'

Right- Sukalah saya nasihatkan- jika kita tidak ada sesuatu yang bernas boleh dikemukakan- pergilah bermain dengan diri kamu sendiri.
Tapi bukan hanya DAP. Mesti Pakatan Rakyat dan pemimpin utama nya orang Melayu. jika ini terjadi, BN nak komplen apa? Melayu masih menguasai. Bukan Anwar Ibrahim sahaja yang Melayu dalam PR. Masa depan negara ini akan berada dalam tangan inidvidu seperti Rafizi, Nurulizzah, Zairil Khir Johari, orang seperti Dr Zulkifli Ahmad, Khalid Samad, dan yang belum muncul lagi. Disebelah BN, orang seperti Nurjazalan, Khairi Jamaludin, Razali dan lain. Adakah orang2 ini akan menggadai kepentingan orang Melayu yang munasabah? Kepentingan orang Melayu yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan dilindung oleh undang.
Negara ini bukan hanya memerlukan pemimpin Melayu. pemimpin bukan Melayu seperti Anthony Loke, Chin Tong, Ong Kian Meng, Surendran, Sivarasa, Tian Chua diperlukan.
Pakatan Rakyat jika memerintah akan mengurus ekonomi dengan lebih baik. apa yang susah sangat menerima bahawa saya pun ada keinginan membaiki keadaan ekonomi orang Melayu sekurang kurang dalam segi memberi sumbangan pandangan dan pemikiran? Memang jika kita ada kuasa kerajaan, kita akan melakukan berlainan dengan apa yang BN buat. Terlalu banyak kesalahan dan kelemahan dalam cara BN mengurus ekonomi negara ini . apatah lagi dengan dasar2 membangunkan ekonomi orang Melayu. ye, kalau kita berkuasa, kita akan buat cara lain.
Membangunkan ekonomi mememerlukan kerajaan yang baik yang dianggotai pemimpin yang baik. Kerajaan yang baik pula akan (1) mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2(rule of law); (2) mengistiharkan dan melaksanakan dasar2 yang nyata dan terang dan diketahui umum terlebih dahulu yakni membenarkan ekonomi kita operate atas rules-based system; (3) mengamalkan system pasaran bebas; (4) mengadakan system pengimbuhan/reward system yang adil dan (5) campurtangan dan gangguan kerajaan yang minima.
Ya- biarkan perjalan ekonomi kita dipacu oleh ketetapan peraturan. It is better if the economy operates on a rules-based system instead of arbitrary discretion.
Kita berdepan masaalah kerana terlalu banyak sangat orang memandai mandai mengenakan budibicara dalam menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh: kalau kita ada undang2 yang menetapkan bahawa jika sebuah syarikat membalak, menebang pokok diluar kawasan yang dilesenkan kepada nya, kita rampas semua jentera dan sita kawasan dan gantung lesen dan kayu2 yang ditebang dirampas dan dilelong. Kompoun yang mahal dikenakan.
Maka bila ada si mamat yang mengenakan budi bicara melonggarkan undang2 yang ditetapkan- membenarkan jentera dikeluarkan dari kawasan dan tidak menyita kawasan atau menggantungkan lessen- maka pencuri balak akan bermaharaja lela. Lain kali, dia tahu dia akan dapat melepaskan diri kerana penguasa tidak ikut rules tapi guna budibicara. Kita ada rules- tapi tidak mahu ikut. Inilah yang berlaku dalam kawasan saya diRaub. Ada pihak yang bersekongkol menggunakan kuasa budibicara mengkompromi kepentingan negeri. Pencerobohan dan pencurian balak berlaku tanpa sekatan di daerah Raub.
Gandakan apa yang dilakukan diperingkat sebuah daerah kecil keatas seluruh negara. Setiap hari, ribuan budibicara mencabul peraturan dan undang2 yang ditetapkan.  Pada setiap peringkat Napoleon dan Stalin kerdil menggunakan kuasa budibicara yang ada untuk menyimpang dari peraturan dan undang2 yang ditetapkan. Sudah sampai masa nya, semua rakyat kita dididik untuk menyesuakan diri dengan rules based system. Ini akan mengurangkan campurtangan orang2 yang berkepentingan.
Kerana itu, GTP yang diistiharkan oleh PM Najib hanyalah menjadi omongan kosong.
Camprtangan dalam bentuk budibicara Napoleon dan Stalin kerdil menyumbang kepada institutional distortions. Sebab itu kita membaca lapuran audit negara yang mengerikan. Setiap lapisan pentadbiran kerajaan ada rasuah dan penipuan. Ini adalah kita membenarkan kerajaan beroperasi atas budibicara dan bukan mengikut peraturan dan undang2.
Janganlah berlagak sombong menyifatkan hanya UMNO sahaja yang boleh memikirkan bagaimana mahu menyelematkan orang Melayu. mereka sudah made a mess about it selama puluhan tahun. Perikatan dan BN telah perintah negara ini lebih 50 tahun, orang Melayu masih ketinggalan kebelakang. Kita macam tak tahu macam mana mendidik bangsa kita, merumahkan mereka, membangunkan ekonomi. Jadi, ya, kenapa tidak BN digantikan supaya Pakatan Rakyat memerintah.

5 comments:

Anonymous,  7 October 2013 at 13:08  

Saya kesian kepada pengundi yang mengundi UMNO/BN kerana mereka ini akan diperbodohkan & ditipu lagi oleh UMNO/BN sampai tak tahu bila masa.

Anonymous,  7 October 2013 at 16:56  

Dato jng berputus asa...bila org dah buta terlalu susah nak celikkan mata nya..biar pun dia dpt lihat tpi dia tak nampak...begitulah yg berlaku kepada kebanyakan rakyat...bagi sya wlau party mana pun kalau ada amanah dlm pemimpin tersebut dia tetap berbakti kepada rakyat...teruskan perjuangan dato...!

Anonymous,  8 October 2013 at 00:12  

Orang Melayu jangan berbangga kerana ramai. Ramai tidak menjamin sebuah kekuatan dan keutuhan. Orang Melayu juga jangan anggap yang sedikit itu lemah. Sedikit yang bijak dan bersatu akan memijak yang banyak tetapi bodoh sombong

Anonymous,  8 October 2013 at 00:14  

I don't know what to say. Ex CM of Malacca now blaming Chinese from controlling illegal biz that's why they successful. He also mentioned if Rocket controls the country, my Malay brothers and sisters will not have a place in this country? Is he insane or not? Is he being desperate enough to once again like the rest of his friends, now continue to blame one race? Well the choice is his, the Chinese can always pass on the casinos, punting business and massage services and all those deemed illegal according to him back to him if he wishes.. Does he think we will not survive? Stop being racist and stop blaming the Chinese. I have enough. If he was smart enough, he will not utter such stupid comments. I am tired of reading stupid illogical remarks coming from lowly intelligent politicians. Cmon give everyone a break. I know Rustam running for VP. I would seriously consider and hope that UMNO VP position be elected for Mukhriz and Zahid as I do not have a choice. And what they do in the future, I hope they stop playing racial cards. And if they do, I am sure God knows what to do. Good luck!!!

LOVE MY OWN COUNTRY.

Anonymous,  8 October 2013 at 02:35  

Pada pandangan saya komen yang dimaksudkan oleh komentar tersebut memberi faedah kepada DAP dan secara langsung memberi perhargaan kepada usaha Y Bhg Dato' memberi percerahan untuk kepentingan orang Melayu tidak semestinya bergantung berterusan dengan UMNO semata mata.

Itu pandangan saya yang kerdil. Nampak seperti 'elitist' sedikit apabila Y Bhg Dato tidak menyokong komen tersebut sebaliknya menghentam komen yang bertujuan mengikut tindakan Dato iaitu memasuki DAP dan berkhidmat untuk kepentingan Melayu di atas platform DAP bukan PKR dan bukan PAS.


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP