Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 21 September 2011

Ucapan PM Najib: beri yang tidak beri


Saya telah memberi ulasan keatas ucapan PM Najib yang di buat menjelang tarikh pengujudan negara Malaysia. Mereka yang tidak ada modal untuk berhujjah- biasalah akan mengeciskan tulisan tersebut sebagai luahan dendaman. Bagaimana kita melayani respons seperti itu?

Ulasan one-liner mereka tidak perlu di pedulikan. Tidak ada fikiran yang signifiken yang boleh kita berikan kepada ulasan one-liners. Saya tidak akan memohon maaf keatas kedangkalan fikiran orang seperti ini. Mereka bertanggung jawab keatas kedangkalan mereka sendiri. Pada masa yang sama, UMNO tidak perlukan orang jenis ini. Mereka sudah di luar redemption dan saya tidak terdaya mengobah pandangan cetek mereka walhal saya telah mengajak pembaca budiman untuk memberikan hujjah balasan yang rasional. Nampaknya yang budiman dan 'berotak' sedikit tidak cenderung menyokong UMNO. Ini suatu petanda yang berbahaya.

Demikian juga, pembaca yang sedemikian tidak akan dapat mengobah persepsi saya bahawa saya merasakan ucapan tersebut tidak ada nilai luar biasa. Tolong buktikan kesilapan saya. Jangan tuduh saya takde kerja lain asyik hentam Najib, hentam adik beradik Najib dan hentam bini Najib. Kebenaran nya ialah mereka  gagal membentangkan hujjah untuk meyakinkan kita dan bayangkan kesan nya keatas rakyat yang membaca yang menunggu nunggu penhujjahan yang bernas dari para juak UMNO.

Maka, elok kita ulangi beberapa persoalan supaya menyenangkan kefafahaman mereka. Mudah mudahan, belakang parang di asah, lama lama akan tajam. Sudah sampai masa nya, pembaca Melayu khasnya, mengraduankan diri dari membaca makian dan hamunan, celaan, dan penghinaan dan sebagainya. Minda orang Melayu tidak berkembang membaca hasil picisan dan sastera kuning tersebut.

Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat?  korapsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih? Saya juga menyebutkan perihal harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantive kedalam kehidupan harian mereka.

Tapi ini tidak bererti pembubaran ISA tidak penting. Kenapa ianya tidak di istharkan dalam parlimen sebab ISA melibatkan pada asasnya orang politik? Itu medium penyampaian yang lebih tepat. Disana kita boleh debatkan, jika ISA di mansuhkan, bagaimana dari segi undang undang kita menangani ancaman yang tertakluk dibawah ISA selama ini? Bagaimanakah hak seseorang, terutama yang mempunyai fahaman politik yang berbeza di lindungi oleh undang2? Cara terbaik ialah mereka di hadapkan untuk membela diri di bawah akta tertentu dalam mahkamah terbuka. Tidak ada sesiapa yang lucut hak kebebasan peribadi kecuali ia di hukum oleh undang undang dalam mahkamah terbuka.

Jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka.

Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset stratejik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?

Jika kita letakkan pemimpin dalam GLC yang tidak berjiwa Melayu yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor ‘merits’ sampai bila pun, agenda tersebut tidak akan tercapai.

Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengistiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka di pindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera.

Juga saya ingat saya akan dengar bahawa urusan jual beli dan pemindahan saham oleh PNB sebagai pengurus pelbagai Amanah Pelaburan Bumi akan di perketatkan dan urusniaga mereka akan lebih telus dan terang. Saya ingatkan PM akan beri amaran kepada institusi ini bahawa mereka memegang asset pencipta pulangan bagi pihak rakyat dan bukan bagi pihak beberapa syarikat milik bumi yang kaya raya dan terkenal.

Sebagai contoh, ada rakyat kita sedar yang Sapura  pernah membuat bida untuk membeli saham UMW yang di miliki oleh PNB? Saham inilah yang memberi pulangan yang baik kepada PNB yang kemudian nya membolehkan PNB membayar pulangan yang baik kepada pemegang saham PNB. Sapura yang sudah kaya dan akan bergabung dengan Kencana( yang ber’front’kan anak Dr Mahathir sedangkan pemilik sebenar nya ialah tauke Singapura) tidak perlu jadi tamak dan mahu mengaut segala sumber pulangan yang baik. 

Tentu rakyat akan lebih berminat untuk mendengar langkah2 yang di ambil Kerajaan supaya sumber kekayaan milik rakyat tidak di bolot oleh kumpulan terpilih yang kaya dan terkenal. 

Apa akan tinggal untuk golongan bumiputera yang lain? Jika kerajaan membenarkan pembelian oleh Sapura bererti benarlah fahaman saya mengenai istilah Bumiputera itu; Bumi di belakang, putera( bangsawan, yang terkenal, yang bertalian) berada di barisan depan, ambil dulu segala nya.

Berdasarkan perbandingan dengan isiu isiu ini, saya merasakan ucapan PM Najib tidak lah luar biasa. Demikian juga dengan Akta Percitakan yang di ubah oleh PM. Adakah rakyat kisahkan sama ada lesen di beri atau tidak? Pihak kerajaan masih mengekalkan hak pemberian lesen kepada siapa yang mereka persetujui. Senang atau sukar mendapat lesen percitakan akan hanya melibatkan perasaan sebahagian kecil rakyat berbanding dengan lebih banyak rakyat yang terkena kesan harga naik dan korapsi. 

sebetulnya, audiens manakah yang jadi sasaran PM ketika membuat ucapan tersebut? 

19 comments:

Anonymous,  21 September 2011 at 13:13  

maaf bang/dato' arif..lari tajuk sikit

apa cerita mat sabu ke mahkamah ini?

saya sebagai keturunan anak semantan sukusakat dato' bahaman, mat kilau, pak sako dll, berpendapat sebaik2 tindakan adalah di'forensic'kan dulu sejarah bangsa/negara ini..dah dapat persepakatan yang terang dan jelas, barulah kita hakimi mat sabu.
sekarang ni saya pun dah keliru...nenek-moyang saya dato bahaman, mat kilau dll pengganas/pengkhianat/penderhaka ke ???

Raison D'etre 21 September 2011 at 13:54  

SM,
Good one. I thought the euphoria over the so-called "historic speech" to be premature.

Everything is as-is at the moment and the PM has been proven to go back on his words.

He is also seemingly too engrossed with external image rather than conscience, I think.

Cool? Cringeworthy at best.

Anonymous,  21 September 2011 at 15:12  

hwa, hwa, sekarang golongan penjilak mamak madey dah mula syok gila. penjilat mat dolah tido panas b*ntot sikit.

org2 kalau tak berubah tendang bn dan umno, alamatnya mampuilah kita semua. yg kaya raya balik2 golongan bangsawan aje. pilah mabuk

kelana,  21 September 2011 at 15:21  

Salam Dato',

You brought up the same spontaneous reaction and comment which were also blurted in some other blogs: apakah 'amanat penting' yang diuar-uarkan itu ada kena-mengena dengan kehidupan harian rakyat Malaysia? Jauh sekali.

Kekadang saya rasa pentadbiran Najib ini agak kedangkalan (supercifial) seperti yang ditekan oleh Dato'.

'Bapa Transformsi'? Come on.

Anonymous,  21 September 2011 at 15:42  

Bravo! Sekali lagi dato smash bola tanggong tepat ke muka pemimpin umno yang hanya pentingkan diri, keluarga dan kroni sendiri.
Bangunlah anak bangsa untuk kejutkan pemimpin melayu hari ini yg sudah jauh menyimpang dari haluan untuk majukan negara kita selama ini.
Kalau kita sayang Umno, kita wajib nyahkan pemimpin yg rasuah dan salahguna kuasa.
Umno perlu ahli yg jujur dan ikhlas berjuang dan memimpin anak bangsa maju megah ke hadapan.
Tak ada gunanya pemimpin gah ke sana ke mari cerita retorik tetapi anak bangsa hidup melarat, ramai graduan tapi tiada kerja, negara islam tp yg murtad bersepah.
Tidak ada apa yg perlu dibanggakan jika pemimpin itu hebat tetapi umno melarat, org melayu merempat di tanah air sendiri angkara pemimpin yg jual maruah agama, bangsa dan negara.

PENCINTA UMNO

Anonymous,  21 September 2011 at 16:49  

The announcement of ISA abolishment is only for show-show saja lah. The real intention is not there. Tiada ikhlas langsung.

If Jibby is really "ikhlas", he could have immediately released the current ISA detainees even though the repeal process may take some time. Why still keep people detained under ISA when he no longer wants that law? Unless deep down his heart he still wants that law lah!

nick 21 September 2011 at 18:28  

Did anyone really believe anything that is said or promised by Najib and to that matter, any of the ministers from UMNO and BN? Didn't AAB told us that when he raised the petrol price some time ago, he was going to use the saving from the subsidies to improve K.L public transportation system (he did buy a new and expensive jet for "the PM's use"!)

Didn't someone from trade ministry told us that our petrol prices will reflect the world oil prices? Since then how many time and how much RM was reduced??? Can't remember??? Yeah, cos it never happen! And we still want to believe UMNO and especially their leaders??? Who are that naive or are we too stupid to learn that after 50 years under UMNO, the Malays are being screwed left, right, centre and especially from behind. Felda is losing money ..err.. not losing but missing billions! Our KWSP is giving us peanuts in yearly returns and most of the savings is not even in liquid form. Malays no longer priviledged to get biasiswa, MARA no longer have money to help bumi small time traders and to top it off, we are paying through our noses for crappy car which is selling cheaper in overseas! Those people in Saudi Arabia must be laughing at us for being too stupid to even realize that a crappy proton is not worth more than 30K.

Right from TDM time until now, the malays and malaysian in general are being screwed by UMNO and still we want to believe their promises and propaganda??? Didn't all of us watch on youtube how najib promise the people of Sibu RM 26mil in flood mitigation project in exchange for votes? Didn't he renegated on that too? and as a Muslim, didn't we see that what Najib did was a huge sin and should have move us "muslim" to shun and abhor najib and UMNO? Or are we Malay first (UMNO) and muslim second? If that how we are then maybe in the time of judgement, the Prophet (S.A.W) would tell us to seek help from UMNO leaders especially from TDM AAB and Najib! Well, good luck to all of us!

Nick.

Quiet Despair,  21 September 2011 at 18:47  

Sebagai penjuak Najib dan UMNO, I feel sad for him on this ISA thing.
This and the unresolved issue of the teaching of English in Maths and Science may cost him some votes.
If only he can take back his speech. But he could not, being a credible paramount leader of a supreme (his words yesterday) party.
Bak kata orang tua, telajak perahu boleh ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.
Ya, saya rasa memang strong backlash for him which may erode the votes for BN. (Not saying he will lose).
He was riding high with all the feel-good transformation policies and out comes the dampener.
Saya doakanlah dia tak jadi macam nasib Abdullah Badawi yang dek kerana pseudo-liberalismnya nak reformasi courts and law etc costs him to lose badly.
The way I see it Najib did not think this through. Did not even discuss it with his people. Just pluck it out of the blue.
If he did, they would be strategizing plans like when it can be enforced. This things take time.
Looks like he caught the AG, police and other relevant bodies unaware so much so they are scrambling to say something that can save him.
I wish he will make the announcement during the election campaign. At least he can go with the cover that its a caretaker government and the transition government has no power to enforce it.
Choose BN and you will get it, he could have said during his campaign rounds.
Trust me, the fact that it will only be brought to parliament in March will be fodder for the opposition.
Najib is giving bait to the opposition in the time when PKR is in shambles and has no political capital.
Yes Sak, beri tapi tak boleh beri lagi.
Now Nazri has announced there will be two laws - One focus on terrorism and one to regulate race and religion issues.
Good that. Takkanlah buang tanpa pengganti. Dalam hal ni memang UMNO pandai.
Tetapi banyaknya lagi modal untuk pembelit dan pemutar alam dalam PKR untuk mengutuk kerajaan..
(Nah kau, kau tak nak ISA. Ada dua lagi yang you all nanti kena. Padan muka).
Correct me if I am wrong. But I think this is the first time that such an important policy is made on such an important day.
Usually it's a run of the mill address where you stressed the need for unity and how blesssed our country is.
Later he even went to the crowd and start raising up Rosmah's hands when he talk about unity and progress we have achieved.
Why is he going overboard this time?
Kita memang tak ambik kisah pasal ISA nipun. We are more concerned with issues that you cited which all Malaysians want.
What's wrong in maintaining the ISA.
I know two people (both have died) who had said publicly that ISA did them good. Made them pious and more better persons.
Just ask Ibrahim Ali and he will say ISA was a good learning experience.
He was under ISA during King Ghaz's time. According to my friends, he paid respects to Ghaz three times - twice at home and once at the mosque - when he died.

Quiet Despair,  21 September 2011 at 18:54  

Anon 13. 13

Yaeh, aukpun anak cucu cicit Bahaman dan Mat Kilau jugak? Eh entah-entah kita bersedara.
Kaehpun ada sedara (what do you call lepas moyang), hulubalang yang boleh jalan atas Sungai Pahang.
Tapi belah bapaklah. Mak saya American. Kakakah.
Saya anggap mereka pahlawan yang mewangikan nama Pahang.
Tak ikutlah kelentong orang yang mulut patut disabun tu.

Anonymous,  21 September 2011 at 20:16  

But then sir, when did UMNO ever took on its critics in an intellectual debate.
The only thing it knows is to character assassinate the critic via its media, lodge police reports followed by intimidation and threats from the police and then prods the AG to file charges against him.
UMNO is a party without a soul and brains.

Deunan Knute,  21 September 2011 at 20:30  

> Nampaknya yang budiman dan
> 'berotak' sedikit tidak cenderung
> menyokong UMNO.

Ia memang satu petanda.. Datuk Sak, apakah tuan tidak ada memikirkan untuk meninggalkan UMNO secara rasminya?

Anonymous,  21 September 2011 at 20:57  

Dato,
boleh tak tulis pasal kapitalisme.
Is it good or evil to our society.

Trima kasih

gedung ilmu 21 September 2011 at 23:10  

tema blogspot terbaik untuk blog anda

Anonymous,  21 September 2011 at 23:44  

Tutup GLC...tutup Pemandu.
Give back the government to elected reps..the Menteris with the civil servants.Buang Menteri yang bodoh,,get the right ones in the right post.Buang all the lousy KSUs..cari within Ministry/Civil service orang yg berkaliber.

Kita ada talents but semua kena blocked by politics n ampu2 culture.

Tell Talent Corp to go find them..instead of the bullshit brain drain.

Go baby

Anonymous,  21 September 2011 at 23:49  

Orang macam Danny tu tak perlu di Msia.Pergi cari kerja kat UK lah kalo nak jadi Mat salleh.
Tanya Azman Mokh,Danny,Zaki etc etc
SPM dapat berapa A?Ambik Sains ke Sastera?Skrg dunia sains & teknoloji.Kita perlu boss yang pandai teknikal.Akauntan & Economist tu backroom boys.

Lets change to techocrats..lets have Science grads in leading role.Lets hv engineers running engineering companies.

The rot started when Pak Lah promoted n give freehand to Accountants & Liberal arts students to manage key assets,

Time to expose them for their lack of grey cells.

Anonymous,  22 September 2011 at 06:52  

Alahai Dato'.....

You have touched about PNB.

What can you do about it???

Anonymous,  22 September 2011 at 07:56  

Dato'

Resam orang melayu ni cakapnya berlapis-lapis, resam orang UMNO pulak, cakapnya bercabang-cabang, yang di mulut bunyinya sedap dan manis belaka tetapi di hatinya lain sekali.

Yang rakyat minta lain, yang diberi pula lain. Pendek kata Dato' Najib ni tak pandai baca isi hati dan kehendak rakyat.

Resam pemimpin begini selalunya tidak ikhlas dalam tugas memimpin negara dan senang terpengaruh dengan sesiapa saja di keliling beliau yang pandai mengampu domba.

Ada baiknya rakyat cepat cari pengganti

A.Z


T

Anonymous,  22 September 2011 at 19:36  

Salam Dato,

Mengenai Juak2 umno kita jgn layan Dato. Mereka memang tiada hujah2 yg bernas utk mempertahankan setiap isu yg dibahaskan melainkan dgn serangan kata2 kesat.

Kita sebenarnya perlukan juak2 umno ni, lagi ramai lagi bagus kerana mereka ini pelengkap kepada keruntuhan umno. Pembaca2 yg waras akan dapat menilai setiap watak juak2 umno ini. Biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya...

Drp; zuki ahmad

bruno,  22 September 2011 at 23:10  

Quite Despair,

Hi buddy,its been a long time since I last heard from you.What have you been up to.To your adopted homeland scouting for a place.For your relocation in case Umnoputras are sent to the cleaners this coming GE,I guessed.This time your cheerleading won't be able to help Jibby,because if the Frenchies don't spill the beans on him,his enemies in Umno will.


For your information,that is what I meant by the country having two sets of laws.One for Mat Sabu and one for the half past sixes,AG Ghani Patail.It is best if the AG can keep his mouth shut and hide his face under the sarong of that lady who works in his department.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP