Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 9 April 2010

Siapa menang di Hulu Selangor?


Saya belum pergi round kat Hulu Selangor lagi secara menyeluruh. Semasa saya berkunjung ke Hulu Bernam tempoh hari, saya melihat parti yang memerintah Selangor sedang giat membuat persiapan. Bendera parti PAS ada di serata tempat.
Saya harap orang UMNO sudah membiasakan diri dengan kesedaran bahawa di negeri Selangor , UMNO ialah parti pembangkang. Jadi bila kita golongan pembangkang, perlakuan kita jangan lah angkuh sangat. Tutur kata kita biar lah berpada. Biar pandai merendah diri. Lagi pun UMNO tidak mampu lagi mengaku bahawa ia mewakili orang Melayu. Semasa PRU 2008, calun UMNO hanya dapat 2 juta lebih undi. Selebih nya, 3.7 juta orang Melayu termasuk ahli UMNO tak sokong calun UMNO.
Selangor negeri yang terkaya di Malaysia di kuasai oleh pembangkang. Kita mesti ingat kerajaan PR tidak memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk membangunkan negeri. 'kemerdekaan' yang lahir dari kekuatan ekonomi, membentuk fikiran dan minda yang juga merdeka. Apabila minda rakyat sudah merdeka, cara kempen yang lama, sudah tidak boleh di pakai lagi. Kita tak boleh ugut2, kita tak boleh marah marah.
Apa yang boleh di buat oleh MP2 dari BN dalam negeri Selangor? Jika mereka membawa pembangunan, rakyat akan kata, lihat- kepentingan kita tidak terancam walaupun negeri di kuasai oleh pihak lawan. Makanya, jika mereka terus meyokong parti lawan BN, kemajuan kawasan tidak terjejas. Bahkan mungkin lebih rancak, sebab BN nak bukti bahawa mereka lebih perihatin. Apatah lagi, jika kemenangan di HS kali ini sangat bererti kepada penerimaan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib. Kemajuan dan imbuhan akan mengalir betul2 macam ampang pecah.
Jika mereka tidak membawa pembangunan , rakyat akan menolak mereka dalam pilihanraya yang akan datang. Maka nya, sama ada rakyat pilih MP BN atau tidak, bukan lah perhitungan yang sangat penting.
Jadi, sokongan rakyat tidak lagi bergantung kepada cakap membawa kemajuan atau tidak. Tapi sokongan rakyat akan di tentukan oleh siapa, kualiti dan keperibadian calun. Kalau calun tidak tepat, rakyat akan tolak. Walaupun di sokong oleh jentera BN seluruh Negara.
Sebab itu, dalam pilihanraya kecil HS, saya melihat ia sebagai pilihanraya yang mungkin bermasaalah untuk BN.
Ini pilihanraya kecil. Pada saya, perkara menjaga sensiviti parti komponen bukan suatu perkara yang mustahak berbanding dengan perhitungan dalam pilihanraya umum. MIC di bawah Samy Velu bukan lagi parti politik kaum India yang signifiken. Hanya perasaan menjaga sensiviti sahaja menyelamatkan parti MIC. Kepada saya kerana fakta fakta ini, apa yang MIC fikir tidak releven untuk kita buat masa ini. Biar mereka buktikan kerelevenan mereka dahulu. Dia nak meraung ke, Samy Velu nak buka baju ajak kita bertumbuk ke, semua nya tidak releven.
Yang lebih mustahak ialah memenangi pilihanraya kecil ini. Dan suka atau tidak suka, kemenangan kita bergantung kepada calun yang di pilih.
Kita nak cakap mengenai kemajuan? Kemajuan yang di pentingkan oleh rakyat ialah apa yang mereka boleh nikmati secara lansung segera dan secara peribadi. Beri duit RM 100 seorang, Beri hak milik tanah yang ketika masa Mat Taib dan Khir Toyo, amat sukar di perolehi kecuali anda dari Demang Lebar Daun. Ini kepada mereka lebih penting daripada isiu buat atau tak buat university atau buat atau tak buat pusat PERMATA.
Bila MB Selangor beri hak milik kepada mereka yang menduduki tanah, saya tidak heran. Orang UMNO pun tidak perlu heran. Ini perkara yang biasa di lakukan oleh menteri besar dalam negeri2 yang BN memerintah. Jadi kita tidak dapat guna isiu memberi 'imbuhan kerana pilihanraya' sebagai modal kempen. Sebabnya, pihak lawan kita akan guna tektik yang sama. Bahkan bila PM Najib melawat kawasan FELDA dalam kawasan Hulu Selangor, ucapan PM pun di anggap sebagai ucapan yang mengugut.
Kawasan parlimen HS ada 3 DUN- Batang Kali, KKB dan Hulu Bernam- ketiga tiga nya di kuasai oleh UMNO/BN. Diatas kertas, kawasan parlimen HS sepatutnya di menangi oleh BN. Apa yang ada dalam 3 DUN tersebut? Common denominator yang didepan mata kita ialah- ke3 DUN tersebut berwakilrakyatkan orang Melayu. Ini lah common denominator yang membayangkan citarasa pengundi. Arwah Dr Zainal orang Melayu- maka atas dasar ini lah beliau menang dalam pilihanraya 2008 dahulu.
Kenyataan yang tidak dapat di sangkal ialah bahawa suara rakyat HS menuntut ahli parlimen nya juga orang Melayu. Jika kita membelakangkan perhitungan ini, maka sukar sedkit kita meramalkan kemenangan BN sebagai terjamin.
Saya sempat bercakap dengan beberapa orang pengundi dalam HS- mereka mengakui bahawa tidak kenal dengan arwah Dr Zainal ketika dia menawarkan diri sebagai MP kawasan. Dan saya ingin sebut disini bahawa orang2 yang saya jumpa ialah orang UMNO. Tapi mereka undi Dr Zainal sebab dia Melayu dan calun BN ialah Palanivel.
Rakyat menolak Palanivel sebab dia bukan calun Melayu. Sama ada pembaca mahu mengangap ini sebagai kenyataan rasis atau tidak, ianya adalah kenyataan. Takkan saya nak sebut Palanivel Indiaputra?
Itu yang pertama. Kedua, rata rata nya orang beranggapan bahawa Palanivel tidak buat kerja semasa jadi MP HS. Siapa peduli apa awak tulis dalam website? Sesiapa pun boleh tulis dan letak gambar apa apa dalam website. Jika sudah ada 2 perkara mudharat- rakyat tidak hendak dan awak tidak berkerja, macam mana Palanivel mahu menang? Orang India pun akan menolak calun MIC sebab mereka lebih mahu mengajar Samy Velu. Ertinya, orang India ada motivasi yang lain untuk membiarkan calun MIC di kalahkan.
Lihat kepada demografi kawasan HS. Menurut Suruhanjaya Pilihanraya, terdapat 64,500 pengundi berdaftar di HulSel Ini termasuk 799 pengundi pos. Dari jumlah pengundi itu:- 53peratus Melayu, - 26 Cina, - 19 India.- 2 peratus Orang Asli and bangsa lain. Sudah pasti jumlah pengundi inilah yang akan di cumbui oleh BN dan PR

Katalah yang keluar mengundi ialah sebanyak 80% atau lebih kurang 50,000 orang.
Bagaimana rakyat mengundi? Rakyat akan undi mengikut citarasa perkauman.

  • Daripada 50,000, pengundi Melayu sebanyak 26,500. Dari jumlah ini BN munkin hanya dapat 45% iaitu sebanyak 12,000.

  • Dari 50,000 jumlah pengundi cina yang keluar mengundi ialah 13,000 orang. BN mungkin hanya dapat 10% undi orang cina atau sebanyak 1500.

  • Daripada 50,000 tersebut, pengundi India hanya 19% atau 10,000.

  • Berapa pengudni India yang MIC mampu serahkan kepada BN? Paling kuat saya rasa 40% atau hanya 4,000 orang.
Jika kita jumlahkan semua pengundi ini, 12,000+1500+4000= 17,500 sahaja. Diatas kertas, calun BN jika dari parti MIC hanya ada undi asas sebanyak 17-18,000 sahaja.
Apakah faktor yang boleh menambahkan jum;lah 17, 500 kepada jumlah yang memenangkan BN? BN memerlukan 10,000 lagi untuk menang di HS.

30 comments:

remgold 9 April 2010 at 10:27  

eeks Tok Sak,
anda mention Lebar Daun. teringat saya semasa pilihanraya kecil Ijok dulu.
kat sana sini, rasanya, nampak nama ni buat projek itu dan ini. semua depa bolot ke?
kalau umno masih tak nak taubat, susah brader. kalau daun tak dikuncupkan, menang pun tak guna sebab temporary reprieve saja.

yb,  9 April 2010 at 11:03  

Kalau seorang pemimpin itu prihatin, tidak tamak dan sanggup berkongsi kesenangan, tentu rakyat akan sayang dan sanjung tinggi.

Lihatlah Penang yang memberi wang penghargaan sebanyak RM100 kepada warga emasnya. Kamu ingat rakyat Penang tak gembira? Tentulah gembira sebab mereka mempunyai seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Inilah contoh masa susah, sama-sama susah, masa senang kita raikan bersama.Bukan begitu?

Dalam pada itu, ada pula pemimpin yang cemburu seperti Shahrizat yang membidas bahawa wang itu kecil dan memalukan baginya. Lihatlah betapa sombong dan angkuhnya seorang pemimpin yang lupa diri bahawa dia sudah kalah dalam pilihanraya dahulu. Masih tidak bersyukur lagi dengan rezekinya yang masih melumpah ruah.

RM100 tu kecil, dia kata? Ya, tentulah kecil bagi orang-orang kaya dan ahli-ahli politik yang punya peruntukan berjuta-juta. Tetapi bagi rakyat biasa yang kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang, wang RM100 itu sangat besar nilainya.

Iniah dia, setelah berkurun lamanya, mentaliti pemerintahan masih ditahap kuno. Masih tidak berpijak di bumi nyata. Masih menganggap bahawa rakyat bodoh, singkat fikiran dan senang dikaburi. Mungkin itu dulu, tapi sekarang tidak lagi.

Ingat satu sajalah, tiada yang kekal di dunia ini.

yb

Unknown 9 April 2010 at 11:44  

Dato'

Nampaknya Dato' sudah cepat lupa. DS Najib berkempen atas landasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan....

Jadi tak kira lah wakil dari mana kaum..1Malaysia Kan?

Kalau DS Najib hendak membuktikan bahawa kempen 1Malaysia sudah mencapai tahap kejayaan, memilih MIC untuk mewakili BN adalah amat tepat kerana atas landasan 1Malaysia, kaum mana yang mewakili BN tak patut menjadi hal.

Jika BN Menang, bolih dikatakan DS Najib akan Istiharkan TRIPLE WIN! yaitu menandakan kejayaan 1Malaysia, dan juga kemenangan bukan sahaja untuk BN bahkan untuk MIC...

Beliau boleh dianggap Superhero!

Walaubagaimana pun Dalam Istilah Bahasa Inggeris dia juga boleh dianggap sebagai "Going for Broke".......

Maka kita lihatlah nanti...

Superhero? atau Broke?

vinnan,  9 April 2010 at 12:22  

Seratus ringgit boleh beli:

1. dua kampit beras 10kg RM36.00
2. Satu tong minyak masak RM13.35
3. Satu tong gas masak RM27.00
4. 2 ekor ayam RM24.00

Jumlah RM101.35

Hanya perlu menanbah RM1.35 sahaja kehiidupan warga emas ini akan lebih selesa.

Inilah sumbangan dari kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum dan bangsa.

Donplaypuks® 9 April 2010 at 12:48  

"Siapa menang di Hulu Selangor?"

Dah tetap Palanivel takkan menang!! Pengundi India pun akan menolak dia!!

dpp
We are all of 1 race, the Human Race

Anonymous,  9 April 2010 at 15:21  

If the voters want a Malay, then how would you explain Palanivel's handsome majority win 2004 elections.

I am surprised if the Malay voters there are still ignorant of the rampant corruption and abuse of power by UMNO/BN.

ATV KALUMPANG 9 April 2010 at 15:58  

salam datuk...

err kkb rasanya adun mca datuk...itu yang depa nak sangat 1 malaysia 2dun umno + mca parlimen kena la bagi kat mic..nak menghidupkan prinsip 1 mlaysia...kami pengundi nak apa belakang kira..

Anonymous,  9 April 2010 at 16:37  

Datok,
UMNO atau BN mesting menang

A.John 9 April 2010 at 16:52  

Dato,

Is the race of the candidate very critical for BN ? Afterall BN is supposed to look after the welfare of all malaysians irrespective of race or religion. Why cant an Umno candidate be trusted to solve the problems of either the chinese or Indian community in his constituency, cos if he fails to deliver than BN should be held accoutable instead of UMNO. And that should apply for any candidate under the BN Banner !

Cikgu Ngah,  9 April 2010 at 17:51  

Assalamualaikum Dato'.

Pertamanya saya nak ucapkan tahniah pada Dato' sebab terima menantu baru-baru ini. Moga Allah SWT merahmati anak Dato' dan isterinya, dikurnia kebahagiaan dan murah rezeki hingga ke anak cucu.

Keduanya saya nak komen isu Hulu Selangor. Saya setuju benar dengan apa yang Dato' katakan. Saya heran dengan keputusan untuk tetap pilih calon dari MIC. Dato' Najib kata 'Rakyat Didahulukan'. Tapi sudah terang lagi bersuluh majoriti rakyat Hulu Selangor, yang secara kebetulannya orang Melayu, mahukan MP berbangsa Melayu. Maka mengapa nak pilih MIC juga? Takkan nak suruh PERKASA bagi memorandum baru Dato' Najib nak sedar? Dato' Najib kata era 'the government knows best' sudah berlalu. Tapi beliau masih juga fikir yg keputusannya itu terbaik walaupun sekian ramai orang kata tidak.

Saya heran mengapa kita perlu jaga sangat hati MIC dan Samy Vellu. Sudah jelas MIC tidak lagi mewakili suara masyarakat India di negara ini. Dua kerusi parlimen yg MIC ada sekarang pun sebenarnya adalah kawasan yang ramai orang Melayu. Ertinya orang Melayu yang sokong UMNO beri peluang kepada MIC untuk ada wakil di parlimen.MIC patut berterima kasih banyak2 pada UMNO dan orang Melayu. Tapi bila kita kata orang Cina dan India perlu bersyukur kerana diberi kerakyatan, depa marah. Apa ini? Tak sadar diri betul depa semua ni.

Memanglah kita nak promosi konsep '1 Malaysia'. Jika dibubuh calon UMNO di Hulu Selangor dan jika ditakdirkan Allah calon UMNO menang, apakah dia tak akan peduli pada orang Cina dan India? Tak adalah ertinya 1M'sia kalau asyik orang Melayu saja yg 'give in'.

Saya lihat MIC, GERAKAN, PPP dan MCA sudah menjadi suatu liabiliti pada BN. Dato' Najib patut fikir masak-masak sebelum buat keputusan untuk bagi kerusi ini pada MIC. Mungkin Dato Najib kata dia nak bantu pulihkan semula MIC. Macam dia bantu GERAKAN dgn lantik Koh Tsu Koon jadi menteri dan senator. Saya rasa ini tanggungjawab penuh Samy Vellu. Orang India benci kat BN sebab dia gagal beri kepimpinan yg berkesan dan juga kerana dia dah terlalu lama sangat jadi Presiden.

Kalau nak bagi juga kat MIC kerusi ini maka kena letak syarat. Samy Vellu patut letak jawatan sebagai Presiden MIC. Kalau Samy rela berkorban, maka barulah orang UMNO rasa sedap hati sikit untuk korban beri kerusi pada MIC. Kalau tidak boleh jalanlah BN dlm PRK Hulu Selangor.

Harap-harap Dato' Najib atau penasihat2nya baca apa yg Dato' tulis ini.

Minta maaf sbb tulis banyak sgt. Terima kasih.

Anonymous,  9 April 2010 at 19:29  

mungkin itu salah satu sebab.....tapi BN yg diwakili MIC sebenarnya menang pada PRU sebelumnya....jadi ini juga petanda protes pada BN keseluruhannya.....kemungkinan jika dr UMNO dipilih persaingan masih 50-50...BN terpaksa letak MIC untuk menunjukkan mereka 1Malaysia ....kalau calon UMNO dipilih pegundi India & Cina melihat BN ini racist....jadi BN perlu bekerja keras!

Anonymous,  9 April 2010 at 20:12  

True..Palanivel susah nak menang..PM patut dengar suara rakyat di kawasan pilihanraya kecil bukan hendak menjaga hati parti component..kita nak menang pilihanraya kawasan ini bukan nak menangkan hati MIC..kalau kalah, yang malu PM jugak!Kalau BN kalah ini salah MIC paksa2 letak calun dia dikawasan Melayu!

Fi-sha 9 April 2010 at 21:05  

Dato'

BN boleh menang: -

1. Sebab 20 - 30 orang kanak-kanak boleh mendapat pendidikan awal di PERMATA - yang akan dibina (well, kalau menang); dan

2.Tapi menang 'hantu' bila MAFREL tidak lagi diberi pengiktirafan memantau pilihanraya agar lebih telus.

BN mungkin boleh kalah kalau:

1. Kaum India dan Cina ingat apa Noh Omar cakap di konvensyen BN di SA;

2. Kalau rakyat ingat anugerah penyapu Khir Toyo berikan pada 2 orang Hulu Selangor beberapa tahun lalu;

3. Kalau rakyat ingat berapa banyak duit kerajaan negeri digunakan untuk bawa mak datin dan rombongan cik kiah pergi shopping sana sini;

4. Kalau rakyat bersyukur kerana SYABAS tidak dapat menaikkan tarif air di Selangor bah mendapat potongan bil air dan elektrik, walau sedikit namun bermakna tatkala nilai wang semakin kecil di kala ekonomi merundum. Apatah lagi jika ekonomi kembali pulih, tentu rakyat akan mendapat kemudahan asas yang lebih murah pada kualiti yang baik.

Kalah menang, kita rakyat tetap tentang..

Anonymous,  9 April 2010 at 21:35  

Tok,
Sharizat cakap RM100.00 seorang tu kecil sebab laki dia dapat duit lebih dari RM200 juta buat projek lembu di Gomas dari kerajaan. Tu tak masuk projek kecil lain lagi, geran la. macam tanah la...

Anonymous,  9 April 2010 at 23:44  

Rocky has totally ignored the serious views that you have discussed here.

He is on 'cloud nine' after Malaysian Insider wrote that BN will win in HS.

How now?

This is how complacency creeps in and BN loses by - elections.


PARAMESWARA

Anonymous,  10 April 2010 at 00:47  

Kalau calun MIC, confirm Be eNd.


Malay 1st Malaysian 2nd.

Anonymous,  10 April 2010 at 02:32  

Dato Sak,

Berpandukan dari analisis dan angaranbijak Dato, itu.BN akan meletak calon dari MIC, sudah tentu kaum india, maka logis nya PR akan meletakkan calon dari kaum melayu ( melayu tulin/melayu campor - beragama Islam). Maka di atas kertas maka PR menang lah.

Fikir diluar kotak nya - untuk berlawan atas padang permainan sekat maka BN perlu letak calon keturunan melayu tak kira dari UMNO atau MIC jika ada keturunan melayu islam, ini maksud Dato, jika mahu menang?.

TQ Bentayan

Anonymous,  10 April 2010 at 10:12  

semoga BN kalah. parti yang berfitnah.

Anonymous,  10 April 2010 at 10:22  

Dato,

Kalo gerombolon BN mempunyai mentaliti macam dato, tentu boleh menang. Tapi mereke tak gitu.

Mereka tu berlagak, sombong, macam gangster, menghina rakyat, korup hanya jaga poket sendiri dan kroni2, seksa Teoh Beng Hock sampai mati. Kaum Cina mana yang sokong rejim ganas ni. Hanya mca.

Aku pun tak nak undi BN. Kawan aku Cina pun tak nak undi BN. Kita dua dah pakat.

Bagi BN mampus lah. Asyik main perkauman aje.

orang hulu selangor -dah boikot BN

Anonymous,  10 April 2010 at 15:26  

My friend attended the PM's visit to Felda in HS as his daughter was amongst the top-scoring SPM students (she's from a Ulu Yam school)summoned from the HS area to be present for prize presentation by the PM that noon. So the whole family duly arrived at Felda by 8:30am that day but were greatly dissappointed with the PM who although extended his hand for a handshake, was more engrossed in conversation and did not even look at or congratulate the poor child, a potential future leader, not to mention a future voter! This is the kind of attitude our top leaders have and they definitely have no inkling where they have gone wrong. No wonder they need such world-class worldwide consultants! No doubt my friend and family really felt used!

Anonymous,  10 April 2010 at 15:37  

Dato'

Pada pendapat saya, calun akan menentukan siapa akan menang dalam pilihanraya Hulu Selangor kali ini.

Jika Mohd Taib jadi calun BN, kemenangan memangnya dalam tangan.

Jika Zaid Ibrahim adalah calun PKR,
kemenangan berpihak kepada PR.

SPU 10 April 2010 at 15:55  

Salam,
Suka komen vinnan. Dalam maknanya. Ziarah juga ke blog SPU Jerantut sekali sekala.

Orang Kaya Wenger,  10 April 2010 at 16:09  

Nik,

"Going for broke" bermakna ada kemungkinkan orang tu akan menjadi "broke". Parti MIC retak menunggu belah. Orang UMNO heran kenape MIC diberi peluang utk menandingi kerusi yg boleh dianggap sbg kritikal memandangkan ianya melihat kerjaan perseketuaan melawan kerajaan negeri atau spt pertandingan tinju "RUMBLE IN THE JUNGLE."

Dlm MIC pun tiada calon yg boleh dianggap sbg berkaliber. Malah boleh dikatakan MIC lbh UMNO dari UMNO.

Perhitungan yg dibuat olh Piem adalah sokongan dari pengundi India dan pengundi Melayu boleh memenangkan calon yg lemah.

Akan tetapi bukan sahaja Piem bakal berdepan dengan kekalahan di Hulu Selangor tetapi kerajaan mungkin berputih mata di Sibu.

Adakah ni mungkin membawa kepada tumbukan 1-2 yg meranapkan 1malaysia?

Kita tunggulah...


PS: Slogan 1Malaysia Rakyat Didahlukan Pencapaian Diutamakan slogan retorik. cuba tuan2 dan puan2 bacalah bajet RM 140 BILLION. Berapa utk rakyat? Berapa utk membayar hutang KLIA, MAS dan ERL.

tapi rakyat jenis tak suka baca buku tebal2

PANJI HITAM 61 11 April 2010 at 00:21  

Betul sangatlah, Dato.

Pilihanraya di HS amat penting bagi UMNO , lebih lebih lagi DSNTR.

Kalau kalah, cakap cakap yang rakyat mula sokong BN boleh buang dalam longkang!

Pemimpin UMNO ni tak paham paham lagi, rakyat dan banyak ahli UMNO sendiri masih berbulu dengan mereka.

DSNTR dan TSMY, dengarlah rintihan majority melayu yang mahukan wakil Melayu. Letaklah parti lain kalau tak nak menang.

Ini ujian besar bagi Najib, kalau kalah sah lah dia ni pun LEMBIKKK.
Kalau kalah, panjihitam sendiri akan hemtam pemimpin UMNO terang terangan.

Anonymous,  11 April 2010 at 11:24  

Kalau letak calun UMNO maka pecahlah janji kongsi kuasa dalam BN. Tak payah nak ada BN lagi, semua kasi UMNO lawan pada PRU akan datang. MCA,MIC,Gerakan semua boleh mampus sebab tak ada guna lagi dalam BN. Adakah itu yang rakyat mahu? Jika betul, tentu UMNO mesti kuat di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. Tapi tidak pula, dua negeri Melayu terbesar terletak di tangan PAS/PR. Mengap begitu? Melayu tak sokong melayu?

Anonymous,  11 April 2010 at 13:23  

Senang saja.. MIC tukar perlembagaan jadi multiracial ala 1Malaysia. Mat Taib masuk parti MIC dan jadi calun BN. Gerenti meletop! Menang besar.

Ryzal72 11 April 2010 at 14:04  

Assalamualaikum,
Kemenangan adalah penting kpd BN sebagai momentum kpd kemenangan di Bagan Pinang dan juga indikator terhadap peralihan sokongan Melayu luar bandar. Bagi Pakatan pembangkang..PRK ini merupakan talian hayat untuk mereka.
Walauapapun, pada saya...pakatan pembangkang telah leading BN dengan 1-0. kenapa? Dato, jika datang ke Hulu Selangor jgn lupa hubungi saya. Saya di Kuala Kubu, maybe bankayk yg kita boleh strategikan!Ikhlas

Ahmad Syafiq 11 April 2010 at 18:34  

Tok AK47, I identify you as one of the voices of reason within UMNO. It's not easy to get to know people like you within UMNO who is quite open to surroundings and can understand the people's sentiments.

However, I don't really agree about the lack of support for BN in Hulu Selangor (although I'm a PR supporter). Firstly, it's a semi-rural seat. And I bet most Malays there do not trust Anwar Ibrahim. You heard the news the other day that not many Hulu Selangorians came to hear Anwar's speeches. In fact, I say PR is the underdog to BN for this seat, despite being the incumbent.

So therefore, assuming that 80% of the voters turned out to vote (or 51,600 voters, with proportions according to the races in this seat, here's my following predictions:

Out of 51,600 voters, roughly about 54% are Malay voters (equivalent to 27,800 voters). I say 70% of them would go to BN. That means 19,640 - 8,160 in favour of BN.

Out of 51,600 voters, roughly about 26.5% are Chinese voters (equivalent to 13,600 voters). I say about 70% of them would go to PR. That means 9,520 - 4,080 in favour of PR.

Current prediction score:
BN 23,720 - 17,680 PR

Out of 51,600 voters, roughly about 19.5% are Indian voters (equivalent to 10,000 voters). I say about 60% of them would to BN. That means 6,000 - 4,000 in favour of BN.

Thus, the total final count would be as follows:
BN - 29,720
PR - 21,680

There you have it, a prediction of 8,040 votes in favour of BN, considering that this is a semi-rural seat that PKR flukely won last GE by a mere 200 votes.

pengundi,  11 April 2010 at 22:38  

Saya pengundi Kg Ampang Pecah
Kalau Palanivel bertanding - KALAH
Kalau Zaid bertanding - Kalah
Bebas akan menang.
Tapi kalau Mat Taib, MENANG.
Saya tidak akan mengundi kalau Vel atau Zaid bertanding.
Tapi yang pasti ialah undi rosak akan melebihi majoriti undi yang bakal diperoleho oleh Vel atau Zaid jika cuima mereka berdua bertanding.
PS. Tak faham kenapa Najib takut sangat dengan Ayoyayo Samy.
Tapi cakap nak ikut kehendak rakyat di situ.

shamshul anuar,  11 April 2010 at 23:40  

Saudara,

Sebenarnya orang Melayu pun dah mula mengikut perangai orang Cina dalam politik. Mereka kini lebih pentingkan calon.

"siap kau Tan Chai Hoe", kata kawan saya sebelum pilihanraya lepas. Saya tanya kenapa. "Aku pangkah janji Melayu", jawabnya.

Maka Tan Chai Hoe tewas di Bandar Tun razak. Perkara yang sama berlaku di Kuantan bila calon Melayu dari PKr kalahkan calon bukan Melayu dari BN.

Sedarkah kita kenapa Sothinathan dari MIC tewas di NS dan kerusi tersebut dimenangi oleh calon Melayu PKR.

Bukan orang Melayu benci sangat UMNO. Mereka marah bila Hindraf memfitnah UMNO dan Melayu. Sebagai balasan calon bukan melayu ditolak walaupun dari BN.

Keadaan lebih parah bila ada pemimpin MCA dan MIC serta Gerakan tak sedar diri salahkan UMNO kerana tewas teruk. Yang sebaliknya berlaku. Kalau tak kerana UMNO, MIC, Gerakan dan MCA dah lama jadi dinosour.

Dan UMNO pula sanggup dihina. SEpatutnya pemimpin UMNO ingatkan MCA, MIC dan Gerakan yang mereka tidak pupus kerana UMNO. Itu satu kenyataan.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP