Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 22 July 2020

UMNO itu 4 abjad yang bererti bencana.

1. Sebelum itu Nurjazlan bekas MP Pulai kata jangan beri muka pada PPBM.  Ia senada dengan pendapat-pendapat Bung Mokhtar, Khalid  Nordin dan Shahrir  Samad. Paling mutakhir brother Nazri Aziz kata bukan saja Mersing tapi juga kawasan-kawasan lain akan diambil UMNO. Sunguh berani!

2. Punaisihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah kata tidak akan mendukung TSMY. Umno akan hanya bermuafakat dengan rakan-rakan traditional nya.

3. Nyatalah TSMY dan PPBM nya dilihat lemah.  Tanpa UMNO TSMY kosong. Nil. Jawatan PM pun kerana UMNO.

4. Tidak syak lagi UMNO melihat diri nya besar dan yakin lagi angkuh. Itu memberi nya keyakinan akan kembali berkuasa.

5. Kita biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya. Keangkuhan dan bongkak UMNO akan memusnahkannya.

6. UMNO overestimate  kekuatan nya dan underestimate semua yang lain.

7. UMNO berdepan dengan lawan yang bukan duduk diam.  TSMY tidak selembab ketrampilan wajahnya.

8. Mungkin UMNO telah lupa bahawa rakyat yang menentukan. Rakyat bukan semua bolih disuap dengan duit korupsi.  Rakyat kian cerdas. Mereka memilih tokoh bukan parti lagi.

9. Rakyat semakin cerdas memilih orang nya bukan parti nya walaupun tidak dibayar. Mereka memilih yang ada bukti dan yang membela rakyat.

10. Sedang rakyat sadar UMNO itu membawa kerusakan semata mata. Ia membawa korupsi, pencabulan kuasa dan politik naungan. UMNO melihat membelengui rakyat.

11. Nilai-nilai yang dibawa olih UMNO akan hanya mengujudkan kleptokrasi. Yakni penguasaan olih kumpulan yang superkaya. Diamaukasi UMNO hanya membetinakan rakyat.
Sistem UMNO menghasilkan kleptokrasi.

12. Jika sistem itu menghasilkan kleptokrasi, objektif kita ialah menghancurkan UMNO.  Jangan pilih UMNO!. Meninggalkan yang biasa kita buat, yakni tidak memilih UMNO akan memberi kita pelbagai faedah. Macam berpuasa.

13. Bukan nya UMNO atau beberapa kerat pemimpin nya yang menentukan  keberhasilan PRU tapi kuasa muktamad ialah dalam tangan rakyat.  Ini menjadi penghalang pada nafsu besar UMNO.

14. Jadi apapun yang diistiharkan olih panglima-panglima UMNO semuanya omongan kosong.

15. Kalau rakyat bolih menolak UMNO pada PRU yang lalu, perkara yang sama di PRU yang akan datang bukan sesuatu yang mustahil.

16. Saya ada perkhabaran kepada panglima-panglima UMNO ini-masih ramai rakyat melihat UMNO sebagai satu parti yang jelek dan menjengkilkan. Hanya minoriti jiwa-jiwa malang yang mendukung UMNO.
Cakap besar tidak bererti apa-apa.

17. Namun dokongan dari jiwa nan malang ini bolih berubah bila-bila masa saja. Pertalian antara golongan  ini dengan UMNO adalah negatif. Bila kesadaran politik kian meningkat dokongan kepada umno akan menurun.

18. Bukankah almarhum Syed Jaafar Albar pernah berkata bahawa UMNO itu disokong olih golongan kurang cerdik. Bererti bahawa bila kecerdikan mereka bertambah, sokongan kepada UMNO akan berkurang.

19. Masaalah nya UMNO ini ialah melihat TSMY dan faksi nya seperti limpa cincang atau chopped liver. Maklumlah muka mamat tu macam Jawa Penorogo .

20. Tidak se hensem wajah malingku, bangsawan pacat yang mulutnya sejak akhir-akhir ini macam bontot ayam.

21. Keceluparan mulut simamat-mamat UMNO menyebabkan TSMY tahu isi hati UMNO. Dia tidak akan berduduk diam. Every action invites an appropriate action.

22. TSMY buat muka bodoh macam malingku, merencana meminggirkan UMNO. Dia ada kuasa memperlakukan UMNO sehendaknya dan sejadi-jadinya.

23. Jika TSMY nampak peluang dan mengambilnya untuk jadi PM, memperlakukan UMNO sewajarnya adalah perkara enteng dong.

24. TSMY boleh mengarahkan leftenan-leftenen nya memujuk sosok-sosok UMNO yang terpilih untuk berhijrah ke PPBM.

25. Atau beri mereka tawaran yang tidak boleh ditolak.  Yakni tamat khidmat mereka di glc-glc yang mereka pegang.  Bukan susah mengurus mamat-mamat ini yang suka jawatan, cewek dan makan. Bisa diatur pak!

26. Nak terror lagi haramkan UMNO.  Sekali gus haramkan penggunaan islam pada parti politik.

27. Ingat pesanan Machiavelli 'its better to be feared than to be loved'.

28. Apa yang nak menyekat TSMY dari menuntut kerusi terbanyak dalam pembahagian kerusi? Dia PM. UMNO pun menjadi kerajaan ikut pintu belakang. Jadi jangan nak ek.

29. UMNO jangan ingat dia indispensable.  Untuk menyisihkan UMNO, bincang dengan PKR, PAS, Amanah termasuk DAP

30. Tunjukkan kepada semua orang siapa boss dan taiko. Kalau ia memerlukan sedikit brutality lakukan. Jangan biarkan UMNO tunjal-tunjal muka kerajaan. Seperti bila noh omar menyanggah cadangan pemilihan kerajaan tempatan. Perbuatan itu memerlukan pendisiplinan. Tamatkan lantikan si gendut itu.

Spare the rod spoil the child.

Sekian.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP