Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 31 July 2020

Perlunya fikiran rasional dalam keributan.



1. Fuyoo.  Ada matlaon yang cakap macam ni.  Orang ganu cakap brayuk mok mu.  Amirul mukminin Kepala bapok aok kata org pahang.
Beri contoh najis mughallazah pun tak tahu.

2. Awak siapa yang hendak beri Najib gelaran tersebut? Awak Ustaz wa haramun kalau makan sorang, wa halalun kalau kongsi sama?

3. Ada orang tanya siapa atur dan bayar bas-bas tersebut? Dah sampai sini jangan liar pulak ya.

4. Masa perhimpunan agung umno ada perwakilan wanita tumpang mandi dibilik perwakilan lelaki.  Yang lelaki tak buat apa-apa-ajak main lastik getah aja.

5. Sipenulis ni boleh jamin kita mati syahid dan jasad kita tak makan dek Bumi? Cuba kita gali kubur-kubur mereka yang diistihar syahid.  Kita nak tangok berapa banyak jasad masih utuh dan berapa dah jadi tulang?

6. Bagaimana jika seseorang itu dirundung sedih, duka nestapa dan sughul, dia bunuh diri. Adakah kematian dia syahid? Setahu saya bunuh diri itu dosa besar yang tak diampun tuhan. Boleh dia mati syahid ya sahibus samahah?

7. Kemudian awak mati sebab apa?  Sebab mempertahankan Najib? Siapa dia?
Ternyata dia bukan bosku tapi malingku.  Dia curi duit anak yatim dan ibu tunggal.


8. Seterusnya bagaimana orang itu mati? Kerana menyerang polis , tuan hakim, atau mereka yang menyokong penghukuman atas Najib?  bermakna awak telah dihasut.

9. Kalau begitu pihak polis kena siasat simatlaon yang mengeluarkan fatwa mati syahid ini dibawah akta hasutan.

10. Ini mengingatkan saya bagaimana suatu ketika pas beri jaminan bahawa sokong pas masuk syurga. Klentong macam mana pun, grumal lah sepuas hati, kepada saya itu syirik kerana mendahului tuhan. Siapa awak yang boleh beri jaminan?

11. Ini menunjukkan betapa polos nya(naive) nya minda orang melayu yang masih berjiwa hamba. Senang sangat diisi dengan nilai-nilai yang salah.

12. Seperti cubaan mengisi minda orang melayu dengan tulisan mati syahid diatas.  Ternyata tulisan tersebut dilakukan oleh kunco-kunco dan ejen-ejen reaksioner, yang mahu melestarikan nilai-nilai jiwa hamba dikalangan orang melayu.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP