Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 30 May 2014

Teluk Intan- Pengundi yang Celik dan Cerdik akan menolak BN



Semalam kita membaca kenyataan Mah Siew Keong bahawa PRK Teluk Intan adalah PRK yang paling kotor sekali. Tidak ada misteri siapa yang melakukan kotor itu Mah. Ianya kotor kerana BN menggunakan cara2 yang ganas, jijik lagi kotor. Daripada penyokong upahan yang kerja mereka mengacau dan menakutkan; kepada budak2 upahan yang mengoyak dan mengotori poster sendiri. Jika ada poster BN yang disimbah cat dan lain2 lagi, ianya kerja budak2 suruhan BN.Budaya samseng UMNO ialah membaling batu dan menyimbah cat.
Biarlah pengundi Teluk Intan sedar bahawa penyokong dan perkerja Pakatan Rakyat tidak buat kerja2 begini.
Sebagai bandingan- lihat kenyataan ketua polis Pulau Pinang yang mengatakan bahawa PRK Bukit Gelugor adalah yang  paling baik dan aman. Ianya baik dan aman kerana BN tidak ada calun- terutama UMNO yang baru mahu berlajar perasaan hilang kuasa. Hilang kuasa membawa kepada hilang akal mereka.Ia jadi huru hara hanya jika UMNO bertanding.
Kerana hilang akal maka pemimpin UMNO berkempen menyerang peribadi seorang anak muda berumur 27 tahun. Kerana Dyana Daud bakal mencipta sejarah sebagai MP yang termuda dari DAP mewakili Pakatan Rakyat. Melayu bangsa nya, dan Islam Agama nya. UMNO tidak terfikir lansung bahawa Pakatan Rakyat  terutama DAP mempunyai pandangan jauh dan stratejik meletakkan calun Melayu.
Ianya menyebabkan orang UMNO khususnya menjadi sasau fikiran kerana selama ini mereka berhempas pulas menggambarkan DAP sebagai parti rasis Cina , cauvinistik cina, komunis, yang mesti dibenci oleh semua orang Melayu. Kemasukan dan pemilihan Dyana Daud sebagai calun Melayu atas tiket DAP memmecahkan prejudis dan mental blockage yang selama ini mahu diterap UMNO.
Jika parti itu rasis, cauvinis dan komunis, bagaimana ia menarik minat orang Melayu menyertainya? Ini membuktikan bahawa selama ini, gambaran yang diterapkan oleh UMNO hanyalah pembohongan besar. DAP parti cauvinis selagi kita membiarkan ianya demikian- ia sudah bukan cauvinis dan rasis apabila ramai bukan Cina sedar bahawa ia sebuah parti yang menyatupadukan semua yang sepemikiran- menentang ketidak adilan, peninidasan, pemiskinan rakyat, salah tata urus negara, penyalah gunaan kuasa, rasuah, pencurian wang perbendaharaan, tektik membuli dan menakutkan rakyat- keangkuhan pihak berkuasa. DAP sebuah parti yang strike terror at hidden vested interests dalam penguasaan pentadbiran negara. ini perkara yang menyatu padukan orang untuk berminat kepada DAP dan perjuangan mereka- bukan kerana sebab kepentingan lain.
Jka gila kuasa- orang tidak masuk DAP. sehingga pulau Pinang, DAP tidak pernah memerintah negeri dan mustahil memerintah negara. jika mahu wang, jangan masuk DAP kerana tidak ada wang dalam DAP. sesiapa bertanding atas tiket DAP tahu bahawa DAP tdiak memberi sesen pun untuk pilihan raya Umum.  Sekali lagi- satu sen pun. Semua kena pakai duit sendiri, meminjam dari kawan, memohon derma dan berhutang. Ianya memerlukan jenis manusia yang kental semangat untuk meyertai  parti seperti DAP, PAS atau PKR.
Siapa yang tidak mahu ketawa pada kenyataan dari Ahmad Maslan yang selalu mendabik dada mempunyai CGPA 3.8 mengenai jika isiteri nya atau isteri Tajudin Rahman memasuki peraduan kecantikan dengan Dyana Daud- pasti isteri mereka akan menang. Dangkal benar kenyataan dari seorang timbalan menteri yang mengakui ada kelayakan akademik yang tinggi.
Atau kenyataan Zahid Hamidi yang mengulangi obsesi nya mengenai kecantikan Dyana Daud. Zahid mengeluarkan kenyataan apabila bercakap dihadapan himpunan polis bahawa Dyana Daud tidaklah secantik , bahkan isteri seorang pegawai tigggi polis lagi cantik. Kerja menteri dalam negeri kita ialah mengintai ngintai perempuan cantik kah? Atau kenyataan Zahid Hamidi yang dilapurkan mahu menampar Dyana Daud tapi itu hanya akan mengotori tangan nya.
Yang kotor Dato Zahid dan huduh dato Maslan ialah ketegangan kaum yang sengaja dihidupkan oleh UMNO dan penyokong mereka. Huduh dan kotor ialah rasuah yang meyelinap masuk kesetiap rongga pentadbiran negara. yang kotor dan huduh ialah rompakan disiang hari projek2 kerajaan yang menelan belanja yang besar. Semua orang tahu, projek ini sumber pendanaan peribadi sesetengah ahli politik UMNO dan parti politik BN.
Isiu di Teluk Intan bukanlah tafsiran kecantikan, atau muda nya calun DAP atau hal2 peribadi yang lain. Bahkan dalam kegilaan kempen BN, ibu Dyana Daud pun turut jadi mangsa.
Isiu nya ialah kos kehidupan yang makin meningkat sebab UMNO tidak tahu mengurus negara. Isiu nya hutang negara yang kian meningkat memecah siling 55% dari KDNK kerana belanja berhemah bukan dalam kamus BN dan UMNO. Pemimpin UMNO dan BN belanja macam duit rakyat itu duit bapak mereka. Isiu nya ialah rasuah yang berlaku tapi tidak ada atau dujumpai pelaku nya. kos PKFZ yang lebih dari 12 billion, kos kehalimunan wang dan dana 1MBD. Isiu lesap nya RM250 juta untuk projek lembu; Isiu nya ialah ketidakpertanggung-jawaban pihak kerajaan membiarkan ketegangan kaum dan agama berlaku.
Issu nya ialah kekacauan yang tercetus kerana tidak ada patuh kepada undang dan peraturan. Belum pernah terjadi symbol demokrasi iaitu dewan undangan negeri dicerobohi dan pelaku nya tidak dikenakan tindakan tegas. Keruntuhan law and order kelihatan apabila ada kumpulan yang secara terbuka melakukan intimidasi jinayah dan ugut mahu bakar bangunan. Sehingga sekarang, tidak ada tindakan.
Ini isu2 yang lebih besar dari isu kecantikan calun DAP. jika ini pertandingan kecantikan, isteri menteri dan timbalan menteri tidak petrlu masuk PRK. Hanya perlu mereka hari hari memperagakan pakaian, handbag yang mahal, kasut dan aksesori kecantikan yang mahal2. Hanya perlu isteri para menteri dan timbalan menteri menggayakan  hasil suntikan botox dan pembedahan plastic yang mutakhir. Pasti mereka akan menang kerana rakyat rupa2 nya kurang cerdik dan berfkir macam UMNO dan BN berfikir.
Maka sesiapa walaupun hanya mimpi mereka berfikir macam UMNO dan BN, segralah bangkit dan mohon maaf dan keampunan.

16 comments:

Anonymous,  30 May 2014 at 06:33  

Semoga sejarah akan tercipta dengan kejayaan Dyana dlm PRK ini. Jika ini terjadi, Dato sendiri ada tugas menanti, iaitu membantunya mengharungi politik kotor UMNO/BN.

Saya mengundi di PRK Bukit Gelugor. Keadaan begitu tenang dan aman kerana gerombolan tidak meletakkan calon.

sri hartamas (anak Pulau Pinang)

bruno 30 May 2014 at 07:29  

A little more than a day,Teluk Intan voters will be going to the polls.

Dyana Sofya represents the young and the future.Mah represents the old arrogant,samseng type of corrupted Umno/BN.

So who do the Teluk Intan voters want to represent them.A young,smart and hard working lady who will work hard to unite Malaysians as a people and for a better Malaysia.Or a twice rejected veteran who represents the samseng,arrogant,ignorant and corrupted Umno/BN who try to hang onto power by the rule and divide strategy.

If Malaysians want a harmonious and prosperous Malaysia for their children and grandchilders than they should vote for Dyana and PR for a huge victory.

But if Malaysians want to stay an oppressed people,labelled pendatangs,called ingrates and ruled by corrupted leaders and thrown crumbs and carrots once every five years then they should Mah and Umno/BN.

The voters of Teluk Intan should take this by election very seriously.If Dyana wins by a big majority it will shaped a new political landscape for the next fifty years.Winds of change will blow the way of the PR,and PR will have the momentum going into GE14.

A win,even very small by Mah will set the country back for the next fifty years.The country will continue to move backwards,corruption will be unstoppable and inflation will shoot through the roof.And the education standards will continue to go third world standards.

Teluk Intan must vote for Dyana to win big on Saturday.And at the same time to sent a very strong message to the Umno that ignorant,arrogant samsengs have no right of place in government.

the mean machine,  30 May 2014 at 07:34  

It is time for Teluk Intan voters to stand up and be counted.Vote PR for change or forever keep your silence and take the torture from Umno/BN and feel the pain.

Anonymous,  30 May 2014 at 08:36  

Betul apa yang Dato katakan. Menteri-menteri kita sekarang otak mereka bertahap seperti otak udang. Memang memalukan negara kita.

Anonymous,  30 May 2014 at 08:56  

Dyana may win, but I think Najib
will be able to buy her off.

She seems too young and we dont really know why she joined the DAP.

Hope Bruno would not not get too emotional about this.

Anonymous,  30 May 2014 at 09:24  

That what I thought. Bukit Gelugor was peaceful because Party Setan was not not contesting.

I am told by a friend that 3.80 CGPA Ahmad Maslan is nothing but a thief. He has been demanding his share from proceeds of all the projects awarded by FELDA.

Umeno's worse nightmare.,  30 May 2014 at 09:42  

Zahid bukan kotor sahaja,dia seorang yang sangat bodoh.Otak tiada,chakap serupa budak.Mak nya pun malu lah.Lagi baik Zahid ikut Shahrizat (cows mama) pergi jaga lembu atau kambing kan.

Umeno's worse nightmare.,  30 May 2014 at 10:46  

The Chinese wants fairness and a level playing field in business,housing and education.But what they got was been branded pendatang.

They made an honest living but did not vote for Umno/BN and is called ingrates.

Dyana joined DAP and is a parliamentary candidate instead of joining and representing Umno and is called a traitor.

Ridzuan Tee converted to Muslim,acts like he is Malay and has a ketuahnan Melayu mentality and attacks his own race,Chinese and is hailed as a saviour.

Apa lagi Umno mahu?

tebing tinggi,  30 May 2014 at 11:06  


Would there be Bangla voters ,in Teluk Intan, we never heard one in Bukit Gelugor.

Anonymous,  30 May 2014 at 11:59  

THAT GERAKAN PRESIDENT MUST BE A MORON. TWO TERMS MP. BUT FAILED TO UNDERSTAND THE ROLE OF AN MP- AS A FEDERAL LEGISLATOR. HE SEEMS TO BE CONCERNED WITH THE POT HOLES, LONGKANG PECAH AND LIGHT POLES OF TELUK INTAN.

Sumpitan Emas,  30 May 2014 at 14:11  

1/2
…jika isiteri nya atau isteri Tajudin Rahman memasuki peraduan …- pasti isteri mereka akan menang. DANGKAL benar kenyataan dari seorang timbalan menteri yang mengakui ada kelayakan akademik yang tinggi…

Hebat punya hebat menteri-menteri kita!

Saya mengatur semula apa yang terkandung dalam Bab 4 - Orang Pandir Dalam Masyarakat Membangun (“Intelektual Masyarakat Membangun” oleh Prof Syed Hussein Alatas – 1987/1991). Perhatian: gantikan ‘orang pandir’ dengan ‘Tok Dangkal’.

“Dalam kebanyakan masyarakat membangun, masalah kelewatan pembangunan sering disebabkan gabungan usaha daripada orang pandir dan perasuah. Besarnya kekuatan orang pandir dalam masyarakat membangun menghalang tampilnya kelompok intelektual yang berfungsi. Orang pandir menentukan apa yang seharusnya menjadi keutamaan bangsanya. Mereka boleh ditemui di pelbagai lapis pemerintahan. Mereka menduduki kerusi Parlimen dengan sejumplah perwakilan. Mereka mengendalikan ahkbar dan menyerbu institusi pendidikan. Mereka TIDAK melakukan tekanan kreatif. Mereka TIDAK mencipta standard yang lebih tinggi dalam usaha mereka. Mereka menulis tetapi TIDAK berfikir. Mereka mempunyai ketahanan kecil sekali, dan mereka MENIRU, oleh sebab meniru merupakan perkara yang mudah dan TIDAK memerlukan pilihan kritis.”

“Ciri-ciri orang pandir yang utama ialah (1) TIDAK mampu mengenali permasalahan; (2) jika diberitahukan permasalahan itu kepadanya dia TIDAK mampu menyelesaikannya; (3) TIDAK mampu mempelajari apa yang diperlukan; (4) TIDAK mampu mempelajari seni belajar; dan (5) biasanya dia TIDAK mengaku kepandirannya. Seseorang individu tidak boleh dianggap pandir jika dia tidak tahu segala sesuatunya, kerana tidak ada orang yang dapat mengetahui segala hal. Demikian pula, orang tidak menjadi pandir jika dia kurang pengalaman, oleh sebab doctor bedah yang melakukan pembedahan pertamanya tidak menjadikan dirinya pandir. Doktor tidak menjadi pandir hanya kerana dia gagal menyelamatkan nyawa pesakit. Orang tidak menjadi pandir jika dia tidak mendapatkan apa yang dia perjuangkan kerana tidak adanya kesempatan…Sama ada gagal mahupun berjaya, pengetahuan ataupun ketidaktahuan bukan merupakan inti ontologies dari orang pandir.”

Sumpitan Emas,  30 May 2014 at 14:12  

2/2
“Biasanya orang pandir akan MENONJOL pada saat genting. Di sini kita TIDAK berbicara tentang orang TOLOL biasa tetapi orang pandir yang terselindung di sebalik penyamaran – ANGGOTA PARLIMEN, MENTERI KABINET, peguam, doctor, sejarawan, ahli ekonomi dan ahli sosiologi yang kedudukannya sebagai pandir agak terlindung daripada latihan dan pendidikan yang diperolehinya. Orang pandir seperti itu yang perlu dikritik. Kosep tentang orang pandir di sini berkait dengan tugas funsionalnya. Menteri mungkin boleh menjadi seorang pemain golf yang baik, Tetapi dalam melaksanakan tugas di kementeriannya mungkin dianggap sebagai PANDIR. Oleh sebab orang pandir beroperasi secara kolektif dalam kapasiti fungsionalnya seperti rakannya yang cerdas, maka akibat yang timbul disebabkan tindakan atau keputusanya yang tolol itu TIDAK dapat dengan mudah ditimpakan kepadanya, kecuali dalam keadaan yang luar biasa atau apabila taraf kepandiran mentalnya(penulis menggunakan istilah ini kerana belum ada istilah yang merujuk pada proses perkembangan menjadi seorang pandir) sedemikian rupa sehingga disebabkan sifatnya sendiri tindakan itu segera terbongkar tanpa disedarinya. Bagi orang pandir dengan taraf ketololan rendah atau orang yang tindakannya berada dalam sebab dan akibat kolektif, maka tindakan tersebut kelihatan tidak begitu sederhana. Seringkali sukar untuk menunjukkan kesalahannya yang tepat.”

“Dalam masyarakat berkembang dapat dilihat EMPAT jenis pentadbir dan pemegang kekuasaan politik. Pertama, yang cerdas dan jujur, Kedua, yang cerdas dan tidak jujur, ketiga, yang pandir dan jujur dan keempat; yang pandir dan tidak jujur. Apabila golongan pandir melakukan rasuah dan nakal, maka rasuah dan kenakalan membawa capnya. Jika beliau jujur, kadang-kadang kejujuran akan mengakibatkan kesukaran yang serius.”

Kepada pengundi-pengundi di Teluk Intan, persoalan sebelum memangkah di atas kertas undi BUKANnya isteri siapa yang lebih cantik daripada Dyana Daud tetapi, siapakah yang mewakili kelompok intelektual, yakni jenis pertama, dan siapa pula mewakili kelompok jenis kedua, ketiga atau keempat.

Tak ada hadiah untuk sesiapa yang menjawab dengan tepat menteri-menteri yang sejenis dengan kelompok keempat.

bruno 30 May 2014 at 15:30  

Anon,30 May 2014 08:56

Hehe.I have made many good calls and some bad ones too.The worse one was into believing that Tunku Aziz was one of the good guys only to find out later that he was 'double dressing'.Cheers.

Anonymous,  30 May 2014 at 19:07  

Mat Maslan???? Budak belum baligh tu ke?

Sumpitan Emas,  30 May 2014 at 22:54  

Cerita tentang kedangkalan tok dangkal oleh Prof Syed Hussein Alatas belum habis:

“Pada tahun 1963, barang pecah belah dan alat pemotong bagi Wisma Mahasiswa Malaya di Kaherah dibeli di Kuala lumpur dengan harga $6342.10. Kos untuk mengangkut barang-barang tersebut ke Kaherah adalah sebanyak $3389.90. Sebenarnya barangan tersebut dapat diperoleh di Kaherah dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur. Siapa kecuali orang PANDIR yang akan membeli barang seperti itu …Selanjutnya, peralatan yang dibeli sebanyak 350 set sedangkan asrama tersebut hanya menempatkan seramai 150 mahasiswa. Sepanjang proses pembuatan keputusan tersebut, entah di mana orang pandir itu MENGUKIR jejak otaknya. Akibatnya, kerajaan Malaysia mengalami kerugian sebanyak beberapa ribu ringgit disebabkan oleh GORESAN PENA orang pandir itu.”

“Pada tahun 1965 hingga tahun 1967, Jabatan Telekom kehilangan 1662 peti kabel tembaga seberat 598,556 paun yang bernilai sebanyak $926,844.20. TIDAK ada jabatan kerajaan yang dianggap bertanggung-jawab terhadap kehilangan ini…Hal ini sekali menunjukkan pekerjaan orang pandir.”

“Orang pandir mengumumkan mereka menginginkan pentadbiran yang cekap tetapi mereka memperoleh hasil yang buruk. Orang pandir mengumumkan mereka ingin melenyapkan gejala rasuah tetapi sebaliknya rasuah tetap berkembang. Orang pandir ingin membasmi kemiskinan tetapi kemiskinan masih ada malah makin meluas. Jurang perbezaan antara idea dan kenyataan yang ditemukan dalam masyarakat membangun membuktikan adanya kenyataan entah di mana dan terdapat hal yang tidak beres dalam pentadbiran. Pentadbiran yang baik TIDAK akan rosak disebabkan oleh pengaruh rintangan daripada orang PANDIR, bahkan dapat dilaksanakan dengan cara yang jauh lebih baik”

“Setiap kelompok dalam masyarakat akan meninggalkan ciri-cirinya dalam kehidupan social. Jejak-jejak orang pandir dapat ditemui melalui dokumen politik yang diterbitkan, PIDATO AHLI PARLIMEN, tajuk rancangan dan laporan berita akhbar, pentadbiran pemerintahan dan dasar-dasarnya. Dari sini kita dapat mencuba untuk membuat penilaian kualitatif tentang akibat yang berpunca daripada orang PANDIR. Tanpa mengetahui jumlahnya, kita dapat mengetahui sebahagian akibatnya. Misalnya, daripada RIBUAN orang yang diberi penghormatan atau penghargaan jasa di Malaysia sejak kemerdekaan pada tahun 1957, penulis hanya mengetahui hanya seramai EMPAT sarjana diberikan anugerah dan penghormatan. Dalam hal ini, penghormatan serta penghargaan kepada keempat-empat sarjana ini bukan disebabkan oleh faktor kesarjanaannya, berbeza dengan ratusan pengusaha dan ribuan penjawat awam. Hal ini merupakan petunjuk masyarakat Malaysia TIDAK menghargai para sarjana, tidak seperti di England, yang memasukkan sarjana dalam daftar kehormatan sebagai satu amalan. Ini menunjukkan bahawa TIDAK adanya penghargaan kepada sarjana sebahagiannya DISEBABKAN OLEH DOMINASI ORANG PANDIR.”

Apa lagi pengundi-pengundi di Teluk Intan perlu membuat pada 31hb Mei?

Anonymous,  31 May 2014 at 15:55  

When perkasa said they're coming abroad to garner support for their "jaguh kampung" agendas, a few of us young Malaysian Malays abroad, thought what BHell they're going to do us much damage - menjahanamkan kita yg telah brain drained. They should be denied entry by immigrations of the developed nations. Also they could arrive with false identifications.

Former US Ambassador to Malaysia, His Excellency John R. Malott could assist us, good Malaysians extensively in this matter.

Malaysians in Teluk Intan must vote in Dyana Sofya and she can work to prove critics and sceptics wrong by demonstrating she has loyalty, tenacity, the DAP fighter mentality and great substance of bringing in massive developments by learning unassumingly and working with exceptional commitment and integrity alongside the giant DAP people leaders serving the voters irrespective of ethnicity, inclusive those voters aligned to the hooligans of KJ's gang.Voting a party that is bullied by its gang within does not gel at all.

Applause and congrats to Mr. Ramkarpal and the determined voters for voting him and the time - tested ordinary people - centered party in reciprocation to the great services by his Dad, the Tiger of Jelutong.

To do significant affirmative actions and good deeds short and long term to salvage our maruah Melayu yg tahu membezakan serta praktik kebaikan serta keadilan dari kepuraan dan kejahaman.Fasting will start soon, hence it is not challenging to vote right. Is it not ?

Some time back, Dr.Ong Kian Hing was most sincere and appreciative towards a very young Malay talent so the recent threats thrown at him made one wanting, from then on, to just say that he is of any race from other nations, even a Latino for the reason of intelligence, non egotic and character except a racist / jaguh kg of entitlements from Malaysia.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP