Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 18 May 2014

Kita Tukar Wadah, bukan Tukar Aqidah!



Esok malam saya bersama rakan2 lain akan berkempen di Teluk Intan. Saya nak beritahu si anu dari Pulau Pinang- hang jangan dok kata Dyana tak boleh dapat undi Melayu. Orang Melayu akan keluar menyokong Dyana Daud sebab fakta nya dia Melayu lah. Ada 38% pengundi Melayu di Teluk Intan. Jika mereka benar2 berjiwa Melayu bukan berjiwa UMNO- mereka akan sokong Dyana Daud. Sebab yang mereka sokong itu Melayu bangsa nya, Islam agama nya.
Saya gerenti ahli UMNO pun akan sokong Dyana Daud ini. Budak2 pemuda UMNO awal2 lagi kata mereka akan undi Dyana Daud. Ada yang sudah mencari nombor Dyana pun. Orang Cina pun yakin kepada orang Melayu, mengapa orang Melau sendiri tidak yakin pada bangsa nya? cakap Melayukan semua nya dahulu kan?
Memang benar- ibu Dyana ialah ahli UMNO dan masih UMNO pun. Yang orang UMNO hendak maki wa hamun, Yami Samat ini kenapa? Dia ibu kepada calun DAP ini. Sebagai ibu dia akan sokong anak nya. lain kali, dia akan sokong UMNO. Kali ini dia akan sokong anak. Itu pilihan dia. Dan dia bukan mengundi di Teluk Intan- jadi sokongan nya kepada anak nya sekadar sokongan moral. Berdosa orang UMNO jika menyuruh Yami Samat membuang anak nya. Dia mengundi di Ipoh. Calun UMNO Ipoh bolehlah kempen untuk dapatkan undi nya.
Ada pemberitaan mengatakan, saya pun jadi MP ditempat majority nya Cina. Saya syorkan sebelum tulis baik buat sedikit research. Raub- majoriti pengundi nya Melayu. Melayu 49%, Cina 44% dan baki nya India dan orang Asli. Jika orang Melayu tidak keluar mengundi dan meyokong, tidak mungkin saya dapat majoriti yang sedikit lebih dari yang pernah di perolehi oleh Ng Yen Yen dalam tahun 2008. Melayu keluar menyokong calun yang mereka pilih kerana kerana mereka Melayu Malaysia, bukan Melayu UMNO.
Jadi saya hendak ingatkan orang Melayu Teluk Intan- keluar mengundi dan menyokong Dyana Daud kerana mereka Melayu Malaysia bukan Melayu UMNO. Tidak jatuh bangsa dan tidak keluar agama jika tidak menyokong UMNO. Langit tindak runtuh, dunia tidak kiamat jika tidak sokong UMNO.
Orang Melayu tidak mati bergelimpangan di Pulau Pinang walaupun BN dan UMNO tewas. Orang Melayu tidak mati bergelimpangan di Selangor walaupun PR yang memerintah. Orang Melayu lagi tidak mati bergelimpangan walaupun PAS telah memerintah Kelantan zaman berzaman. Bukan UMNO yang beri kita rezeki, bukan UMNO yang melindung kita orang Melayu.
Saya telah membaca banyak komen yang tersiar dan diberitahu oleh rakan2 tentang sumpahan dan caci nista yang dilimparkan oleh askar2 syber UMNO. Atau penyokong2 mereka. Kali ini dunia tahulah, yang ada lasykar gelombang biru bukan DAP, tapi UMNO yang mendanai kegiatan budak2 ini.
Dyana Sofia bt Mohd Daud- Melayu bangsa nya dan agama nya Islam akan bertanding atas tiket DAP. Lawan nya, ialah dari Gerakan, bangsanya Cina dan agama nya bukan Islam. DAP parti yang majority pemimpin dan ahlinya Cina menaruh kepercayaan kepada Dyana Mohd Daud bukan kerana dia Melayu- tapi budak ini lebih meyakini prinsip perjuangan DAP.
Prinsip nya sekali lagi- mendirikan sebuah kerajaan baik yang demokratik, yang memerintah mengikut prinsip perintah ikut undang2 dan yang menjalankan dasar2 pengkerajaan yang adil dan saksama. DAP memperjuangkan golongan miskin yang tertindas dari semua bangsa dan melindungi mereka dengan melihat mereka sama rata disisi undang undang. DAP memperjuangkan sebuah negara secular dan demokratik.
Sumpah serapah, caci wa nista seperti penjilat DAP, murtad Melayu, anjing tokong Lim akan dilimpar kepada calun DAP Teluk Intan ini. Ini semua akan menjadi perkara biasa. Perkara yang lebih penting ialah jentera PR, akan berusaha untuk mengekalkan kerusi ini dalam tangan PR supaya kerusi parlimen kekal 89 dalam tangan PR.
Kita rasa hairan mengapa penyokong UMNO dan orang Melayu yang menyokong UMNO tidak boleh menerima fakta yang paling mudah- yakni bukan semua orang Melayu melanggani dasar dan prinsip perjuangan UMNO. Jika orang Melayu tidak mahu terima UMNO- apa masaalah nya. semua orang ada kebebasan memilih wadah perjuangan politik mereka.
UMNO dengki kerana ramai Melayu menyokong Pakatan rakyat. UMNO dengki, ramai Cina menyokong PAS. Sokongan UMNO sekarang hanya dikampung2 dimana orang Melayu dikekalkan dalam kemiskinan, ketergantungan dan ketakutan. Melayu yang bertambah yakin yang tahu bahawa yang melindungi mereka ialah system undang2 dan kesedaran hak2 mereka tidak meyakini pembohongan yang selama ini dilakukan oleh UMNO.
UMNO, bertarunglah di Teluk Intan dengan mempersembahkan penghujjahan mereka dikalangan rakyat disana. Ada 38% Melayu di teluk Intan suatu angka yang agak besar untuk dipengaruhi. UMNO tahu- sokongan dari Cina ialah suatu yang gone case. Ia pun tidak yakin bahawa ia akan dapat tarik sokongan orang Melayu.
Tersepit diantara dua tebing tinggi ini apa pilihan UMNO? Ia mesti terjun kedalam gaung dengan maki hamun, sumpah seranah, carut mencarut nya.
Professor kangkung dari universti mana- beritahu media bahawa sebagai anak muda berumur 27 tahun, Dyana akan mendapati jalan sukar. Dia akan berdepan dengan isiu hudud dan sebagai nya. yang hendak tanya soal hudud ini kenapa?  Bukan hudud isu nya dalam PRK Teluk Intan.
Tapi kalau gatal juga hendak tanya, tanya sama UMNO adakah mereka sokong hudud dan jika sokong sila bentangkan bill mengubah akta mahkamah syariah. Tanya calun gerakan pasal hudud. Tanya shahrizat Jalil tentang hudud. Tanya Sahibussamahah Al Fadhil, al ustaz Najib Razak al Pekani tentang hudud. Jawapan yang Melayu UMNO beri akan sama dengan jawapan yang Melayu DAP ini akan beri.
Soal anjing menganjing ini sama- jika Dyana Daud dianggap anjing DAP, calun Gerakan ialah anjing UMNO. Dimana orang Melayu UMNO nak taruh muka, bila ada calun Melayu, Melayu UMNO mahu sokong calun Cina juga.
Adakah Melayu UMNO menganggap bahawa orang itu jadi Melayu hanya jika jadi  ahli UMNO?

13 comments:

Anonymous,  18 May 2014 at 21:54  

Orang Melayu akan sokong calon Melayu. Orang Cina akan sokong calon DAP. Itu pasti. UMNO gagal mengambil peluang dan strategi ini sebab dipimpin oleh seorang yang buta semangat membela kaumnya.

Your cousin - Pekan, Phg.

Anonymous,  18 May 2014 at 22:04  

Three cheers for DAP's lap dogs......hip hip hooray!!

Melayu jual diri pada cina.....elok lah tu!!!

Anonymous,  18 May 2014 at 22:09  

Bright future ahead for this person called Dyana Sofya..My vote for you bec of your open minded and fighting spirit. Teruskan perjuangan.. Dont give up..Semoga anda berjaya menjadi MP di Teluk Intan!

Telok Anson blood!

Anonymous,  18 May 2014 at 22:21  

three cheers for UMNO lembus!

bruno 18 May 2014 at 22:21  

Dato,in Umno where got a twenty seven years young Malay Lady got the chance to stand as an SA not to say MP.Even wanita big guns daughters over thirty something also got no chance lah.Main masak masak maybe lah.

Yes,many Chinese yesmen say Dyana cannot get Chinese and Malay votes.These people you give them carrots and they will stick the carrots down their throats.They will even called their dogs uncle too,if the dog can feed them carrots.

Myself,I am from the more optimistic ones.I am looking for at least a 5% increase in Malay votes for Dyana bringing the winning majority over 10k.Good luck to the young lady and I am keeping my fingers crossed that she wins big.

The three amigos,  18 May 2014 at 22:27  

Anon 22:04

please have a good dream of better days ahead if the PR with Dyana as one of it's leaders takes over Putrajaya.Think of the future of your families,friends and all Malaysians.Then ou will not be acting the way you did.Please grow up babe.

Unknown 18 May 2014 at 22:31  

Betula lah tu apa yg tok sakmongkol kata tapi wadah apa yg ditukar. Kalau wadah tu dah memang Tak bersih boleh kah hasilnya bersih?

Anonymous,  18 May 2014 at 22:33  

Hi Dato

Thanks for the write up. It is pivotal for us as a country to move away from the issue of race. God Bless you and hope you will help Dyanna to get the Malay votes in Changkat Jong.

If you are successful, UMNO will be trembling in fear!

And even if DAP loses, hats off for being brave in the selection of the candidate.

Anonymous,  18 May 2014 at 23:10  

Otak UMNO sudah jadi udang. Memang sudah jadi bodoh sampai tak ada batasan. Kesian mereka.

Anonymous,  19 May 2014 at 00:03  

A.Amin

Satu je soklan - tolong hurai skit bagaimana bersihnya UMNO? Tak nak hudud bersih ke sedang hari2 dok jaja kedaulatan Islam itu perjuangan UMNO?

Greenbug 19 May 2014 at 01:37  

Eh! Tiba-tiba pencuri lembu sebanyak RM250 juta tu sebut tentang kredibiliti, akauntability dan tentang moral... did I fall asleep Dato and things change without me knowing? LOL!

the mean machine,  19 May 2014 at 03:55  

Dyana said she came from a family of Umno members.Her parents are Umno members and her mother was one of Umno's first division lady secretary.Her uncles,aunties and cousins are Umno members.Many relatives and her friends are Umno members.In fact most of the people she knows from childhood to adulthood are Umno members.When family and friends go inside the voting booths,is it not family first?

Anonymous,  19 May 2014 at 06:03  

Orang Melayu jual diri kepada Cina, orang Malayu UMNO yang saya tahu. Please Dato campaign very hard for this bright and brave young lady. We are proud of her and pray she wins handsomely. We need people like you and her in political world. May Allah bless you both.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP