Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 12 November 2013

Agenda Politik Pas, Tahaluf Siasi dan Golongan Mat Sabu (Bahagian 2/3)



Sebagai pemerhati luar tapi yang berkepentingan, saya sukar menerima pelawaan melihat pertandingan pimpinan PAS yang akan datang sebagai pertembungan puak yang pro Anwar dengan puak yang mencurigai Anwar. Agenda PAS bukan ditentukan oleh Anwar Ibrahim.
Suka atau tidak suka Anwar Ibrahim adalah pilihan peribadi. Takkanlah perjuangan PAS sangat mudah ditentukan oleh orang lain?
Yang mencurigai Anwar berfikiran demikian kerana Anwar dikatakan ada kecenderungan Islam liberal. atau semata sangsi kepada Anwar atas apa2 sebab pun. Kalau Anwar ada tendensi liberal( maksud istilah ini tidak menentu) dan ianya bertentangan dengan Islam , sudah tentu ianya ditentang oleh semua dalam PAS –bukan suatu puak sahaja. There is no such thing golongan liberal dan tidak liberal dalam PAS. Yang saya tahu ada ialah golongan yang berkelulusan pengajian agama Islam dan yang bukan. Sudah tentulah ketrampilan dan pendekatan mereka berbeza atas alasan perbezaaan latar belakang. Matlamat nya tetap sama iaitu agenda PAS.
Untuk mencapai agenda tersebut, langkah PAS mesti melakukan adaptasi stratejik. Kecualilah agenda PAS ialah memulaukan diri untuk perintah sebuah negeri sahaja. Kalau bukan, maka adaptasi nya memerlukan elemen kepimpinan yang menenteramkan dan menyelesakan samaada rakan parti mahupun rakyat terbanyak. Jika ada adopsi pendekatan sebegini, ianya tidak bermakna PAS mengorbankan agenda besar nya yakni menyerapkan politik Islam dalam negara ini.
Inilah timbul nya tahaluf siasi. PAS merasakan perlu berkerjasama dengan gerakan popular rakyat. Jika kerjasama untuk muslihat yang lebih besar bertentangan dengan shariat, maka ianya patut dinilai semula. Tapi tentulah tidak munasabh tahaluf siasi dimusnahkan kerana ada golongan yang berkerjasama dengan Anwar Ibrahim dan ada golongan yang curiga pada Anwar Ibrahim. Kejayaan PAS mendapat hanya 20 kerusi parlimen yang mengakibatkan PAS menjadi parti rakan yang terkecil dalam PR bukan alasan untuk menggegarkan permuafakatan PR. Sebelum bergabung dengan PR pun, PAS tidak tercapai 20 kerusi parlimen pun.
Agenda besar PAS tidak ditentukan oleh Anwar Irahim dan jika Anwar Ibrahim mempunyai pendirian yang anti Islam- puak yang dikatakan liberal dalam PAS juga akan menentang nya. dasar keseluruhan PAS diawasi oleh Dewan Ulama pun yang akan mengekalkan perwatakan agenda PAS.
Suatu hari bila seorang pemidato menyebut istilah Erdogan, dengan secepat kilat akhbar milik UMNO dan sekutunya mempopularkan istilah tersebut. Itulah kerja UMNO- mengadu domba orang lain. Budaya UMNO ialah kalau tak kelahi dengan orang lain, mereka kelahi sesama sendiri. Seperti sekarang- budak2 Najib berkeliaran menjalankan jarum menjatuhkan Muhyidin.
Penggelaran erdogan dan bukan erdogan, ulama dan liberal, semua adalah istilah yang dicipta oleh musuh PAS. Matlamat nya ialah untuk menggambarkan PAS itu berpuak puak. Memang dalam PAS ada perbezaaan pandangan dan pendekatan- tapi tidak ada orang berjuang diluar agenda Islam. JIka golongan yang dikatakan golongan Erdogan menang, adakah mereka memperjuangkan perkara2 yang diluar pemantauan Dewan Ulamak? Jika golongan ulamak menang kepimpinan, adakah mereka berjuang diluar pemantauan badan seliaan PAS itu? Maka saya rasa adalah suatu yang futile untuk membahas pertandingan pimpinan PAS dari perspektif edogan lawan ulamak. Siapa pun menang, agenda Islam tetap lah yang itu juga.
Kita jangan melihat pertandingan antara Dato Nik Amar dengan Mat Sabu sebagai suatu pertandingan seperti yang berlaku dalam UMNO. Dalam UMNO bila berlaku pertandingan, membawa kepada perpecahan sebab matlamat perjuangan dan nilai2 anutan berbeza. Pertandingan UMNO untuk mencari kemenangan mendapatkan kuasa dan melaksanakan agenda peribadi. 
Pertandingan dalam PAS ialah proses mencari pemimpin yang dirasakan terbaik untuk mendepani agenda politik PAS. Dan oleh kerana pesaing2 beroperasi atas nilai Islam, pertandingan tidak diiringi dengan celaan dan perkelahian. Inilah pengamatan saya keatas PAS hari ini- dimasa akan datang bila PAS memperolehi kuasa kerajaan yang lebih besar, kita tidak tahu lah sama ada peyakit UMNO akan menghinggapi mereka.
Sedikit pun saya tidak sangsi dengan niat dan perwatakan tokoh2 umamak dalam PAS. Semasa saya berceramah dengan ramai tokoh2 ini, saya mendapati mereka ini semua orang2 yang sangat decent dan ikhlas dalam agenda PAS. Saya yakin ini dihasilkan melalui didikan nilai2 Islam dan ilmu Islam mereka. Mengenai keunggulan keperibadian tidak ada isiu lansung. Malah kepada saya, ia menjadi tarikan untuk mencontohi mereka.
Yang menguatiri saya ialah bila tokoh2 ini bergelut dengan isiu2 temporal atau hal2 keduniaan. Mengenai perkara yang bersangkutan dengan fekah, tauhid, kerohanian dan keimanan dan cabang ilmu Islam yang lain, kehandalan mereka tidak ada tolok banding. Hanya apabila bercakap mengenai isiu keduniaan kebanyakan mereka ini seperti anak kecil dalam hutan atau baby in the woods. Rasa hormat kita yang begitu tinggi kepada keperibadian Islam mereka itu yang menyekat kita mengkritik secara terbuka. Paling kurang itulah pendirian peribadi saya kearana saya diajar bahawa kita mesti memuliakan para ulamak.
Bagaimana mahu reconcile perwatakan overall PAS ini dengan tuntutan politik pratikal? Itulah sebab nya, secara peribdi saya merasakan, sebagai strateji, agenda PAS secara keseluruhan nya boleh dicapai dengan mempunyai barisan pimpinan yang boleh menunjangi PAS dengan masyarakat terbanyak. Dalam hal ini lah, PAS perlu pada pimpinan golongan Mat Sabu. Pimpinan yang boleh berkomunikasi dengan warga majority dalam masyarakat. Agenda PAS akan hanya dapat dilanjutkan dengan menjadi sebahagian dari gerakan popular rakyat.

9 comments:

bumi-non-malay 12 November 2013 at 05:20  

Sebenarnya Sultan media UMNO hanya sibuk nak hebohkan suasana kucar kacir dalam semua parti pembangkang..... terutama kepada orang melayu Islam....

Ingat dengan realiti hiburan UMNO Sesak Islam, Barang Naik (BN) dan KOS hidup Naik, JENAYAH, Korrupsi UMNO boleh dilupakan, ...orang melayu, cina. india, bangla, pakis, iban , kadazan....semua Ubah hidup supaya masa depan Sultan UMNO terus kekal .....

Biar UMNO hidup dalam permainan hiburan mereka....kita rakyat Malaysia hanya perlu PILIH SATU HARI buat TANGKAP/Citizen Arrest semua ADUN dan MP UMNO-BN & saudara mara mereka....lepas tu kita siasat...Tangkap dulu, siasat kemudian....macam Tembak dulu , siasat kemudian........Zahid Hamidi/Muhiddin Yassin!!

Anonymous,  12 November 2013 at 07:50  

Amat setuju Dato' pemimpin PAS perlu mengimbang kekuatan latar belakang Islam mereka dengan politik semasa. kecenderongan mereka mewujudkan konsep ketuanan agak mencemarkan persepsi teras dan hala tuju politik mereka. Kerana ada yang bertanya "apa beza nya UMNO ketuanan Melayu dengan PAS ketuanan Ulamak".

Anonymous,  12 November 2013 at 09:00  

Dlm PRU lulu, PAS melakukan kesilapan menyerahkan bebrapa kerusi Parlimen di Kelantan kpd PKR. Pengundi di Kelantan lebih selesa warna hijau & lambang bulan. Akibatnya beberapa kerusi dlm genggaman terlepas ke tgn umno. Calon PKR hanya kalah dgn undi sedikit. Sayang, tidak ada kesefahaman antara PAS & PKR...
Kekalahan kerusi Parlimen dlm PRU lalu patut diambil iktibar oleh PAS. PAS juga kalah dalam Parlimen di Wilayah. Nampaknya Allahyarham Dr. Lo lo lebih menyerlah dari calon PAS yg baru.
Watak Mat Sabu kadang kala tidak disukai gologan professional & pertengahan. Kalau dia bertanding di kawasan bandar, mungkin dia kalah. Jika beliau menang dlm saingan Timb President kali ini, style & wataknya sebagai org kanan parti perlu ada aura tersendiri yg lebih meyakinkan...

ibnmustaffa 12 November 2013 at 11:38  

Tuan ada silap sikit. Masa bukan dalam PR, PAS dah menang 27 kerusi masa PRU11 dahulu. Masa tu tuan dalam umno dan kami bersama dalam Barisan Alternatif yg baru setahun jagung ditubuhkan.....

ibnmustaffa 12 November 2013 at 11:40  

maaf, silap, masa pru 10 dahulu. Bukan 11.

Anonymous,  12 November 2013 at 13:48  

ye btl. Tp masih dikira sedikit kalau dikira sokongan melayu yg hebat pd BA masa tu. Lg silap mata umno selamatkan mereka.

Anonymous,  12 November 2013 at 17:06  

askm tok
....PAS secara keseluruhan nya boleh dicapai dengan mempunyai barisan pimpinan yang boleh menunjangi PAS dengan masyarakat terbanyak. Dalam hal ini lah, PAS perlu pada pimpinan golongan Mat Sabu. Pimpinan yang boleh berkomunikasi dengan warga majority dalam masyarakat. Agenda PAS akan hanya dapat dilanjutkan dengan menjadi sebahagian dari gerakan popular rakyat.......

tapi puak2 serban tebal dan jubah labuh dok sok sendiri..yg mereka ini adalah puak2 baik2 belaka... orang2 yg x berape baik2 x layak utk bersama pas...

Pok Li,  12 November 2013 at 19:46  

Pada PRU10 PAS bersama Barisan Rakyat yang pada dasarnya bersama2 dengan Keadilan dan DAP juga. Waktu itu rakyat bangkit kerana gerakan reformasi ekoran kezaliman Mahathir terhadap Anwar dimana ramai ahli UMNO sendiri bertindak mengundi pembangkang. Ini bermakna rakyat kebanyakannya akan menyokong PAS atas kerjasama dengan rakan pembangkang lain melawan kezaliman UMNO/BN. Tanpa kerjasama dengan rakan2 parti pembangkang paling kuat pun PAS akan hanya dapat perintah Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sabah dan Sarawak jauh panggang dari api. Itulah hakikat politik Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan Ugama.

Anonymous,  13 November 2013 at 11:46  

Yang saya perhatikan, pimpinan ulamak peringkat pertengahan sahaja yang gembar-gemburkan isu professional dan ulamak. Dulu-dulu takde pun istilah begini kerana golongan ulamak mendominasi kepimpinan. Dapat juga kita lihat, masa itu PAS hanya jadi ikutan orang-ornag kampung dan golongan masjid.

Apabila kepimpinan telah digabungkan , perkembangan pengaruh PAS memberi kesan nyata kepada puak ulamak. Mungkin kerana inilah, pimpinan peringkat pertengahan terasa tercabar dan keluarlah kenyataan yang kurang enak, " PAS perlukan kepimpinan Ulamak".

Satu hal yang perlu diperhatikan, puak Ulamak ni kurang menyerlah dalam segi politik, strategi dan sepak terajang politik, hinggakan tergamak menanda-tangani surat yang tidak memberi persetujuan untuk melantik seseorang menjadi PM kiranya PR menang PRU13 dulu.
Juga tergamak memberi watikah pertandingan atas desakan menantu.

Akui lah, golongan ulamak ni hebat berceramah, berkuliah tapi lemah dalam bab-bab berpolitik!!!

PAS perlukan golongan tidak ulamak walaupun mereka tidak fakeh ugama, kerana mereka golongan yang tidak melanggar hukum agama.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP