Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 4 December 2011

UMNO- dari Modal Insan ke Modal Lembu dan kemaraan Fascime UMNO

PAU 2011: Dari modal insan ke modal lembu dan kemaraan fascime.bahagian 1

Apa sudah jadi kepada UMNO? Mana parti yang di ransang oleh fikiran besar dan idealism? Mana parti yang di ransang oleh perjuangan emansipasi daripada belenggu penjajahan fisikal dan minda? Sayang seribu sayang, parti tersebut sudah jadi arwah dan sudah di talqinkan.

Sebaliknya, ucapan yang berapi api dari pemimpin biasa sehinga pemimpin besar UMNO di dengar sebagai jeritan nyaring dan kasar pemimpin2 dari sebuah parti yang lebih mirip kepada kumpulan yang di pimpin oleh Benito Mussolini. Ini suara dari parti fasis!

Ini pandangan saya mengenai PAU 2011. Ramai sudah pulang ke kampong halaman. Peniaga pun buat cheap sale saat akhir. Mungkin ada yang masih tingal di Kuala Lumpur sebab pemimpin mereka sudah bayar bilik dan beri duit belanja. Ini kelaziman para perwakilan.

Apa sebetulnya yang mahu di cerna selama PAU 2011? Fikiran besar dan pengucapan yang bertanggung jawab? Pengucapan yang mengutamakan kesejahteraan negara keseluruhan nya?

Tidak ada benda2 ini. Yang ada yang di cernakan ialah perkara perkara yang menyeramkan orang Melayu. Para perwakilan UMNO yang di sifatkan sebagai askar barisan depan UMNO di tanam dengan rasa cemas dan ketakutan. Orang Melayu terancam, mereka tidak selamat, harta benda mereka akan di rampas, kuasa mereka akan hilang, lambang2 budaya Melayu seperti insitusi raja akan di basmikan dan seumpamanya. 

Apa objektif cara ini? Pengawalan dan pengekangan keatas minda bangsa Melayu melalui cerita seram dan takut adalah cara sebuah parti yang fasis ( fascist) mengekalkan sokongan dan kuasa. Ia bukan amalan parti yang demokratik. Inilah yang sekarang terjadi keatas UMNO. The rise of UMNO fascism.

Perkara yang paling di fikirkan oleh pimpinan UMNO ialah sama ada para perwakilan yang bermukim selama 4-5 hari di KL akan membawa api semangat yang di nyalakan selama mereka berkampung disini. Bolehkah rasa cemas yang di cipta selama 4-5 hari tersebut dan cerita2 yang menyeramkan mengenai ancaman terhadap bangsa Melayu, agama mereka dan rasa benci yang di di tanam, dapat mengekalkan momentum askar2 barisan depan UMNO tersebut?

Pengekalan rangsangan emosi tersebut amat penting kepada pimpinan UMNO. Jika api rasa cemas, terancam dan marah jadi pudar, UMNO akan berada dalam bahaya. Jika perasaan itu terus membuak buak, maka UMNO ada peluang terus hidup.

Apakah yang akan di lakukan supaya perasaan tersebut di kekalkan?  UMNO ada Ahmad Maslan untuk menentukan program menanam rasa benci dan sieged mentality Melayu berterusan. Maslan akan menjaja kesana sini bagaimana Islam terancam, orang Melayu berduyun duyun di kristiankan.

Kesemua alatan media pandang dengar dan penulisan akan di gembelingkan untuk menanam rasa benci , cemas dan ketakutan di kalangan orang Melayu. Dalam bulan2 yang akan datang, kita akan lihat pimpinan UMNO akan menjadi lebih bingung, bernada bermusushan dan rasis. Semua pemimpin UMNO akan mengatakan orang Melayu berada dalam bahaya dan terancam. Musuh orang Melayu, bangsa bangsa lain di ketuai oleh komrad Guang Eng and Kit Siang, di sokong oleh Mulla Hadi dan Ayatullah Nik dengan kerjasama dari gayboy Anwar Ibrahim semua sedang berkonspirasi mengambil alih kuasa orang Melayu, merampas segala hak, menghapuskan budaya Melayu dan memurtadkan orang Melayu. Semua wanita akan di paksa membeli coli RM 26 ribu, lembu2 di hantar mendiami One Menerung, atau the Troika di ibu kota.

Untuk mengelak ini semua, UMNO mesti mengekalkan kuasa mutlak bagi pihak orang Melayu!. Kita akan lancarkan projek2 raksasa untuk meningkatkan kemajuan ekonomi. Kita akan agihkan projek2 tersebut sesame sendiri supaya ianya kekal di kalangan baka UMNO yang tulin.

Apa ini semua? Ini cara kuasa fasis mengekalkan kuasa dan bukan cara negara yang bercakap besar mengenai mengujudkan demokrasi yang terbaik di dunia.
Tapi apa sebenarnya bermain di benak para perwakilan dan para penyokong UMNO yang datang berkelana dan bermukim di ibu kota seminggu yang lalu?

Ada mereka fikirkan dan kisahkan apa yang di bahas dalam dewan? Rasa nya mereka tak kisah pun. Beli belah saat akhir lagi penting. Malam akhir di ibu kota, mesti di manfaatkan semaksima mungkin. Tahun depan, kalau ada rezeki, boleh jadi perwakilan lagi. Kalau UMNO tidak jadi kerajaan, PAU mesti di adakan. Masa itu perwakilan akan korbankan mereka yang di anggap telah menyebabkan kekalahan UMNO.

Bagaimana kita melihat PAU 2011? Impresi pertama, ialah UMNO nampak dalam keadaan cemas. Apabila cemas, perbuatan dan pengucapan kita kurang sopan dan kemas. Almaklum sahajalah, emosi menguasai pemikiran perwakilan UMNO.

Seperti biasa, isiu berat tidak mahu di bahas oleh perwakilan. Isiu ekonomi apatah lagi- ianya pun ilmu yang dismal. Tak menyerlah bercakap mengenai perkara yang berfakta. Tak boleh nak mempukimak, membangsat, melaknat. Tidak boleh juga hendak memondan dan membapuk walaupun ada menteri yang di atas pentas itu menteri ow ow.
Lebih baik bercakap apa yang mahu di dengar oleh para perwakilan. Perwakilan mahu dengar negara kita baik, kita pasti menang, kita bersih lagi maksum, Malaysia akan mati tanpa UMNO dan sebagai nya. Perwakilan nak dengar kita memukimak Lim Kit Siang, mempukimak Nik Aziz dan seumpamanya.

Dan oh ya, tidak lupa juga orang mahu dengar harga coli Shahrizat dan membuat spekulasi besar mana tetek pembahas yang mengatakan colinya pasti lebih mahal, kerana tetek nya lebih besar dari tetek Shahrizat. Jadi perbahasan wanita UMNO 2011 ini ialah teknik dan cara mengukur saiz coli dan tetek.

Kita jangan hairan lah dengan cakap besar dan bong ( kata orang Pahang) para pembahas UMNO. Itu semua untuk konsumpsi dalam dewan. Dan apa hal pula tiba2 dengan baiah? Dengan bangga nya, pimpinan UMNO berkata ini bersejarah kerana kita buat baiah. Sebetulnya, apabila sudah sampai pada tahap kena berbaiah, itu adalah petanda tidak baik untuk UMNO. Sebab ianya bererti dalam UMNO sudah tidak ada lagi orang yang boleh di percayai. Tidak lah salah jika orang mengatakan sifat umum UMNO ialah, ianya parti orang tidak boleh percaya lagi.

Baiah apa yang digemburkan oleh UMNO? Baiah yang berkesan hanya baiah yang ada gambar Seri Paduka Agung itu. itulah baiah ahli UMNO.

Orang yang tidak faham saikoloji orang UMNO akan mentafsir nya, sebagai semua sudah kembali normal. Ini jauh dari kebenaran. Yang sebenar terjadi ialah, perwakilan UMNO bersidang kali ini dengan rasa cemas. Panik di tunjukkan oleh Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden UMNO. Mereka bercakap macam orang sudah miring otak.

Tidak masuk akal DAP mahu mengkristiankan orang Melayu sedangkan DAP pun bukan kristian. Apakah orang Melayu ini aqidah mereka terlalu rapuh, sehingga jika ada bangsa lain menjalankan dakwah mereka, maka orang Melayu bersusun susun murtad? Jika demikian, amat lemah sekali aqidah orang Muslim di negara ini dan jika aqidah mereka rapuh, yang mesti di persalahkan ialah institusi yang menjaga Islam dan mereka yang menjadi kepala agama Islam. Mengapa hal ini tidak di bahas?

Islam sudah sempurna. Yang tidak sempurna dan mundur ialah kaum Muslim di Malaysia dan majoriti kaum Muslim di Malaysia ini ialah orang Melayu.

Siapakah yang bertanggung jawab kepada orang Melayu selama ini? jawab nya UMNO. Mereka mendakwa mereka lah pelindung dan penjaga orang Melayu. Mengaku mesti datang dengan tanggung jawab. Maka jika orang Melayu ketinggalan dalam pelbagai bidang kehidupan, kesalahan nya terletak kepada yang mengaku mereka penjaga harga diri dan kepentingan orang Melayu.

Sejak bila peringkat tertinggi UMNO pandai berbaiah? Main sumpah2 ini berlaku di peringkat UMNO bahagian. Boleh jadi wakil Ngganu kite, suke maing sumpoh sumpoh dok eh? Guana mu jjadi gini awang wei? Brayuk mok!

Dan apabila UMNO sudah sampai kepada mesti berbaiah sesama sendiri- itu tanda UMNO sudah tenat dan sudah tidak mempercayai satu sama lain. Keadaan ini macam orang bertanding pada peringkat jawatan dalam UMNO bahagian. Untuk mengelak dari pembelotan, yang bertanding menyuruh pengikut nya, bersumpah pegang Quran dan junjung surah Yassin.

Dan saya sudah menyaksikan dengan mata sendiri, kesan dari orang orang yang menjaja agama untuk kepentingan dunia. Ramai yang kecundang, dapat sakit dan ramai pula yang sudah meninggal dunia. Ucapan Timbalan Presden UMNO kali ini mengalahkan ucapan presiden PAS dengan selingan ayat2 Quran. Saya tanya ustaz yang menghadiri perasmian oleh Muhyidin, dia kata pembacaam Muhyidin tidaklah kemas. Adakah Muhyidin menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Sebagaimana yang berlaku kepada tokoh UMNO yang menggunakan agama untuk membeli dunia, kesan yang serupa akan melanda UMNO.

Sudahkah kita memikirkan kesan negative akibat bersumpah dan berbaiah dan menjaja agama untuk mendapatkan dunia? Ini sebetulnya bukti, UMNO boleh di kalahkan. Pemimpin tidak percaya kepada penyokong. Penyokong sangsi kepada pemimpin. Orang UMNO tidak percaya mempercayai satu sama lain. Saat kehancuran sudah hampir.

Di luar dewan, sebaik sahaja sampai ke bahagian masing2- mereka akan bersekongkol dengan tauke cina untuk melanun wang rakyat. Dalam dewan bukan main handal menghentam semua orang. Kita semua dah tahu modus operandi mereka. Mereka bercakap terkeluar biji mata, bertegang urat leher memekik agenda Melayu- agenda sebenar yang mereka kejar ialah mengisi kantong mereka sendiri dengan wang rakyat.

Ahli UMNO dan orang Melayu bukan lah bodoh dan jahil lagi. Mereka tahu banyak perkara; Azeez Rahim yang turut merasa terhina sebab warna kulit nya sama hitam macam kulit Zambri Kadir akan tertawa ke bank dengan kontrak membekal ambulance ke kementerian kesihatan. Itu dia dapat secara runding terus. Reezal Merican akan terus menikmati imbuhan daripada menjadi pemudah cara mengujudkan NFC. Ya tuan tuan, ramai mamat UMNO yang terlibat dalam scam membela lembu ini. sebab itulah ramai yang bermatian mempertahankan isiu lembu ini.

Yang haramjadah, UMNO hari ini ramai mamak tongkang ini apa hal? Lama kelamaan, kalau orang Melayu tidak waspada, UMNO akan jadi United Mamak dan Naina Organization. Jangan marah ya orang UMNO- sebab  kalau kita mempukimak orang lain, sehinga celupar memaki hamun tokoh agama, maka orang pun akan memaki kita.

57 comments:

Unknown 4 December 2011 at 09:01  

Dato',
HE HE HE ...udoh gaya macam blogger picisan upahan PAS ... dari segi ayat tu, memang tak berilmiah langsung. I thought I was reading a blog by PAS's followers ... is your blog has been hacked? :D

Anonymous,  4 December 2011 at 09:35  

morning dato sak

the fact they are in panic mode, truely potrayed in PAU 2011

well written facts dato

tq

blowdwhistle.blogspot.com

Anonymous,  4 December 2011 at 09:50  

pu**mak, bangsat, bapuk, pondan tu ilmiah sgt la?

Ariff Sabri 4 December 2011 at 09:55  

anon 09:50

saya tulis dalam bahasa Melayu pun kamu tidak faham? yang bercakap istilah2 ini adalah orang UMNO semasa perbahasan Pemuda UMNO. atau kamu tidak membaca kot?

baca sekali lagi artikel ini untuk faham. beri kamu 30 minit. kemudian buat rengkasan.

Melayu Baru,  4 December 2011 at 10:01  

Assalamualaikum Dato' Sak,

The method is crude, but the message surely hit the target audience.

Im talking about PAU.

What do you expect from feudal party? When it print the president, VP and minister, the size of the picture reflect their position in the party? When the party members cant argue with their leaders in view of their position?

Titled UMNO leaders need not control their members. They are subservient in the first place. They have subordinate mentality. At the same time, sharpening their claws (if there's sponsor) and selling the votes to the highest bidder.

As with the Malay masses, the strategy is to frighten. BTN is simultaneously running courses now with all the low level government servant. The message is exactly as said is UMNO - Bila PR berkuasa, abisla melayu... SO, it look like BTN is also using the same formula for UMNO...or are they the same person? Imagine duit rakyat being used to sow hatred against the citizen by 1Malaysia government. BTN is under Jabatan Perdana Menteri. The very same Haji leader, who went to Mecca, and started the 1Malaysia concept.... his own BTN is doing exactly opposite of that. Except you need not imagine because it is happening everyday.

So, UMNO and Govt still will not let the masses think. Put a bogeyman, make everyone feel that they are cornered and in danger, and they will win.

They will - because the taxpayers, the thinkers and the enlightened isnt in that crowd. Or the general voting crowd. They are in large enclaves of likeminded voters in unrealistically large urban constituency and is currently represented by the opposition anyway. And they are the minority.

Come next election, the bogey message will get through, the RM 100/RM 500 will do its magic, the NFC will be NFA, sure menanglah.

Doesnt matter if the country will crumble under the weight of debt, the economy slowing down and the FDI trickled down. These people dont understand.

So, unless the enlightened take the effort to reach out to these masses, the dream of changing is just that - a dream

While these crooks steal and plunder.

Melayu Baru

Anonymous,  4 December 2011 at 10:05  

Dato

I beg to disagree. UMNO is doing well to make a comeback and this PAU testify to the unity of its members to face the upcoming general election.

Keep it up UMNO!!!

flyonthewall,  4 December 2011 at 10:08  

The juvi-troopers target blogs that threaten their institution (dumno) most. Let the mindless jibes run its course.
But keep analysing, Dato'. The rakyat tunes into truths.

Anonymous,  4 December 2011 at 10:15  

United Mamak Dan Naina Organisation....lmao.
Makes my day.

Anonymous,  4 December 2011 at 10:30  

UMNO dan PAU cukup meloyakan dgn sikap hipokrit mereka kononnya membela Melayu. Jari jemari yang ditunjukkan kepada pembangkang sepatutnya dicocokkan kemata kelubang hidung kemulut sendiri bukan orang lain. Tukang-tukang sorak, tukang ketawa sukahati bila pelawak-pelawak membuat lawak-lawak bodoh dan lucah diatas pentas. Lepas selawat berderai masing-masing balek keceruk kampung sendiri, puas terhibur dengan hiburan bandar. Tak berubah perangai penganut agama UMNO ini selamanya!

Tom,  4 December 2011 at 10:35  

Alternatifnya Dato:

'United Myanmar and Nepal Organisation'

Anonymous,  4 December 2011 at 10:50  

Dato, you are so very funny . . .

But honestly what you wrote are facts and realities.

At least I think UMNO should give it a very serious thought. It may do them some good.

Anonymous,  4 December 2011 at 10:51  

Didi Malika,

Its so simple. The writer has writen about the truth and facts. And the truth always hurt. I know you are hurt or deeply pinched by the article.Malay proberb says SAPA MENTEDARAH CILI DIA LA YANG TERASA PEDASNYA.

Belajar muhasabah diri itu lebih baik dari melebel orang lain TIDAK BERILMIAH dan sebagainya yang ternyata menyerlahkan kebodohan awak sendiri. Kamu ni Malika, dah tahu bodoh, taknak belajar, susah la UMNO...........

Anonymous,  4 December 2011 at 11:17  

Apa pun kata orang terhadap Datuk, teruskan menulis.Terutama dalam Bahasa kebangsaan.
2.Tulisan2 Datuk adalah susunan pemikiran yang licin.Mudah difahami, mengambarkan otak yang berkerja dengan sempurna,
Aliran pemikiran datuk banyak mendedahkan bahawa Datuk tahu banyak perkara mengenai UMNO.
3.Saya belum pernah melihat Datuk berpidato,Tetapi, saya merasakan bahawa Datuk boleh berpidato dengan baik hanya dengan melihat secebis kertas.Sebab Datuk tahu apa yang datuk cakap.
4.Tulisan2 datuk memberikan banyak informasi kepada saya dan orang yang minat melombong maklumat.
5.Otak bodoh saya menjadi terangsang,Tulisan2 datuk Bab ekonomi dan syarikat GLC sangat membantu sya mengenali hati budi kerajaan,
6.Saya menimbang2kan pendapat2 datuk mengenai UMNO dan saya membuat keputusan: Saya tidak perlu menyokong UMNO!

-Haji Salah Kontrak JPJ.

Anonymous,  4 December 2011 at 11:29  

Dato', sudah setahun lebih saya membaca ulasan dari bolg Dato. Saya dapat merasakan perubahan minda orang melayu sekarang apabila membaca kebenaran yang Dato' tuliskan sungguhpun saya tidak mewakili mana2 party politik. Argument yang bernas & ikhlas di perlukan oleh seorang pemimpin.Syabas Dato'

melukut,  4 December 2011 at 11:55  

Salam Dato'

tahniah dato, tulisan anda ada isi bagi yang ingin berfikir... sistem demokasi ala parti2 bangsa ini akan pupus lambat laun. kita harus segera berubah dan berhijrah kepada sistem yang lebih baik. masa sudah suntuk! perjelaskan diatas kertas undi. ingat ABU pangkah ABU....

Mohd 4 December 2011 at 12:01  

Whatever, we can see the result of all this in the coming PRU13, OK?
Just relax and wait.

Beng Hai,  4 December 2011 at 12:47  

United Mamak & Naina Organisation? So fitting and already is, just like the claims made by ex premier where the Jews rule the world by proxy, here the mamaks rule UMNO by proxy too.

Anonymous,  4 December 2011 at 12:54  

Negara dalam bahaya. Lanun2 dan perompak negara baru habis meeting Agong mereka pd 3 Dis.

Lepas ni siaplah penjawat2 awam. Kontrek2 kerajaan yg sepatutnya di award melalui tender terbuka akan diarah olih lanun2 ni supaya dibuat secara negotiated tender dng alasan negotiated tender adalah lebih berkesan dan praktikal dari open tender.

Tiap2 tahun Audit report lapur berbillion RM hilang/rugi akibat Kerajaan beli perlatan dgn harga yg mahal sedangkan harga pasarannya rendah. Laptop yg bolih dapat dgn harga Rm2ribu dibeli dgn harga Rm14 ribu dan berjuta2 peralatan yg serupa itu.

Semua menyalahkan penjawat awam. Yang tidak dilaporkan bahawa arahan supaya kontrek pembelian ini dibuat secara negotiated tender ialah ia diarahkan olih lanun2 Umno untuk mereka senang merompak khazanah negara. Yg dapat kontrek ni semuanya juga syarikat2 kepunyaan lanun2 Umno. Inilah cara lanun2 ni merompak harta negara secara licik...iaitu melalui negotiated tender yg mana harganya adalah 10-50kali mahal dari harga open tender.

Anonymous,  4 December 2011 at 12:54  

sebab kalau kita mempukimak orang lain,...........wau awat Sak bahasa ko ni macam bahasa umno trooper je. No school jugak ko ni.Mana daknya darah orang umno masih mengalir dalamnya.

Anonymous,  4 December 2011 at 12:57  

Org yg masih pertahankan umno adalah org yg paling bodoh yg pernah ada dlm muka bumi allah ni..dh jelas terang lagi bersuluh pn masih nk pertahankan umno....aku pernah dgr petikan yg pernah dirakam secara rahsia..bks pm ckp...dulu zaman nabi mmg la janggut panjang.sbb zaman tu blum ada lagi pisau cukur...pemimpin yg mhina nabu mcn ni yg korang sanjung2kan...agak2 kalau la saidina omar masuh hidup sekarang nie..dia dgr org kata nabi mcm tu.agak2 apa saidina omar akan buat....

Anonymous,  4 December 2011 at 13:12  

Salam Datok Arif aka Sakmongkol,

Aku bukan ahli mana- mana parti. Aku hanya pengundi yang di sahkan oleh pelembagaan Negara. Posting Datuk kali ini , aku baca 3 kali, aku kunyah, hazam untuk memahami maksudnya, Berdasarkan pengalaman aku bersama pemimipin UMno peringkat bahagian dan setengah di peringkat negeri. Aku Tidak tidak bersetuju dengan posting Dato'ini, cuma aku tak susah nak setuju maksud pasal " coli" dan T----k( kerana dari Putingnya alir makanan membesarkan kita). Tanya lah sape yang ada pengalaman " pemimpin bahagian dan sbgainya ' hanya perlu kita jika ada guna kepada meraka' semangat setiakawan jangan harap kadang kita di lenyetkan sampai leper. Kalau perlu kita dia telefon pagi petang, siang malam. Apa yang dato'kata itu lah hakikatnya. Sejak itu kalau nak undi aku kena fikir beratus kali. ITu lah perangai dan tabiat nya. Mengata dulang paku serpih mengata orang dia bagaimana...macam maa nak percaya. 99.9999999peratus akau bersetuju dengan dato'.

Cuma satu dato' menyatakan kebenaran seperti dato katakan nantiu dato' dimusuhkan, mereka ada kuasa dan pengaroh...teruskan dato' demi kebenaran. Percaya kehidupan ini seperti roda dan tiada yang kekal. Sebenar nya kita kena ngerti "Makna Pekakas".

TQ Dato,

The Truth,  4 December 2011 at 13:13  

"is your blog has been hacked" by Didi Malika. See folks? this is why we need PPSMI. Do we want our kids to be like this fella?

Umno cronies' comments in blogs, articles, fb etc are more or less the same; NO FACTS,UMNO IS NEVER WRONG,UMNO LEADERS ARE CLEAN,NOT MAKING SENSE,SOUND STUPID,and most of the time CURSING.

Jins M'tara 4 December 2011 at 13:14  

Faktanya, orang UMNO sudah tak ada sopan lagi. Bercakap besar, sumpah seranah dan berbahasa lucah. Kalau pun PAS dan PKR suka berlucah, UMNO kenalah tunjukkan yang UMNO tu parti besar dan hanya bercakap benda2 besar seperti ekonomi, pembangunan negara atau penambahbaikan mutu kehidupan rakyat. Bangsat, bahasa lucah dan jerit menjerit tu kerja orang2 tak ada kelas.

Malangnya, dari Presiden, Tim. Presiden dan semua orang UMNO dah macam budak2. Cakap lucah2, cerita saiz tetek, cerita pasal seks dan seribu macam cerita bertaraf bangsat. Sebagai ahli UMNO, saya melihat masa depan UMNO menuju ke arah bangsat (bahasa Hj. Najib). Sebenarnya, Melayu tidak pun terjejas. Islam pun tetap terpelihara sebab Islam dijaga oleh Allah. Yang akan dibangsatkan adalah UMNO dan para pemimpinya termasuklah Hj. Najib, Muhyidin dan yang lain2.

Anonymous,  4 December 2011 at 13:15  

Faktanya, orang UMNO sudah tak ada sopan lagi. Bercakap besar, sumpah seranah dan berbahasa lucah. Kalau pun PAS dan PKR suka berlucah, UMNO kenalah tunjukkan yang UMNO tu parti besar dan hanya bercakap benda2 besar seperti ekonomi, pembangunan negara atau penambahbaikan mutu kehidupan rakyat. Bangsat, bahasa lucah dan jerit menjerit tu kerja orang2 tak ada kelas.

Malangnya, dari Presiden, Tim. Presiden dan semua orang UMNO dah macam budak2. Cakap lucah2, cerita saiz tetek, cerita pasal seks dan seribu macam cerita bertaraf bangsat. Sebagai ahli UMNO, saya melihat masa depan UMNO menuju ke arah bangsat (bahasa Hj. Najib). Sebenarnya, Melayu tidak pun terjejas. Islam pun tetap terpelihara sebab Islam dijaga oleh Allah. Yang akan dibangsatkan adalah UMNO dan para pemimpinya termasuklah Hj. Najib, Muhyidin dan yang lain2.

Anonymous,  4 December 2011 at 13:16  

Didi Malika, tahniah kerana masih hidup dlm penafian.

By the way, go and brush up on your tenses, nak cakap omputih bio le betoi nahunya...

Kak Yong

Anonymous,  4 December 2011 at 13:16  

Didi Malika, tahniah kerana masih hidup dlm penafian.

By the way, go and brush up on your tenses, nak cakap omputih bio le betoi nahunya...

Kak Yong

Anonymous,  4 December 2011 at 13:35  

Anonymous, 4 December 2011 10:05

You're indeed a blind fool.. just like the majority of them that attended the PAU..

bruno,  4 December 2011 at 13:43  

Dato,PKR took the fight into Umno home ground and their general assembly was far more succesful than Umno's in PWTC.PKR over turned the tables on elder step brother Umno.In turn PKR make Umno look like spoilt brats and crybabies.

Instead of talking about their track records,which Umnoputras have nothing good to talk about they took the easy way out.And that is to attack the opposition, fear mongering and defending the scandal tainted cow's lady minister.

This is the worst held general assembly Umno ever had.With the elections nearing and Umno's party machinery is in such a mess.No wonder master politician Dr Mahathir said that Umno might lose it's pants if an early election is called.This time around Dr Mahathir's well intended advice will become a self fullfilling phophecy.

Anonymous,  4 December 2011 at 13:48  

Don't underestimate the conscience. The umno guys may look confident and full of bravado. But deep down they know they are doing something wrong and one fine day they will have to admit it. I mean, how long can you keep lying to yourself,

bruno,  4 December 2011 at 14:02  

Quiet Despair,

Megat Junid is Umno youth assistant secretary Megat Firdaus Megat Junid.He said Umno youth will not support dirty candidates involved in money politics.With that it can be assumed that it includes candidates involved in corruption too.Can any present cabinet ministers and MP's not involved in corruption please raise their hands.I guessed not,so Thamby Chik is the only eligible candidate,besides the honest hardworking padi farmers,fishermen and Felda settlers.

Anonymous,  4 December 2011 at 14:29  

Saya teringat pada satu ketika dulu, Kumpulan Al-Maunah telah mengadakan acara bai'ah di kalangan ahli-ahlinya. Di samping itu, ahli-ahlinya juga diberitahu mereka memiliki ilmu kebal, boleh menentang apa jua senjata. Kumpulan itu akhirnya tumpas.

Dalam PAU yang baru berlangsung, ahli-ahli UMNO juga telah melafazkan bai'ah. Mereka juga diberikan kepercayaan dan keyakinan UMNO telah siap sepenuhnya dalam semua aspek untuk menghadapi pembangkang dalam PRU yang akan datang. Apakah mereka akan menerima nasib yang sama seperti Kumpulan Al-Maunah ?

Anonymous,  4 December 2011 at 14:29  

UMNO was just pandering to the base intellectual capacity of Malays.
It had to come to down to that level to be understood, admired and appreciated.

Human rights, democracy, transparency, freedom etc are lofty ideal to the Parcik and Macik.
It is the lurking danger from the DAP Chinese (which is bent on destroying the Malays as Hitler did to the Jews) that will instil fear in them.
UMNO was speaking the only language it knows.

Busuk Punya Olang!,  4 December 2011 at 14:32  

Mamaks are shit-stirrers. We gave to a Mamak led the country for 22 years. When a Prince came & claimed the throne, he was thrown out in a very dirty way.

Malacca was ruined because of Mamaks. Now they are in Malay Organization to ruin the country again. They are telling the Malays,"You're easily manipulated. You don't know how to govern the country! You gave your land to the non-Malays. That shows how stupid Malays are".

Just read back what Mahathir told in a recent interview :)

Mohd. Kamal bin Abdullah 4 December 2011 at 15:19  

Interesting article to read : http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2011/12/umno-is-fading-what-is-going-to-be-next.html

banten betawi,  4 December 2011 at 15:28  

Terbaeeek dari Dato SAK!!!

Keep it up Dato

Anonymous,  4 December 2011 at 15:37  

Dato',
PAU ni memalukan orang orang Melayu aje.Terpekik terlolong tak tentu pasal.Asyik nak salahkan pihak lain.Betul betul memualkan.tak ade class.

UMNO sudah mati,  4 December 2011 at 15:44  

Saya baru pulang holiday bersama family dari Medan Indonesia. Disana berpeluang bertemu muka dengan Khir Toya semasa bershoping disalah satu toko tenun batik terkemuka disana. (Jumaat 2/12/2011)

Khir Toyo menghilangkan diri semasa PAU 2011..??

Hahahaha..... UMNO memang parti pangkat, kedudukan serta wang ringgit. Contohnya Khir Toyo yang tidak ambil kisah lagi tentang PAU setelah beliau tidak lagi mempunyai kedudukan serta pangkat lagi dalam UMNO.

Languan "Hidup & Maju Melayu" bergema di PWTC hanya untuk dimulut sahaja.

Anonymous,  4 December 2011 at 16:00  

Quote:

"The delegates at the AGM will prefer not to touch on money politics, corruption, financial leakages at all levels of governance and management, the poor state of the country’s economy, the feudal mindset of the Malays and the many social problems faced by the Malay race.

These, startlingly, are not central to party leaders and delegates. They prefer to adopt to worthless rhetoric tinged with emotions and hatred for others. By bashing the Opposition is not going to drag UMNO out from quicksand. It only helps make the Opposition stronger.

The rhetoric on Chinese threats on Malay power is not going to sell either. Malaysians in general realise that no Chinese or Indian is interested in becoming the prime minister of the country. It is not the solemn ambition of any non-Malay in this country to become the prime Minister.

Their heartfelt aspiration is to see a serene Malaysia for all the people to cherish. Let an accomplished and righteous Malay lead them.

Quiet Despair,  4 December 2011 at 17:30  

UMNO is back in business with a vengeance. Ready to do battle.
The GOP is on a winning streak. It will win in style.
It was a well-orchestrated PAU,(not pau Tanjung Malim), led by maestro, Pak Jib.Say what you will, he's a smooth operator.
It was a symphony of feel good music.
All he wants is trust from the Malays and he will get it.
He does not have to lists out the agenda. Enough to say, trust us, don't let us down and we will not fail you.
That is what orang UMNO and the Malays want to hear. That they are protected and continue to be in safe hands.
Najib knows the Malay psyche. You don't have to pledge money like you speak to the Chinese.
Enough of saying you care. Just like any Malay parent who are very happy with the childrens' success and do not ask for more. If the kids give money, they will take it.
It's a well thought of speech amidst the scenario of Malays feeling left behind with the emphasis of 1 Malaysia.
And history was thrown in to remind the nons the sacrificies the Malays made and the ungreediness of the non-racist UMNO to accomodate others.
At first I wonder, why this man is giving us history lesson. And a long one at that.
After much self-deliberation, I think it is very apt.
And I love the way he portrayed gay boy as a peda'ah man. Hey I love the Pahang word for liars.
Also kedaloi and Sak's bong.
And thre's one Pahang word he may not know - sepan which describes a sucker or he sucks.
Though it's stale news and everybody knows, the way he said it made the delegates and the chairman asking cer cerita (tell us more) with delight.
I did tweet to Najib on why no delegates talk on his game-change and the assimilation of youths to the party.
But then, I think it's right that the delegates only talk of election since that's the main theme of the assembly.
Sak, you said you used cussed wors like ****mak to ape the delegates speech. Really? When did UMNO people use cussed language.
Jika benar, perkataan mencarut tu tiru orang PKRlah yang memang suka maki hamun orang.
The only thing I don't like about Najib is the lingo of speaking gggrr, krrrr, berrrr ala Anuwar. Lepas tu siap dengan tegang urat leher.
The best thing to come out of this assembly was that Pak Jib And Pak Din both endorsed each other.
This put to rest the opposition allegations that they are at loggerheads.
And I love the new word baiah. Wow Muhyiddin pandailah to come out with a pledge that shows UMNO is in unity.
Hahaha and also the fact that the three VPS offer to step down if not chosen as candidate.It was deliberately done to provoke others to do so too.
But there were no takers except for cowboy Ganu, Idris Jusoh. Hey that fella has no choice since he is not liked by the YDP Agong who is coming back soon to the state.
Rais and orang seangkatan dengan dia macam tak sanan (another Pahang word for buat dek or nonchalant).
To sum up, Najib has lists out the ingredients which UMNO is ready to cook a fine meal.

Anonymous,  4 December 2011 at 18:17  

Dato, I always look forward to your true and fair view analysis. Keep it up and God Bless.

Anonymous,  4 December 2011 at 19:32  

dato',

-bila dah habis bersidang balik ke kg atau ke lubuk perangai sama macam biasa. macammana nak buat duit, cambiasa cara2 menghalalkan cara.

-buat deal dengan taukeh2 cina melanun sana sini. sampai terlingkup harta negara.

-mamak muka tak malu, kalau bercakap memang kurang ajar. betul kata dato' umno adalah united mamak and naina org. mamak kasi sapu semua.

Anonymous,  4 December 2011 at 20:36  

Salam,

Saya selalu membaca tulisan2 Dato'. Dato' merupakan segelintir kecil suara2 rasional dalam UMNO tetapi malangnya tidak ramai yang ambil peduli pandangan2 bernas serta kebenaran yang diutarakan. Masyarakat melayu is far from being civil...sesuatu yang amat menyedihkan. - Shamsul

Anonymous,  4 December 2011 at 21:13  

Quiet Despair, you're a moron!

Anonymous,  4 December 2011 at 22:08  

Pada masa sekarang, rasuah dan salah-guna kuasa dinegara ini begitu ketara dan jelas dilihat oleh kita semua.

Malaysia berhutang begitu banyak sekali sedangkan hasil minyak mentah merupakan sumber pendapatan utama kerajaan persekutuan.

Pendek kata kalau pemerintah sekarang dibenarkan terus memerintah , saya risau apabila simapnan minyak mentah negara habis digali, lelaki dan perempuan tempatan akan terpaksa berkerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah dinegara-negara jiran.

Ya, Malaysia akan jadi Zimbabwe dirantau sini.

Anonymous,  4 December 2011 at 22:23  

WOW! Although I tried to understand the article as much as possible, this is your most fiery. F*****g good and direct.

Your point on mamak tongkang taking over is true. Malays will be the real losers ....... to the mamaks ...... manupilated by the mamaks.

Quiet Despair,  4 December 2011 at 23:00  

Reading some of the comments reminds me of a line from Macbeth which I did in High School. "Full of sound and fury, signifying nothing."
And the moron that takes the cake is Anon 21.13.
Passing unsavory remark with nothing to back up. Just like his idiotic paramount leader.

bruno,  4 December 2011 at 23:05  

Dato,a good read on an article by Hakin Joe posted in Malaysia Today.It is about Mr Moo when he was the "TAIKO" of Johore Umno's mafia.Mr Moo and his gangster associates,Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib tried to extort and strongarmed Stanford Holdings of 70% of their prime land bank in Johore,leading to subsequent court cases.

Doktor Muda 4 December 2011 at 23:41  

salam dato' & rakan2 blogger,

pemimpin & kebanyakan ahli umno x belajar dgn baik dek pengalaman lalu. dijadikan DAP yg rata2 disokong kebanyakan cina sbg musuh & diperangi habis2san. bukankah cina yg mneyokong DAP skrg ini juga menjadi penyokong BN dahulu? UMNO juga dahulu yg 'bersetuju' memberikan kerakyatan sbg rakyat malaysia,bukannya PAS jauh sekali PKR. hak mereka terjamin dr segi perlembagaan & wajar....

parti manakah yg mengaku membela melayu jika melayu marahaen kekal di pertengahan & bawahan? KPI 50 tahun sudahkah tercapai? saya yakin bangsa melayu tidak minta diberikan harta berpuluh juta, tapi mereka dahagakan pemimpin yg ikhlas & tidak SOMBONG. kekurangan sedikit2 tu diterima, tetapi jika dah berlebihan x boleh lg dikira sbg kelemahan tapi lebih kepada KEKUFURAN... PAU kekal sbg pentas gelak tawa & mencacai musuh. sedih....

nono,  5 December 2011 at 00:22  

Rakyat miskin kerana kos hidup melambong tinggi tetapi sebaliknya pemimpin UMNO kaya raya. Adakah dasar UMNO dan BN untuk memiskinkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang lain!!

Mana yang penting kebajikan rakyat yang berjumlah 99% peratus atau kebajikan pemimpin UMNO dan BN yang hanya 1% peratus??

Artikel Dato' telah menjelaskan tindak tandok politik UMNO dan semoga rakyat Malaysia mengambil iktibar dari issu yang ditimbulkan itu termasuk soal yang dibentangkan di atas!!

nick 5 December 2011 at 00:30  

"Alif, Mim, Nun tendang Wau, bacanya Sarkis"! And what a truly bad circus show it was. The PAU eating circus was truly gross and nauseating to the level that it invoked revulsion and vomiting in decent and ordinary Malaysian. A Pau that is old and stale in it's appearance and taste is tolerable BUT this year's PAU was cooked full of pus, maggot and other gut wrenching filth. Thank GOD it is now over and the air is clean and sane once more for Malaysia and it's citizen.

Nick.

Anonymous,  5 December 2011 at 00:59  

"PAU" ... tepat sangat tu!

GE 13 nanti "cau" mereka ! :)

Ketara sangat dah! Dari bercakap dan pidato berasas fikiran wajar, kali ini PAU sangat bau. Macam kerbau. Kalau PAU kacang hitam tu tak lah bau sangat! ;)

Seriously, bilangan orang Melayu di Semenanjung ada "bulk" hingga boleh berpecah - dengan hakikat "islah" dan survival. Dan ini ada hikmatnya terutama sekali jelas puak kecil elite UMNO telah tiada daya lain selain dengan cara lama - kongkong dan ketuk aja.

Anonymous,  5 December 2011 at 02:26  

Mungkin ramai diantara pemimpin umno telah terbayang2 gambaran ke atas kemungkaran yang telah mereka lakukan. Saat2 sakaratulmaut sedang hadir dalam proses mencabut nyawa mereka. Sebab itulsh msjoriti yang bercakap tak keruan kerana takut dan nak menegakkan kemungkaran yang telah mereka lakukan.Ada 'scene' sigembala sedang menaburkan habuan kepada lembu2nya sambil disambut dengan sorakan(takut?/marah) kedua2nya sekali. Lebit teruk dari UMNO 1946...

Sharpeville 1960,  5 December 2011 at 12:52  

Self criticism dalam parti parti fasis digunakan terutamanya untuk mendapatkan ortodoks dan ketaatan ketat di semua peringkat parti dan dan bahawa perbuatan kritikan diri, terdiri daripada menyedari kesilapan seseorang berhubung dengan pemimpin-pemimpin Parti dan mendapatkan hak untuk kekal dalam parti.
Pray tell us have you earn that right?

mad 5 December 2011 at 13:37  

it will be very interesting to watch umno when they loose the ge13. way better than watching any tv drama series in the past and present. for this reason alone it is worth my one vote to see umno fall.

azman 5 December 2011 at 15:32  

Berjaya baca hingga ke tulisan terakhir...apa yg Dato tulis tu mmg benar,saya sendiri agak terkejut dengan kata ahli UMNO masa PAU 2011 hari tu..

Anonymous,  5 December 2011 at 15:43  

Ha ha ha QD..

Nice Pahang Word, BDW, you have miss some others Pahang word..macam Pak Din sedang Membobok Pak Jib dengan memBa'ah. Bukan senalor Pak Din boleh membodek Pak Jib..and UMNO dah ketogohoi nak adakan PRU..ha ha ha.

Last sekali..QD jangan nak buat pede' dengan mengatakan BN boleh menang beso sebab kata Cik Wan..susah nak explain kalo' pemimpin UMNO asik buat isu...ha ha ha..sampai bila pun tak selesai..

Anonymous,  6 December 2011 at 14:47  

Dato,

Apa kesudahannya!Janji tuhan tetap benar.Bumi kita yang dikenali dulu sebagai Semenanjung Emas perlu di kembalikan pemerintahannya ke landasan yang betul, perlu diserahkan ke tangan orang-orang yang bertakwa sesuai dengan hadis nabi bahawa nanti, inshaallah di negara kita ini akan tertegaknya pemerintahan khalifah yang memulakan daulah ke seantario dunia..( sistem kapitalis ciptaan manusia termasuk demokrasi akan berakhir dan digantikan dengan sistem yang membawa manusia ke jalan yang lurus..Ihdinasshiro thol mustaqim) Tunggu saat dan ketikanya itu,selepas pilihararaya nanti..Nostradamus menyatakan "the blue turban will rule and conquer the world in the 21st century". Siapa dia yang berserban biru itu? Dialah nanti yang akan mengambil alih teraju pemerintahan di negara kita untuk membawa 'mankind' ke jalan yang diredhai oleh tuhan.Insyaallah.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP