The Rafizi Question . Sotoloyo series no 9
Ianya tidak memberi saya kegembiraan menulis article ini. Saya mahu melihat PKR utuh. Tapi ia mesti mengekali iltizam dan kesungguhan reformasi. Dan ia melakukan bloodletting yang perlu. Demikian ada nya.
1. Setiap kali saudara Rafizi membuat pendedahan mengenai serangan dan ugutan terhadap keluarga nya, kita kian menghampiri tahu siapa dalang sebalik serangan tersebut.
2. Atau boleh agak siapa dalang nya. Modus operandi serangan ini ada kesamaan dengan cubaan mengsabitkan Yusuf rawther supaya Budak tu mendapat hukunan yang lebih teruk.
3. Dalam Kes usop, dalang telah plant incriminating evidence yang kalau thabit , membawa musibah lebih berat ke usop.
4. Dalam Kes Rafizi,dalang ugut nak bubuh satu bahan yakni aids virus yang boleh datangkan musibah yang fatal .
5. Dalam kedua Kes, commonality nya ialah bubuh bahan yang bahaya.
6. Kaedah bubuh bahan yang bahaya, mestilah datang dari dalang yang berfikiran dan berpengalaman sama.
7. Jadi saya rasa, polis jangan selidik Kes Rafizi berasingan tapi bersekali dengan Kes usop.
8. Besar kemungkinan didalangi oleh orang yang sama. Sebab modus operandi bubuh bahan yang bahaya, adalah sama .
9. Dalam pada itu yang sangat mengecewakan saya dan saya rasa hampa, ialah sikap menteri KDN.
10 . Membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata
11. Ianya refleksi yang cela keatas kobolehan dan competence menteri KDN.
12. Dia seperti tak tahu nak mula mana. Hingga kini tidak ada lapuran sdibentangkan. Bila weh?
13. Tahun depan? Kita nak lapuran keatas kejadian serangan keatas keluarga Rafizi semalam, la samdol!
14. Benarlah seperti saya katakan - seluruh badan menteri KDN sama nilai dengan separuh saja otak Ghazali Shafie.
15. Harap perubahan yang berlaku pada dia ialah henjutan gaya dia berjalan dan mata mata kita terjojol macam mata fadlina tengok dia dah pakai velllfire.
16. Baru2 ni dia diperintah mahkamah bayar 670k pada MB Kedah.
17. Saya tak ejakulasi awal kata, tengok kerajaan tak campur urusan mahkamah. Iya lah tu wok!
18. Yang tarik perhatian saya ialah macam mana dia bayar? PKR bayar bagi pihak dia?
19. Kalau dia bayar sendiri, kita boleh agak agak sumber nya. Menteri PKR 2x5 dengan menteri2 dulu. Atau ikut kata menteri pelancungan, Kong kali Kong .
20. PKR jangan syok sendiri. Apa terjadi kepada keluarga Rafizi, juga refleksi cela keatas PKR.
21. Selain Anwar Ibrahim selaku 'presideng' PKR,kepimpinan PKR yang lain membisu.
22. Seolah olah mereka tak kisah apa berlaku keatas Salah seorang Dari mereka sendiri.
23. Seolah olah mereka berkata,padan muka kamu Rafizi, suka dedah sangat.
24. Wah! Parti guling2 atas jalan,baring depan truck FRU-yakni parti unruly behavior, tak kisah lawlessness berlaku atas ahli mereka sendiri.
25. Ia boleh bermakna, dibawah PKR,more lawlessness boleh berlaku.
26. Termasuk kecederaan yang lebih teruk termasuk asasinasi politik.
27. Nampaknya keadaan antara Rafizi dan PKR dah sampai tahap berpatah arang, berkerat rotan.
28. Kritik demi kritikan, pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh Rafizi yang mencederakan PKR, tidak mengundang response yang wajar.
29. Ia membayangkan PKR tak ada discipline parti dan tak punya harga diri. Makcik SU parti dah pergi haibernasi, agaknya.
30. Take the bull by it's horns , madam. Kerana gross insubordination dan breaches of party discipline, Rafizi perlu dipecat. Jadi pecat dia .
31. Mungkin makcik SU teragak agak kerana berbuat demikian akan menyebabkan 8-9 MP lain pun keluar parti. Dan ramai ahli lain turut serta .
32. Dan yang lebih merunsingkan lagi ialah PKR tinggal sekitar 20 orang MP.
33. Ia nya sesuatu yang tidak me 'gumbirakan' PKR untuk ia berdepan dengan PRU16.
34. Mungkin atas sebab2 ini PKR is stopped in it's tracks dan tolerate bad boy Rafizi.
35. Jadi apa seterusnya? Nak buek camno?
36. Ia bergantung kepada Rafizi.
37. If the mountain won't come to Mohammed, then Mohammed must go to the mountain.
38. Rafizi mesti istihar keluar PKR. Baharulah kebimbangan nashushiyon bahawa saya risau kita akan kehilangan Rafizi jadi kenyataan .
39. Bila itu terjadi sudah pasti ramai MP ikut serta Rafizi. Demikian juga terjadi exodus ahli2 PKR.
40. Tapi apa nak risau. PKR ada ramai lagi pemimpin yang ' berkalibar'. Hajjah NIA ada, amiruddin ada, ramanan ada dan ramai lagi .
41. Baharulah kita akan lihat pertembungan anak2 jantan secara terbuka. Rakyat berpeluang pilih siapa lebih baik .
42. “Apa tanda si anak jantan, Matinya ditengah gelanggang, Tidurnya dipuncak gelombang, Makannya ditebing panjang, Langkahnya menghentam bumi, Lenggangnya mengipeh semak, Tangisnya terbang ke langit, Esaknya ditelan bumi, Yang tak kenal air mata, yang tak kenal tunduk kulai".
0 comments:
Post a Comment