Himpunan puak2 reaksioner, rasis, pelampau kanan dan Uber religious. Bah. 1. Pak sontoloyo series
1. Janganlah kita mengharapkan perkara2 ajaib akan terbit dari himpunan 26 julai 2025 lalu
2. Oh, tentu himpunan ini akan bercakap mengenai reformasi, korapsi, kos kehidupan yang Kian meningkat, derita rakyat, pengurusan pengkerajaan yang bebal dsb.
3. Itu harapan setengah Dari kita yang beroperasi sebagai aktivis bebas, pengkritik kerusi empuk dll
4. Pertama dan utama, kita mesti sedar bahawa ini himpunan puak reaksioner dan pelampau kanan dan rasis.
5. Perkara2 didalam para 2 hanya di cakapkan setakat menghiburkan dan membohongi kelompok manusia dalam himpunan tersebut.
6. Dalam himpunan mereka yang mudah dikelentong , jumlah mereka ramai sekali .
7. Perkara2 ini hanya mendapat cakapan yang sambil lalu saja. Keseriusan hal2 tersebut ditenggelami oleh jeritan dan pekikan turun Anwar. Itu mesej yang utama nya .
8. Yang lain2 itu, seperti kata sm Salim, hanya penghias zapin .
9. Himpunan tersebut sebetulnya menutupi 2 kegagalan PN .
10 . Pertama, ialah gagal membuat usul undi tak percaya. Kedua ialah memenagi PRU.
11. Mengharapkan Anwar Ibrahim letak jawatan secara sukarela adalah sesuatu yang jauh panggang dari api. IA takkan berlaku.
12 . Jadi pilihan yang ada ialah membuat suatu himpunan besar bikin ribut dan goga dan gegak gempita .
13. Sambil itu menyenaraikan beberapa isiu keresahan rakyat yang dicakapi secara sambil lewa. Objek sebenar ialah menenggelami isiu2 tersebut dengan pekikan dan teriakan turun Anwar. Di iringi tasbih dan takbir dan pembacaan doa qunut nazilah .
14. Adakah pas, penganjur.utama himpunan tersebut menganggap Allah pasti menyebelahi mereka bahkan seorang ahli pas? Astaghafirulah!
15. Saya tidak akan kata baca qunut nazilah boleh tak boleh atau patut tak patut. Seorang Muslim yang lain ,adakah dia boleh menegah Muslim yang lain membaca Kalam Allah?. Siapa kamu? Ustaz sontoloyo?
16. Yang terbaik ialah puak pro Anwar membaca doa lain menyaingi qunut nazilah. Doa lawan doa. Baru kena, samdol.
17. Kita tinggalkan bahasan agama sebentar dan kembali kepada soal pokok.
18. Yakni kegagalan PN membuat usul undi tak percaya dan memenangi PRU. Tutup dengan suatu himpunan Woodstock concert.
19 . Ia mengingatkan kita supaya jangan dekat dengan orang pas. Jika kita tak setuju dengan mereka, mereka mendoakan kecelakaan kepada kita .
20. Sama seperti orang pas, jauhi diri Dari Uber nasionalis dalam bersatu, puak menyalak tepi jalan dll.
21. Seperti yang saya katakan, ini adalah himpunan puak reaksioner, rasis, pelampau kanan, Uber nasionalis dan puak Uber religious.
22. Tujuan utama dan pertama mereka ialah mengebalikan Malaysia kepada cara pentadiran fiudal dan mengekalkan status quo.
23. Janganlah kita mengharapkan perkara2 yang mereka cakapkan seperti yang kita harapkan .
24. Himpunan ini adalah respons ketakutan kepada reformasi yang hendak dibawa oleh Anwar .
25. Adalah penting untuk orange yang berada dikeliling Anwar supaya tetap kekal salam sempadan reformasi.
26. Puak2 yang menganjurkan himpunan suka jika Anwar berdolak dalih dan lengahkan agenda reformasi. Bolehlah mereka anggap Anwar sebilah kapak masuk hutan. Pokok2 akan kata mamat ni geng kita sebab Hulu nya dari kayu jua.
27. Jadi apa yang hendak ditakutkan jika himpunan seterusnya dijangka lebih besar? Ianya adalah himpunan puak2 reaksioner!
0 comments:
Post a Comment