Pasukan Anwar Ibrahim dan panjanghayat politik nya. Perkhidmatan awam. Bah. 1. Pak sontoloyo series no 3.
1. Dalam satu temuramah dengan charlie rose, lee kuan yew berkata:-
2. Panjanghayat politik atau political longevity seorang pemimpin itu bergantung kepada 2 perkara .
3. Pertama, samaada pemimpin tersebut dapat mengekalkan kepercayaan dan keyakinan rakyat bahawa dia sebenarnya ejen perubahan seperti yang digambarkan.
4. Whether he can keep the faith of people in him as the reformation agent that he sets out to be .
5. Atau keadaan nya adalah sepertiri ribut dan guruh berdentum dentam tapi hujan nya sedikit atau tiada . Ini lah yang akan terjadi bila mulut laju dari otak.
6. Oghang2 PKR dan penyokong2 Nana Non tentu tak suka kawan cakap gitu. Tapi kawan kene kabhor getek . Kalau tak Anwar dengan awok2 seme ke air. Wabe!
7. Reformasi yang dilaung2kan layu dan longlai . Ia tidak dilaksana atau dilengah2kan dengan 1001 alasan .
8. Resamnya wok , kalau kita nak menukul besi, tukuli la ia ketika ia panas.
9. Tidak semena mena, reformasi yang dipekik dan dilaung2kan serta diteriak gegak gempita, kini ditenggelami oleh jeritan MADANI.
10. Apa nnatang benda ni? Ianya kepada saya, adalah usaha mengalihkan tumpuan daripada reformasi yang kaput .
11. Mintak maaf, dalam bab reformasi ni, nampaknya, Anwar gagal
12. Ternyata reformasi yang revolusioner, bukanlah seperti minum teh tarik, makan pasembur atau makan nasi kandar beratoq
13. Faktor ke2 yang menentukan panjanghayat politik Anwar ialah samaada janji2 yang dibuat, dilaksanakan.
14. Umum mengetahui bahawa banyak janji2 hanya rethoric dan omongan kosong saja.
15. Harga minyak, ptptn, harga barang dapur, tol, cukai etc dan yang paling ketara, membenteras korapsi semua yilek!
16. Kita tidak kagum dan terbuai dengan cakap jika ia tidak disertai perbuatan .
17. Kedua2 faktor menunjukkan Anwar dan kerajaan yang dimpimpin nya akan jadi one trick pony.
18. Tanggungjawab utama dan terbesar adalah diatas bahu pemimpin2 PKR untuk mengkoreksi Anwar.
19. Jika tidak, kuasa dan kerajaan yang kamu ada akan bungkem! Bahkan ada antara kamu akan masuk jel!
20. Saya tidak segeliga lee kuan yew, tapi saya ingin menambah 2 faktor lagi yang pada hemat saya menentukan panjanghayat politik Anwar .
21. Pertama, ia bergantung kepada imej yang mahu Anwar tonjolkan kepada umum.
22. Itu kerja Anwar sendiri atau dia punya image consultant.
23. Ke2, ia bergantung samaada Anwar punya satu pasukan yang kongsisama reformasi state of mind nya dan visi nya
24. Hal ini yang hendak saya bahaskan. Machiavelli kata , ujian pertama untuk estimate intelligence se2orang ketua ialah melihat orang2 dikeliling nya .
25. Sayang nya Anwar melantik samdol2 sebagai menteri . Membuat credibility Anwar terjejas
26. Orang yang bagus dah terpelanting. Nik nazmi boleh lah awak kata neither here nor there punya kualiti. Orang bagus macam Wong Chen awak biarkan je
27. Penjawat awam yang berkerja dengan Anwar boleh nenaikkan atau menurunkan reputasi Anwar. Orang selalu lupa membicarakan peranan little Napoleons ni.
28. Sebelum kita bercakap mengenai 'duds' dikalangan menteri yang dilantik oleh Anwar, kita bincang sikit mengenai kualiti penjawat awam.
29. Di India, ada seorang MP wanita yang menjadikan business nya menilai work ethics penjawat awam.
30. Dia bertanya mengapa orang awam terpaksa menunggu terlalu lama untuk talipon mereka dijawab?
31. Atau surat yang dihantar dalam bentuk email mengambil masa berbulan untuk dijawab?
32. Atau suatu permohonan mudah mengambil masa sebulan untuk kata ya atau tidak? Kalau là ma, jawapan nya ya, bolehlah meringankan sakit hati. Tapi kalau gagal, tidakkah sakit lagi hati?
33 . Satu amalan yang menjengkilkan ialah the merry go round treatment.
34. Siketua jabatan A yang menerima permohonan asalnya delegate ke pegawai B .
35. B delegate ke ketua kerani C yang delegate pula ke kerani biasa D. D pula delegate ke kerani rendah E.
36. Tidakkah ketua menyedari bahawa dengan setiap tahap delegate, kualiti decision making menurun?
37. Tidakkah siketua memikirkan mengenai impression orang awam kepada merry go round treatment ni?
38. Yang terpaling menyakitkan hati ialah situasi orang awam terpaksa menumbuk rusuk untuk mendapatkan keputusan cepat dan favourable.
39. Kesemua ini terjadi kerana pemilihan penjawat awam kita tidak didasarkan diatas prinsip excellence, meritocracy dan incorruptibility.
40. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pemilihan penjawat awam di ' weaponised '.
41. Yakni, penjawat awam dijadikan wadah membumiputerakan perkhidmatan awam.
42. Perkhidmatan awam yang diperlakukan sedemikian rupa, sebetulnya is to give effect kepada morbid nationalism UMNO Baru .
43. Iaitu memelayukan perkhidmatan awam tanpa menghiraukan mutu, excellence, incorruptibility dan tidak menghiraukan merits.
44. Biar saya cakap dengan Telus dan tidak berat sebelah. Cara UMNO baru itu adalah aplikasi chauvinistic nationalism keatas perkhidmatan awam .
45. Satu kesan yang tidak diingini ialah perkhidmatan awam mungkin menjadi kemasukan' riff raff' dalam masyarakat. Janganlah jadikan perkhidmatan awam sebagai employer of last resort- masuk je asal melayu, mutu tidak kira.
46. Cara yang demikian wahai pembaca yang budiman, akan hanya mengorbankan soal2 excellence, mutu, merits dan mengorbankan variable yang terpenting buat masa ini, iaitu incorruptibility .
47. Wakil Anwar Ibrahim mesti menerapkan ethos yang baik untuk perkhidmatan awam. Iaitu menjadikan perkhidmatan awam satu entiti yang mendaulatkan mutu, excellence dan incorruptibility.
48. Kenapa? Sebab sesuatu dasar politik hanyalah sebaik ianya dilaksanakan. Dan itu peranan perkhidmatan awam .
49. Perkhidmatan awam boleh mengukuhkan atau mensabotajkan dasar politik.
50. Maka amat penting sekali perkhidmatan awam berkerja rapat dengan politisyen. Memberi nasihat yang jujur, Telus dan impartial.
51. Penjawat awam mesti sedar bahawa tidak ada iron rice bowl dalam perkhidmatan awam. Mereka yang incompetent, korap Dan buat janji2 palsu mesti dibuang atau exited of.
0 comments:
Post a Comment