Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 9 August 2022

Tiada siapa lupa 1mdb, waghih wei. Bahagian 2/2



1. saya mulakan bahagian 2 artikel ini dengan muat turun lagu yang cocok untuk mat ayam den lapeh.

2. Seperti dalam lagu tersebut, tiada lain terbit dari nya melainkan malang dan musibah kepada ramai orang.

3. Malang untuk mat ayam den lapeh kerana gagal segagalnya membaca perasaan rakyat, peduli mengenai 1mdb.malang untuk ghakyat umno dikutuk terus serta dihina rakyat Malaysia. Yang anti perasuah dan perompak2.

4. Malang sungguh dan bala pada umno kerana disebabkan keceluparan mulut satu orang dan angkara setitik nila perasuah dan perompak, umno bukan role model yang baik untuk masyarakat .

5. Mungkin tidak sampai pada tahap orang membenci umno tapi sampai pada tahap menjadikan umno tidak releven kepada orang melayu.

6. Anda fikir ianya mustahil? Dalam pru 14,setelah 60 tahun berkuasa orang melayu menolak umno. Bukankah puasa mengajar kita meninggalkan perkara2 yang biasa kita buat, dan kita bertambah sihat kerana melakukan nya?

7. Mat adl akan menyesali kenyataan nya melayu tak peduli 1mdb. Tak peduli akan wang disonglap sebagaimana di beritahu pac. Demikian madah mat adl.

8. Den sangko lamang nasi tuai
Kironyo ta tumpah kuah gulai
Awak ke pasa ala usai
Oi la malang den nai
Ooi hoi ayam den lapeh
Ooi hoi ayam den lapeh

9. Terlajak perahu boleh di undur
Terlajak kata buruk padahnya.
Statement rengkas mat adl adalah satu terrible reflection and indictment keatas bangsa melayu .

10. Ia "implies" bahawa orang melayu tak hiraukan rompakan Dan rasuah asal saja perasuah dan perompak itu melayu, terlebih lagi kalau dia umno.

11. Bukankah statement itu suatu damnation yang dahsyat mengenai bangsa melayu? Melayu itu bangsa yang kuat mencuri,kuat makan duit dan tidak sekali kali boleh dipercayai? Semua ini angkara keceluparan mat adl.
Cakap Siang pandang2
Cakap malam dengar2, waghih.

12. Yang tidak pedulikan 1mdb,rasuah,perompakan, pencurian serta pelbagai bentuk pencabulan kuasa adalah mat ayam den lapeh. Dan oleh kerana dia pemimpin umno,mewakili golongan umno yang seminda dengan nya yakni pengikut2 buta umno.

13. Realiti nya rakyat peduli itu semua seperti berikutnya:-

KISAH BENAR YANG AMAT MERUNSINGKAN MALAYSIA...

Sungguh kronik permasalahan rasuah ini di Malaysia. Dari PM, menteri², Timb. menteri, KSU, Ketua Pengarah, Pengarah negeri, timb pegarah negeri, Pegawai Daerah , kakitangan teknikal jabatan² kerajaan , kakitangan pengutkuasaaan , kakitangan Jabatan Agama, Jabatan Baitul Mal, Jakim ramai yang terlibat rasuah . Dah jadi barah teruk tahap lapan. Semua yg menjawat jawatan awam pusat dan negeri ramai yang terlibat rasuah , makan duit tepi , makan komisyen, makan bulan², makan komisyen dari kontraktor² yang diberi projek. Malaysia ini dah jadi lubuk rasuah, dah tak terbendung manakan tidak menteri² terlibat rasuah , didakwa akhirnya semua lepas sebab hakimpun terlibat rasuah , Pesuruhjaya SPRM terlibat rasuah , kakitangan SPRM ramai yang didakwa terlibat rasuah.

Sempadan negara, perairan negara, pintu masuk negara semua bocor, semua mudah dibolosi oleh sendiket² kerana mereka tahu di Malaysia ada sogokan, ada duit untuk penguasa² kerajaan bertugas semua boleh lepas. Itu sebab apapun masalah termasuk pendatang asing ikut laut , ikut darat boleh lepas masuk . APMM pun dikhabarkan senang dibolosi dengan duit , Jabatan Laut dan Marin semua mudah dibolosi , habis itu kita nak cakap apa lagi. Memang kerajaan yang ada memang tiada ikhtizam nak benteras rasuah sebab mereka sendiri terlibat rasuah , menteri² kaya-raya, tak padan dengan gaji tak sampai setahun jadi menteri dah kaya luar biasa.

Apa yang dikatakan oleh Pengarah Nakortik Bukit Aman Dato Ayob Khan itu adalah realiti dalam Jabatan Polis sendiri. Bukit Aman itu lubuk duit bagi penjenayah, ketua² sendiket haram , dadah , judi, maksiat . Mereka membayar pegawai² polis satu paku , dua paku , tiga paku , tiga , empat bintang semua dibayar . Cuba tengok Ketua Polis Negara,Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah mana yang tak kaya mana yang tak hidup mewah, rumah besar yang dinilai tak mampu dibeli jika menggunakan duit gaji mereka . Kereta² mereka walau tak semua , rata² mewah² dan berharga ratusan ribu . Mana mereka dapat duit jadi kaya raya dan jadi senang sebagai penjawat awam.

Ayob Khan mungkin ditamatkan perkhidmatan lebih awal kerana membuka pekung pegawai² besar Polis ramai yang rasuah . Ayob Khan adalah baki manusia berjawatan dalam Polis yang masih ada iman , ada pegangan agama, tahu takutkan Allah SWT , sedangkan yang lain dah lebih teruk dari mereka yang tak beriman , hidup makan duit hasil yang subhah , bagi anak bini makan hasil subhah , pergi melancung duit yang subhah , pergi haji duit subhah, serba serbi bagi mereka boleh sahaja.

Dato Ayob Khan berkata macamana dadah nak dihapuskan di Malaysia kerana dia memerangi dadah sendirian, pegawai²nya sendiri ramai yang terlibat dengan sendiket dadah, menjadi talibarut sendiket dadah, menjadi pengkhianat kepada bangsa dan negara. Pegawai² Nakortik sendiri yang melindungi sendiket dadah, serbuan gagal rahsia bocor awal kerana Pegawai Polis sendiri melindungi mereka .

Bekas IGP Hamid Bador pun berkata yang sama seperti Dato Ayob Khan. Pegawai² besar berbintang² di Bukit Aman dibela , disuap oleh ketua² sendiket haram. Hinggakan Tan Sri Hamid Badur mencadangkan supaya diteruskan IPCMC yang bertujuan untuk menyiasat salahlaku Pegawai dan anggota Polis.

Negara Malaysia telah masuk ranking negara kedua di dunia yang termasuk dalam indek paling kuat mengamalkan rasuah. Itu sebab PM, menteri² Malaysia tiada negara yang ingin berkawan dengan mereka , mereka dipandang hina macam kita pandang babi. Menteri² dan PM kita tidak dilayan, tidak dihormati oleh negara² luar kerana nama² mereka ada dalam senarai orang² yang terlibat rasuah.

Apakah kita patut buat ? , kita kena pastikan negara ini bertukar kerajaan yang tidak korup, kita perlu humbankan pemimpin² umno-BN sekarang kerana mereka lah yang membenarkan rasuah ini berleluasa, merekalah yang menguasai SPRM, Polis dan Tentera . Kita kena pastikan anak² kita, saudara mara kita menjauhi mengundi umno-BN kerana undi umno-BN itu bermakna memilih kecelakaan, memilih kehancuran dan memilih kerosakan.

Anak² muda yang melebihi umur 22 tahun keluarlah mengundi PRU15 nanti , ramai²lah bantu keluar mengundi menumbangkan kerajaan yang ada, tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang , ini kerana mereka tidak akan berbuat baik kepada negara dan rakyat. Mereka telah digelapkan hati mereka dengan hasil² haram.

Kita cuma ada satu pilihan ditangan kita sekarang. Jika kita tumbangkan muka² menteri yang ada sekarang bermakna rakyat tumbangkan kemungkaran.

Rakyat boleh memilih kerajaan yang akan membenteras rasuah secara total , kita minta dijalankan hukuman mati kepada pesalah rasuah seperti di Indonesia , China dan Korea Utara. Selagi negara diperintah, muka² menteri yang ada ini , menjadi menteri semula kerajaan dan negara ini tak akan berubah, tak akan dapat bersaing dengan negara² lain dan tidak akan dihormati oleh dunia.

14. Maka dakwaan bahawa rakyat tidak peduli 1mdb, ternyata bohong.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP