Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 5 September 2021

Wa'adat Sang Sapurba

1. Satu lagi isiu penting yang saya ingin bangkitkan adalah bagaimana kita bolih ingkar perintah raja atau enggan mendengar perintah nya tapi perlakuan kita itu tidak bolih dianggap sebagai menderhaka.

2. Untuk tujuan tersebut, kenalah saya rujukkan minda pembaca yang budiman, kepada perjanjian dizaman antah berantah, antara Sang Sapurba(SS) dan Demang Lebar Daun. (DLD)

3. Ceritera atau cerita atau hikayat antara dua tokoh tersebut mungkin suatu metos, tapi ia meletakdasarkan satu prinsip terpenting yang akan saya huraikan dalam perenggan2 berikutnya.

4. Cerita mengenai mereka berdua dalam Hikayat Melayu atau Sulalatus Salatin mungkin satu metos sahaja, tapi prinsip sumpah setia atau wa'adat terpahat dalam benak masyarakat Melayu zaman berzaman.

5. Prinsip apa yang saya maksudkan? Ia nya Ialah hak rakyat engkar pada suruhan atau perintah raja jika raja terlebih dahulu engkar atau tidak mengendahkan kemahuan rakyat. Dan keengkaran rakyat itu, tidak boleh dianggap satu penderhakaan.

6. DLD berkata kepada SS. Jika anak cucu hamba melakukan kesalahan pada tuanku hendaklah ia jangan di aibkan dimalukan atau dicaci nista. Kalau salah besar bunuh lah ia kalau itu sesuai dengan syarak.

7. SS bersetuju.

8. Pada bahagian nya, SS menuntut dari DLD. Hendaklah anak cucu tuanhamba sentiasa setia pada raja walaupun dia jahat dan zalim sekalipun.

9. Naam kata DLD tapi jika pihak raja mengubah bahagian janjinya maka rakyat akan engkar.

10. Maka berbai'ahlah kedua mereka dan menyanggupi bahawa sesiapa yang mungkir janji akan mendapat tulah.

11. Hamba melihat dua prinsip yang tidak tergoncang/unshakeable disini.

12. Yang pertama lagi utama ialah rakyatlah yang mempunyai kata akhir. Unggul sungguh rakyat. Keunggulan rakyat bahkan mengatasi keunggulan raja.
Hari ini suara kenggulan rakyat dikemundangkan di parlimen.

13. Maka jika kemuliaan dan kedaulatan parlimen di persia siakan oleh sosok2 penjual ikan, maka keberadaan mereka di parlimen hanya percuma!

14. Prinsip kedua yang tidak boleh dipertikaikan, tapi selalu dilupakan oleh rakyat yang sentiasa dibodohkan, ialah mereka mempunyai hak yang inherrent untuk engkar pada titah raja, jika raja yang dahulu tidak menghiraukan kemahuan rakyat.

15. Maka pada pendapat pacal yang hina ini, apabila Raja memilih Ismail Sabri, baginda telah membelakangi rakyat. Dia telah memungkiri janji Sang Sapurba.

16. Dan apabila kabinet ditubukan dengan dianggotai oleh mereka yang terpalit dengan kerajaan gagal, serta sosok2 penyamun2 umno, nyatalah rakyat telah di berakki.

17. Apabila Raja hilang sengatnya, ceritanya ada persamaan dengan sejarah China kuno.

18. Dalam sejarah China kuno, apabila keadaan gawat demikian berlaku, Sang Raja dikatakan telah hilang mandat dari kayangan.

19. Dalam masyakat kita, bolehlah dikata Raja mungkin hilang mandat dari Yang Maha Esa.

20. Mungkin sebab telah hilangnya mandat itu, kita berdepan dengan malapetaka2 dasyat seperti pandemic covid 19 dan kegawatan ekonomi yang mencengkam. Mungkin.

21. Nasib ada faktor penyelamat. Raja dalam kebijaksanaannya memeritah supaya di adakan undi percaya.

22. Perintah ini seolah olah nya memperakui bahawa mungkin pemilihan Ismail Sabri dan kabinet kemudian nya, adalah satu keputusan yang mungkin salah.

23. Jadi rakyat yang mempunyai kata pemutus dan boleh engkar pada perintah Raja secara sahih, mestilah membuat koreksi di Parlimen.

24. Ahli Parlimen yang menginsafi betapa besarnya suara rakyat dan menjadi juru bicara rakyat mesti membuat perkara yang serupa. Dalam Parlimen.

25. Jika dirasakan pemilihan Ismail Sabri dan kabinetnya adalah satu keputusan yang salah, mereka mesti dikeluarkan.

26. Sebab itu suatu undi percaya mesti disegerakan. Dan ahli2 Parlimen tidak mempunyai pilihan lain kecuali melakukan suatu undi tidak percaya.

27. Saya sedih bercakap sebegini rupa kepada rakan2 yang saya kenali. Saya kenal Ismail Sabri sendiri, Rahman Mohd, Ismail Said Ismail Mutalib dan Noraini Ahmad yang manis. Saya juga mengenali secara peribadi Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin dan mungkin ramai lagi. Kepada mereka saya menyusun jari nan sepuluh dan mohon beribu maaf.






0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP