Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 3 September 2020

Dagang pak malau dagang bertempat, Dagang hamba musafir lalu, Mari kita turut berdebat, Dedahkan segala tuduhan palsu.

1. Saya masih tidak puas dengan prestasi wunderkind tengku Zafrul.
He thinks he is very kleva
He spoils the atmosfiya

2. Kalau keesokan hari dia kata rundingan terus tak salah kerana dibenarkan olih FPA apa pasai hang gatai nak dedahkan dalam parlimen? Cer habak kat cek.

3. Bila dicabar supaya menyenaraikan penerima habuan rundingan terus itu, dia membisu seribu bahasa lidahnya kelu tak berkata kata. Cat got your tongue?

4. Faktanya ialah kerana 99 peratus rundingan terus terjadi dibawah pemerintahan BN. Batalkan projek tersebut. Apa nanti lagi?

5. Kalau Zafrul berani, ulanglah tuduhan tersebut diluar Parlimen. Baru anak jantan.

6. Tuduhan tersebut mencadangkan LGE dan kerajaan Ph telah melakukan salah laku.

7. Senarai yang kemudian nya dibuat olih Zafrul mendedahkan bahawa, 99 peratus rundingan terus itu dilakukan olih bn. Wah! pendedahan itu melantun kemuka sendiri. Pandai sangat lahabau ni.

8. Rupa2nya majoriti penerima rundingan2 terus itu adalah kroni bn. Elok batalkan semua projek2 tersebut seperti dicadangkan seorang matlaon umno.

9. Biarlah kerajaan masa kini mendepani tindakan mahkamah yang lama dan mahal.Bukankah itu yang dikehendaki pitbull2 umno? Having made the bed they must now lie on it.

10. Terlajak perahu bolih diundur
Terlajak kata buruk padahnya.

11. Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba musafir lalu

12. Biar kita yang tak bernama ini mengajar Pak Malau Pak Malau umno yang panjang mulut, tapi pendek akal itu.

13. Antara Pak Malau yang berakal pendek tersebut termasuklah Tengku Zafrul Aziz pembilang kekacang dari MOF.

14. Sah dan nyata, mekngong ibni tongong ini tidak membaca Financial Procedure Act sebelum masuk dewan dan malas meneliti penerima2 rundingan terus itu.

15. Tidak membaca dan malas membaca merupakan standard biasa anggota2 kabinet sekarang. Apa nak jadi kepada Malaysia kita.

16. Jika 99 peratus diberikan olih BN bermakna kerajaan PH mewarisi shit dari BN. Jauh dari memalukan ph, pendedahan tersebut membuat ph harum bagai mawar.

17. Apa tidaknya kerajaan ph berhempas pulas merundingi semula kos2 tidak munasabah yang disetujui bn.

18. Ini termasuklah projek double link lembah klang yang asalnya bernilai lebih dari 4 billion. Dapat dikurangkan 790 juta!

19. Pembilang kekacang MOF.yang pandir tu, tidak pulak memasukkan kos ECRL yang dinilai asalnya, lebih dari 65 billion. Ia dirunding semula olih kerajaan PH dengan CCCC menjimatkan 20 billion duit rakyat.

20. Entah2 lebihan projek ECRL disapu olih penyamun Pekan. SPRM selidiklah segera. Kalau nak senang lagi buat macam ahli MKT cakap-batal semua 101 projek tu.

21. Itulah tanda mulut lagi pantas dari otak. Suruh Razlan bayar kos mahkamah-moga2 dia terkincit dalam seluar!

22. Apa, sebenarnya yang budak hingusan ni nak? Yang jelas dia tak ada clue apa dia buat. Orang macam ni bahaya kepada Muhyiddin. Baik buang dia.

23. Mensabotaj umno memang kena sangat pada tempatnya. Tapi memudaratkan Wak Muhyi sendiri dan geng sendiri macam menteri Doraemon,Zuraida dan Azmin apa hal? Budak ni loose canon.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP