Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 2 September 2020

PEJUANG nak kemana bila Mahathir tiada?

1. Bukankah BERSATU parti Muhyiddin bercadang menandingi 50 kerusi? Bila UMNO bercadang bertanding kerusi2 mereka yang keluar UMNO , PPBM kenalah ubah strateji.

2. Kemenangan UMNO di slimriver2 jangan hendak diherankan. Indoktrinasi 60 tahun olih UMNO pasti ada kesannya.

3. Aspek ini diketepikan olih Mahathir dan diulangi olih wak Muhyiddin nampaknya.

4. Sayang sekali aspek pengisian minda tidak dianggap penting olih Mahathir dan dianggap remeh olih Wak Muhyiddin .

5. Kedua2nya akan menyesali sikap ini. Jangan anggap pembangunan fisikal sudah mencukupi.

7. Nasihat saya yang pertama ialah jangan ketepikan aspek pengisian minda. Mesti ada kementerian dedikasi untuk aspek ini. Jasa, kemas, jabatan hal ehwal agama tempatan, pembangunan fisikal luar bandar, kerajaan tempatan diletakkan dibawah kementerian ini. Namakan ia kementerian pembangunan insan. Pejabat penyiaran tempatan dll.

8. Tugas ia yang asas ialah mengisi minda rakyat terutama minda Melayu, dengan ide2 kerajaan menggantikan idea2 racun perosak UMNO.

9. Ejen2 pengubah minda seperti ketua kampung, rela, penghulu juga dibawah kementerian ini.

10. Aktiviti penghiburan desa2, pendakwahan dan aspek2 penerangan dan siaran ramai juga dibawah kementerian ini.

11. Seperti kata orang putih, the writing's on the wall. Jika UMNO berkuasa kembali, PPBM akan bungkem! Jadi sebelum nasi menjadi bubur, PPBM elok mengambil tindakan. Kill or be killed!

12. Pecat UMNO dari PN. UMNO pun dah kata mereka akan keluar Pn. Dan pas sudah kata mereka tetap dengan Pn, UMNO ikut atau tidak.

13. Itu bermakna, hubungan UMNO dan pas tidaklah semantap yang digambarkan. Tidak aman kata orang Indonesia.
Wak Muhyiddin bolihlah menangguk diair keruh dan menahan lukah di pergengtingan.

14. Setelah memecat UMNO bincang dengan pkr masuk pn. Sisa2 Pejuang nak pergi mana setelah Mahathir KO? Itu kemudian kira.

15. Pecat orang UMNO dari kabinet dan glc2. Pada masa yang sama pujuk sosok2 UMNO yang malleable, untuk masuk Bersatu. Gunakan the carrot and the stick.

16. Tubuhkan bahagian dan cawangan disetiap kawasan UMNO. Dan bersedia untuk bertanding disemua bahagian UMNO.

17. Bekukan segala sumber kewangan UMNO dan haramkan UMNO menggunakan balairaya dan dewan2 serbaguna.

18. Haramkan parti UMNO. Lihat samaada mereka bolih berfungsi sebagai parti haram.

19. Kalau Wak Muhyiddin bolih meggunakan apa cara sekalipun untuk dapat kuasa, (by any means necessary) dan tujuan menghalalkan segala cara(the ends justfy the means),memperlakukan UMNO sedemikian rupa, satu perkara enteng dong!

20. Soalnya ialah, memukul besi ketika ia masih panas. Jangan lembab!

21. Maka sekali lagi saya tanya:sisa2 PEJUANG nak kemana bila Mahathir tiada?





0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP