Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 14 July 2013

PRK Besut: UMNO dan kaedah KKK nya.



Kita akan lihat cerita lama yang UMNO mainkan selama ini, dimainkan dalam PRK Besut( DUN Kuala Besut). UMNO akan menggunakan kaedah KKK nya- kemiskinan, Ketakutan dan Kejahilan. selama orang Melayu dimiskinkan, ditakutkan dan dijahilkan, maka UMNO akan terus berkuasa. apabila ke3 perkara ini dimusnahkan, UMNO akan kalah dalam PRU. 
SU Agong PAS, Dato  Mustapha Ali kata, senjata UMNO yang paling utama ialah mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Mengapa perkara ini harus terjadi sebermula nya? Saya telah menulis banyak kali- 95% yang berada dalam kedudukan berkuasa ialah Melayu. Soalan nya, jika ini fakta nya, maka mengapakah keadaan orang Melayu tidak berubah?
Kita telah berbelanja berbillion Ringgit dan banyak dasar2 affirmative dilaksanakan – mengapa keadaan Melayu tetap terkebelakang? Jawapan nya(1) yang berada dalam kedudukan berkuasa sebetulnya tidak membantu orang Melayu dan (2) dasar mereka sebetulnya menguntungkan hanya sebahagian kelompok Melayu dan (3) orang Melayu yang disasarkan tidak bertidnak balas- sama ada mereka jahil, tidak ad akepakaran, - apa sahaja yang kita boleh fikirkan yang menyumbang kepada kelembapan reaksi dari orang Melayu.
Pengarah PRK Besut bagi pihak UMNO , DS Idris Jusoh yakin BN akan mendapat majoriti 4000. Minggu lalu Idris menegaskan bahawa kumpulan guru sekolah mesti menyokong BN sebagai membalas budi. Orang Melayu pula yang rata2 berpendapatan rendah mesti terus menyokong BN kerana parti itulah sahaja yang tahu bagaimana menjaga orang Melayu.
Mungkin kerana pandai menjaga orang Melayu lah maka, orang Melayu ketinggalan dalam serba serbi cabang kehidupan hari ini. Dan BN bukan mendapat tempoh masa yang singkat untuk membaiki keadaan orang Melayu. Malah, mereka telah menjadi kerajaan selama lebih 55 tahun!. Kehidupan yang mereka jaga dengan teliti ialah kehidupan segelintir Melayu yang terpilih. 80% Melayu bergantung harap kepada UMNO kekal dalam jiwa perhambaan kepada UMNO. Inikah parti yang membela orang Melayu?
20% teratas Melayu menguasai 70% kekayaan Melayu negara ini manakala 80% terpaksa berkongsi 30% kekayaan. Pekali GINI atau Gini coefficient yakni kaedah untuk menghitung perbezaan pendapatan dikalangan suatu kelompok mendapati perbezaan kekayaan antara orang Melayu lah yang paling teruk di Malaysia. Yang kaya tersangatlah kaya, yang miskin papa kedana. Yang papa kedana pula disebut sebagai kumpulan haramjadah oleh perdana menteri kita.
Antara Mustafa Ali dan Idris Jusoh, kita lihat 3 perkara yang membolehkan UMNO menguasai minda dan seterusnya tingkah laku orang Melayu. Pertama mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Kedua, menyebabkan orang Melayu terasa bergantung kepada UMNO/BN. ketiga, menakutkan orang Melayu.
Jadi UMNO kekal berkuasa kerana mereka mengamalkan kaedah KKK. Kemiskinan, ketergantungan dan Ketakutan. Bolehlah kita kata UMNO dan BN parti KKK.
Di Amerika, kumpulan KKK ialah kumpulan pelampau kulit putih yang kerja mereka menzalimi orang kulit hitam dan bangsa bukan kulit putih yang lain. Suatu masa dahulu KKK memburu orang kulit hitam menggantung dan membakar mereka. Ahli KKK akan memakai jubah dan topeng litup berwarna putih. Mereka mendakwa menjaga masyarakat kulit putih daripada kotoran bangsa2 yang berdarah rendah.
Jika kita lihat UMNO yang melihat mereka Melayu dari orang Melayu lain dan kaedah yang mereka gunakan untuk menzalimi rakyat Malaysia, maka ada persamaan antara KKK Amerika dan UMNO/BN.
Mengapa UMNO sanggup melakukan demikian kepada orang Melayu? Kenapa kekalkan Melayu dalam kemiskinan? Sebab bila Melayu miskin, mereka jadi kelompok yang bergantung kepada pemberian UMNO. Mereka akan melihat UMNO sebagai punca pemberi rezeki dan sumber menampung kehidupan. Sungguh zalim parti feudal UMNO ini. Apa yang di perjuangkan oleh parti yang mendakwa dirinya sebagai pejuang kepentingan bangsa dahulu, kini dan selama nya?
Golongan kaya yang menyokong UMNO ialah mereka yang dipilih untuk dikayakan oleh UMNO. Mereka mendapat lessen, mendapat perniagaan, saham, keistimewaan yang pelbagai. Golongan ini akan terus menyokong UMNO kerana kepentingan mereka hidup selagi UMNO hidup. Mereka ini terdiri dari kalangan putera dalam kaum bumiputera
Senjata kedua yang UMNO akan gunakan ialah menakutkan orang Melayu. UMNO kesana sini menakutkan semua orang bahawa jika Melayu tidak bersatu dibawah UMNO, maka semua kepentingan orang Melayu- semua yang dekat dihati orang Melayu akan terancam. Tapi benarkan BN hanya dapat 133 kerusi kerana tsunami cina berlaku?
Tsunami cina.

parti
Undi (juta)
bn
5.24
PR
5.62
UMNO
3.25
Lain2
0.19
Undi rosak
0.17
jumlah
11.22

Puak UMNO terutama nya menyalahkan cina dan bukan Melayu lari dari UMNO. Cuba kita lihat angka2 dalam jadual diatas yang dikeluarkan oleh SPR.
a)    Dari 11.22 juta pengundi pada PRU13, 65% ialah orang Melayuu. Jumlah nya ialah 7.29 juta. Jika 7.29 juta ialah Melayu, maka bukan Melayu ialah 3.93juta.
b)    BN mendapat 5.24juta undi. 65% ialah Melayu. Jumlah Melayu yang mengundi BN ialah 3.41juta.  maka bukan Melayu yang mengundi UMNO dan BN ialah 1.83juta undi.
c)    Maka jika 1.83juta bukan Melayu menyokong UMNO dan BN, berapa jumlah yang menykong PR? Yang menyokong PR ialah 3.93-1.83= 2.1juta bukan Melayu telah menyokong PR.
d)    Bagaimana boleh kita katakan PRU13 ini tsunami cina bila yang menyokong PR ialah 2.1juta sahaja? Yang menyokong BN ialah 1.83juta. beza hanya 270-300ribu sahaja?
e)    Jumlah Melayu dalam PRU13 ialah 7.29juta. Melayu yang undi UMNO/BN ialah 3.41juta. melayu yang menyokong PR ialah 3.88juta. lebih ramai Melayu tidak menyokong UMNO. Lebih baik kita kata, ini tsunami Melayu.
pengundi
Undi(juta)
Melayu untuk BN
3.41
Melayu untuk PR
3.88
bukanMelayu untuk BN
1.83
bukanMelayu untuk PR
2.10
Jumlah
11.22

Ini semua angka dari SPR!. Hampir 500,000 Melayu tidak menyokong BN. bukan Melayu yang tidak menyokong BN ialah 270-300,000 sahaja.
Ertinya, lebih ramai Melayu tidak sokong BN dari bukan Melayu. Yang sebenar nya berlaku ialah tsunami Melayu. Inilah yang paling UMNO takut dan mahu sembunyikan.
Maka benarlah seperti yang dinyatakan oleh seorang menteri UMNO, PR tidak menang jika Melayu tidak sokong PR. Dia dan UMNO tahu bahawa yang memenangkan PR ialah pengundi Melayu iaitu 3.88juta berbanding 3.41juta Melayu untuk BN.

15 comments:

Anonymous,  15 July 2013 at 08:43  

di mana BN kuat, di situ hebat kepapaan-kemiskinan-kejahilan

Anonymous,  15 July 2013 at 09:05  

Thanks. You hv presented with facts that more Malay rejected UMNO/BN but it is the Chinese who got walloped. How long can truth and facts be hidden?

Anonymous,  15 July 2013 at 11:35  

UMNO....Dulu....Kini....dan Selamanya....Hidup UMNO dan mohon bala didunia ini buat kau dan keturunan kau.Ameen....!!!!

Anonymous,  15 July 2013 at 12:39  

cyber anjing liar pro BN detected.

Tiger 15 July 2013 at 12:42  

Sejak bila kelakuan rasis adalah kelakuan yang patut oleh orang Islam?
Maknanya orang UMNO ni orang munafik.

Anonymous,  15 July 2013 at 13:13  

UMNO pro elite pro UMNO, Rakyat tak relevant, UMNO hanya relevant kepada pengampu- pengampu !!!

Emer,  15 July 2013 at 14:32  

Good job YB Dato Ariff. Another straight forward fact. PAS machinery must share this with K.Besut voters. Salam Ramadhan

Anonymous,  15 July 2013 at 19:08  

Para pemimpin serta penyokong PAS, PK serta DAP perlu lebih bersatu serta bekerja keras untuk menyakinkan pengundi- pengundi terutamanya kaum wanita K.Besut kemudian follow up MB dari PAS dengan pembangunan serta sikap yang sederhana, progresif, amanah, adil, tulus, team work within serta across the coalition dalam PAKATAN yang ketara, Amin.

Anonymous,  15 July 2013 at 20:25  

Harap PAS boleh menang dan seri 16 sama.
Baru boleh lihat aksi menarik di Trengganu yang pertama kali dinegara.

bumi-non-malay 16 July 2013 at 14:35  

Pengundi POS hantu kat Besut 4300.....macam mana boleh menang??

SPR/EC kata tak tahu mengapa...akan siasat SELEPAS selesai UNDI....Rakyat boleh buat apa....INI MALAYSIA macam SYRIA/LIBYA/Zimbabwe/FIJI.....DIKTATOR!!

Anonymous,  16 July 2013 at 23:03  

Sorry bro, there is no way Pas/PR can win in Kuala Besut.It has been an UMNO/BN stronghold .Your analysis is a mere wishful thinking and incorrect.Look back at your PRU 13 analysis and compare against actual.It was far out.I won't take you seriously then.

Semut api.

Anonymous,  17 July 2013 at 10:49  

Anon,16 July 2013 23:03

Sorry Bro, neither will i take your cynicism seriously, but respected, as it will spur intensified preps and strategies by PAS- PAKATAN, staff at polling station should be disqualified with immediate effect if they are found to be from its vicinity; sufficient portable rechargeable powerful fluorescent lights should be on the stanby just in case there is earth hour, hahaha; legal eagles, independent observers and supporters are on standby to watch out for bn trolls..

Anonymous,  18 July 2013 at 05:49  

The Mentality of "Bangau oh Bangau " cannot be the basis of looking into "Blackout Syndrome ".If PR is smart enough , WHY PUT THE CALUN WHO IS UNEDUCATED ? UNCULTURED CUM UNDERDOG.RAKYAT ARE SMART ENOUGH TO SEE " WHO IS THE BEST CANDIDATE TO SERVE THEM. ANOTHER SURE LOST FOR PR AND SURE WIN FOR BN .I BET U THAT "16/16 "IS JUST MERE POLITICAL GIMMICK AND PAS IS SURE TO LOST THIS GOLDEN OPPORTUNITIES.In politics, WE MUST BE SMART AND WE CANNOT JUST TAKE THINGS FOR GRANTED.THE END JUSTIFIES THE MEANS, BN SURE WIN COS THEY ARE SERIOUS BY PUTTING UP THE "RIGHT CANDIDATE".PAS - PARTI ALWAYS SALAH OR ADA SALAH ---SALAH CALUN MAA....

Anonymous,  18 July 2013 at 08:54  

United Malays National Organisation - parti melayu?? ini lah parti penjajah.

Anonymous,  18 July 2013 at 18:58  

Salam Sak,

I am in agreement with anon 5.49 that UMNO/BN will still be the winner for Kuala Besut finally.It is no use having a hung state govt at 16:16 anyway.Pas will remain an underdog.Idris Jusoh of UMNO is too popular in Besut and Kuala Besut is BN ground according to Besut colleague of mine here in KL.

It will be a clean and fair contest, hopefully,in the spirit of Ramadhan.

Selamat berpuasa.Thank you.

@ KM.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP